DUNIA TIDAK HARUS BERDIAM BILA ISRAEL RANCANG MENCEROBAH GAZA SEKALI LAGI

Kenyataan Media MAPIM

16hb Mac 2014

MAPIM mengutuk sekerasnya serangan Zionist pada 11 Mac 2014 ke atas Gaza yang telah menyebabkan 6 orang pejuang syahid dan 11 orang cedera. Israel telah melancarkan serangan jet pejuang ke atas 29 sasaran di Gaza.

Pada 12 Mac 2014 Brigade Al-Qassam telah melancarkan 90 buah roket untuk serangan balas ke atas tentera Zionist.

Kami sangat prihatin keatas pengumuman Netanyahu dan Cameron yang berbicara di Parlimen Israel yang berjanji akan bertindak dengan keras ( “with great force” ) terhadap apa yang didakwa , ” siapa sahaja yang mahu menyerang Israel ” , maksudnya Mujahidin di Gaza.

Menteri Luar Israel  Avigdor Lieberman yang dilapor mengumumkan bahawa Israel tidak ada pilihan selain menjajah semula Gaza , sepatutnya diberi perhatian serius oleh dunia . Israel mempunyai rekod menceroboh dengan ganas dalam semua operasi militari ke atas Gaza.

Pihak mujahidin Al-Qassam serta para penduduk kini bersiap siaga untuk gelombang intifadah.

MAPIM menyeru masyarakat antarabangsa supaya memberi respon terhadap rancangan serangan udara keatas Gaza yang dijangka akan dilancar oleh tentera Israel. Serangan yang terkini menunjukan tanda bahawa Israel nekad untuk melancarkan serangan yang lebih ganas.

Israel sedang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar Mesir yang mengkelasifikasi Hamas sebagai kelompok pengganas dan kini mengetatkan laluan sempadan Rafah yang menyekat bantuan luar untuk masuk ke Gaza.

Kami memberi amaran kepada masyarakat dunia bahawa ada kemungkinan  serangan besar-besaran akan dilakukan oleh Israel berdasarkan rekod keganasan yang dilancarkan pada operasi 2008-2009.

Kami menyerus Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah proqktif untuk mengelak tindakan unilateral Israel keatas Gaza.

Masyarakat Muslim antarabangsa seharusnya bersiap sedia untuk melancarkan kempen sedunia untuk menghalang Israel dari menceroboh semula Gaza.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mac 2014
M T W T F S S
« Feb    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: