MALAYSIA PERLU AMBIL INISIATIF GESA PBB DAN OIC ATASI KEGANASAN DI CAR

Kenyataan Media MAPIM DAN SHURA
2 hb Mac 2014

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) DAN sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia ( SHURA ) mengesa kerajaan Malaysia mengambil inisiatif melakukan usaha diplomatik untuk mencari penyelesaiaan kepada konflik yang kini tercetus di Central African Rapublic (CAR) semenjak Disember 2012 antara tentera kerajaan CAR dan kelompok Seleke Muslim.

Akibat konflik ini rakyat awam Muslim dinegara yang baru 43 tahun merdeka dari penjajahan Perancis itu , berhadapan dengan serangan oleh kelompok Anti-Balaka Kristian .

Pada tahun 2014 ini, Amnesty International melaporkan beberapa insiden pembunuhan beramai-ramai ( massacres ) yang dilancarkan oleh kelompok Kristian  Anti-balaka terhadap orang awam  Muslim. Ribuan yang terpaksa melarikan diri . Beberapa laporan lain mendedahkan genosid dan pembersihan etnik terhadap Muslimin di CAR kini sedang berterusan .

Konflik dinegara itu  kini meragut ribuan nyawa dan ratusan ribu lagi terpaksa melarikan diri menyelamatkan nyawa menjadi pelarian dalam negara ( IDP) dan ribuan lagi cuba melarikan diri ke negara jiran seperti Chad dan Cameroon.

Kami sangat perhatin terhadap rakyat awam di CARA dari kedua penganut agama yang telah hidup harmoni selama lebih 50 tahun kini digugat oleh kelompok estrimis yang mengambil tindakan ganas untuk menguasai kerajaan.

Kami mendapati konflik yang tercetus itu  tidak boleh dibiar berterusan memandangkan rakyat awam menjadi mangsa kepada keganasan antara dua puak yang bertelagah iaitu antara kelompok Anti Balaka dan Muslim Seleke.

Malaysia sebagai negara anggota OIC tidak boleh mendiamkan diri tatkala umat Islam miniroti di negara tersebut kini berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal. Umat Islam minoriti kini terdedah kepada serangan tanpa belas kasihan oleh tentera Anti Balaka Kristian yang  dan keadaan saling menyerang antara dua puak tidak dilihat semakin reda.

Walaupun tentera pengaman dari Perancis dan Liga Afrika sudah dihantar namun sehingga kini keganasan terus berlaku dan dijangka akan ramai lagi yang terbunuh dan menjadi pelarian dalam keadaan di negara itu yang tidak terkawal.

Kami mendesak supaya Malaysia menghantar isyarat yang kuat kepada organisasi antarabangsa iaitu PBB , OIC dan  Kesatuan  Eropah supaya campur tangan dalam konflik CAR demi menyelamatkan nyawa awam yang tidak berdosa.

Dunia tidak boleh  menunggu dan melihat konflik sektarian antara penganut agama Islam dan Kristian di CAR yang didorong oleh pertelingkahan politik  melarat sehingga rakyat awam menderita dan satu lagi negara Afrika jatuh dalam keganasan yang merugikan.

Kami percaya Malaysia boleh memulakan usaha untuk menggerakkan badan dunia seperti Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah lebih efektif untuk mencari penyelesaian.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mac 2014
M T W T F S S
« Feb    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: