Bangsa Bukan Jaminan

Kita boleh cinta/sayangkan bangsa kita (mengikut syariat Allah)daripada dihina/diperlekehkan oleh orang lain tapi kita tidak boleh terlalu fanatik kepada bangsa….hingga menjadi pejuang bangsa yang tidak punya halatuju hingga sanggup mengadai Islam demi pejuangan bangsa yang sempit dan menghalalkan yang haram demi kerana bangsa.

Persoalan BANGSA kadangkala menjadi terlalu sensitif buat sesetengah orang. Manusia boleh bersengketa apabila BANGSA mereka disentuh oleh pihak lain. Bangsa Yahudi merupakan satu contoh bangsa yang terlalu fanatik dengan fahaman bangsa. Mereka mengira, merekalah bangsa termulia di sisi Tuhan. “Kemuliaan” yang mereka sangka itu seolah-olah “mengizinkan” mereka untuk berbuat apa sahaja ke atas bangsa selain daripada mereka.

Bangsa Yahudi ini menganggap bangsa lain sebagai “haiwan” yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya dan halal darahnya. Persoalannya, apakah ada jaminan bahawa sesuatu bangsa itu beroleh kelebihan berbanding bangsa lain? Adakah hanya sesuatu bangsa itu sahaja yang mulia dan mewarisi bumi ini?

Tidak ada jaminan dan nas yang mengatakan bahawa sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan kuasa dan kedaulatannya jika asasnya hanya kerana mereka adalah pribumi tanah nenek moyang. Sudah banyak contoh umat yang terpinggir dan terusir dari tanahair yang mereka sangka pusaka kekal mereka dan tidak sedikit juga yang telah luput dari dunia ini.

Sebenarnya Allah S.W.T lebih awal memberi jaminan dengan firman-Nya yang bermaksud : “Dan sesungguhnya telah Kami tulis di dalam kitab Zabur sesudah (Kami tulis di dalam) Lawh Al-Mahfuz, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang salih” (Al-Anbiya : 105). Terbukti, yang berhak mewarisi bumi dan tanahair ini hanyalah hamba-hamba Allah yang memiliki sifat salih dan tidak semestinya pribumi tanahair.

Telah berapa banyak bangsa-bangsa yang terdahulu telah dihancurkan dan dilenyapkan oleh Allah S.W.T dari muka bumi ini. Antaranya, sebagaimana yang telah berlaku kepada kaum Nabi Lut, Kaum Ad dan kaum Thamud. Begitu juga apa yang berlaku kepada Firaun, Qarun dan Haman. Mereka yang ini dihancurkan oleh kerana dosa yang diperbuat oleh mereka sendiri.

Maka terbuktilah firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Maka tiap-tiap (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara yang keras mengguruh, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan ada di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri” (Al-Ankabut : ayat 40).

Demikianlah beberapa contoh azab yang ditimpakan Allah S.W.T ke atas bangsa-bangsa yang disangka perkasa tetapi boleh hilang di dunia dalam sekelip mata. “Kehilangan” mereka itu adalah akibat dari dosa-dosa mereka sendiri. Tuhanlah yang berkuasa dengan Kudrat-Nya samada hendak mengekalkan ataupun menghancurkan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya bergantung kepada jalan mana yang mereka itu pilih, jalan kesalihan atau kedurhakaan.

Inilah apa yang dikatakan hakikatnya, dosa akan membawa binasa. Allah S.W.T telah berulangkali telah menegaskan hakikat ini di dalam firman-Nya yang bermaksud : “Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain” (Surah Al-An’ar : ayat 6)

Begitulah kesekelian kalinya Allah S.W.T menyebutkan dan mengingatkan bahawa kekuatan, kekuasaan, kekayaan dan kebangsaan sama sekali bukan jaminan untuk sesuatu bangsa terus kekal dan berkuasa. Untuk bangsa yang lupa dan berbuat derhaka adalah terlalu mudah bagi Allah S.W.T membinasakan mereka apabila Dia menghendakinya. Hancurnya kaum Ad, kaum Thamud, karamnya Qarun tidak pernah ditangisi oleh dunia malahan menjadi satu kesyukuran pula kepada orang-orang yang mengerti apa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Sesuatu bangsa boleh jadi ada, boleh jadi tiada. Dan pembinasaan sesuatu bangsa itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Antaranya seperti dengan datang wabak penyakit, kejatuhan ekonomi, bencana alam dan sebagainya. Demikianlah hakikatnya, ramai manusia dan bangsa tertipu dengan sedikit kesenangan dunia lantas tidak bersyukur kepada Allah S.W.T sebaliknya membalas dengan membuat dosa dan kezaliman. Tidak pernah mahu menginsafi dan memikirkan bahawa apa yang mereka miliki dan kecapi itu tidak lain hanyalah amanah Allah S.W.T kepada mereka.

Allah S.W.T adalah pemilik mutlak dan berhak menarik nikmat-Nya itu bila-bila masa dan dengan cara apa sekalipun. Isu penggantian suatu bangsa dengan bangsa yang lain ini telah banyak disebut di dalam Al-Quran. Semisal di dalam Surah At-Taubah ayat 38 dan 39, Allah telah memberi amaran kepada mereka yang kehilangan dan pudar perjuangan, mabuk dengan kesenangan hidup dunia dan terpedaya dengannya dapat membunuh dan melumpuhkan daya juang sayangkan agama.

Bangsa yang telah gila kebendaan yang secara langsung melumpuhkan idealisme perjuangan adalah bangsa yang akan segera hilang di dunia. Inilah amaran Allah S.W.T yang bermaksud : “Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan seksa yang pedih dan ditukarnya (kamu) dengan kaum yang lain….” (At-Taubah : ayat 39)

Kesimpulannya, nasib sesuatu bangsa itu sangat bergantung kepada kualiti yang dicirikan oleh khidmat dan manfaat. Sesuatu bangsa layak untuk terus hadir di dunia selama kehadiran mereka sentiasa bermanfaat kepada kemanusiaan sejagat dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Hakikat inilah yang tersirat di sebalik firman-Nya yang simbolik, yang bermaksud : “Adapun buih itu, akan hilang sebagai (bahan) yang tidak ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia akan tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan” (Al-Ra’d : ayat 17). Kalimah “buih” adalah simbol bangsa tanpa kualiti. Yang ada hanya gelembong kosong yang serba rapuh mudah hancur dan menghilang dari arus dunia.

Apalah yang dapat disumbangkan oleh buih? Untuk terus hadir di pentas dunia, sesuatu bangsa harus terus mampu menyumbang, punya misi dan matlamat jelas, idealisme dan iltizam. Tetapi bangsa “buih” yang jiwa dan mindanya yang kosong, hanyut dilambung ombak, hilang arah tujuan, mudah ditolak ke kiri dan ke kanan…..tidak akan punyai masa depan melainkan “HILANG DI DUNIA”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 327,819 hits
Kalendar
April 2017
M T W T F S S
« Mar    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: