Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi

Dr.
 Burhanuddin al-Helmy


Presiden Parti Islam Se-Malaysia

Tempoh berjawat
1956 – 1969

Didahului oleh

Abbas Alias

Digantikan oleh

Mohd Asri Muda


Tarikh lahir

1911

Tempat lahir

Kota Bharu, Perak

Meninggal

6 November 1969 (umur 58)
Taiping, Perak

Parti politik

PAS

Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi (1911, Kota Bharu – 25 Oktober 1969, Taiping, Malaysia)[1] merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Isi kandungan

[sorokkan]

Awal kehidupan

Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[1][2]

Aktiviti selepas perang

Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan “kesatuan politik” MalayaIndonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.[2][3]

Presiden PAS

Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,[2] hingga kematiannya pada tahun 1969.[4] Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.[5] Beliau digambarkan sebagai seorang “nasionalis radikal dan pemikir Islam”.[6] Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.[2][7]

Wafat

Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

Garis masa

Tahun

Peristiwa

Catatan

1911

  • Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.
  • Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908
  • Sharifah Zaharah berasal dari Melaka

1926

  • Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera
  • Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah
  • Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut ‘sistem tadah’ tidak disukai oleh Burhanuddin
  • Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut ‘sistem tadah’

1927

  • Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang

1934

  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.

1942-1945

  • Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika pendudukan Jepun

1950

  • Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura

1956

  • Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kemudian, dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato’ Dr Haji Abbas Alias

1959

  • Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1959

1964-1966

  • Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi ejen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia
  • Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda
  • Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad.

10 Oktober 1969

  • Meninggal dunia akibat penyakit lelah dan ketentuan tuhan.

Rujukan

  1. 1.0 1.1Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi“, Britannica, Answers.com. Dicapai pada June 24, 2010.
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 Leifer, Michael (2001). Dictionary of the modern politics of South-East Asia, edisi 3rd, Taylor & Francis. ISBN 0415238757.
  3. Federspiel, Howard M. (2007). Sultans, shamans, and saints: Islam and Muslims in Southeast Asia, University of Hawaii Press. ISBN 0824830520.
  4. That complex entity called Pas“, Aliran Monthly, 14 November 2009. Dicapai pada 22 June 2010.
  5. Farish Noor. “On the road to change?“, Daily Times, 11 April 2008. Dicapai pada 22 June 2010.
  6. (2003) Malaysia: Islam, society and politics, Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 9812301615.
  7. “Opposition Plan for Rebellion”“, The Age, Fairfax Media, 1 March 1965. Dicapai pada 22 June 2010.

Bacaan lanjutan

  • Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy – Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003

sumber : wikipedia

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,623 hits
Kalendar
Disember 2017
I S R K J S A
« Mac    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: