NASIB PEKEBUN KECIL GETAH TERANCAM – SEGERA UJUDKAN STOK PENGIMBAL

Kenyataan Media TERAS
19 hb Februari 2014

Kami mengesa kerajaan segera melakukan tindakan yang sewajarnya mengenai harga getah yang semakin menjunam dan menjejaskan nasib pekebun kecil getah .

Walaupun ini bukan suatu yang baru dan berkait dengan kejatuhan komoditi diperingkat dunia dan pernah harga getah telah jatuh jauh lebih rendah dari yang berlaku sekarang ,  namun, kos hidup yang dihadapi sekarang tidak separah berbanding dahulu.

Kejatuhan harga getah sudah dirasai hampir 2 tahun sebelum ini sehingga pekebun kecil kini merasa keperitannya yang memuncak. Harga serendah RM 1.90 sekilogram kini menandakan taraf pendapatan pekebun kecil akan meruncing jika tindakan segera tidak diambil.

Kini harga getah diperingkat serantau semuanya menunjukkan penurunan yang sangat mengkhuatirkan.

Di Thailand pekebun getah melakukan protest besar-besaran kerana keadaan harga getah yang semakin menjunam tidak lagi dapat ditoleransi oleh mereka sehingga protes menjadi pilihan mereka.

Kejatuhan harga getah telah memerangkap pekebun kepada hutang untuk menampung perbelanjaan kebun dan kehidupan seharian . Pekebun kehilangan punca pendapatan untuk keperluan harian dalam keluarga.

Walaupun fenomena kejatuhan harga getah berlaku diperingkat serantau namun pihak kerajaan tidak seharusnya membiar ini berlaku terutama ketika pekebun kecil tidak mempunyai sumber yang lain.

Harga getah memberi kesan kepada pendapatan tidak kurang dari 263,000 pekebun kecil yang mengushakan keluasan lebih 585,000 hektar dan menyara lebih dari sejuta ahli keluarga. Jika kerajaan tidak memberi perhatian untuk mengekang harga getah agar tidak terus menjunam lebih rendah , satu lagi kategori penduduk luar bandar akan menjadi mangsa kepada putaran ganas kemiskinan.

Kami ingin mengingatkan bahawa pekebun kecil getah adalah penyumbang yang signifikan kepada ekonomi eskpot negara. Tanpa mereka ekonomi negara boleh terjejas. Pendapatan negara bernilai berbilion ringgit adalah dari keringat pekeben kecil getah.

Setakat 2009 , negeri Kedah , Pahang , Kelantan dan Perak melibatkan lebih separuh dari jumlah pekebun di seluruh negara.

Pengimbal getah sepatutnya menjadi salah satu mekanisme mengawal harga getah supaya ia tidak atuh mendedak . Malangnya pihak kerajaan belum memberi respon kepada cadangan ini padahal cadangan ini pernah diketengahkan di Parlimen.

Dengan jangkaan memang akan berlaku turun naik harga getah asli diperingkat pasaran antarabangsa , pihak berwajib sepatutnya dapat mengujudkan strategi awal untuk berhadapan dengan penurunan harga .

Berdiam diri dan tidak mengambil langkah pro-aktif agar impak sosio-ekonomi yang negatif ke atas pekebun kecil getah tidak berlaku , menunjukkan bahawa pihak kerajaan tidak mengutamakan kebajikan rakyat seperti yang diwar-warkan selama ini.

Kami menyarankan supaya kerajaan lebih telus untuk menentukan punca penurunan harga getah  dari masa kesemasa. Adakah  berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia ataukah  disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh.

Oleh sebab itu pihak kerajaan perlu mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku.

Kami juga mengesa supaya pihak kerajaan mengambil langkah jangka pendek untuk meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh pekebun kecil sekarang ini. Keperluan perbelanjaan seharian yang asasi seperti beras , minyak masak , tepung perlu di beri secar kupon bersubsidi terutama kepada pekebun kecil getah yang berpendapatan kurang dari RM 1000 .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: