TERAS DESAK BATALKAN PROJEK MENARA 100 TINGKAT WARISAN MERDEKA

Kenyataan Media TERAS

23hb Oktober 2010

TERAS DESAK BATALKAN PROJEK MENARA 100 TINGKAT WARISAN MERDEKA

TERAS mendesak kerajaan membatalkan hasrat PNB untuk projek menara 100 tingkat Warisan Merdeka yang telah diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam ucapan belanjawan 2011 yang lalu.

Suara bantahan supaya projek ini dibatalkan ternyata sangat meluas , termasuk kutipan suaran dari face book yang sudah melbihan 60,000 dalam hanya beberapa hari , dan ini adalah suatu referendum terbuka rakyat agar kerajaaan berhenti dari meneruskan regim perbelanjaan negara dengan projek-projek mega yang membazir walapun wang yang diguna adalah dari GLC seperti PNB.

Hujah bahawa pihak PNB tidak akan menggunakan dana saham amanah RM 115 bilion untuk projek tersebut  maseh dipertikaikan kerana dana dari keuntungan yang didakwa diperolehi oleh PNB selama 30 tahun  tetap dalam bidangkuasa kerajaan dan melibatkan juga wang rakyat ,untuk mengarahkan  semada projek seperti itu  perlu dilaksanakan atau tidak oleh  GLC yang berkenaan.

Tempoh yang dijangka 10 tahun untuk disiapkan projek bersepadu bernilai RM 5 bilion sangat terdedah kepada ketentuan ekonomi dunia yang tidak boleh diunjur sama seperti sebelum krisis ekonomi 1997 atau sebelum kelembapan ekonomi US dan Eropah  beberapa tahun yang lalu.

Pihak PNB yang turut menjelaskan projek itu akan dijamin bersifat mesra alam , berciri pembangunan bercampur seperti hotel , ruang perrniagaan dan pejabat . Namun ia tidak boleh diterima secara mendatar.

Sesebuah projek yang mempunyai skala perbelanjaan sedemikian besar sangat terdedah kepada perubahan ekonomi dunia semada dari segi harga bahan binaan , harga buruh , nilai mata  wang , permintaan ruang , kadar faedah pinjaman , premium insuran .

 

Sementara itu teknologi binaan pencakar langit bukan lagi menjadi pilihan masakini kerana faktor pelbagai bencana alam sekitar yang tidak menentu.

TERAS tidak dapat menerima projek seperti ini yang jelas hanya mementingkan imej dan simbol sebagai mercu tanda negara moden dan maju. Ini tidak sepatutnya menjadi indikator untuk dijadi kayu ukur kemajuan.

Dalam zaman dunia berbicara soal agenda pembangunan yang  menekankan soal guna sumber secara mapan , kenapa Malaysia gila dengan bangunan pencakar langit hanya untuk bermegah sedang ada banyak keperluan lain dalam pembangunan yang perlu diutamakan.

Pihak PNB hanya mendedahkan pembelian kawasan seluas 7.6 hektar di kawasan tersebut dengan harga RM220 sekaki pada tahun 2000 dari Pengurusan Danaharta Nasional Bhd bernilai RM320 juta dan kini bernilai RM800 kaki persegi.

Soalnya dengan nilai asset yang bertambah pada PNB itu tidak bermakna PNB boleh menjamin bahawa permintaan untuk membeli ruang atau menara yang dibangunkan akan terus terjamin. Tidakkah pasaran hartanah juga tertakluk kepada ekonomi dunia yang tidak menentu? Bukankah sedemikian banyak bangunan mewah terbengkalai disekitar Kuala Lumpur yang tidak dapat dipulihkan , akibat krisis ekonomi luar dugaan?

TERAS kesal betapa pihak kerajaan dan pihak pengurusan dana PNB nampaknya maseh terperangkap dalam agenda dan paradigma lama mengenai jenis dan sifat pembangunan kotaraya.  Isu pengurusan gunatenaga , bekalan  air , ruang yang tidak efesien , kesesakan lalulintas , kesan kepada geofisikal , kos sewaan  dan pelbagai isu yang lain nampaknya dipandan rengan oleh perancang dan pengusul projek ini.

Bangunan pencakar langit yang nilainya mungkin lumayan tinggi namun kos pengurusan dan penyeliaannya juga bakal menelan kos yang akan bertambah tinggi ,pasti akan menjadikan ketidakseimbangan pemilikkan ruang antara golongan yang berkemampuan dan meminggirkan golongan yang tidak berdaya ekonomi kuat.

TERAS berpandangan sudah sampai masanya kerajaan berhenti dari dengan sindrom membangunkan struktur mega seperti yang telah dibangunkan sebelum ini. Apakah projek yang dikatakan akan dilaksanakan oleh PNB itu tidak mahu mengambilkira suara rakyat yang mahukan projek-projek yang lebih mapan dari segi ekonomi dilaksanakan.

Jika benar kerajaan mengutamakan rakyat kali ini rakyat berkata TIDAK kepada projek Menara 100 tingkat Warisan Merdeka.

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Malaysia needs mega projects, say reps

 

MULTIBILLION MEGA PROJECT – BOUND FOR AN ECONOMIC FAILURE

The argument supporting the multi billion 100 storey building from few UMNO delegates is no surprise. But do they carry the sentiment of the majority? It is most doubtful. What is consistent  is the inherited and unquestioning character of those in UMNO albeit elite leaders , who are bent on believing that high rise building is a  prerequisite for an economic take off.

This is the real crisis that Malaysians are facing. It is a crisis of a shallow and distorted development  perception . While right minded economist worldwide are challenging the perceived idea that huge scale projects will contribute to economic spin off , some of the Malaysian economic planners are locked into the same frame of mind as though we are blind to the many examples of economic failures to mega project such as this particular 100 storey tower.

Unfortunately this is reflected in the arguments expressed by some of the delegates in the on going UMNO General Assembly. Saying such projects are a sure-fire way of attracting enough private investment to achieve the goal of becoming a high-income nation by 2020 without clear knowledge of how the workings of the market is dubious and misleading to a lay citizen.

 

There are glaring examples of economic failures of high rise constructions in many countries . Cautioning that there would be office and commercial space glut is nothing new to market analysts , many urban planners are now re-examining their notion that high rise buildings equal high income. The projection that a new mega size building would attract private investment is too often a flawed assumption.

As can be seen in many main cities in Malaysia , there are many evidence of distorted anticipation of high demand for commercial space . One would have no difficulty looking for abundant buildings or even completed high rise building with very low occupancy in many major towns in Malaysia.

PNB has tried to convince editors of the press to explain the rational behind the project. Unfortunately what the project proponents should have done is to come face to face with economic , social and environment experts to go through the test of rationalising the project.

It is not enough to express a swiping view to a mega projects of such magnitude and out of the blue assuming it as  a viable means for the private sector to participate in the nation’s development. On what economic basis does one defend such a view if one cares about a credible argument for thorough studies and analysis?

When somebody argues that this is not using government funds but meant  to push private investment , are we not forgetting a very salient point of the many failures of private projects? How many private ventures from government supported project implemented by private entities have ended up in government bail outs where in fact at the end of the day it was the public funds that was utilised by the government to salvage the failed projects?

 

Such is the skimpy argument that this private mega projects is able to transfer all  spending to the private sector wthereby assuming it would mean the government saves money. This does hold water because no GLC is able to guarantee that any lost that may incur in any failed investment will not be salvaged by the government and thereby public fund will be forced to absorb the lost.

 

On the development of Putrajaya, which started in 1995, what was said by opponents of the project was the Prime Minister’s residence which has costed hundreds of million ringgit.

 

The assumption that this project will provide opportunities to local contractors, architects and consultants to prove that they are on par with their international counterparts in building a new icon, that will become the pride of the people and nation.

 

To this end, he urged the government to give priority to local expertise, and also use local materials as far as possible to make the tower a showcase of everything Malaysian.

 

Earlier, while proposing the motion on the economy, supreme council member Awang Adek Hussin (right) also brushed aside complaints from the opposition regarding the government’s mega projects, saying they “don’t understand” the importance of construction to the nation’s economic growth.

 

The deputy Kelantan liaison chief and deputy Finance Minister pointed out that such projects help the people by providing many job opportunities.

 

“They (opposition) only question who gets the contract, as if they lost out on the contract,” he said when tabling the motion to debate the economic segment of Najib’s policy speech.

Awang Adek: Negara maju tak persoal bangunan besar

Jimadie Shah Othman

Okt 22, 10

1:16pm

 

Kongsi

 

132

 

Datuk Awang Adek Hussin berkata penyediaan projek besar, termasuk pembinaan bangunan pencakar langit cukup penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan menyediakan infrastruktur kelas pertama.

 

Sehubungan itu, timbalan menteri kewangan itu menyeru orang ramai supaya tidak tertipu dengan pembangkang yang didakwanya tidak mahu menlihat ekonomi negara itu meningkat maju.

 

 

“Kalau boleh mereka tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, supaya mereka boleh menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan,” katanya yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

 

“Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada orang pun yang mempersoalkan projek-projek besar. Bangunan pencakar langit bukan satu atau dua, bahkan semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi.

 

Minggu lalu, ketika membentangkan Bajet 2010, Perdana menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan projek bangunan 100 tingkat yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan antara yang tertinggi di dunia.

 

Projek itu bagaimanapun ditentang hebat pelbagai pihak, terutama pembangkang. Malah kempen di Internet melalui kumpulan di laman Facebook juga mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia yang menolak projek mega itu.

 

Bercakap dalam mesyuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini, DrAwang Adek menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit yang “tak sabar-sabar nak masuk Putrajaya” sedangkan projek itu pernah dikiritiknya sebelum ini.

 

“(Pembangkang) cakap tak serupa bikin. Kita tak boleh, dia tak apa,” katanya.

 

Menurut Dr Awang Adek lagi, pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur merupakan strategi bijak mempelbagaikan pelaburan supaya negara tidak terlalu bergantung pada pelaburan asing.

Build 100-storey tower in Kg Baru, suggests rep

 

Oct 22, 10 4:38pm

 

Share

 

 

 

A delegate today called on Prime Minister Najib Abdul Razak to build his proposed 100-storey Menara Warisan tower in Kampung Baru in Kuala Lumpur because it would be hugely symbolic to the Malay community.

 

“This is in order for the building to become a symbol of Malay success on Malay land,” Federal Territories Umno delegate Johari Abdul Ghani said when debating the motion on the economy at the Umno general assembly today.

 

Johari said building Menara Warisan in Kampung Baru would also enhance real estate prices in the largely undeveloped Malay enclave.

 

Citing the example of KLCC, he said that the surrounding areas of the monumental site that also houses the Twin Towers had greatly appreciated in value.

 

“(If Menara Warisan is in Kampung Baru), I’m sure that in the decades to come, the surroundings will become priceless to the Malays,” he said.

 

Along with the fact that Kampung Baru’s 230 acres of land is largely undeveloped, Johari said said: “I want to ask (the president): What is wrong with having the 100-storey Menara Warisan erected in the middle of Malay land in Kampung Baru?

 

“PNB has 22 acres. In Kampung Baru we have 230 acres. I believe that the Malays will fully agree if the president brings the 100-storey tower to Kampung Baru,” Johari said.

 

Kampung Baru is the biggest Malay enclave in the heart of Kuala Lumpur where many traditional houses still exist. It is also an important political and cultural symbol for the Malay community.

 

 

The tower, to be built adjacent to Stadium Merdeka and Stadium Negara at the city centre, was announced during Najib’s Budget 2010 speech.

 

Najib said that the project would be undertaken by Permodalan Nasional Bhd (BHD), a government-linked company, at a cost of RM5 billion.

 

The announcement had attracted heavy criticism from opposition parties who claimed that the move was a waste of public funds and a throwback to former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad’s era of mega-infrastructure projects.

Advertisements
3 comments on “TERAS DESAK BATALKAN PROJEK MENARA 100 TINGKAT WARISAN MERDEKA
  1. afeez77 berkata:

    terpulang kepada pandangan org ramai….pd kami tidak membantah atau menyokong pembinaan menara warisan asalkn kebajikan rakyat tidak diabaikan….

    • ibnuazmi99 berkata:

      apa kaitan projek menara tu dgn kebajikan rakyat ?? subsidi keperluan harian ditarik sedikit demi sedikit kononnya sbb kerajaan dah tak dak duit, tapi ada plak duit utk buat menara ni.. lebih tinggi dari KLCC plak tu..

  2. afeez77 berkata:

    kaitannya adalah subsidi kerajaan dan kebajikan rakyat tidak ditarik balik utk menanggung kos pembinaan projek tersebut..kesimpulannya kos pembinaan tidak melibatkn subsidi dan wang ringgit yg telah diperuntukkn utk rakyat sekiranya kerajaan telah beranggapan tidak ada duit utk projek tersebut lebih baik jgn diteruskn….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,686 hits
Kalendar
September 2017
I S R K J S A
« Mac    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: