20 STRATEGI BERKESAN MEMBANGUN QARIYAH MITHALI

MODUL

20 STRATEGI BERKESAN MEMBANGUN QARIYAH MITHALI

Disediakan oleh:

Mohd Azmi Abdul Hamid

Teras Pengupayaan Melayu/ Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Unit 1: Kepentingan membangun Qaryah Mithali (20 minit)

  • Qaryah sebagai tapak membina masyarakat mithali
  • Ciri-ciri masyarakat qariah mithali yang kita mahu.
  • Masyarakat mithali qaryah mithali

NOTA BACAAN:

  1. Sebuah masyarakat yang dihormati adalah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri unggul bukan sahaja dari aspek kemajuan kebendaan tetapi jauh lebih penting ialah keunggulan dalam ciri-ciri pembangunan insan.
  2. Masyarakat mithali adalah sebuah masyarakat yang layak mendapat gelaran “khairo ummah” iaitu memilikki daya yang sangat kuat untuk menyebarkan segala perkara yang bersifat ma’ruf dan mampu membendung segala yang berciri mungkar  dan yang mempunyai kekuatan keimanan yang kukuh . (Surah Ali Imran ;…).
  3. Sebuah qaryah yang cemerlang adalah qaryah yang menyediakan anak-anak qariahnya untuk  membina ciri-ciri unggul yakni:
  1. Keteguhan iman
  2. Kemantapan ketaqwaan
  3. Keluhuran akhlaq
  4. KejeRnihan pemikiran dan nilai diri
  5. Keutuhan daya intelektual
  6. Kestabilan dan keutuhan Institusi kekeluargaan
  7. Kualiti pendidikan yang cemerlang
  8. Kemandirian dalam berekonomi
  9. Keaktifan dalam politik yang sihat dan penyertaan menentukan kepimpinan yang bersih dan beramanah
  10. Ketahanan  budaya dan tradisi hidup Islam
  11. Kebersihan dan kelestarian alam sekitar

 

  1. Unit terkecil dalam struktur masyarakat ialah qaryah , oleh itu ia adalah tapak pembinaan masyarakat yang terpenting untuk mengujudkan masyarakat mithali.
  2. Qaryah mithali bergantung kepada masyarakat yang terbentuk oleh sistem kehidupan masyarakat yang sihat. Manakala qaryah yang buruk adalah natijah dari masyarakat yang tidak dibentuk oleh nilai hidup yang berasaskan nilai hidup Islam.

Soalan :

  1. Apakah ciri-ciri masyarakat yang tidak cocok dengan masyarakat yang dikehendakki oleh Islam :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

  1. Apakah penilaian anda terhadap qaryah yang ada ditempat anda bermastautin?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Unit 2: Gerakerja Strategik membangun Qaryah  (20 minit)
  • Memahami hal ehwal masyarakat masa kini
  • Menganalisa isu-isu masyarakat qaryah setempat.

NOTA BACAAN:

  1. Mengenali realiti sesebuah masyarakat adalah titik pertama untuk membawa kepada perubahan. Dari realiti yang ujud menjadi asas kepada perubahan yang hendak dibawa kepada masyarakat.
  2. Kefahaman yang tepat mengenai apa yang sedang berlaku dalam masyarakat memboleh sesorang itu memberi tumpuan kepada isu-isu yang terdekat dengan qaryah setempat.
  3. Realiti sesebuah masyarakat itu dapat dinilai dari aspek berikut:
  • Realiti yang dapat diamati secara zahir
  • Realiti yang ujud dalam bentuk nilai , sikap dan pemikiran masyarakat
  1. Realiti sosio-budaya adalah suatu keadaan dimana masyarakat mengamalkan gaya hidup yang dapat dilihat secara umum pada tingkahlaku zahir dan menjadi budaya seharian.
  2. Realiti masyarakat dapat dilihat secara zahir seperti:

Yang negatif :

  • Merokok
  • Membazir dalam acara kenduri dan perayaan
  • Membuang sampah
  • Membazir penggunaan air
  • Tidak mengendahkan kebersihan
  • Bersembang kosong di kedai kopi
  • Anak muda berlepak
  • Pelajar ponteng sekolah
  • Merosak harta awam
  • Tidak ramai mengimarah masjid dan majlis ilmu

Yang positif:

semangat gotong royong

saling mengziarahi

menjaga

 

 

Unit 3: Langkah amaliah membangun Qaryah (15 minit)

3.1 Strategi Memahami dan menilai realiti Qaryah

Strategi 1 : Menilai realiti sosio-budaya qaryah (20 minit)

  • Menghasilkan profil sebuah masyarakat qaryah
  • Menganalisis realiti masyarakat qaryah:

Sosial

Ekonomi

Kebajikan

Kesihatan

Kemudahan asas

Alam sekitar

Kegiatan-kegiatan kemasyarakatan

 

Kepenggunaan

Kegiatan belia

pekerjaan

pendidikan

Pembangunan keluarga

Budaya hidup seharian (kejiranan, penggunaan masa, pergaulan

Strategi 2 : Menilai isu-isu qaryah pelbagai kelompok anak qaryah

  • Mengenalpasti pelbagai kategori anak qariah (berdasarkan umur, pekerjaan, etnik, agama)
  • Meneliti isu-isu yang berkait dengan kelompok sasar

Kanak-kanak

Remaja

Wanita

Petani

Nelayan

Pekerja

Pekebun kecil

Peniaga kecil

Pesara

Belia

Warga emas

 

 

 

 

Startegi 3: Menilai potensi anak-anak qaryah

  • Mengenalpasti anak qaryah yang mempunyai pengalaman khusus:

Pendidik

Pesara penjawat awam

Pesara tentera/polis

Ahli professional (doctor, peguam)

Usahawan

Ahli akademik

Ahli agama

Strategi 4: Mengenali keperluan dan kehendak anak qaryah

  • Menganalisa keperluan setiap kelompok anak qaryah
  • Mengkategorikan keperluan
  • Mengumpul maklumat melalui aduan anak qaryah

3.2 Strategi Menganalisa Sebab-musabab isu-isu setempat

  • Memahami kesan kehidupan moden
  • Memahami kesan pembangunan berasaskan kebendaan
  • Faktor-faktor khusus penyebab kepada isu qaryah setempat:

Pendidikan dalam keluarga

Qualiti dalam kepimpinan

Budaya hidup bergantung

Pengaruh negatif dari luar

Pengaruh media massa

Strategi 5 : Meneliti pengaruh luar

  • Menganalisis pengaruh media massa
  • Menganalisi pengaruh Bandar ke desa
  • Mengkategorikan pengaruh luar (ancaman/peluang)
  • Menyenaraikan langkah-langkah membendung pengaruh dari luar.

 

Strategi 6: Meneliti punca dari dalam qaryah

  • Mengenalpasti kelemaha-kelemahan dari dalam masyarakat.
  • Menyenaraikan langkah-langkah mengatasi dalam masyarakat.

Strategi 7: Menganalisis kelemahan anak qaryah

  • Meneliti aspek khusus dari kelemahan anak qaryah:

Pemikiran

Sikap

Kebergantungan

tidak prihatin

Perpecahan

Kesedaran pasif

3.3 Strategi mengerakkan keinginan untuk anak qaryah  merubah  realiti.

  • Dari masyarakat kepada masyarakat berdikari
  • Perbandingan usaha dengan komuniti lain untuk meningkatkan taraf kehidupan.
  • Pedoman al quran dan teladan rasulullah dalam membina qairulummah.

Strategi 8 : Menyuntik motivasi untuk meningkatkan kualiti hidup

  • Mengenalpasti nilai-nilai positif untuk memajukan diri
  • Contoh masyarakat mithali dalam pelbagai aspek yang boleh diteladani.
  • Menubuhkan pasukan motivasi untuk anak qaryah

Strategi 9 : Memilih anak qaryah yang bermotivasi tinggi untuk membangun qaryah mithali.

  • Memanfaatkan anak qaryah yang bermotivasi tinggi dalam pasukan penggerak qariah
  • Mengadakan pertemuan berkala.

 

 

Strategi 10: Mendekati anak-anak qaryah yang boleh menyumbang untuk membangun qaryah mithali.

  • Mengenalpasti sumber manusia dan kepakaran yang ada dalam kalangan anak qaryah.
  • Menyesuaikan kepakaran ahli-ahli qaryah dan keperluan qaryah.

Strategi 11: Menyusun struktur gerakerja Qaryah mithali

  • Stryktur qaryah berdasarkan kumpulan sasar
  • Struktur qaryah berdasarkan keperluan
  • Memantau pasukan petugas/ struktur qaryah

 

3.4 Strategi mengerakkan tindakan diperingkat kelompok.

  • Cara mengorganisasikan gerak kerja di dalam qaryah.
  • Kemahiran bermesyuarat
  • Kemahiran merancang dan melaksana aktiviti
  • Kemahiran menggunakan media massa

Strategi 12 : Pendekatan melibatkan anak-anak Qaryah dalam gerakerja mengembling masyarakat.

  • Kaedah menarik minat anak qaryah untuk terlibat dalam program
  • Faktor-faktor penghalang anak qaryah terlibat dalam program

Strategi 13 : Menyenaraikan agenda perubahan

  • Jenis-jenis perubahan yang ingin dicapai
  • Keperluan mendapatkan persetujuan kolektif dalam kalangan masyarakat untuk membuat perubahan
  • Bagaimana untuk mengekalkan perubahan

Strategi 14 : Mengariskan pelbagai jenis program mencegah

  • Mengenalpasti gejala negatif dalam masyarakat qaryah
  • Mewujudkan petugas untuk menangani gejala negatif
  • Mendapatkan kerjasama dari masyarakat untuk membanteras gejala negatif

Strategi 15 :  Menyenarai pelbagai jenis program membina

  • Senarai program-program positif dan membina
  • Menyesuaikan program-program positif dan golongan sasar
  • Contoh program yang membina dan berkesan.
Unit 4 : Menyenarai tanda aras perubahan Qaryah milthali
  • Tanda aras pencapaian sebuah qaryah mithali
  • Bagaimana menilai pencapaian masyarakat mithali

Strategi 16 :   Menanamkan kecintaan anak Qaryah kepada Masjid

  • Masjid di hati anak qaryah
  • Bagaimana masjid menjadi releven kepada keperluan masyarakat
  • Memikat anak muda untuk akrab dengan masjid.

Strategi 17 : Petunjuk- aras Qaryah yang cemerlang

  • Tunjuk aras berdasarkan bidang
  • Tunjuk aras berdaasarkan qualiti hidup
  • Tunjuk aras berdasarkan nilai dan budaya hidup

Strategi 18 : Mengekalkan perubahan

  • Faktor-faktor menyebakan perubahan tidak kekal
  • Kaedah2 mengekalkan perubahan
  • Menanam sifat istiqamah dalam masyarakat

 

Strategi 19 : Meningkatkan kualiti kepimpinan Qaryah

  • Nilai kepimpinan masyarakat yang cemerlang
  • Kepimpinan kendiri dan kepimpinan kolektif
  • Membina kepimpinan contoh dalam qariah

Strategi 20 :  Menyerlahkan kecemerlangan Qaryah

  • Mengembangkan perubahan kepada qaryah jiran
  • Mewujudkan aktivis qaryah yang beriltizam
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
Disember 2017
I S R K J S A
« Mac    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: