ISU KEHILANGAN MH 370 – KRITIKAN PERLU MEMBINA , KERAJAAN PERLU TERBUKA

Kenyataan Media MAPIM
13 hb Mac 2014

Kami berpendapat isu pencarian MH 370 harus ditangani dengan penuh bertanggungjawab.

Sementara mendedah kelemahan dan melontarkan cadangan membina sangat diperlukan ketika operasi pencarian maseh diteruskan , menerima dan terbuka dengan teguran juga adalah keperluan yang tidak boleh diketepikan.

Perbahasan isu ini dalam Parlimen sememangnya sangat perlu. Malah ia menjadi keutamaan kerana ia adalah isu melibatkan nyawa penumpang , keyakinan dunia terhadap keupayaan Malaysia mengendali krisis serta imej syarikat penerbangan Malaysia.

Lantaran itu adalah sangat penting dalam keadaan ini seluruh pihak bergabung tenaga untuk negara dapat keluar dari krisis ini dengan cara terbaik.

Pihak berkuasa perlu melihat dan mendengar dari pelbagai sumber untuk mendapat kerjasama dari semua pihak agar operasi sekarang dan pasca tragedi dapat dikendali agar mencapai hasil yang diharapkan.

Harus diingatkan Malaysia kini sudah menjadi fokus dunia . Jika krisis ini mendedahkan lagi kelemahan Malaysia dalam mengendali krisis ini , keadaan lebih buruk akan berlaku. Bukan sahaja nyawa penumpang terjejas , malah keyakinan dunia terhadap keselamatan perkhidmatan awam negara akan turut dipersoal.

Kami berpandangan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan harus mendengar teguran dan cadangan yang dilontar oleh Ahli Parlimen di Parlimen. Manakala Ahli Parlimen pula perlu mencari kesepakatan mencapai kaedah terbaik mengendalikan krisis ini.

Jangan sampai  kemelut mengendali krisis ini berlarutan sehingga keyakinan rakyat dan dunia mengenai keupayaan Malaysia mengendali krisis kemalangan menjunam dan tragedi MH 370 menjadi sebab pihak luar mengambil kesempatan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mac 2014
M T W T F S S
« Feb    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: