SATU LAGI KONSERT MUZIK BAKAL DIADAKAN – KERAJAAN TIDAK SEREK

Kenyataan Media MAPIM
18hb Mac 2014

MAPIM mendesak pihak berkuasa bertindak terhadap satu lagi acara hiburan liar yang bakal dilaksanakan atas nama “Life in Color” di Go Kart Sepang International Circuit .pada 19 hb April 2014.

Berdasarkan promo yang ditunjukkan dalam sesewang khususnya , ia adalah acara hiburan anak muda seperti acara yang sebelumnya.

Seorang artis , Fedde Le Grand yang didatangkan dari Netherlands  adalah seorang artis DJ dan penerbit terkenal , dijadikan tarikan kepada penonton.

Kami menegaskan acara hiburan yang bertali arus yang dikatakan bertaraf antarabangsa dalam tempoh sepanjang Mac-April ini iaitu Konsert Festival Muzik Planet Eupe di Sg.Petani , konsert Future Music Festival Asia 2014 di stadium Bukit Jalil dan sekarang Life In Color di Sepang , sangat dikesali.

Perhimpunan anak muda dengan tarikan persembahan acara hiburan liar nampaknya menjadi tren di negara ini. Malangnya yang paling ramai menyertainya adalah dikalangan generasi muda Melayu.

Insiden enam orang anak muda yang mati akibat mengambil dadah berlebihan ketika menyertai konsert di stadium Bukit Jalil baru-baru ini sepatutnya menjadi iktibar kepada pihak berkuasa dan masyarakat.

Kami menyatakan bantahan terhadap acara seumpama ini berterusan dibenarkan. Apatah lagi ketika negara sedang dikejutkan dengan tragedi yang amat berat ketika ini iaitu kehilangan MH 370 . Ditambah lagi  kemarau berpanjangan dan jerebu hingga paras bahaya

Penganjur Life in Color  yang mendakwa sebagai Yayasan Budaya dengan bangga telah mempromosi sejak beberapa tahun lalu sebuah gerakan sedunia yang disebut sebagai  ” a movement captivating the rest of the world into a free thinking free will society.”

Dengan jolokkan  ” The REBIRTH to every soul and spirit ” sekali lagi acara muzik liar akan menghimpun ribuan anak muda.

Kami kesal kenapa kerajaan nampaknya mudah meluluskan acara yang mempunyai implikasi sosial budaya yang akan memberi kesan akhlaq yang negatif kepada generasi muda.

Kami mengesa supaya acara yang bakal diadakan di Sepang tersebut dibatalkan dan perundangan yang mengawal sebarang acara hiburan terbuka disemak semula supaya penguatkuasaannya dilaksanakan dengan tegas.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mac 2014
M T W T F S S
« Feb    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: