QORBAN: KONSEP, BUDAYA DAN IBADAT DALAM KEHIDUPAN

FORUM

QORBAN: KONSEP, BUDAYA DAN IBADAT DALAM KEHIDUPAN

Pengenalan: Moderator

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah (doa membuka majlis). …. Ucapan pengenalan

Firman Allah Ta’ala bermaksud:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”

(Al-Kautsar: 2)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”

(Surah Al-Hajj: 36)

(akan diupdate oleh Moderator dari semasa ke semasa)

Soalan yang dicadangkan

Soalan 1: Kepada Cikgu Azmi (10minit)

Sebagai mukaddimah kepada Sirah kita pada hari ini, izinkan saya berkongsi ayat2 Al-Quran untuk tujuan kita pada hari ini.

Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s – Habil dan Qabil

Firman Allah Ta’ala :

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ

Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah0, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya – sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”

(Surah Al-Maidah: 27)

 

Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s

Firman Allah Ta’ala :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ # فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ # فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku – insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”

(Al-Soffat: 100-102)

Saya pohon cikgu untuk menceritakan kembali sirah berkaitan ibadat korban dan mengapa ibadat ini dituntut di segi syara’.

Soalan 2: Kepada Pak Herry (10minit)

Masyarakat kita pada hari ini berlumba2 hendak mengadakan ibadat korban. Dan dari situ maka wujudlah pelbagai budaya dan amalan2 yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat. Seperti contoh, apabila binatang korban itu telah disembelih, maka kertas yang mengandungi senarai individu yang terlibat dengan bahagian korban itu akan dicampakkan ke dalam lubang yang mengandungi darah binatang korban, kononnya di padang Mashar nanti binatang korban itu akan mengenali tuan-tuan mereka.

Bolehkan ustaz menerangkan sedikit bagaimanakah cara korban yang sebenarnya yang telah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW? Dan bagaimana pula suasana ibadat korban di Indonesia?

Soalan 3: Kepada Cikgu Azmi (15minit)

Kita sebagai umat Islam harus mendalami konsep setiap ibadat dalam hidup kita. Ibadat2 seperti solat, puasa, haji telah pun dikaji kesannya oleh para ulama’ dan saintis2 di Malaysia. Sebagai contoh, pemeliharaan solat dapat menetapkan akidah di dalam hati setiap Muslim. Soalan saya kepada cikgu, bagaimanakah konsep ibadat korban ini dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.   Saya memberikan contoh di sini iaitu,

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan untuk berbuat baik dalam segala hal. Ketika kalian membunuh, maka berbuat baiklah dalam membunuh tersebut, dan ketika kamu menyembelih berbuat baiklah dalam penyembelihan, dan hendaknya salah seorang di antara kalian menajamkan pisaunya dan memudahkan untuk haiwan sembelihannya. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1955)

 

Soalan 4: Kepada Cikgu Herry (15minit)

Ibadat Korban, mengajar manusia terutamanya Orang Islam tentang cintakita kepada Allah, kasih sayang kita kepada Rasulullah sebagaimana sabda Rasulullah

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1961)

Kemudian kasih sayang kita kepada makhluk Allah, apabila kita mempunyai teknik tertentu untuk menjalankan ibadat Korban.

Dan tidak lupa juga kasih sayang kita kepada saudara kita, iaitu umat Islam. Saya memohon

Kepada Ustaz untuk memperincikan lebih konsep kasih sayang kita kepada umat manusia memandangkan umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi pelbagai ujian. Kita sebenarnya berada di suasana peperangan (peperangan minda dan akidah). Sila Ustaz

 

Soalan 5: Kepada Cikgu Azmi (10minit)

Kita sudah tiba di bahagian penutup dan mohon kepada Cikgu Azmi mengenai penglibatan golongan2 muda dalam ibadat Korban. Sekiranya kita lihat situasi hari ini di mana kebanyakan masjid atau surau, golongan2 yang sudah berumur, veteran yang banyak melakukan ibadat Korban ini. Manakala golongan muda ini hanya duduk di tepi. Hanya segelintir sahaja yang ingin menyertai ibadat Korban. Berkonsepkan ini, kita juga mendapati golongan muda semakin menjauhi agama Islam. Cikgu merupakan antara pendakwah yang banyak menekankan konsep mendekati golongan muda. Apakah cara-cara atau kaedah yang boleh kita lakukan untuk membawa kembali anak-anak muda ini ke jalan Allah.

Soalan 6: Kepada Pak Herry (10 minit)

Pak Herry merupakan aktivis atau pendakwah yang aktif secara global. Bukan sahaja aktif di Indonesia namun mengembara ke pelbagai tempat. Bagaimanakah ibadat Korban ini dapat membantu kita sebagai individu Islam dan seluruh Ummah khususnya.

 

Penutup oleh MODERATOR

 

Disediakan oleh:

JAFNI JOHARI JIKEN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,962 hits
Kalendar
Mac 2017
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: