AMBILKIRA SUARA GURU – SISTEM PBS TIDAK SESUAI DAN TIDAK PRAKTIKAL

Kenyataan Media MAPIM

22 hb Februari 2014

MAPIM berpendirian bantahan warga guru terhadap sistem PBS yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah munasabah dan perlu diambilkira.

Transformasi yang diwar-warkan terhadap sistem pendidikan sepatutnya menumpu kepada persoalan yang lebih asas iaitu kebekersanan pendidikan yang selama ini belum berhasilkan membentuk warga pelajar yang mempunyai sahsiah yang kukuh .

Kami berpendapat  sistem PBS sangat membebankan guru sehingga terganggu untuk menumpu kepada tugas mengajar.

Tujuan mungkin baik untuk memantau perkembangan pembelajaran dan pengajaran , akan tetapi bila sistem untuk key-in semua markah dalam sistem yang disediakan , ternyata ada masalah yang tidak dilihat oleh pihak Kementerian , iaitu guru terbeban untuk memenuhi kehendak sistem tersebut.

Infrastruktur untuk berbuat kemudian iaitu memasukkan data tahap pencapaian setiap hari untuk setiap murid , tidak sampai ketahap yang efesien kerana sistem tersebut tidak mempunyai kapasiti untuk menerima kemasukkan data yang terlalu banyak secara serentak dari ratusan ribu guru pada setiap hari.

Guru dikehendakki memasukkan data pemarkahan setiap hari bagi setiap matapelajaran untuk setiap pelajar. Apa yang berlaku ialah kepadatan data sehingga guru terpaksa mengambil masa yang sangat lama bagi memasukkan data ke dalam sistem.

Akibatnya , bukan sahaja masa guru terpaksa disalurkan kepada kerja pengurusan data murid ,  konsentrasi guru juga amat terganggu.

Pihak Kementerian tidak mengambilkira realiti praktikal yang berlaku disekolah apabila guru terpaksa berebut masa memasukkan data dan akhirnya tumpuan untuk mengajar sangat terganggu. Bila sistem untuk key in data tidak berfungsi dengan lancar , guru terpaksa menunggu lama utnuk menyelesaikan tugas tersebut yang diwajibkan keatas setiap guru.

Sebagai akibat yang lebih berat lagi , PBS  telah mengambil alih masa guru sehingga  perhatian kepada pembentukkan sahsiah pelajar tidak dapat diberi tumpuan. Para guru hanya disibukkan untuk memasukkan data dan menguruskan maklumat pelajar , sedangkan kerja asas guru untuk membimbing pelajar tidak dapat diperuntukkan.

Kami berpendapat bahawa pihak Kementerian sepatutnya mendengar keluhan guru yang berhadapan dengan realiti seharian dalam sekolah dan dibilik darjah. Ada pengurusan kerja yang tidak difahami sepenuhnya oleh pihak Kementerian sehingga guru yang mengendalikan murid setiap waktu sekolah tidak mampu menampung kerja tambahan yang bukan kerja teras seorang guru.

Untuk mengujudkan suatu sistem yang baik tidak seharusnya mengenepikan pandangan guru yang melalui suasana yang berbeza diperingkat bilik darjah.

Kami mengesa agar suara guru yang resah dan tertekan dalam sistem PBS yang dipaksa ke atas mereka hendaklah diambilkira. Pendidikan yang selama ini beroriantasi pemeriksaan hendaklah diubah kepada transformasi yang lebih mengurangkan beban guru dan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih menepati erti pendidikan yang sebenar.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: