Isu Budget 2011

Bajet ini bukan bajet rakyat

Pada realitinya dengan pendapatan rakyat yang tidak meningkat  sedang harga barangan asas meningkat , kuasa beli rakyat pada hakikatnya semakin rendah.

Dengan cukai import kepada 300 barangan import dihapuskan , rakyat tidak akan segera berbelanja untuk barangan import sedangkan kos barangan asas seperti makanan semakin meningkat.

Oleh kerana itu penghapusan  cukai ke atas barangan import tidak akan menambahkan ransangan untuk rakayat berbelanja. Lagipun untuk apa rakyat diransang untuk membeli barangan import yang akan hanya menambahkan wang mengalir keluar Negara.

Bermakna jika tujuan PM adalah meningkatkan aliran kewangan dalam pasaran tetapi dalam masa yang sama berbelanja untuk barangan import , natijahnya ialah wangnegara akan mengalir keluar.

Peningkatan ke atas cukai perkhidmatan kepada 6% mempunyai kesan kepada rakyat biasa. Banyak perkhidmatan yang diguna oleh rakyat berpendapatan sederhana  akan terjejas . Langkah ini seolah sebuah muqaddimah kepada GST yang ditangguh.

Wang RM500 untuk kakitangan kerajaan tidak membantu kerana ia bukan kuantum yang cukup untuk dibelanja bagi keperluan asas mahupun untuk disimpan buat perbelanjaan akan datang .

Penghapusan dutu setem kepada separuh juga tidak membawa makna kepada rakyat berpendapatan sederhana kerana nilai hartanah telah meningkat dengan sangat tinggi.

Sektor Binaan bukan menjamin pertumbuhan?

Najib telah mengumumkan projek binaan mega. Andaiannya ialah ia akan meransang pertumbuhan ekonomi. Namun tidak ada suatu bukti pun yang secara terperinci menunjukkan bahawa pertumbuhan akibat kegiatan ekonomi dari projek-projek mega adalah bersifat pertumbuhan yang mapan.

Sementara projek-projek mega banyak menggunakan bahan dan kepakaran luar akan digunakan dan tenaga buruh juga akan banyak diambil dari luar , persoalannya dimanakah yang dikatakan kesan limpahan dari projek mega kepada negara ini.

Malah teori bahawa projek-projek mega boleh menjana ekonomi sudah banyak gagal akibat pasaran global terhadap projek-projek mega diseluruh Negara menghadapi risiko ekonomi yang besar akibat pembiayaannya yang terlalu tingi institusi kewangan tidak mahu mengulangi kesilapan membiaya projek-projek mega.

Sebab itu projek menara merdeka 100 tingkat bernilai RM 5 bilion yang diumumkan menjadi projek yang penuh tandatanya mengenai viabilitinya .

Sedangkan sehingga kini selaian hanya harga tanah dikawasan KLCC meningkat berlipatkali ganda , namun kesan limpahan ekonomi kepada rakyat biasa seperti yang didakwa akan tercapai  ternyata tidak berlaku.

Malah bukankah golongan bumiputera samasekali tidak mendapat manfaaat apa-apa  dari terdirinya KLCC.Menara Berkembar Petronas itu sendiri telah mengguna kepakaran dari luar seperti. Arkitek (USA), Pembinaan (Japan and Korea), tenaga buruh (Indonesia, etc.) dan bahan binaan (besi , kaca , dan konkrit adalah dari luar.

Apakah kajian terperinci mengenai viability Menara Warasan Merdeka dari segi kepadatan lalulintas , penyertaan bumiputera , kesan alam sekitar bandaraya KL dan kos penyelenggaraan telah dilakukan dan kenapa ia tidak didedahkan kepada orang awam untuk mendapat pandangan balas.

Demikian juga projek  RM43b Mass Rapid Transit (MRT) di lembah Klang. Sejauhmana prosedur dan mekanisme procurement akan berjalan dengan telus terutama yang berkaitan dengan pengambilan tanah dan pembiayaan .

Projek  RM26b KL International Financial District adalah model pusat perdangan Wall Streeet. Apakah model yang kini telah menghadapi krisis hendak ditiru dan sejauhmana ia mampu terhindar dari aktiviti manipulasi dan spekulatif yang sering berlaku dalam pasaran saham.

Membiaya kerajaan yang terlalu besar

Bajet 2011 adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia.  RM212b adalah kuantum yang sangat besar. Ini melambangkan Najib menggunakan andaian berbelanja besar untuk menggerakkan ekonomi Negara.

RM163b atau  75% dari keseluruhan bajet  2011 untuk membiaya pengurusan kerajaan bagi rakyat adalah perbelanjaan yang sangat mewah .Apakah kriteria yang diguna Najib untuk mengagih ikut kerluan Kementerian tidak didedahkan.

Dari rekod yang ada keadaan kewangan Negara sudahpun terbeban dengan hutang yang tingi. Apakah bajet ini juga akan disalur untuk membayar pelbagai hutang kerajaan?

Kekhuatiran kami ialah bajet 2011 adalah bajet yang dikembungkan lebih dari yang sebenarnya diperlukan. Kemungkinan yang berlaku ialah bajet ini akan melibatkan pinjaman jangka panjang yang akan membenbankan lagi hutang Negara. Banyak dari projek mega yang dirangka adalah lebih kepada manfaat yang sangat bersifat spekulatif dan ia hanya berasaskan andaian bahawa ekonomi dunia akan pulih.

Yang jelas tidak nampak bajet ini membayangkan regim berbelanja secara berhemah sedangkan isu korupsi dan salah guna dana sangat jelas menjadi isu besar dalam pentadbiran kerajaan seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara baru-baru ini.

Kerajaan sering mempunyai tabiat mengumumkan projek-projek mengujud terutama meluluskan perbelanjaan ketika pilihan raya kecil mahupun umum. Ini sekali lagi mendedahkan perbelanjaan Negara tidak mengikut rancangan yang jelas. Dalam keadaan pilihanraya sering berlaku bajet jabatan dan Kementerian disalurkan diluar perancangan .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,962 hits
Kalendar
Mac 2017
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: