HALA TUJU MEMBANGUN GENERASI MUDA KEDAH

Disediakan oleh TERAS Pengupayaan Melayu

Status Generasi Muda Kedah

1. Status umum
Persoalan kualiti generasi muda harus diukur bukan sahaja dari sisi tingkahlaku luaran , tetapi juga dari sudut pemikiran , sikap dan kecenderungan emosi dalam diri seorang anak muda.Sebenarnya apa yang ada dalam diri itulah yang dapat dilihat pada tingkahlaku luaran.


Bila kita meneliti senario kualiti golongan muda negeri Kedah sebetulnya kita meneliti kedua-dua profail iaitu kualiti luaran dan dalaman.
Kita harus bertanya apakah gambaran umum yang dapat dinyatakan sebagai menjelaskan wajah generasi muda di negeri Kedah?.
Sebenarnya ,sementara kita tidak punyai suatu gambaran yang jelas , kita juga belum ada suatu wawasan yang operasional mengenai bagaimana membangunkan generasi muda Kedah .
Namun apa yang jelas ialah Kedah juga berhadapan dengan isu seperti gejala sosial dikalangan anak muda yang umum berlaku diseluruh Negara.
Secara umumnya isu yang berkaitan dengan gejala sosial , pengangguran , budaya hidup hedonistik , keretakan rumahtangga , gaya hidup tanpa arah , kelenturan akhlaq , penipisan penghayatan agama , adalah juga profail masalah golongan muda yang berleluasa di negeri Kedah.
Langkawi sebagai pusat pelancongan dan pulau bebas cukai mendedahkan golongan muda tempat mahupun yang datang dari luar dengan berbagai gejala yang tidak sihat. Insiden minum arak dikalangan golongan muda di pulau Langkawi perlu diberi perhatian serius akibat penjualan arak yang lebih berleluasa berbanding di kawasan lain.
Dari sudut pendidikan , golongan pelajar negeri Kedah masih belum menunjukkan kecemerlangan dari segi pencapaian akademik berbanding negeri lain. Malah pelajar yang terkandas dalam pendidikan adalah secara relatif agak tinggi. Dalam hal ini kemudahan pusat bimbingan pelajaran maseh belum mencukupi dan ramai pelajar di kawasan desa yang tidak mendapat bimbingan yang memadai untuk pelajar-pelajar mendudukki peperiksaan awam.
Pun begitu sekolah agama negeri dan rakyat yang ujud maseh jauh dari lengkap untuk menjadi Kedah sebagai pusat pengajian agama yang sempurna. Sementara pengajian secara tradisional dalam sistem pengajian pondok maseh wujud namun belum kelihtan impaknya kepada keseluruhan kualiti golongan muda di negeri ini.
Dari sudut kerjaya , ramai generasi muda terlibat dalam sektor pembuatan.Ini dapat dilihat dibeberapa zon perindustrian di Sg.Petani , Kulim , Kubang Pasu , Gurun dan Mergong(Alor Setar) . Akan tetapi pekerja asing lebih banyak berbanding tenaga tempatan menjadi pilihan pengurus kilang-kilang disebabkan isu gaji , kemudahan dan kebajikan pekerja serta majikan melihat tumpuan kerja oleh pekerja asing adalah lebih tinggi berbanding pekerja tempatan. Akibatnya kekosongan pekerja banyak diisi oleh pekerja asing dan ramai golongan muda tempatan rela menggangur.
Namun begitu pembabitan golongan muda dalam sektor pembuatan ada kesannya dalam sektor yang lain. Golongan muda di negeri Kedah kini telah menjauhkan mereka dari sektor tradisional iaitu pertanian. Akibatnya banyak tanah pertanian yang terbiar di negeri Kedah. Yang jelas sumbangan tenaga muda dalam sektor pertanian telah mengincup. Walaupun ujud beberapa agensi latihan pertanian di negeri Kedah yang disediakan seperti Kolej Pertanian , Pusat Latihan Jabatan Pertanian , MARDI , KEDA , RISDA dan MADA , namun ia tidak dapat menarik golongan muda untuk berkecimpung dalam sektor ini.
Kedah sebagai sebuah negeri yang mempunyai populasi besar yang dianggap berkecimpung dalam sektor pertanian kini sedang mengalami pengurangan gunatenaga tempatan dalam sektor tersebut.
Sementara itu kegiatan pergerakan belia maseh banyak yang perlu dipertingkatkan kerana penglibatan belia dalam persatuan belia maseh jauh dari tahap yang diharapkan. Kemahiran dan budaya berorganisasi dikalangan golongan muda perlu ditingkatkan terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan membina daya kepimpinan dan kesedaran bina sahsiyyah.
2. Status mengikut bidang

Kami melihat bahawa sangat perlu dianalisa status golongan muda secara terperinci dalam berbagai sektor. Ini adalah kerana jika program pemantapan belia mahu dilaksanakan maka setiap aspek belia harus disentuh kerana pembangunan yang sepatutnya diushakan perlulah dilakukan secara menyeluruh . Kami menyarankan status belia Kedah dari aspek-aspek berikut dianalisa secara terperinci:

1. Pendidikan
2. Sahsiah Generasi Muda
3. Kesihatan
4. Penghayatan Islam
5. Tabiat kepenggunaan
6. Gejala sosial
7. Kesedaran dan Aktivisme sosial
8. Pengangguran
9. Status kerjaya
10. Rekreasi dan riadhah
11. Kerjaya Professional
12. Kemahiran keushawanan
13. Pembangunan Intelektual gnerasi Muda
14. Celik politik

3. Melakar Pembangunan Generasi Muda

MENTA’RIF WAJAH GENERASI MUDA KEDAH YANG DIINGINKAN
Generasi Beridealisme , Berakhlaq , Berketrampilan , Berdikari , Bermanfaat

ANALISIS PERSOALAN DAN ISU UTAMA BELIA
• Tahap Gejala sosial
• Tahap kecemerlangan pendidikan
• Taraf ekonomi dan kemandirian keushawanan
• Kesedaran politik , tatanegara dan urustadbir Negara
• Persepsi dan Gaya hidup

MEMETA PLAN STRATEGI PEMBANGUNAN GENERASI MUDA

• STRATEGI PEMBANGUNAN KUALITI INSAN
Menerapkan ciri-ciri utama kualiti insan yang asasi untuk menjadi asas kepada pembentukan kepribadian golonagn belia.
• STRATEGI PEMBINAAN POTENSI KEPIMPINAN
Mengujudkan sebuah skima membentuk kualiti kepimpinan yang mantap dikalangan belia untuk dijadi kelompok yang bakal menerajui negeri Kedah di masa depan.
• STRATEGI PENERAPAN IDEALISIME DAN AKTIVISME SOSIAL
Menyemai idealisme yang kukuh dalam diri golongan belia untuk melahirkan gerak aktivisme yang dinamik dan sangat aktif bagi manfaat masyarakat.
• STRATEGI KEMAHIRAN HIDUP MANDIRI
Suatu usaha untuk melahirkan seramai mungkin golongan belia yang berdikari melalui latihan kemahiran dan keusahawanan.
• STRATEGI PEMULIHAN GENERASI
Menangani berbagai gejala sosial yang berlaku dan melaksanakan pemulihan kepada golongan yang tidak mendapat bimbingan yang cukup dan seterusnya membantu untuk memastikan golongan ini boleh hidup dalam masyarakat sebagai insane yang bermanfaat.
• STRATEGI TRANSFORMASI PEMUDA QARYAH
Iaitu menjadikan qaryah sebagai wilayah pembangunan dan pengaktifan golongan anak muda sehingga boleh menjadi model kepada pembangunan belia secara berkesan.
MEMBANGUN INSTITUSI PEMBANGUNAN GENERASI MUDA
Institusi yang dibangunkan ini perlulah melaksanakan fungsi berikut dengan kemudahan yang mencukupi iaitu:
• Fungsi Latihan
• Fungsi Penyelidikan
• Fungsi Penerbitan
• Fungsi Pusat Sumber
• Fungsi Membangun Gerakan Belia
• Fungsi Outreach Golongan Muda
MEMBANGUN PROGRAM MODUL LATIHAN DAN GERAK GENERASI KEDAH SEJAHTERA
Kami menyarankan golongan muda yang terpileh melalui modul berikut secara lengkap. Seramai 50-100 belia yang terpileh akan melalui modul berikut :

MODUL BINA PERPSPEKTIF HIDUP (4 HARI)

Kandungan :
• Untuk apa kita dilahirkan
• Sejauhmana kita menunaikan hak Allah dan hak manusia?
• Bagaimana kita boleh tergelicir dari landasan hidup Islam.?
• Apakah yang sedang berlaku kepada masyarakat kita?
• Antara hak diri dan hak masyarakat
• Hidup berlandaskan Al Quran dan As Sunnah
• Menjadi seorang Muslim contoh

MODUL KEKELUARGAAN ( 3 HARI)
Kandungan:
• Ketika kamu dilahirkan oleh Ibumukesolehan dalam berkeluarga.
• Menjadi seorang anak yang berbakti kepada ibubapa.
• Bagaimana menjadi anggota keluarga yang berguna.
• Krisis dalam keluarga – kenapa berlaku?
• Pengaruh rakan sebaya – menghindari pengaruh yang negatif.

MODUL BINA SAHSIAH ( 4 HARI)
Kandungan:
• Apa erti akhlaq seorang Muslim
• Adab dalam kehidupan seharian dalam keluarga
• Akhlaq ketika dalam bermasyarakat
• Akhlaq seorang Muslim ketika menuntut ilmu.
• Akhlaq ketika bersama rakan sebaya
• Menghayati akhlaq Al Quran
• Mencontohi Rasulullah dalam semua tingkahlaku.

MODUL POTENSI KEPIMPINAN (7 HARI)
Kandungan:
• Anda bakal memimpin
• Menjadi seorang yang boleh dipercayai
• Bagaimana mengatur sebuah persatuan
• Ciri-ciri seorang pemimpin yang dicontohi.
• Ciri-ciri pemimpin yang mengkhianat amanah
• Anda adalah khalifah alam
• Kemahiran merancang , melaksana dan menilai program
• Menjadi seorang imam muda

MODUL CELIK POLITIK ( 4 HARI)
Kandungan:
• Apa erti hidup sebagai seorang warga Negara?
• Bila kita membuat keputusan yang berkait dengan kepentingan masyarakat.
• Bila kita mengamanahkan kuasa kepada seseorang.
• Bagaimana Negara ini ditadbir
• Apa erti kebebasan memilih dan bersuara?
• Bagaimana penyelewengan dalam Negara boleh berlaku?
• Bagaimana Rasulullah menjadi seorang ketua Negara.
• Kenapa anak muda perlu tahu politik?

MODUL KEMAHIRAN KESUKARELAWAAN SOSIAL (7 HARI)
Kandungan:
• Hidup bersosial
• Memahami penderitaan masyarakat terpinggir
• Kewajipan anak muda berkhidmat kepada masyarakat.
• Aktiviti khidmat sosial yang boleh dilakukan dalam masyarakat
• Menjadi seorang sukarelawan sosial.
• Kemahiran kerja sossial untuk pelbagai kelompok dalam masyarakat.

MENETAPKAN INDIKATOR PENCAPAIAN
Dihujung program yang dilalui oleh peserta , adalah dijangka golongan ini akan :
1. Belia yang celik hak dan sedar tanggungjawab
2. Belia yang terbentuk asas akhlaq Muslim yang kukuh
3. Belia yang siap untuk berbakti kepada masyarakat
4. Belia yang mempunyai kesedaran politik yang matang dan peka
5. Belia yang menjadi insan contoh untuk diteladani oleh rakan sebaya.
6. Belia yang siap menjadi pemimpin masa depan yang mantap
7. Belia yang mencintai keluarga dan berbakti kepada ibubapa
8. Belia yang insaf terhadap tanggungjawab membenteras gejala sosial
9. Belia yang bersedia untuk hidup berdikari
10. Belia yang menghayati kehidupan sebagai seorang Muslim berlandaskan Al Quran dan As Sunnah
11. Belia yang mencintai budaya ilmu
12. Belia yang siap menjadi penda’wah dan meyebarkan kesedaran Islam dikalangan rakan sebaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 327,535 hits
Kalendar
April 2017
M T W T F S S
« Mar    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: