PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI JOHOR SELATAN

PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI JOHOR SELATAN (SJER)

PERLU AMBILKIRA PANDANGAN AWAM

11 SOALAN YANG PERLU DI JAWAB

TERAS mengambil perhatian berat terhadap pengumuman dan pelancaran Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Johor Selatan baru-baru ini dimegahkan sebagai rancangan ekonomi berskala mega besar di rantau ini.

Dengan anggaran perbelanjaan RM47 bilion untuk dilaburkan dikatakan ia akan menjana 800,000 pekerjaan dalam tempoh 20 tahun dan mencapai pendapatan per kapita RM115,000 sebagai sasaran tahun 2025. Sementara pelancaran dan pengumuman penuh gemilang telah diadakan di Johor baru-baru ini , kami tidak dapat mengelakkan dari menelaah proses pembangunan yang bakal dilaksanakan atas nama projek penuh pretij tersebut.

Meskipun rakyat Johor yang dikatakan bakal menjadi pemanfaat langsung dari projek tersebut , beberapa persoalan asasi perlu juga dipertimbangkan oleh pihak kerjaan negeri dan Persekutuan. Keghairahan untuk mencapai kegemilangan dalam sesuatu projek berskala mega ini seharusnya tidak mengabaikan kita daripada meneliti bagaimana proses penetapan model dan bentuk pembangunan ditentukan. Adalah tidak wajar kita menfokuskan perhatian hanya kepada skala dan wilayah pembangunan seluas 2,217 kilometer persegi ini yang akan dilibatkan dalam pembangunan tersebut tetapi tidak mengambil kira bagaimana keputusan pembangunan itu sendiri dibuat.

Sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan ketelusan, maka kami kira wajar sekali Perdana Menteri mengutamakan proses konsultasi dari peringkat bawah diperolehi sebelum projek sebesar ini dilancarkan dan dilaksanakan. Kami berpendapat adalah tidak tepat dalam era masyarakat global bercakap soal pembangunan yang berasaskan partisipasi aktif dari peringkat bawah bermula dari konsep sehingga proses perlaksanaan dan penilaian, pandangan dari masyarakat awam terutama dikalangan mereka yang akan menerima kesan langsung dari pembangunan itu tidak diambilkira. Betapa segala tenaga professional sekalipun digembleng untuk merangka suatu rancangan pembangunan ia tetap akan tidak sempurna jika rakyat tidak diberi ruang untuk memberi pandangan balas semada menerima sepenuhnya projek ini atau sebaliknya.

Ini adalah kerana walaupun pihak kerajaan menjangka pelabur dari konglomerat bertaraf dunia akan dikatakan tertarik untuk datang berlokasi di SJER tersebut, kita tentu tidak boleh menjangka kepentingan rakyat tempatan dalam ertikata sepenuhnya akan menjadi keutamaan untuk dijamin oleh syarikat-syarikat tersebut. Sudah banyak contoh dapat dilihat betapa bila keadaan ekonomi tidak stabil yang pertama akan dilakukan ialah menyelamatkan kepentingan syarikat dan bukan menyelamatkan pekerja apatahlagi pekerja tempatan. Kesan pertumbuhan ekonomi yang dikatakan akan dimanfaati oleh utamanya rakyat tempatan sering tidak menjadi seperti yang dijangkakan apabila syarikat-syarikat luar lebih mengutamakan keuntungan daripada memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Malah bila kos pekerja dari luar didapati jauh lebih murah maka pekerjaan tempatan akan dikesampingkan. Pihak kerajaan selalunya tidak boleh memaksa syarikat luar untuk mengambil pekerjaan tempatan sebagai syarat. Kita juga perlu bertanya apakah jenis pekerjaan yang dapat dimanfaat oleh rakyat tempatan. Kita maseh kabur mengenai jenis pekerjaan yang dikatakan akan terjana dari SJER ini . Alasan menyediakan pekerjaan adalah alasan yang lazim diketangahkan oleh model pembangunan di mana-mana Negara yang tidak semestinya berjaya seperti yang didakwa. Walau apapun , yang akan dilaksanakan mengikut dokumen Pelan tersebut semestinya perlu memberi kesempatan untuk masyarakat awam menyalurkan komen atau membantah jika jelas kepentingan mereka akan terjejas.

Kami khuatir jika projek mega ini akan mula mengambil tanah-tanah rakyat dan proses pemindahan keluar rakyat tempatan dari penempatan tradisional mereka akan mula dilakukan hanya kerana dipaksa memberi laluan kepada projek-projek SJER . Akibatnya kesan negatif sosio-ekonomi dan politik tempatan akan pasti berlaku. Soalnya tatkala pembangunan hanya dirancang dari atas semata-mata dan tidak ada ruang untuk rakyat diperingkat bawah memberi pandangan balas , kami menjangkakan pelbagai isu akan timbul. Antaranya ialah rakyat biasa akan hanya menjadi peserta pinggiran dalam proses pembangunan itu. Isu konflik kepentingan antara kehendak pelabur dan kemahuan rakyat akan juga tercetus akibat dari pendekatan atas ke bawah ini.

Persoalan yang kami ingin ketengahkan ialah bukankah semua rancangan pembangunan memperuntukkan undang-undang bahawa setiap rancangan itu bila sampai kepada saiz tertentu , maka ia perlu melalui proses penilaian ke atas impak alam sekitar dan impak ke atas sosial melalui mendedahkannya terlebih dahulu kepada masyarakat awam untuk membuat komentar dan bantahan . Malangnya sehingga pelan tersebut dilancarkan pada 4 November 2006 yang lalu , pihak masyarakat awam tidak diberi peluang untuk turut meneliti dan memberi komen terhadap rancangan SJER tersebut padahal ia jelas memerlukan penelitian awam terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan sebagai syarat seperti yang diperuntukan dalam Akta Peracangan Bandar dan Desa serta Akta Kualiti Alam Sekitar..

Kami juga ingin menarik perhatian bahawa projek SJER yang didakwa akan menjadi pusat pemnbangunan ekonomi bertaraf dunia di rantau ini bukanlah suatu jaminan untuk terlindung dari kesan luar jangka ekonomi dunia. Dengan skala pembangunan sebesar ini dan mensasarkan pelabur luar untuk berlokasi di kawasan ini , apa yang berlaku diperingkat dunia akan pasti menjejaskan projek ini terutama kepada mereka yang akan dipaksa berpindah. Ekonomi dunia yang mempengaruhi kuat aliran pelaburan akan tentunya memberi kesan langsung kepada projek seperti ini terutama sekali bila berlaku perubahan iklim ekonomi dunia.

Jadi kami khuatir rakyat bawahan yang bergantung harap kepada ekonomi tradisi mereka akibat dipaksa keluar dari penempatan mereka akan akhirnya menjadi mangsa kepada pelabur-pelabur yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri daripada rakyat tempatan.

Mengenai pengumuman SJER tersebut , TERAS ingin mengutarakan persoalan-persoalan berikut:

1. Bila 2,217 kilometer persegi ( 2.5 kali ganda saiz Singapura dan 48 kali ganda saiz Putrajaya) diumumkan sebagai kawasan pertumbuhan SJER , apakah telah dikenalpasti beberapa banyakkah tanah dan perkampungan orang Melayu akan terbabit? Adakah kawasan penempatan tradisional orang Melayu akan terjejas akibat pembangunan ini?

2. Apakah pihak kerajaan negeri Johor tidak melalui proses perbahasan diperingkat Dewan Undangan Negeri untuk memutuskan penyerahan pembangunan tersebut kepada kerajaan Persekutuan di bawah Khazanah Nasional Bhd.? Apakah sudah dilakukan kajian terperinci implikasi penyerahan kuasa pembangunan tersebut dan didedahkan kepada semua wakil rakyat dan masyarakat awam untuk diteliti?

3. Bila kawasan perkampungan rakyat akan diambil alih, apakah kajian impak sosio-ekonomi telah dijalankan dan jika ada kenapa ia tidak didedahkan kepada awam?.

4. Diumumkan pelaburan awal RM17 bilion telah diluluskan. Bila sebahgian peruntukan ini diumumkan akan diambil dari tabung KWSP apakah analisa kos-keuntungan (cost-benefit analysis) telah dilakukan untuk menilai daya maju projek ini ? Apakah jaminan bahawa pelaburan dari KWSP dalam projek ini tidak akan rugi?

5. Diumumkan bahawa SJER akan menjana 800,000 pekerjaan. Apakah pecahan jenis pekerjaan yang dapat diujudkan? Bagaimanakan angka ini dikira? Apakah mekanisme diujudkan untuk menjamin syarikat luar tidak akan mengambil pekerja luar padahal mereka akan lebih mementingkan kos tenaga yang murah yang boleh dibawa dari Negara lain? .

6. SJER dikatakan akan menjadi pusat dunia kepada perdagangan , pelaburan , rekreasi dan aktiviti budaya. Apakah kajian mengenai kesan sosio-budaya telah dilakukan?Dengan pengalaman pahit dari pengeluaran FDI (pelaburan langsung asing) pada tahun 1997 apakah jaminan pelabur tidak akan berpindah ke Negara-negara lain yang lebih menawarkan kos yang lebih murah.?

7. Dikatakan pendapatan per kapita akan meningkat kepada RM115,000 menjelang 2025. Apakah asas pengiraan untuk mendapat angka ini? Adakah ini benar-benar mengambarkan pengagihan kekayaan yang tepat terutama kepada golongan bawahan?Bila banyak tanah pertanian akan diambil yang melibatkan mata pencarian petani , pekebun dan nelayan , apakah pendapatan per kapita ini boleh dicapai untuk kelompok ini?

8. Kenapakah tidak berlaku semakan awam (public inquiry) dalam proses memutuskan perlaksanaan projek mega ini untuk menilai impak alam sekitar dan impak sosial? Bagaiamanakah proses EIA seperti yang diperuntukan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar maseh belum diketengahkan sedangkan pengumuman yang dilancarkan sudah menetapkan semua komponen projek dalam SJER? Apakah SJER mengambilkira Pelan Struktur Tempatan beberapa daerah yang terlibat?

9. Bagaimanakah komposisi penduduk akan dijamin oleh kerajaan semua masyarakat Melayu tidak akhirnya menjadi masyarakat terpinggir dan menjejaskan kedudukan politik bangsa Melayu? Apakah kajian kesan politik telah dibuat oleh pihak yang merancang SJER?

10. Sejauhmanakah ekuiti kaum bumiputera terutama dikalangan masyarakat bawahan akan dijamin oleh pihak kerajaan dalam SJER? Dengan dasar pasaran liberal yang pasti akan dijadikan asas pertumbuhan ekonomi SJER untuk memudahkan syarikat luar masuk ke wilayah pertumbuhan ekonomi tersebut , adakah kerajaan mengambilkira kuasa milik kaum bumiputera terhadap asset seperti perumahan , premis perniagaan , pusat rekreasi , kawasan perkilangan , premis pendidikan akan mampu di kuasai oleh mereka.?

11. Apakah unjuran ekonomi dunia dan rantau serta asas-asas unjuran tersebut yang diguna oleh kerajaan untuk menilai daya maju SJER? Apakah elemen risiko yang telah dikenalpasti oleh pihak kerajaan semada dari dalam , rantau mahupun antarabangsa untuk memastikan kamapanan (sustainability) pembangunan wilayah ini.?

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,704 hits
Kalendar
Julai 2017
I S R K J S A
« Mac    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: