MENGESA KERAJAAN MESIR MEMBUKAN SEMPADAN MESIR-GAZA DI RAFAH SECARA BERKEKALAN

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

MEMORANDUM

MENGESA KERAJAAN MESIR MEMBUKAN SEMPADAN MESIR-GAZA DI RAFAH SECARA BERKEKALAN

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM)  memohon Kerajaan Mesir agar tidak menutup semula sempadan laluan darat Mesir-Gaza di Rafah yang telah dibuka baru-baru ini dan terus membukanya secara kekal bagi membebaskan Gaza dari sekatan yang tidak berperikemanusiaan oleh Israel.

Kami difahamkan kini sempadan itu dibuka pada jam 1.30 petang  1 Jun 2010 dan  tiada tarikh ditetapkan bagi penutupannya.

Kami sedar sempadan Rafah adalah laluan tunggal yang tidak termasuk dalam kawasan Israel. Mesir menutupnya hampir setiap masa, dan hanya membukanya bagi kes kemanusiaan dua kali seminggu.

Kami mengambil perhatian betapa Mesir kini dianggap turut bersekongkol dengan Israel apabila pihak berkuasa menutup kawasan sempadan Rafah dan membina tembok bawah tanah dalam usaha menghalang penyeludupan. Akan tetapi jelas tindakan ini sebenarnya telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin sehingga keperluan asas harian mereka disekat dari masuk ke Gaza.

Seperti yang pihak pihak Tuan maklumi , Israel  telah mengenakan sekatan terhadap Gaza pada 2007 selepas Hamas memenangi pilihanraya di wilayah tersebut .

Akibatnya seluruh pintu masuk ke Gaza telah ditutup oleh Isarel dan rakyat Palestin menjadi penjara terbuka untuk 1.5 juta penduduk.

Dihadapan seluruh dunia , kita menyaksikan suatu kezaliman dan jenayah antarabangsa  dilakukan oleh Israel tanpa sebarang tindakan oleh sekutu terkuatnya iaitu Amerika.

Oleh kerana sudah lebih 3 tahun pelbagai agensi antarabangsa seperti UN dan Majlis Keselamatan gagal melakukan sesuatu , para aktivis dari pelbagai NGO antarabangsa telah bergabung tenaga untuk melancarkan Gerakan Bebaskan Gaza ( Free Gazza Movement) .

Kini yang terakhir ialah Misi Freedom Flotilla yang disertai oleh lebih 600 orang aktivis keamanan dari 40 negara , namun diserang oleh Tentera Israel dan mengakibatkan 9 aktivis dibunuh di atas kapal Mavi Marmara. Dengan tindakan jenayah yang terang-terangan (dilihat oleh dunia) inilah , Misi itu digagalkan oleh Israel.

Malah semua bantuan kemanusiaan yang dimuatkan di atas semua kapal telah dirampas dan  buah negara terpaksa memilih jalan darat selepas melihat sikap kasar penguatkuasa mesir terhadap konvoi-konvoi sebelum ini. Malah terdapat sukarelawan yang ditahan 3 hari tanpa sebab.

Kami melihat keganasan dan gejala kezaliman Israel semakin memuncak malah semakin biadab apabila sanggup  melakukan serangan komando terhadap para sukarelawan bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla ( Life Line for Gaza) pada 31 Mei 2010  walaupun semua objektif dan pergerakan konvoi ini telah  berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.

Antara lain, Resolusi 1860 menyebut dan menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan, menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,  menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza serta mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Kami kesal kerana semua peristiwa zalim ini berlaku sejurus akibat sekatan jalan darat melalui Rafah oleh  kerajaan Mesir. Malah bantuan yang terpaksa dihantar melalui kapal dari Turki diputuskan juga disebabkan sikap pesimis dan dingin negara-negara Arab disekitar Gaza terhadap penderitaan umat Islam di sana.

Akibat sekatan tentera Israel di seluruh sempadan israel-Gaza selama lebih 3 tahun, tahap kemanusiaan di Gaza semakin parah malah ia menjadi penjara terbuka (open prison) terbesar di dunia apabila Mesir turut menyertai Israel untuk menyekat sempadan Rafah.

Kini, hampir 1.5 juta rakyat Palestin Gaza dinafikan hak asasi untuk bergerak, memulihkan taraf hidup yang dimusnahkan oleh sekatan Israel , hak ke atas pendidikan dan kesihatan. Kadar kemiskinan dan pengangguran semakin meningkat sehingga 80 peratus. Mahasiswa Palestin juga semakin sukar untuk mendapatkan pendidikan dan bahan pelajaran di Mesir akibat sekatan.

Tindakan mengepung gaza juga mengakibatkan ribuan rakyat Gaza terbunuh akibat serangan tentera Israel pada Disember 2008 dan awal Januari 2009 dan tidak juga mendapat sebarang bantuan pertubuhan palang merah sekalipun sejak tahun 2006.

Sejak sempadan ditutup pada 2006,  69% kanak-kanak Gaza mengalami tekanan mental yang teruk. 71% keluarga di Gaza juga hanya hidup melalui bantuan makanan sahaja.

Kami juga menggesa kerajaan Mesir untuk tidak lagi mengasari atau menangkap mana-mana sukarelawan kemanusiaan yang hadir dari seluruh dunia di mana terlalu banyak kes sedemikian berlaku terhadap beberapa konvoi NGO seluruh dunia termasuk dari Malaysia sendiri. Sikap mengasari sukarelawan ini hanya akan memburukkan nama Mesir serta menjadi petanda awal untuk Mesir menerima pemboikotan seluruh negara yang bersimpati dengan nasib rakyat Gaza.

Kami juga menyarankan kepada kerajaan Mesir untuk memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Israel serta mencontohi sikap Venezuela, Bolivia, Cuba dan terkini Turki untuk memberi tekanan dan pengajaran kepada regim Israel. Menjalin hubungan diplomatik bererti Mesir mengiktiraf pendudukan mereka secara haram sejak 1948, malah merestui tindakan mereka sebagai pengganas no.1 dunia hari ini.

Kami sedar bahawa bukan Malaysia sahaja yang mengadakan bantahan pada 8 Januari 2010  terhadap kerajaan Mesir yang menutup sempadan Rafah, malah banyak negara Islam lain yang turut kesal dengan sikap Mesir ini. Namun ekoran bantahan dan memorandum yang dihantar kepada Mesiri , pihak berkuasa Mesir hanya  pada bulan berkenaan , membuka pintu Rafah buat seketika sahaja.

Sikap yang lebih konsistensi dipihak kerajaan Mesir untuk membela rakyat Palestin di Gaza perlu ditunjukkan dalam bentuk membuka pintu Rafah secara berkekalan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung MAPIM

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,570 hits
Kalendar
Oktober 2017
I S R K J S A
« Mac    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: