KERAJAAN TIDAK SENSITIF DENGAN BANTAHAN AWAM TERHADAP ACARA HIBURAN LIAR

Kenyataan Media MAPIM
16 hb Mac 2014

MAPIM memandang serius insiden 5  anak muda meninggal dunia manakala empat lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah dan arak berlebihan semasa menghadiri satu konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi 15 hb Mac 2014.

Tiga yang lain mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Semuanya adalah rakyat Malaysia yang berumur antara 21 dan 28 tahun.

Daripada lima orang tersebut, seorang lelaki Melayu, seorang lelaki India, seorang lelaki Cina dan dua perempuan Melayu berumur antara 19 hingga 27 tahun.

Sembilan orang dilaporkan didakwa mengambil methamphetamine dan pengsan di tempat konsert Future Music Festival Asia 2014 berlangsung di  stadium tersebut.

Mengikut maklumat perubatan dadah ini sememangnya sering disalahguna dan berpotensi memberi kesan pendarahan di otak jika diambil dengan berlebihan .

Kami kesal betapa dikala seluruh negara resah dan cemas serta bersimpati dengan ahli keluarga MH 370 yang hilang , negara dikejutkan dengan keliaran anak muda terlibat dalam konsert yang tidak melambangkan budaya dan akhlaq yang sepatutnya.

Pengumuman Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam ini, telah dibatalkan adalah wajar dan sepatutnya dari awal lagi acara ini tidak harus diizinkan.

Kami tidak dapat menerima bagaimana Konsert tiga hari itu dilulus yang dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual antara 13-15 hb Mac 2014.

Bantahan terhadap acara seperti ini sudah sering disuarakan , namun pihak berkuasa selalunya tidak mengambilkira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat.

Sikap liberal yang diamalkan oleh pihak berkuasa telah diambil kesempatan oleh penganjur yang memberi tumpuan untuk mengadakan acara yang menarik golongan generasi muda.

Kekhuatiran masyarakat bahawa acara seperti ini akan memberi kesan negatif kepada generasi muda sudah kerap diangkat dan terbukti benar bila berlaku insiden yang tidak diingini.

Sebab itu kami menegaskan pihak berkuasa sepatutnya mengambilkira bantahan masyarakat kerana jika kerajaan jujur mewar-warkan rakyat diutamakan , acara seperti ini tidak harus diluluskan.

Kami mengesa kerajaan tempatan bersikap tegas untuk membendung sebarang acara liar seperti ini dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak atasan terutama orang politik yang sering diperguna oleh penganjur untuk mendapat kelulusan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mac 2014
M T W T F S S
« Feb    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: