Kafilah Perpaduan Asia Ke Gaza

Kafilah Perpaduan Asia Ke Gaza

Kira-kira 500 orang awam dari 17 negara Asia akan menyertai kafilah dari India dan bergerak melalui 18 bandar Asia di Pakistan, Iran, dan Turki untuk memecah kepungan Gaza melalui laut pada Disember 2010.

 

Kafilah Perpaduan Asia ke Gaza dianjurkan oleh Perpaduan Rakyat Asia untuk Palestin, gabungan pertubuhan rakyat, pergerakan sosial, kesatuan sekerja, dan institusi masyarakat awam Asia. Perjuangan ini begitu meluas, pelbagai dan banyak dimensi. Ia adalah untuk kemanusiaan dan keamanan, kebebasan dan maruah. Ia menentang pendudukan, penjajahan, apartheid, Zionis dan semua bentuk diskriminasi termasuk diskriminasi agama.

 

Perpaduan Rakyat Asia untuk Palestin mengusahakan perpaduan untuk menggalakkan rakyat Palestin dalam perjuangan, penentangan dan intifada terhadap pendudukan Zionis Israel dan menegaskan komitmen kepada Pemerintahan Sendiri Palestin; Mengakhiri Pendudukan; Hak Sama Rata untuk Semua dalam kalangan rakyat Palestin; Hak untuk Kembali Semula bagi Pelarian Palestin; dan Penubuhan Negara Palestin yang Berdaulat, Merdeka dan Demokratik dengan Baitulmuqadis sebagai ibu kota.

 

Perpaduan Rakyat Asia untuk Palestin berusaha untuk membina perpaduan rakyat Asia untuk membebaskan Palestin, menyediakan bahan, sumber dan sukarelawan untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menentang keputusan dan tindakan kerajaan sendiri yang memberikan sokongan ekonomi, kewangan, ketenteraan dan diplomatik kepada Israel dan membenarkannya bertindak dengan bebas daripada hukuman.

 

Malaysia Lifeline ke Gaza yang terdiri daripada Perpaduan Rakyat Asia ke Palestin akan mengadakan persidangan dan program perlepasan yang besar di Kuala Lumpur pada 2 Disember 2010. Kafilah ini akan membawa bahan bantuan untuk penduduk Gaza. Kafilah Asia ke Gaza akan melintasi Pakistan melalui sempadan Wagah di mana ahli Perpaduan Rakyat Pakistan untuk Gaza akan menyertai kafilah menuju ke Iran. Di setiap negara dan bandar yang dilalui oleh kafilah, pertemuan awam akan dianjurkan memandangkan lebih ramai aktivis dan peserta akan menyertai kafilah itu.

 

JADUAL TENTATIF KAFILAH

01 Disember Peserta dari Asia Selatan dan Timur tiba di Kuala Lumpur, Malaysia 15 – 17 Disember Tabriz, Iran ke Eskandarun, Turki.

2 – 3 Disember Perlepasan dari New Delhi dan bergerak ke sempadan Wagah, sempadan India – Pakistan 18 – 19 Disember Eskandarun, Turki ke Damsyik, Syria.

04 Disember tiba di Laore, Pakistan 20 -21 Disember Damsyik, Syria ke Amman, Jordan.

5 – 7 Disember Lahore ke Karachi/Quetta, Pakistan ke Zahedan, Iran 24 – 26 Disember Beirut kembali ke Turki.

9 – 14 Disember Zahedan, Iran ke Tabriz, Iran 26 Disember Kami Belayar untuk Gaza (Palestin).

 

Penentangan Aman

Penentangann awam mengambil keputusan untuk menentang kepungan laut Israel dalam bentuk aman dan mengikuti contoh penentang awam seperti Mahatma Gandhi, Martin Luther King Jr., dan Nelson Mandela serta tradisi panjang penentangan aman daripada semua tradisi agama dan etika. Penentangan awam sanggup untuk dijatuhkan hukuman terhadap penentangan aman mereka.

 

Malaysia Lifeline ke Gaza

Proses ini diusahakan oleh pergerakan rakyat India, pergerakan sosial, kesatuan sekerja, pertubuhan masyarakat awam dan pelbagai kepercayaan serta pertubuhan gereja. Dalam tempoh dua bulan sebelum berlepas Kafilah Asia ke Gaza akan terdapat program di pelbagai bandar dalam perpaduan untuk rakyat Gaza dan Palestin. Festival filem Palestin dan filem penentangan, konsert muzik, pameran foto, dan produksi teater akan dianjurkan oleh penduduk Gaza dan Palestin.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 320,698 hits
Kalendar
Februari 2017
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
%d bloggers like this: