KERAJAAN TIDAK CERMAT DALAM PERBELANJAAN NEGARA

Kenyataan Media TERAS
24 hb Mac 2014

TERAS kesal sekali lagi Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2013) bagi memohon belanjawan tambahan. Kali ini ia  berjumlah RM2.39 bilion bagi tahun ini.

Walaupun ia bukan menjadi suatu amalan yang pelik kerajaan  membuat permohonan perbekalan tambahan untuk kelulusan di Parlimen dalam setiap beanjawan , akan tetapi apakah ini menandakan bahawa pengurusan kewangan negara tidak cekap dan inikah cara kerajaan mengurus perbelanjaan secara tidak cermat.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat hari ini , sangat mengejutkan bila kerajaan belum pun masuk ke suku pertama perbelanjaan negara bagi tahun ini.

Adalah jelas nampaknya pihak kerajaan seolah-olah tidak membuat unjuran yang betul dalam pembentangan bajet untuk 2014.

Permohonan Peruntukan Perbekalan Tambahan itu jelas sangat besar dan ini menimbulkan tanda tanya kenapa selisih peruntukan yang sedemikian besar berlaku antara peruntukan bajet yang dibentang dan perbekalan tambahan yang dipohon .

Peruntukan tambahan RM 2.35 bilion yang dipohon itu adalah kuantum yang sangat besar . Persoalannya peruntukan bajet ketika dibentang pada 2013 iaitu RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan , apakah tidak mencukupi dalam tempuh yang sangat sengkat pada awal suku tahun ini?

Peruntukan paling besar yang dicadangkan dalam cadangan tersebut adalah sejumlah RM2.09 bilion untuk Kumpulan Wang Terkanun mencecah RM2.09 bilion dan seterusnya sebanyak RM55.6 juta untuk Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sebanyak RM53.3 juta lagi dicadangkan untuk Jabatan Perdana Menteri, RM50 juta untuk Kementerian Kerja Raya dan RM46.9 juta untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Kami ingin menegaskan bahawa pengumumam 5 teras bajet 2014 yang dibentang tahun 2013 tidak membawa apa-apa makna jika unjuran perbelanjaan lari dari anggaran yang sepatutnya.

Kami percaya jika ini caranya kerajaan menguruskan perbelanjaan ,  bajet defisit untuk tahun depan tidak dapat dikurangkan akibat perbelanjaan yang tidak berhemat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Mac 2014
M T W T F S S
« Feb    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: