Temuramah: Penyenaraian keluar dan penswastaan Bernas

 

Salam Cikgu Azmi,

 

Terima kasih kerana sudi memberi respon tentang isu Penyenaraian keluar dan penswastaan Bernas selaku Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

 

Soalan Wey Wen seperti berikut:

1. Apakah komen Cikgu Azmi tentang penyenaraian keluar dan penswastaan Bernas?

 

Pengswastaan LPN kepada BERNAS sejak 1994 telah meletakkan bekalan , import dan pengedaran beras kepada monopoli sebuah syarikat konglomerat yang meletakkan beras sebagai komoditi perniagaan dalam pasaran saham.

 

Kini BERNAS dicadangkan dinyahsenarai dan kami melihat ini bakal menjejaskan bukan  sahaja kebajikan seluruh industri pengeluaran padi  negara iaitu petani , pengilang dan pengedar bumiputera  , malah sekuriti makanan utama negara itu turut diperjudikan ditangan syarikat yang hanya mengutamakan keuntungan.

 

BERNAS sebagai sebuah syarikat tidak harus dibiarkan bertindak diluar kawalan kerajaan untuk memastikan sektor bekalan makanan utama sentiasa memenuhi keperluan negara dan bukan menjadi industri yang ditentukan oleh kehendak syarikat semata-mata.

Kami berpandangan BERNAS perlu kembali diletakkan kepada tujuan asal ia diujudkan dan pihak kerajaan tidak boleh berlepas tangan untuk membenarkan sektor pembekalan beras dimonopoli berdasarkan pasaran semata-mata.

 

Kami juga menuntut supaya sektor ini tidak boleh diperjudikan melalui kepentingan hubungan politik kerana bekalan makanan negara adalah soal keselamatan nasional bukan hanya soal industri perniagaan semata-mata.

 

Melepaskan urusan bekalan beras negara dan import beras kepada monopoli sebuah syarikat dengan melupuskan ekuiti awam adalah suatu tindakan memperjudikan sekuriti makanan kepada manipulasi syarikat untuk meraih keuntungan lumayan. 

 

Kerajaan tidak boleh membiarkan mandat yang diberi kepada BERNAS untuk  menjaga kepentingan petani dan pengilang bumiputera diperjudikan. 

 

Perhitungan untuk membolot keuntungan oleh satu syarikat sahaja sehingga 2021 adalah suatu pengkhianatan kepada mandat yang diberi oleh kerajaan dan pihak kerajaan akan turut bertanggungjawab jika sektor industri padi negara terlepas kepada kuasa asing.

 

 

2. Apakah impak penyenaraian keluar dan penswastaan Bernas ke atas petani-petani padi di Malaysia?

 

Dengan menyahsenaraikan BERNAS , ekuiti syarikat tersebut hanya berada dalam milik syarikat secara mutlak dan menyisihkan golongan terpenting dalam sektor tersebut iaitu petani.

 

Membiarkan makananan utama negara ditangan syarikat yang memonopoli semua rantai pengeluaran dan pembekalan beras bakal mendedahkan sektor tersebut kepada manipulasi pasaran yang merbahaya kepada sekuriti makanan negara.

 

Kebajikan dan hak petani bukan lagi menjadi keutamaan  syarikat kerana apa yang akan diberi kepentingan utama ialah keuntungan syarikat berdasarkan pelaburan yang dicurahkan oleh pelabur yang memonopoli syarikat.

 

Malah pada tahun 2009 , rakyat pernah dikejutkan apabila saham BERNAS dibeli oleh syarikat asing berpusat di Hong Kong bila ia menguasai 31% dari saham syarikat tersebut.

 

 

3. Apakah pendapat/suara hati petani-petani padi Bumiputra tentang  penyenaraian keluar dan penswastaan Bernas?

 

Petani bumiputra  kesal sejak pengswastaan sektor padi , isu petani yang berkaitan sektor ini , banyak yang tidak terbela termasuk soal penentuan harga , pemotongan padi basah ,nasib pengilang padi bumiputera , isu kos input pertanian yang semakin meningkat dan kekurangan infrastruktur kawasan pengairan yang banyak tidak dikelola dengan baik.

 

Kini sektor pengeluaran dan bekalan beras  dibenarkan dimonopoli oleh  seorang individu yang boleh menentukan harga berdasarkan pertimbangan keuntungan yang hendak diraih.

 

Jika ekuiti BERNAS dibenarkan dibolot semuanya oleh syarikat berkepentingan dari seorang individu melalui proksi pelbagai syarikat , sekuriti makanan negara akan terdedah kepada perhitungan dan manipulasi ditangan  hanya seorang individu.

 

Sebab itu petani membantah sebarang tindakan untuk membenarkan BERNAS diserah sepenuhnya kepada monopoli seorang atau syarikat .

 

 

4. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Teras dan petani-petani untuk menyokong/menghalang  penyenaraian keluar dan penswastaan Bernas?

 

Kami akan melancarkan kempen mendesak Bernas dikembalikan kepada kawalan kerajaan dan menjadikan Bernas dikuasai semula supaya menepati tujuan asal diwujudkan Bernas. Pengemblengan akan dilakukan juga supaya ahli Parlimen turut menyokong bantahan Bernas dikeluarkan dari senarai dan diserah kepada seorang individu sahaja.

 

Kami akan menghasilkan sebuah memorandum yang menjelaskan kenapa langkah kerajaan itu perlu dibatalkan dan Bernas perlu kembali menjadi agensi awam untuk menjamin hak petani dan fungsi memelihara keselamatan makanan negara.

 

Kami tidak berhenti setakat itu tetapi juga akan melancarkan langkah berikut :

 

Persepakatan untuk mengumpul suara petani untuk diangkat kepada kerajaan sudah dicapai antara kami . Kami telah memutuskan untuk menyenaraikan semua keluhan petani sekurangnya dari 8 kawasan jelapang padi yang ada di negara ini. Nasib lebih 144,000 keluarga petani sawah padi di seluruh negara akan digembleng agar mereka faham bahawa mereka punya hak sebagai penjaga keselamatan makanan negara . Masalah mereka juga perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah.

 

Kami bersepakat akan melancarkan beberapa kempen untuk menyelamatkan tanah tanaman padi dari diambil alih untuk pembangunan yang tidak menepati kehendak rakyat. Kempen supaya kebajikan petani diberi keutamaan seperti harga minima padi akan diberi tumpuan.

 

Kami juga bersetuju untuk mengusahakan dasar penanaman padi diujudkan bukan sekadar meningkat pengeluaran akan tetapi juga untuk memulihkan tanah yang tidak diusahakan untuk tanaman padi. Insentif kepada petani untuk mencapai sara diri pada tahap 100 % pengeluaran padi perlu diushakan kerana kebergantungan kepada negara luar seperti Vietnam , Thailand , Pakistan adalah berisiko tinggi.

 

Kami juga akan memberi fokus kepada isu salahurus peruntukan Kementerian yang banyak membazir apabila bekalan baja dan racun kepada petani tidak telus dan ada campurtangan politik dalam pengagihan .

 

 

Diharap Cikgu Azmi dapat memberikan respon sebelum pukul 8 malam hari ini. 

 

Terima kasih.

 

Yang benar,

Wey Wen

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: