PELANCARAN KULIAH PENGHAYATAN ISLAM SECARA KAFFAH

PELANCARAN KULIAH PENGHAYATAN ISLAM SECARA KAFFAH

sempena Nuzul Quran  , Ramadhan 1431H

anjuran bersama

TERAS Pengupayaan Melayu Negeri Selangor

dan Hotel De Palma Shah Alam.

 

MUQADDIMAH

Penghayatan Islam Secara menyeluruh (kaffah) seperti tercatat dalam Al Quran Surah Al Baqarah : 208 adalah suatu tuntutan jelas. Tanpa kefahaman yang tepat terhadap Islam sebagai sistem hidup yang lengkap , maka keindahan Islam tidak dapat diserlahkan.

Realitinya masyarakat awam maseh tidak mempunyai kefahaman Islam yang menyeluruh dan sempurna. Lantaran itu pelbagai kepincangan berlaku akibat kecetekan dan kedangkalan umat Islam menghayati Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang unik dan sempurna.

Kepentingan mengutarakan penghayatan Islam yang menyeluruh adalah sangat jelas. Kita perlu mengilmukan masyarakat mengenai maksud ayat 208 Surah Al Baqarah itu sehingga amalan Islam seharian dapat diterjemahkan secara lengkap dalam kehidupan umat.

Adalah menjadi kewajipan yang tidak boleh diperkecilkan mengenai keperluan setiap Muslimin meneliti akan tuntutan menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah yang dihidup. Semada ditingkat individu mahupun ditingkat keluarga dan masyarakat , Islam perlu diterjemahkan selengkapnya tanpa kecuali.

MATLAMAT KULIAH

Melahirkan masyarakat Islam berciri khairo ummah dalam semua aspek kehidupan.

 

OBJEKTIF KULIAH

1.    Masyarakat akan memahami konsep Islam sebagai sistem hidup yang melengkapi.

2.    Masyarakat akan teransang untuk mengamalkan kehidupan secara Islamiyyah dalam semua tingkahlaku harian.

3.    Ibubapa akan berusha untuk menjadikan setiap keluarga menjadi keluarga mithali.

4.    Generasi muda Islam akan mengamalkan budaya dan adab Islam dalam tingkahlaku seharian.

5.    Pemimpin masyarakat akan mengamalkan kepimpinan contoh.

6.    Masyarakat akan mendokong agenda Islamisasi dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

 

TOPIK TUMPUAN DALAM SIRI KULIAH PENGHAYATAN ISLAM SECARA KAFFAH:

  • Tassawwur Islam
  • Ma’rifatullah
  • Ma’rifatul Rasul
  • Ma’rifatul Islam
  • Ma’rifatul Insan
  • Ma’rifatul Quran
  • Pembinaan keluarga dan pendidikan anak-anak
  • Kebersihan
  • Disiplin dan etika bekerja
  • Akhlaq seharian
  • Ibadah
  • Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman hidup
  • Berekonomi
  • Penjagaan Alam Sekitar
  • Budaya hidup sederhana
  • Mengimarah masjid
  • Pergaulan dan aurat
  • Berjiran tetangga
  • Rekreasi dan hiburan

MOTO KULIAH :

“MAKSUKLAH KE DALAM ISLAM SECARA KAFFAH  ”

KEKERAPAN SIRI KULIAH

Sebulan sekali setiap Malam Jumaat ke 2 ( 1.5 jam)

CADANGAN PENGKULIAH

  • Dato’Hasyim Yahya ( Mantan Mufti W,P)
  • Dato’ Dr Harun Din
  • Datin Ustazah Aminah Zakariah ( Pengerusi SALIMAH-TERAS)
  • Ustazah Rubiyah Harun (Timbalan Pengerusi SALIMAH-TERAS)
  • Hj Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS)
  • Ustzah Abdul Ghani Samsuddin (Pengerusi SHURA)

PESERTA KULIAH

Semua lapisan masyarakat:

  • Kanak-kanak sekolah kebangsaan
  • Remaja Sekolah Menengah
  • Mahasiswa  IPT
  • Jurulatih di pusat-pusat latihan
  • Ibubapa
  • Pendidik dan ahli akademik
  • Imam dan kepimpinan masjid dan Ulama
  • Persatuan/Kelab Warga Islam Jabatan kerajaan
  • Persatuan/Kelab Warga Islam Swasta
  • Pemimpin NGO
  • Ahli Professional
  • Ahli pertubuhan politik
  • Warga keselamatan (polis dan tentera)

PELANCARAN KULIAH

  • Tarikh : Sempena Nuzul Quran Ramadhan 1431H
  • Tempat : Dewan Hotel De Palma , Shah Alam
  • Aturcara pelancaran :

5.00 ptg    Ucapan Aluan

5.10           Bacaan Al Quran

5.20           FORUM Muqaddimah

“Penghayatan Islam Secara Kaffah”

§  Hj Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS

§  Datuk Hasyim Yahya

Tayangan Slide dan Pelancaran Kuliah Bersiri

Penghayatan Islam Secara Kaffah

7.00           Persiapan Iftar bersama anak Yatim

PROGRAM SAMPINGAN KULIAH

I.            Penyebaran Risalah , Poster , Sticker , Banner

II.            Perhimpunan Keluarga Muslim

III.            Menzahirkan peranan kita sebagai Khalifah Alam

IV.            Hari Kanak-kanak Islam sempena Maulidur Rasul

V.            Pelancaran Bulan Penghayatan Al Quran

VI.            Seminar Perlaksanaan Syariah  Dalam kehidupan

VII.            Perkhemahan Genearasi Muda dan Penghayatan Islam Secara Kaffah

VIII.            Seminar Khas untuk Pemimpin-pemimpin masyarakat

IX.            Seminar khas untuk kaum Ibu

X.            Perhimpunan Pemuda Masjid

XI.            Gerakan Imarah Masjid dan Gerakan Subuh

XII.            Seminar Khas Islam dan Keusahawanan

XIII.            Malam Kesenian Islam

 

 

 

STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM SIRI KULIAH

Penasihat /Penaung : Pengurus Esksekutif Hotel De Palma

Pengerusi Pelaksana Bersama:

Pengurus Hotel De Palma Shah Alam

Presiden TERAS

Setiausha : Imam / Pegawai Agama Hotel De Palma S.Alam

AJK ;    3 orang ( dari Hotel De Palma)

4 orang (dari AJK TERAS Selangor)

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 320,698 hits
Kalendar
Februari 2017
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
%d bloggers like this: