MAPIM TEGAS GESA MALAYSIA TIDAK PERLU TERUS BERUNDING DALAM TPPA

Kenyataan Media MAPIM
22 hb Februari 2014

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menegaskan sekali lagi bahawa pendirian kami untuk mendesak Malaysia keluar dari perundingan TPPA tetap akan kami suarakan dan  tidak akan berganjak .

Kami tidak faham kenapa Malaysia maseh mahu terus menyertai perundingan. jika  jelas meragui dan sehingga sekarang tidak memberi kata putus dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana  tidak selesa dengan ‘pengorbanan’ yang perlu dibuat oleh negara ini.

Pengakuan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed bahawa  aspek Perlembagaan Persekutuan, hubungan kerajaan pusat dan negeri serta dasar kerajaan seperti hak bumiputera perlu dipertahankan , bermakna memang ada klausa yang menyentuh aspek tersebut dalam perundingan itu.

Kenyataan beliau itu sendiri membuktikan memang ada aspek yang disentuh dalam TPPA yang berkait dengan kedaulatan negara yang sepatutnya awal-awal lagi memberi isyarat bahawa Malaysia tidak perlu membuang masa dan wang  untuk terus bersama dalam perundingan yang tidak telus itu.

Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beliau memang menjadi kekhuatiran kami sejak awal lagi. Ia adalah garis merah yang tidak boleh dikompromi dan tidak perlu dirundingkan lagi jika jelas itu menjadi penyebabkan perundingan TPPA tidak selesai sehingga hari ini.

Bila beliau menyatakan “Sukar untuk tukar (pinda perlembagaan) ”  bererti TPPA mempunyai potensi untuk merentas sejauh itu iaitu meminda perlembagaan dan undang-undang negara sendiri jika mahu berdagang dengan negara lain atau memberi ruang pelaburan luar masuk kedalam Malaysia.

Jika memang ini menjadi implikasi dari penyertaan Malaysia dalam TPPA  untuk layak berada sebagai anggota dalam perjanjian yang sangat jelas dipengaruhi oleh agenda perdagangan Amerika  , maka terus menyertai perundingan adalah merbahaya , tidak munasabah dan tidak logik.

Kini mesyuarat peringkat menteri kali ke lapan berkenaan TPPA di Singapura maseh mahu disertai oleh Malaysia. Dalam kesamaran perundingan itu dijalankan , kami tidak memahami apa keperluan Malaysia membuang masa mengikuti perundingan tersebut.

Kami juga mengambil perhatian bila Menteri menyebut ada 8 bab lagi yang akam ditundingkan dan dengan itu kami sangat khuatir ia tipersetujui tanpa dibahaskan di Parlimen.

Perlu dingatkan bahawa sebarang keputusan yang diambil bakal memberi kesan merentas generasi dan terdedah kepada implikasi tindakan undang-undang di Mahkamah Antarabangsa yang sangat merbahaya untuk Malaysia.

Walaupun Menteri menyatakan  bahawa teks mengenai ISDS ( Investors – State Dispute Settlement ) yang berkaitan dengan penyelesaian pertelinkahan antara  pelabur dan negara dalam perundingan TPPA belum dipersetujui namun ia mendedahkan negara kepada tindakan diperingkat antarabangsa yang sukar dielak jika ia nanti dimeterai kerana teks inilah yang mengikat semua negara yang sangat memerangkap.

Sepatutnya teks ISDS ini dari awal lagi mengisyaratkan kepada kerajaan bahawa terlibat dalam. perundingan TPPA membawa risiko yang besar.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: