SEGERA UJUDKAN JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN ISU MH 370

Kenyataan Media MAPIM
15hb Mac 2014

MAPIM mengesa supaya sebuah Jawatankuasa Parlimen khas terhadap isu kehilangan MH370 ditubuhkan.

Pendedahan terbaru yang menunjukkan adanya kebarangkalian pesawat itu sengaja dipandu ke arah lain dari tujuan asal menyebabkan pelbagai tafsiran kini dibuat keatas kisteri kehilangan MH 370.

Oleh kerana seluruh dunia kini tertumpu kepada Malaysia , adalah wajar wakil rakyat di Dewan Rakyat tidak menjadi kelompok paling lewat untuk mendapat maklumat terkini mengenai isu ini.

Kini penemuan terbaru meningkatkan lagi keresahan rakyat dan masyarakat antarabangsa untuk melihat bagaimana krisis ini diurus dengan paling tepat.

Operasi SAR mencari MH 370 memerlukan ketelusan dan kordinasi tahap tinggi untuk mengelakkan spekulasi yang boleh mengancam operasi tersebut.

Kami berpendapat memang jika isu ini ada kaitan dengan soal sekuriti ia perlu ditangani dengan sangat cermat akan tetapi kes ini melibatkan nyawa awam dan sudah mendapat pendedahan yang meluas .

Maka Parlimen sebagai institusi tertinggi untuk mendapat persepakatan dalam menangani isu seberat ini wajar dimaklumi dengan rapi.

Adalah menjadi sangat pelik jika ahli Parlimen tidak mendapat maklumat terkini dalam isu pencarian MH 370.

Kini kepentingan nyawa awam dan integriti negara harus merentas segala kepentingan yang lain.

Parlimen adalah paltform yang penting supaya supaya wakil rakyat dilihat bersepakat dalam menangani isu yang merentas kepentingan politik.

Penglibatan 14 negara dalam operasi SAR telah menjustifikasikan Parlimen perlu membahaskan isu ini agar rakyat tidak menuding Parlimen tidak relevan dalam pengendalian isu tersebut sedangkan negara luar berpusu-pusu menyertai pencarian yang besar ini.

Pesawat yang telah disahkan berketahanan tinggi ini telah memberi petunjuk bahawa faktor manusia nampaknya adalah penyumbang tertinggi kepada kehilangan MH370. Maka siasatan yang melibatkan sekuriti negara dan keselamatan awam sepatutnya dibahaskan di Parlimen.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mac 2014
M T W T F S S
« Feb    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: