Ancaman Terhadap Kedudukan Islam Di Malaysia

1.         Menghapuskan Kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan

  • Berhujah di Mahkamah Persekutuan untuk menafsirkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan dan Kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua Agama di Negeri masing-masing) hanya sekadar untuk tujuan keraian semata-mata (ceremonial);

 

  • Berhujah di Mahkamah dan di mana sahaja untuk menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular;

 

 

  • Meletakkan Islam di bawah norma-norma dan peruntukan konvensyen antarabangsa yang jelas bertentangan dengan syariat Islam;

 

  • Perkara 121(1A) ditafsirkan dengan memberikan kuasa mahkamah tinggi sivil untuk melaksanakan judicial review bagi menyemak dan mengubah keputusan Mahkamah Syariah;

 

 

  • Sistem perundangan Syariah negara adalah sekadar administrative personal tribunal yang boleh diketepikan atau disemak oleh Mahkamah Tinggi Sivil berdasarkan undang-undang sivil; dan

  • Mahkamah Syariah tidak mempunyai asas dalam Perlembagaan dan tidak setanding dengan Mahkamah Sivil.

 

2.   Menyamatarafkan semua agama (transcendental unity of religion) di negara ini

 

  • Melenyapkan kedaulatan Islam dalam pelbagai aspek kehidupan dan pentadbiran negara;

 

  • Semua agama berhak untuk menyebarkan ajarannya termasuk kepada orang Islam, oleh itu perkara 11(4) Perlembagaan perlu dihapuskan;

 

  • Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri tidak berhak untuk memberikan perhatian kepada Islam;

 

  • Sebarang belanjawan untuk pembangunan Islam adalah menyalahi amalan negara demokrasi;

 

  • Kerajaan juga perlu memperuntukan belanjawan untuk agama-agama lain sekiranya Islam diberikan peruntukan kewangan

 

3.   Memperjuangkan kebebasan berfikir secara mutlak di kalangan umat Islam sehingga membolehkan:

 

  • orang Islam bebas untuk murtad sesuka hati mereka tanpa kawalan pihak berkuasa agama, jauh sekali daripada dikenakan sebarang hukuman;

 

  • pelopor dan pengikut ajaran sesat bebas untuk mengamalkan kepercayaan mereka;

 

  • orang-orang Islam yang jahil tentang Islam juga diberikan hak untuk menafsirkan al-Quran mengikut kefahaman mereka sendiri;

 

  • Institusi Fatwa dihapuskan daripada enakmen Pentadbiran Negeri-negeri kerana dikatakan bercanggah dengan semangat keperlembagaan, ia seolah-oleh menjadi badan pembuat undang-undang ketiga selain daripada DUN dan Parlimen;

 

  • jurisprudens Syariah diranapkan sama sekali, pentafsiran dan pendekatan moden yang liberal dan progresif perlu diterima pakai;

 

  • tafsiran bahawa pegangan agama, kepercayaan dan cara mengamalkannya adalah hal persendirian yang tidak sepatutnya disentuh oleh mana-mana pihak berkuasa.

 

4.         Menghapuskan undang-undang kawalan moral berasaskan agama.

 

  • Umat Islam perlu dibebaskan daripada berbagai kawalan undang-undang Syara’ yang mengawal akhlak

 

  • Berhujah di Mahkamah dan mendesak supaya dihapuskan kuasa negeri-negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah yang bertujuan untuk mengawal akhlak umat Islam seperti khalwat, minum arak, berjudi, berpakaian/berkelakuan tidak senonoh dan sebagainya.

 

  • Umat Islam bebas mengamalkan agamanya mengikut tafsirannya sendiri, tiada sebarang undang-undang yang boleh mengawalnya dan tiada sesiapa yang boleh memutuskan sama ada caranya itu salah atau sebaliknya.

 

5.   Memberikan imej buruk terhadap Institusi dan Undang-undang Syariah/Islam dengan mendakwa:

 

  • ulama’ silam sebagai tidak adil kerana mendiskriminasi kaum wanita dengan memberikan hak talak kepada lelaki, pengagihan harta pusaka yang mendiskriminasi wanita, keperluan wali dalam pernikahan, nasab keturunan  hanya di sebelah bapa dan sebagainya yang pada pemikira mereka adalah “gender bias”;
  • jawatan-jawatan utama berkaitan agama dimonopoli oleh kaum lelaki yang sentiasa menindas kaum wanita;

 

  • tafsiran al-Quran dalam hal-hal berkaitan wanita dipengaruhi oleh lelaki;

 

  • isteri tidak wajib ta’at kepada suami kerana perkongsian hidup mereka adalah atas kedudukan sama rata;

 

  • amalan poligami Rasul sebagai gila seks;

 

  • isteri berhak untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja sebagaimana suami juga;

 

  • suami yang memaksa isteri untuk mengadakan hubungan seks boleh dituduh merogol isteri (marital rape).

 

6.   Mengadakan jaringan bersepadu untuk mengganyang Islam (Islam Bashing)

 

  • Membentuk persepakatan dengan NGO-NGO, dan media massa khususnya  internet bagi menjayakan program Islam bashing mereka.

 

  • Mendapatkan sokongan parti-parti politik bukan Islam, termasuk tokoh-tokoh politik dalam atau luar kerajaan bagi melebarkan pegaruh mereka.

 

  • Mewujudkan barisan peguam yang berkebolehan untuk berhujah di Mahkamah Persekutuan bagi meruntuhkan Islam dan Institusi Islam melalui proses perundangan.

 

  • Memberikan sokongan moral dan membela kelompok ajaran sesat dan memberikan gambaran buruk mengenai Islam kepada masyarakat antarabangsa.

 

  • Bekerjasama dengan badan-badan aktivis hak asasi untuk membela golongan ajaran sesat dan pesalah jenayah Syariah hingga ke tahap mempertikaikan undang-undang kawalan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

 

  • Membangkitkan sentimen kebencian dan mewujudkan gelombang bantahan terhadap Institusi Islam dan Syariah melalui jaringan media serta memburuk-burukkan imej institusi agama/Syariah.

 

  • Melobi parti-parti politik dan tokoh-tokoh poitik termasuk yang berada dalam kerajaan untuk melebarkan pengaruh mereka.

 

  • Melobi masyarakat antarabangsa untuk mengenakan berbagai-bagai tekanan terhadap negara sekiranya perkara yang dituntut tidak dilaksanakan.

 

  • Merekrut siswa- siswi yang petah (terutamanya Bahasa Inggeris) dan pintar untuk menyemai pengaruh mereka di kalangan generasi muda.

 

 

 

 

HAJI MAHAMAD NASER BIN DISA

PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN

JABATAN PEGUAM NEGARA.

 

2 comments on “Ancaman Terhadap Kedudukan Islam Di Malaysia
  1. Ar Rayah World News
    http://www.arrayah.info/
    Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam Global
    Daulah Khilafah Islamiyah

  2. hj yamin berkata:

    so apa tindakan anda tuan Mahamad Naser takkan cakap saj

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 320,698 hits
Kalendar
Februari 2017
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
%d bloggers like this: