Kenyataan Media

15 hb Jun 2010

KONVOI RAMADHAN DI GAZA MAPIM –  “RAMADHAN MARCH FOR FREEDOM”

Adalah dengan ini diumumkan bahawa Majlis Perundingan dan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menganjurkan Misi Konvoi Ramadhan Di Gaza . Misi ini akan menghantar delegasi Malaysia bersama sejumlah 300-500 aktivis keamanan antarabangsa . Bantuan kemanusiaan juga diushakan untuk dihantar bersama Misi Konvoi ini.

Tujuan khusus Misi ini adalah untuk melanjutkan usaha Freedom Flotilla yang dihalang oleh Israel pada 8 Jun 2010 yang lalu , bagi memastikan  kepungan Israel ke atas Gaza ditamatkan dan menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui sempada Rafah di Mesir.

Misi ini adalah inisiatif rakyat Malaysia dan MAPIM akan menerajui Misi ini sebagai suatu usaha pengemblengan seluruh masyarakat Malaysia dan dunia untuk membebaskan Gaza sebagai sebuah wilayah Palestin yang berdaulat.

MAPIM mengambil sikap bahawa serangan  tentera Israel ke atas Freedom Flotilla yang lalu membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk meneruskan usaha menghantar bantuan kepada Gaza. Serangan jenayah antarabangsa yang dilancarkan oleh tentera Israel samasekali tidak akan melemah semangat MAPIM yang telh menghantar seorang wakil untuk mengikuti  Misi Freedom Flotilla yang lalu.

Walaupun risiko yang akan dihadapi adalah sama berat seperti yang telah dihafdapi oleh misi Freedom Flotilla , namun MAPIM berpendirian sikap jenayah yang diambil oleh Israel terhadap aktivis kemanusiaan antarabangsa dank e atas rakyat  Gaza perlu dicabar sehingga keadilan dan hak rakyat Palestin di Gaza dapat dikembalikan.

MAPIM sedang membuat persiapan untuk memastikan 300-500 aktivis dunia akan bersama dalam Konvoi Ramadhan di Gaza ini bagi berada di Gaza pada bulan Ramadhan ini.

MAPIM memileh untuk melaksanakan Misi ini kerana Gaza yang dikepung dan dizalimi oleh Israel tidak boleh dibiarkan berterusan. Jika Gaza tidak dibela oleh masyarakat dunia kami berpendirian seluruh  kerajaan dan masyarakat dunia akan turut bertanggungjawab ke atas rakyat Palestin di Gaza.

MAPIM  melancarkan Misi Konvoi Ramadhan di Gaza ini dengan harapan seluruh pihak di Malaysia semada dari kerajaan Pusat mahupun negeri termasuk seluruh parti politik dan NGO di Malaysia turut membantu menjayakan inisiatif besar yang akan diketuai oleh Malaysia sendiri.

Rancangan Misi ini yang bertema  Ramadhan March for Freedom  ini akan dijayakan dengan melibatkan seramai mungkin aktivis  NGO , ahli politik , ahli prosfessional , ahli media dan jurnalis ,  pemimpin-pemimpin agama dan tokoh-tokoh dunia untuk mendesak sempadan Rafah di buka secara berkekelan oleh kerajaan Mesir.

Kami difahamkan kerajaan Mesir sudah membuka sempadan Rafah , namun kenyataannya ialah pembukaan Rafah tidak dijamin sebagai suatu keputusan yang berkekalan.

MAPIM akan melancarkan lobi antarabangsa untuk mendesak Mesir  mengubah polisinya bagi membolehkan rakyat Palestin di Gaza mendapat akses kepada dunia seperti sebelumnya.

MAPIM bermatlamat dengan pembukaan Rafah di bulan Ramadhan oleh kerajaan Mesir akan memulakan proses kemerdekaan Gaza bagi menamatkan kesengsaraan rakyat Palestin sejak lebih dari 3 tahun yang lalu.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung MAPIM /Pengarah Konvoi Ramadhan Di Gaza

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 345,566 hits
Kalendar
November 2017
I S R K J S A
« Mac    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: