MEMBINA MANUSIA MELAYU, MEMULIH KEMELUT BANGSA

 

Oleh

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

 

Ucapan Bertindak

Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan Ke-6

(PPMK-6)

Teras Pengupayaan Melayu

 

 

1 Muharram 1425 H / 22 Februari 2004 M

Maahad Tarbiyyah Islamiyyah, Derang, Pokok Sena

Kedah Darul Aman

 

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

segala pujian hanya untuk Allah Rabbul Alamiin. Rabb sekalian alam dan sembahan seluruh makhluk. Segala kepatuhan dan ketaatan mutlaq kami persembahkan untuk Allah Azza Wa Jalla Yang Empunya segenap ciptaan. Tiada hak bagi sesiapapun akan pujian melankan Dia. Yang mempunyai segala sifat Penyayang dan Pengasih dengan tiada bandingannya. Dialah yang memerintah secara mutlaq pada Hari Penentuan dan Hari Balasan. Kepada Dia kami pasrah segala pengabdian dan kepada Dia kami kembali segala sandaran. Petunjuk Nya lah yang menjadi pengukur segala pertimbangan dan lantaran itu jalanNya yang kami pohon. KepadaNya kami berlindung dari segala kesesatan dan dari segala kemungkaran.

Selawat dan salam kepada insan terunggul Rasulullah SAW. Yang menjadi kekasih Allah SWT. Yang melaksanakan segala perintah Allah dengan tiada cacat cela. Yang menjadi sebab turunnya Rahmat untuk sekalian alam. Yang mengatur setiap contoh menterjemahkan segala ajaran Ilahi buat ikatan setiap insan. Selawat dan salam juga buat ahli keluarga Baginda dan seluruh para sahabat yang diredhai Allah SWT yang menjadi teladan buat generasi mendatang.

 

Dengan penuh kesyukuran kami menyambut kehadiran dan penyertaan tuan-tuan dan  puan-puan kaum Muslimin sekalian ke Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan TERAS kali ke-6. sesungguhnya kami menyanjung tinggi sokongan teman-teman untuk melihat kesinambungan dan kelengkapan perjuangan Teras sebagai sebuah wadah umat yang akan terus bertenaga dan berwibawa untuk mengusahakan transformasi bangsa yang amat didambakan.

 

Kami memilih kali ini untuk berkampung di Maahad Tarbiyyah Islamiyyah Derang kerana sepanjang tahun ini gerakerja Teras diwamai oleh perjuangan untuk mengangkat persoalan nasib Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi mangsa kepada nafsu liar pihak yang cemburu dengan keutuhan Islam yang diwarisi oleh institusi rakyat ini. Penghargaan dan terima kasih kami yang tidak terhingga keran pihak Maahad sudi menerima kami untuk bersidang di sini buat kali ini.

 

Harapan kami kehadiran dan penyertaan saudara-saudara sekalian adalah komitmen jelas untuk bersama-sama Teras merealisasikan hasrat yang diperjuangkan iaitu mengubah nasib bangsa untuk menegakkan kedaulatan agama.

 

Tepat 6 tahun yang lalu Teras Pengupayaan Melayu dilahirkan pada 1 Muharram 1419 H. Dengan sengaja kami memilih 1 Muharram sebagai tarikh kelahirannya kerana ingin mengambil iktibar agung saat Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah sebagai marhalah penting menegakkan sebuah wilayah Islam yang unggul. Kami juga kaitkan peristiwa ini sebagai titik tolak perjuangan besar yang ingin kami warisi dari Rasulullah SAW yang mengembangkan Risalah Islam dengan perjuangan yang paling murni dan paling berjaya. Terkandung dalam peristiwa agung hijrah inilah kami mengambil inspirasi perjuangan sekaligus menjadikan ia sebagai perangsang yang kuat untuk menyambung perjuangan yang baginda tinggalkan.

 

Seruan kami adalah dari inspirasi petunjuk Ilahi dalam Al Quran Al Karim yang mengungkap berbagai kalam para Nabi yang memanggil kaum mereka agar menerima petunjuk Allah SWT. Kami catatkan beberapa ayat suci yang menjadi panduan kami untuk memperbaiki kemelut yang sedang melanda bangsa Melayu ini.

 

Surah Al An’aam : 135

 

Katakanlah (wahai Muhamma) : “Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam) ; kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.

 

 

 

 

 

Surah Al Ankabuut : 36

 

 

Dan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka : Nabi Syuaib ; lalu ia berkata : “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, den kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi”.

 

Surah Al Zumar : 39

 

 

Katakanlah: “Wahai kaumku (yang masih berdegil dalam kekufurannya)! Buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang ugama Islam yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya); kemudian kamu akan mengetahui kelak

 

Surah Ghafir : 39

 

 

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.

 

Surah AI-A’raf (ayat 59):

 

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah Ia:

“Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)”

 

 

Surah Taha (ayat 90):

 

Dan sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: “Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku”.

 

 

BANGSA YANG SEDANG SAKIT

 

Meneliti dengan halus kedudukan bangsa Melayu seolah-olah semakin menggambarkan satu kaum yang sedang menderita sakit barah dan menunggu saat maut. Mungkin kenyataan ini keterlaluan, namun kami ingin jujur dan tidak berselindung. Walaupun berulang kali disahkan bahawa sudah ada pencapaian yang boleh dibanggakan namun yang nyata pada tubuh badan bangsa Melayu itu dipenuhi kudis-kudis yang masih belum boleh dirawati sehingga hari ini. Mungkin yang tinggal hanyalah beberapa bahagian dan tubuh itu yang masih tidak berkesan dengan kudis yang kian merebak.

 

Demikianlah kami merenung dengan mendalam nasib bangsa Melayu ini. Pada keseluruhannya tubuh manusia Melayu itu semacam tidak terdaya untuk pulih, kerana sakit kudis yang terus berulang. Sering juga ia terus berpenyakit kerana diagnosis yang salah dan rawatan yang silap. Lain yang sakit lain pula yang diubati. Kami mengutarakan anologi ini kerana ‘jika tidak ada proses pemulihan segera, survival bangsa Melayu ini pasti akan tamat usianya.

 

Sebagai permulaan mahu tidak mahu yang perlu segera dilakukan ialah memperbetulkan semula pemikiran dan nilai hidup orang Melayu. Bangsa yang sedang menunjukkan tanda-tanda merenggang dari pegangan hidup Islam yang selama ini menjadi tunjang kekuatannya. Melayu yang sudah melahirkan generasi muda yang hilang jati diri. Melayu yang lupa akan budaya dan tamadunnya selain hanya saki baki peninggalan datuk moyangnya yang bersifat kosmetik untuk kajian para ahli antropologi. Melayu muda yang hilang akar budaya dan pengkalan hidupnya sebagai insan Muslim. Melayu yang sudah tidak lagi menghargai perjuangan bahasa dan tanah airnya sendiri.

 

Sesungguhnya telah berlaku kerosakan manusia Melayu itu dari dalam dan luar dirinya. Cara berfikir dan nilai dirinya sekaligus semakin bercelaru. Tidak dapat dinafikan ketahanan diri Melayu semakin runtuh dan seolah-olah benteng agamanya sedang lerai sama sekali.

 

Bukanlah maksud kita untuk menafikan wujudnya pencapaian dan peningkatan sejak bangsa ini dikatakan mencapai kemerdekaan dan penjajah. Namun dengan berkembangnya krisis sosio-budaya, pemikiran, dan sosio-politik yang sangat meruncing ternyata tidak dapat diketepikan bahawa manusia Melayu itu perlu pemulihan yang menyeluruh. Apa yang dapat diperhatikan ialah berlaku suatu keruntuhan yang tidak dapat diselindung lagi. Bagaikan asas-asas budaya Melayu yang memegang tapak bangunan bangsa sudah lemah mengakibatkan lapisan atas berbentuk manifestasi hidup seharian bangsa itu menunggu masa untuk runtuh persis fenomena tanah runtuh yang berlaku dimana-mana.

Bukan sahaja soal akhlaqnya yang telah luntur málah terdapat juga kelunturan dalam jati din masyarakat Melayu itu sendiri. Untuk seiapa yang masih menyatakan bahawa jati din bangsa ini tetap utuh dan ketahanan dirinya masih kuat hanya membohongi din sendiri.

 

MENGINSAFI DAN MENELITI REALITI KEMELUT BANGSA

Apakah sebenarya realiti bangsa Melayu ini? Terdapat wajah yang serba kontradiktori. Sementara Melayu dikatakan sinonim dengan Islam namun berlaku juga perilaku Melayu yang amat berlawanan dengan sifat Islam itu sendiri. Pada satu masa kita nampak mewarisi kesopanan dan kehalusan budi akan tetapi disatu masa yang lain pula kitajuga dijangkiti budaya biadab dan liar. Kita sering dikenali sebagai bangsa bermoral dan sensitif pada agama namun dalam masa yang sama kita juga sarat dengan kejelekan nilai dan kehodohan perilaku yang bersifat anti-agama. Pada suatu ketika dahulu kita berbangga dengan sifat Melayu yang eksploratif dan berciri kepenerokaan namun kini kita juga menjadi bangsa yang terperangkap dengan budaya ciplak dan meniru.

Sepintas lalu kami ingin mencatat secara ringkas beberapa penyakit yang sedang menimpa umat Melayu. Pembedahan untuk mencari punca penyakit perlu selanjutnya dilakukan oleh setiap tenaga penggerak yang komited untuk memulih masyarakat Melayu.

Kerapuhan Institusi Keluarga

Kita bermula dan institusi keluarga Melayu. Kami meneliti bahawa kadar perceraian dan keruntuhan keluarga semakin ketara. Di beberapa negeri telah diçatat ribuan kes perceraian setahun yang menunjukkan kadar yang meningkat dalam rekod Jabatan Agama. Walaupun kursus pra perkahwinan menjadi syarat untuk melanjutkan alam rumahtangga sejak beberapa tahun yang lalu namun kes-kes talaq terus meningkat. Kita juga mengamati betapa pemuliharaan rumahtangga orang Melayu kini amat rapuh dengan pengaruh luar yang sering merosakkan anak-anak Melayu yang berleluasa di mana-mana. Dengan deinikian kes-kes mendera, sumbang mahram, lan dan rumah adalah antara wajah institusi keluanga Melayu yang ada di saat ini.

Zuriat Melayu Yang Sedang Digugat.

Kerosakan anak muda Melayu kini juga merebak dan sudah sampai ke peringkat sangat mencemaskan. Sudah menjadi makiumat biasa untuk meneliti berita mengenai golongan remaja dan belia Melayu yang tenlibat dengan pelbagai kerosakan sosial. Dadah, arak, judi, zina, pomografi, hiburan liar, gangsterism, ponteng sekolah, buang bayi, jenayah berat (rogol, meroniak, bunuh, sindiket haram) kes-kes juvenil, lepak, bohsia, lumba haram, merokok, pelacuran adalah antara kemungkaran sosial yang sedang merebak bukan sahaja di kota malah juga di desa.Generasi kedua FELDA yang 100% Melayu sering diungkap sebagai golongan yang banyak terbabit dengan dadah.Gelagat remaja dan belia di kota-kota besar yang dipenuhi dengan pusat-pusat membeli-belah, pusat hiburan dan kawasan rekreasi menunjukkan sifat malu dan bersantun di kalangan anak muda Melayu hampir pupus sama sekali. Dan gaya bergaul, berpakaian, berbahasa, berjalan berpasangan sehinggalah bersantai, golongan belia Melayu mempainirkan gelagat yang sudah hilang hampir semua ciri-ciri ketimuran, kemelayuan, apatah lagi kelslaman. Jelas skandal Melayu dikalangan generasi muda amat ketara bagaikan sebuah bangunan yang nampak indah di luar akan tetapi rosak dan busuk di dalam.

 

Kerosakan Bangsa Yang Merentas Umur

Menyentuh persoalan generasi muda Melayu yang sarat dengan pelbagai kepincangan sosial tidak pula mengenepikan gejala yang sama jelek malah lebih hodoh berlaku dikalangan MeJayu dewasa dan tua. Bukan lagi suatu kejutan membaca berita kes-kes anak dirogol bapa dan datuk, orang tua memperkosa gadis sunti, Melayu tua bersekudukan diluar nikah, orang tua Melayu mengunjungi sarang pelacuran dan ditangkap kerana tidak berpuasa, ininum arak serta berjudi. Kes orang dewasa Melayu yang terlibat dengan dadah dan kini menjuarai pula pengidap HIV dan AIDS di negara ini bukan sedikit. Pokoknya kebejatan soia1 dikalangan orang Melayu merentas hampir semua peringkat umur.

Ekonomi Bangsa Yang Masih Menagih.

Deinikian juga ekonoini orang Melayu terus diselaputi dengan ciri kebergantungan dan sarat dengan masalah salahpengurusan. Dan peniaga kecil sehinggalah korporat gergasi, ekonoini Melayu dilambang oleh ketindaktentuan, sentiasa bergantung kepada perlindungan kerajaan dan hampir semua menghadapi masalah kesuntukan modal. Tatkala pelbagai skim pinjaman dan latihan diwujudkan untuk memberi peluang berekonoini, penyelewengan, salahguna kuasa, kronisme, nepotisme, rasuah membantut hampir seluruh usaha membina ekonoini Melayu. Dan mesyuarat Lembaga Pengarah sehingga ke Konvensyen Ekonoini Melayu, dan Institusi Latihan Kemahiran sehingga Dewan •Pemiagaan Melayu termasuk agensi kerajaan yang diswasta dan dikorporatkan, hampir kebanyakannya diselaputi dengan krisis pengurusan. Kini FELDA, RISDA, FELCRA, LUTH adalah antara konglomerat Melayu yang menghadapi pelbagui kemelut penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Aset ekonoini orang Melayu juga didapati sangat kecil. Preinis pemiagaan yang hanya meliputi sekitar 6% sahaja dan keseluruhan kawasan pemiagaan, peinilikkan perumahan kos rendah yang masih melambangkan tahap kuasabeli orang Melayu yang terbatas, aset tanah orang Melayu yang semakin mengecil akibat dijual, tergadai atau diambil alih oleh kerajaan atas nama pembangunan, semua ini menambah ruinitkan lagi keupayaan ekonoini Melayu.

Ditambah pula peniaga-peniaga kecil Melayu diserata bándar sentiasa terdedah kepada pengusiran akibat pihak kerjaan dan pemaju yang sentiasa mengutamakan pembangunan pusat-pusat komersial yang berskala mega. Sementara itu ekonoini petani dan nelayan kecil, pekebun kecil getah dan peneroka tanah terus terpinggir. Keiniskinan di desa dan di bandar dipenuhi dengan wajah Melayu “hidup berkais pagi makan pagi” bukan suatu fenomena yang sudah benlalu malah terus wujud dan merata.

Kelunturan Dalam Penghayatan Islam

Kami juga meneliti persoalan penghayatan Islam dikalangan orang Melayu yang sangat merunsingkan. Sementara berlaku perkembangan positif di awal tahun 70-an ketika orang Melayu mendapat hembusan angin kencang kebangkitan Islam dan gerakan Islam di Timur Tengah sehingga merentas ke Indonesia, namun tanda-tanda orang Melayu terdedah kepada unsur anti Islam yang masih kuat. Kini kita dapat merasa dan menyaksikan kelunturan penghayatan Islam masih ramai dikalangan bangsa ini. Secara zahir mungkin dapat disenangi beberapa isyarat seperti wujudnya fenomena wanita menutup aurat, ramai yang berjamaah di masjid dan musolla, ramai ibubapa yang cenderung untuk menghantar anak untuk mengikuti pengajian Islam dan betapa banyaknya masjid dan surau dimana-mana.

Akan tetapi masih terlalu ramailagi orang Melayu yang hidup dalam dunia dan faham sekular-Barat, mengamal dan terpengaruh dengan budaya hidup yang perinissif dan Barat, terbelenggu oleh adat resam dan tradisi sesat pra Islam, terpesona dengan kemodenan dan liberalisme agama mengikut peinikiran Barat. Ditambah lagi yang lebih mencemaskan ialah fenomena orang Melayu terjebak dengan gejala riddah.

Kami juga meneliti masih terlalu ramai orang Melayu yang meninggalkan solat , tidak mengutamakan solat berjamaah di masjid, mencuaikan puasa, lalai dalam mengeluarkan zakat, terlibat dengan ekonoini nba, hidup dalam kemewahan diluar batasan, buta Al-Quran, cetek dalam ilmu Fardhu Am, mengambil mudah dengan hukum agama, merendah-rendahkan kewajipan menutup aurat, terpengaruh dengan hidup ala Barat jahiliyyah dalam kehidupan sosial seperti dalam majlis perkahwinan, acara harijadi, berpesta, berkonsert, berkamival menyambut han raya, berkongsi raya, ghairah dengan pertunjukan fesyen dan terlibat dengan acara-acara agama lain yang menjejaskan aqidah.

Bahasa dan Budaya Bangsa Tersisih.

Tidak kurang kronik ialah proses penyisihan bahasa dan budaya yang melanda bangsa Melayu. Sementera segala usaha sedang digerakkan untuk mempertahankan bahasa Melayu, keghairahan sesetangab pihak untuk mengenengahkan bahasa Inggereis sebagai bahasa perantaraan dalam pendidikan telah memutarbalikkan semula status kedudukan bahasa Melayu ke belakang. Akibatnya ternyata bangsa Melayu terutama dikalangan golongan muda dan elit (semada golongan birokrat, professional maupun teknokrat dan korporat termasuk ahli politik) yang ghairah mempainirkan bahasa Inggeris dalam perbualan harian’ sekaligus juga dalam acara-acara rasini seperti dalam mesyuarat dan seininar. Begitulah juga halnya dalam dunia seni, bahasa Inggeris dan bahasa campuran (bahasa rojak) telah menjadi norma. Malangnya dan sangat memalukan tidak ada bangsa lain yang mengamalkan bahasa rojak seperti orang Melayu kini. Sementera itu penggunaan bahasa Melayu di peringkat sektor swasta, dalam perundangan dan la1am bidang professional sememangnya sudah lama tersisih.

Pun begitu bangsa ini juga berhadapan dengan penghakisan budaya yang sangat ketara. Bukan sahaja budaya berpakaian mengikut resam Melayu semakin menjadi ganjil. Malah budaya harian seperti makan, tabiat dalam bergaul, acara sosial, hiasan tempat tinggal dan tempat kerja semakin menjadikan budaya Melayu jauh terpingginan.

 

Pendidikan Bangsa Yang Masih Memerlukan Pengukuhan.

Kita juga amat perhatin dengan persoalan pendidikan orang Melayu yang tidak berjaya menghasilkan anak bangsa yang berkualiti terutama dan segi kefahaman dan penghayatan Islam. Bukan sahaja penguasaan ilmu masih tidak boleh dirasa selesa malah kita terpaksa menerima kenyataan betapa masalah disiplin anak-anak Melayu di sekolah terus merunsingkan.

Termasuk dalam masalah ini belum ada tanda-tanda yang meluas wujudnya ibubapa Melayu yang bekerja keras memastikan kecemerlangan dicapai. Kenyataan bahawa ibubapa Melayu yang ramai membiarkan anak-anak berfoya-foya dan melepak dipusat-pusat membeli-belah adalah sangat ketara.Walaupun sudah ada kesedaran yang bertambah, namun tidak dapat dirasa mencukupi jika dibanding dengan apa yang diusahakan oleh ibubapa dan kaum lain. Dan jumlah yang dapat menjalani pengajian di institusi pengajian tinggi, masih terlalu ramai lagi anak Melayu yang tidak berjaya mencapai tahap pendidikan yang tinggi dan mencapai kecemerlangan yang diharapkan.

Aset Tanah Bangsa Melayu Mengecil.

Deinikian juga masalah asset tanah orang Melayu yang semakin mengecil. Bukan sahaja tanah Rizab Melayü yang.banyak tidak terganti dan terlepas kepada pihak bukan Melayu, ternyata umat Melayu tidak mampu mempertahankan hak inilik tanahnya. Ditambah lagi pula masalah orang Melayu tidak dapat menjadikan tanah mereka lebih produktif lantaran kesuntukan modal. Tanah orang Melayu juga sering berhadapan dengan masalah penyelewengan dalam pentadbiran yang menyebabkan tanah Melayu terlepas kepada mereka yang hanya meinikirkan keuntungan. Kampung Melayu juga kini semakain terhapus akibat kepesatan pembangunan yang mengambil tanah Melayu dan kawasan desa.

Politik Bangsa Yang Tergugat.

Krisis Melayu juga terbelit dengan persoalan politik yang sangat tidak bermoral. Tatkala sebahagian peinimpin-pemimpin politik Melayu terus menjadikan politik itu sebagai tapak mengumpul kekayaan, budaya politik Melayu sarat dengan manipulasi kotor sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik wang, politik kepentingan din dan politik mengadai kepentingan Melayu. Bukan sedikit kes yang memalukan apa kita mengamati gelagat orang Melayu dalam berpolitik yang mengejar pangkat, gelaran, publisiti murahan dan hidup glamor. Sementara politik menjadi sedeinikian jijik, bangsa Melayu mengalaini fenomena orang politik mengenepikan kepentingan dan hak bangsa hanya krana ingin meraih undi bukan kerana hak. Atas nama mempertahankan kuasa politik mereka sanggup menggadai hak Melayu yang menjadi sangat meruncing sekarang ini.

Di samping itu kami perlu juga mengungkap beberapa isu semasa yang dapat menghadhirkan keperihatinan TERAS untuk pengetahuan umum melihat kepada hal- hal terkini yang timbul dewasa ihi.

Isu Bahasa1

TERAS berpendirian bahawa pihak kerajaan jelas tidak konsisten dalam memastikan kemajuan dan pengembanan bahasa Melayu sehingga perubahan polisi bahasa pengantar dalam pendidikan kini telah meininggirkan bahasa Melayu. Kami membantah dan akan terus bersikap kritikal terhadap polisi ini sehingga bahasa Melayu kembali dijadikan bahasa yang mendoininasi seluruh aspek pembangunan negara ini. TERAS kesal betapa suara para ahli bahasa dan kalangan peinikir dan ilmuan Melayu diketepikan begitu sahaja oleh kerajaan dalam isu ini.

Isu Rasuah

Kami menerima dan mangalu-alukan beberapa tindakan awal yang menunjukkan pihak kerajaan bertindak ke atas beberapa pihak untuk membanTERAS sindrom rasuah. Namun begitu kami tidak dapat menerima sikap peinimpin negara yang terus membiarkan penyelewengan dalam penggunaan dana negara secara diskriininatif. Pelbagai peruntukan negara yang tidak tersalur kepada golongan rakyat yang memerlukan kerap berlaku dan peruntukan yang tersalur kepada perbelanjaan yang membazir tidak dikawal dan terus berlaku. Kami juga berpendirian bahawa pergolakan politik dalaman masih menentukan sikap kerajaan untuk bertindak secara jujur bagi membanTERAS gejala rasuah. Kami juga berpendapat betapa kemewahan cara hidup kebanyakan peinimpin negara tetap menjadi antara sebab menjalamya budaya rasuah di negara ini.

Isu Pentadbiran Khidmat Agensi Kerajaan.

TERAS berpendirian penekanan PM yang menumpu kepada memperbaikki pentadbiran dan perkhidmatan agensi kerajaan juga dialu-alukan. Akan tetapi TERAS kesal betapa campurtangan politik oleh parti yang memerintah tidak diatasi sehingga menyebabkan kalcitangan kerajaan sering tidak dapat menjalankan tugas mengikut peraturan yang ditetapkan. Ahli parti politik yang sering mengunakan kuasa untuk menyekat pegawai kerajaan menjalankan tugas kerap berlaku. Sebagai contoh kami kesal bagaimana preinis awam diguna sewenangnya untuk kegiatan politik parti secara terang-terangan tanpa bolehdisekat oleh agensi kerajaan.

Isu Tahanan ISA

Sehingga kini masih terdapat bebarapa tahanan ISA yang dilanjutkan penahanan mereka tanpa mengenengahkan sebarang bukti mengenai tuduhan mengancam keselamatan negara. TERAS kesal ISA terus diguna dengan cara yang tidak adil dan dengan itu mengesa pihak kerajaan segera menyemak semula semua Akta-akta yang wujud yang didapati terdedah kepada salahguna yang menzaliini dan menafikan hak asasi manusia ke atas rakyat.

Isu Kebebasan Institusi Kehakiman

TERAS turut prihatin terhadap kewibawaan institusi kehakiman negara yang terus menjadi persoalan dikalangan rakyat. TERAS kesal masih berlaku ketidakadilan di kamar keadilan yang menunjukkan wujud campurtangan pihak eksekutif dan parti politik pemerintah yang mengenepikan soal keadilan hanya kerana tidak mahu kuasa mereka tergugat. TERAS menuntut institusi kehakiman disemak semula oleh sebuah tribunal bebas bagi mengembálikan semula keyakinan rakyat terhadap institusi judiciary.

Isu Gej ala Sosial dan Jenayah

TERAS kesal dengan pendekatan yang diambil oleh pihak pemerintah yang masih tidak memberi perhatian membasini semua faktor yang menjadi punca kepada membiaknya gej ala sosial dan jenayah yang semakin menjadi-jadi. Kami berpendapat selagi kerajaan masih mengamalkan polisi “double standard” dalam melancarkan langkah membasini gej ala negatif selagi itulah fenomena ini akan berterusan dan berkembang. TERAS juga amat kecewa kenapa pihak kerajaan bersikap sangat liberal ke atas program-program sosial seperti acara pertandingan ratu cantik, pesta hiburan ala Barat, konsert dengan gaya artis yang tidak berakhlaq, kamival dan pesta yang menjadi punca semakin liamya masyarakat muda mengenepikan budaya dan nilai moral.

Isu Program Khid mat Negara

TERAS meneliti program yang kini sedang dilaksanakan sebagai pendekatan kerajaan membentuk generasi muda di negara ini. Sementara ia merupakan suatu usaha yang murni namun kandungan, pendekatan dan orientasi program itu kami persoalkan. Ternyata kerangka program tersebut tidak di1akanakan dalam konsep dan falsafah Islam sebagai acuan. Dengan yang deinikian orientasi dan corak program itu yang mendedahkan belia kepada gejala tidak sihat akan melahirkan peinikiran yang liberal mengenai agama dikaingan generasi muda. Kami menuntut agar kerajaan menyemak semula kaedah dan isi serta orientasi PKN yang berjalan sekarang. TERAS juga kesal dengan perbelanjaan ratusan juta ringgit untuk program Rakan Muda tidak mendatangkan hasil seperti yang digahkan oleh kerajaan. TERAS menggesa suatu laporan penuh secara terus dibeotangkan di Parlimen untuk dibahaskan

Isu Pengurusan Kewangan dan Ekonoini Negara.

TERAS prihatin terhadap beberapa kepincangan pengurusan keawangan negara yang mengkibatkan negara terdedah kepada nilai mata wang yang tidak stabil. Perbahasan mengenai nilai RM yang diikat keada dolar Amerika sudah menjadi perbahasan yang hangat. Sementara itu beberapa projek yang membazir yang terus mengguna sumber negara dan wang ininyak seperti Litar Fl, projek-projek mewah di Langkawi dan penggunaan perbelanjaan awam yang banyak dalam acara pesta yang berlebihan terus tidak diperbetulkan. TERAS juga mengambil perhatian terhadap kebergantungan negara kepada FDI dalam ekori’oininya. Kami juga amat peka terhadap kegagalan banyak Amanah Saham Negeri-negari yang rugi dan terpaksa ditanggung oleh rakyat. Disamping itu pula hutang beberapa kerajaan negeri yang membebankan rakyat tidak di atasi.

Isu Menyekat Kebebasan Bersuara Di Kalangan Kakitangan Kerajaan dan Mahasiswa.

TERAS juga meneliti bagaimana wujud suatu fenomena pihak pemerintah membendung kakitangan dan mahasiswa dan memberi pandangan berlawanan dengan kerajaan. Langkah memaksa mereka menandatangani Aku Janji yang dikenakan ke atas pegawai kerajaan dan mahasiswa telah menimbulkan sindrom takut dan tidak kritikal terhadap kesalahan kerajaan yang berlaku. Oleh itu TERAS menuntut supaya Aku Janj i yang diguna untuk menekan golongan ini dibatalkan dan masyarakat diberi ruang untuk memberi kritikan ‘secara bebas terhadap pihak kerjaan mahupun peinimpin kerajaan.

Isu Salahurus Agensi-Agensi Pembangunan

Kini beberapa agensi pembangunan seperti RISDA, FELDA, FELCRA, BEMAS, FAMA, PPRT, LADA sedang menghadapi kepincangan dalam pengurusan yang menyebabkan sasaran menibantu kumpulan sasaran gagal dicapai. TERAS kesal terhadap hal ini kerana pihak kerajaan yang kini cenderung untuk mengkorporat dan mengswastakan agensi ini telah meninggalkan tujuan asal agensi-agensi ini diwujudkan. Malah TERAS sangat kesal bagaimana banyak pembaziran dalam perbelanj aan pengurusan agensi-agensi tersebut telah berlaku.

Isu Pelaksanaan Syariat Yang Tidak Bersungguh

TERAS prihatin dengan status pelaksanaan syariat dalam negara ini yang sering tersisih berbanding undang-undang sivil. Malah kuasa mahkamah syariah belum mencapai taraf dan keluasan kuasa yang sepatutnya. Sikap pemerintah untuk mengesampingkan undang-undang syariah jelas menunjukkan sikap yang pemerintah yang tidak mahu Islainisasi undang-undang di negara ini berjalan sepenuhnya. TERAS menuntut agar pihak kerajaan keluar dan sindrom takut kepada syariat sebagai undang-undang terbaik untuk mengendalikan pembangunan di negara ini walapun dalam realiti pelbagai kaum.

Isu Alam Sekitar

TERAS turut kesal dengan model pembangunan yang dilaksanakan di negara ini yang tidak mengarah kepada pemuliharaan kualiti alapi sekitar. Kami mendapati retorika pembangunan seimbang yang sering diutarakan pihak kerajaan tidak berlaku secara realiti. Pembalakaan, pemecahan bukit, kerosakan sungai, projek empangan terus menjejaskan alam sekitar negara ini. TERAS menuntut agar semakan semula semua projek-projek pembangunan dilakukan oleh kerajaan.

Isu Suruhanjaya Polls

TERAS juga mengambil perhatian terhadap pengumuman kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Polis untuk melihat bagaimana imej polis dapat diperbaiki. TERAS berpendapat Suruhanjaya ini perlu juga melihat bagaimana imej polis yang terjejas akibat diperalat oleh pihak parti politik pemerintah yang mengambil tindakan kasar ke atas orang awam dalam perhimpunan aman. TERAS juga menggesa agar Akta Polis yang sering disalahgu1a disemak semula agar proses demokrasi di negar ini tidak terjejas.

 

 

Isu SAR dan Pendidikan Islam

TERAS sangat prihatin terhadap’pendekatan pihak kerajaan mengendali isu SAR dan pendidikan Islam. TERAS membantah cara kerajaan menfitnah SAR sekaligus menyekat bantuan dan menarik pelajar dan guru keluar dan SAR.Kami kecewa dengan perjalanan Jawatankuasa Khas yang dilantik kerajaan yang sehingga han ini masih tidak mengeluarkan laporan mengenai isu ini sedangkan kerajaan terus melaksanakan polisi menyekat bantuan. TERAS memohon pihak Majlis Raja-Raja Melayu menyemak laporan tersebut dan mempertimbangkan sama ada langkah kerajaan perlu disemak semula berdasarkan memorandum yang dihantar oleh pelbagai pihak.

Isu Perbicaraan Kes Datuk Serj Anwar Ibrahim

Isu perbicaraan kes Datuk Sen Anwar Ibrahim amat serius bagi pandangan TERAS.Keputusan pihak mahkamah baru-baru ini yang menafikan hak beliau dibebaskan dan ikat jainin serta mengenepikan alibi yang diserahkan kepada pihak Hakim kini menimbulkan persoalan yang serius terhadap kedudukan sistem kehakiman negara in TERAS berpendapat bahawa jika benar negara ini mengamalkan sistem kehakiman yang bebas Datuk Sen Anwar Ibrahim tidak sewajamya dianayai sedemkian rupa. TERAS menggesa pihak kerajaan membenarkan beliau dirawat diluar negara seperti yang dipohon oleh beliau. TERAS amat kesal terhadap cara dan sikap peinimpin negara yang ada kini tidak menimbangkan sedikit pun penderitaan yang dialaini oleh beliau dan keluarga beliau dan tidak menimbangkan sedikit pun kedudukan beliau sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri yang pemah berjasa kepada negara.

MENGGERAK PEMULIHAN KEMELUT BANGSA

Dengan segala persoalan yang hanya dapat dicatat secara umum di atas dan boleh disenarai lagi, namun TERAS berpendirian bahawa yang paling mendesak ialah menangani semua isu ini dengan konkrit dan berkesan. Yang lebih penting ialah apa yang hendak kita lakukan untuk memulihkan keadaan yang parah ini

Kami tidak bemiat untuk mengulangi ungkapan segala jangkitan penyakit yang sudah menyerap kedalam tubuh badan Melayu yang telah dibicara oleh pelbagai pihak dipelbagai forum. Yang mahu kami gerakkan ialah suatu perubahan sikap untuk membawa bangsa Melayu kembalfkepada nilai dan budaya hidup Islam yang dinainik deini menyelamatkan keadaan yang sudah semakin parah. Pokoknya kita tidak harus hanya mengamati dan mengeluh. Kita perlu melaksanakan suatu kebangkitan baru bangsa Melayu berTERASkan Islam.

Dengan yang deinikian kami mengajak seluruh tenaga setiap insan Melayu yang punya keperihatinan yang mendalam terhadap nasib bangsa ini untuk sama-sama memulih semula kelesuan dan kealpaan yang sedang melanda. Kami ingin mencipta kegeinilangan bangsa dan terus melanjut kepada membina generasi mendatang yang lebih berkualiti, yang lebih Islainik.

UCAPAN BERTINDAK KE-6 TERAS 12

 

PHIMPVNAN PNG4.AK MAVU KANGSAAN K 6

Kami serius dalam mengajak setiap penggerak perubahan bangsa agar diujudkan suatu penggemblengan yang cukup merata sehingga bangsa Melayu ini terangkat dan kemelutnya yang sedang mencengkam dan membeban dirinya.

Suatu gerakan pembebasan bangsa dan krisis dalaman dan juga merawat penyakit yang melingkarinya dan luar harus dilancarkan.Oleh itu suatu kejujuran didambakan untuk semua pihak menerima realiti yang amat meruncing pada bangsa ini.

Kita harus menghentikan gambaran yang mulus-mulus tetapi tidak signifikan, jauh sekali dan menyumbang kepada mengembalikan kegeinilangan tamadun Melayu. Kehebatan yang dicanang bahawa Melayu sudah melakukan sesuatu yang luar biasa seperti mendaki gunung Everest, berenang Selat Inggeris, menjelajah ke Kutub Utara, berlayar di lautan Pasifik tidak menggambarkan pencapaian apa-apa selain megah dengan catatan dalam daftar “Guiness” atau “Malaysian Book of Records”.

Sudah cukuplah kita dianak-ànakkan dengan keberanian-keberanian yang dianggapkan luar biasa seperti itu. Kita harus kembali ke dunia realiti iaitu bangsa ini masih tidak terlepas dan ketinggalan dalam ekonoini berbanding kaum lain, kerjaya orang Melayu kebanyakannya masih bertaraf rendah, pencapaian pendidikan masih terus perlu disokong, sosial Melayu dijangkiti pelbagai penyakit yang kronik, aset tanah Melayu sedang mengecil, budaya ilmu dikalangan orang Melayu masih sangat rendah, anak muda Melayu yang sudah dirosak oleh budaya perinissif Barat yang menggila, pusat serenti serta penjara-penjara yang masih majoritinya dihuni oleh muka-muka Melayu dan orang Melayu yang sudah berani menayangkan skandal lucah bangsa ini melalui layar intemet yang kini sudah mencecah hampir 20,000 laman web.

Kami bermula dengan menegaskan bahawa pemulihan bangsa tidak boleh mencapai kesan jika kita gagal meneliti terlebih dahulu segala penyakit yang melanda tubuh badan, peinikiran dan jiwa bangsa itu senidiri. Bermakna selagi mana kita tidak mendalaini krisis dan kemelut yang berlaku kita akan gagal merongkai masalah yang sedang melanda.

Pun begitu setelah meneliti segala masalah yang berlaku kami berpendapat perlu pula kita membuat analisis dan mana punca semua ini. Untuk itu semua aktivis Melayu yang merasa prihatin terhadap nasib bangsa perlu menggerakan usaha bagi melakukan suatu pembedahan yang teliti dan seterusnya pendedahan yang jujur terhadap realiti bangsa. Ertinya segala masalah yang dikenalpasti hendaklah dibedah untuk mencari puncanya dan selepas itu segera didedah dan diketengahkan dengan tujuan setiap warga bangsa ini disedarkan dengan kesedaran yang kritikal bahawa keadaan yang berlaku tidak boleh dibiar begitu sahaja.

Kesedaran bahawa bangsa ini memerlukan perubahan besar perlu disemarakkan. Bukan sahaja diperingkat pengetahuan dan makiumat sahaja tetapi juga menyentuh sanubari setiap din Melayu untuk bertindak dan berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah.

Kami mencadangkan agar semua tenaga penggerak perubahan menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dan membawa angin kesedaran dan perubahan kepada setiap insan Melayu, mengetuk setiap rumah Melayu, membangkitkan setiap pemimpin Melayu,

IIfADAM PDTIINIAI( VF./ T!PAc 1

 

PEHIMPUNAN PNG4Eg.AK MAVU KEANGSAAN K 6

menggegarkan setiap organisasi Melayu, mengej utkan setiap cendikiawan Melayu… untuk bangkit dan kelalaian dan kse1esaan.

Kita tidak mungkin boleh membiarkan kesedaran mengenai kemelut ini hanya berlegar dikalangan golongan elit peinikir Melayu semata. Kerana kita sedar bahawa golongan yang kurang berkesempatan dan agak keberatan untuk turun ke lapangan menggerakkan perubahan tidakmungkin dapat membawa kesan yang diharapkan.

Lantaran itu tidak dapat dielakkan bahawa jika perubahan hangsa dan pembebasan bangsa dan segala kemelut ini hendak dijayakan maka perlu dilancarkan suatu usaha yang lebih drastik yang membabitkan secara langsung setiap penggerak ditengahtengah masyarakat di medan gelanggang hidup orang Melayu itu sendiri.

Kami tegaskan sekali lagi baha’va membina semula bangsa harus bertitik tolak dengan meneliti segala punca masalab hingga ke akamya. Dan mana penyakit itu timbul dan dan situlah perubahan perlu dimulakan.

Bangsa ini memerlukan kesedaran yang cukup nenda1am dan suatu jenis kesedaran yang dapat menggerakkan tindakan. Setiap insan Melayu perlu disedarkan dengan realiti yang sedang dihadapi bangsa. Hanya dengan yang deinikian bangsa ini boleh dianjak dan keadaan penuh kelesuan dan sikap puas dengan apa yang diperolehi diperingkat peribadi.

Perubahan setiap insan Melayu dan segi peinikiran dan sikap amat diperlukan. Dengan yang deinikian jiwa Melayu yang berada dalam kepompong menyerah kalah kepada realiti perlu dipecah dan terus membelenggui jiwa Melayu.

Perangi Segala Kemungkaran.

Harus ada suatü kebangkitan yang lebih konkrit untuk bertindak dengan tegas bagi membersihkan orang Melayu dan persekitaran yang merosakkan. Oleh itu suatu usaha memastikan segala unsur yang selama ini mengheret bangsa Melayu ke lembah kerosakan dibasini perlu dilancarkan dengan tegas. Sifat toleransi dengan kemungkaran dan budaya hanya menjaga tepi kain sendiri hendaklah dikikis dan ininda danjiwa Melayu.

Hendaklah ada suatu keupayaan yang maksima dan bertenaga untuk memastikan orang Melayu mampu melawan dan menentang segala jenis kemungkaran samada yang datang dan luar mahupun dan dalam.

Untuk itu setiap fenomena dan tabiat Melayu yang merosakkan perlu diperangi habishabisan. Kita perlu menggerakan suatu anjakan yang lebih besar dan bersifat transformasional dalam semua aspek jika kita mahu membawa perubahan besar kepada bangsa in Bangsa ini akan hanya dapat dipulih jika persekitaran yang sakit dan merosakkan itujuga dapat dipülihkan juga.

IIrAPAM RFRTINflAK KF-/ TERAS 14

 

PEHIMPUNAN NG4.AK MLAV1J KANGSAAN KE 6

Jelaskan Masyarakat Apa Yang Ingin Dibentuk.

Kami mengingatkan bahawa setiap penggerak Melayu perlu jelas ke arah mana dan jenis perubahan yang seperti apa yang mahu dibawa oleh TERAS kepada bangsa Melayu.

Secara umum kami ingin menegaskan bahawa inisi dan visi TERAS Pengupayaan Melayu adalah jelas iaitu mengembalikan bangsa Melayu kepada Islam secara kaffah iaitu menyentuh keseluruhan aspek kehidupan umat semada dalam keadaan rasini atau tidak rasini. Ertinya visi TERAS ialah membina sebuah masyarakat bangsa Melayu yang Islainik sepenuhnya. Dalam pemyataan sehingga kepada kenyataan gaya hidup harian.Islam pada bangsa Melayu perlu dier1ahkan semurninya tanpa rasa kerdil dan takut. Keyakinan bangsa Melayu kepada sistem hidup Islam perlu ditanam dan disuburkan tanpa was-was.

Kerahkan Seluruh Tenaga Bangsa.

Untuk bergerak kepada proses ini maka setiap penggerak Melayu perlu berusaha terlebih dahulu untuk memerdekakan bangsa Melayu dan segala penyakit yang sedang menjangkitinya. Usaha keras untuk memulih masyarakat Melayu, dan ibubapa kepada anak-anak, dan pemimpin kepada pengikut, dan perseorangan kepada organisasi, dan sebuah kampung kepada sebuah kota. Samada ia Melayu desa mahupun kota, Melayu petani mahupun ahli akadeinik, Melayu peinimpin mahupun orang kebiasaan. Setiap insan Melayu perlu dibersihkan dan semua jenis penyakit yang bertentangan dengan Islam. Untuk itu, mengenalpasti dan memahaini setiap jenis kemungkaran sosial, kepincangan ekonoini, manipulasi politik, keruntuhan budaya, korupsi intelektual, penyelewengan pengurusan, ketidakadilan dalam pembangunan adalah tanggungjawab penting yang perlu dianalisa dan ditangani oleh setiap aktivi s penggerak Melayu.

ini juga bermakna kerja turun ke padang, mendatangi umat Melayu di pelbagai gelanggang dan medan sangat diperlukan. Pembasinian setiap jenis budaya mungkar dan unsur jahiliyyah yang membelit bangsa Melayu perlu dipergiatkan. Apakah ia bertapak pada peinikiran dan sikap, mahupun 1ersarang dalam sistem dan dasar pemerintahan. Kerja memerdekakan orang Melayu dan segenap kuman perosak bangsa hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Sikap tegas dan tidak toleransi dengan sebarang kemungkaran perlu disematkan dalam setiap sanubari orang Melayu. Dengan yang deinikian sikap membasini mungkar perlu menjadi sikap yang konsisten diamalkan oleh setiap peinimpin, setiap pendidik, setiap ulama’, setiap ibubapa dan setiap pentadbir Melayu.

Bangunkan Kekuatan Sahsiah Bangsa

Sementara itu adalah juga penting gerakan pemulihan bangsa Melayu diiringi dengan pembangunan semula corak hidup masyarakat yang geinilang pada din bangsa ini. Dalam hal ini segala sifat-sift kecemerlangan sebuah masyarakat Islam perlu dibangunkan, diterapkan, disuburkan dan diperkukuhkan pada komuniti Melayu itu sendiri.

IIAPAKI P.PTIMflM( I(FA TFRS 15

 

PHIMPUNAN PNG4AV MAVU KANGSAAN KE 6 –

Dengan ini kami mencadangkan gerakan pendidikan Al Quran perlu diintensifkan. Segala ajaran yang terkandung dalam Kitabullah itu hendaklah difahaini dengan betul dan terus diterjemahkan dalam kehidupan harlan. Sebanyak mungkin kelas dan pengajian Al-Quran diseluruh pelusuk negara ini hendaklah diwujudkan dengan kaedah yang memungkinkan Al-Quran benar-benar menjadi petunjuk untuk kehidupan bangsa Melayu semurni dan seutuhnya.

Sekaligus dengan itu pengaj ian Al- Sunnah perlu diprogramkan untuk pendidikan orang Melayu sehingga Rasulluiah s.a.w. benar-benar menjadi teladan terunggul bukan sahaja untuk diingati tetapi yang lebih penting untuk dihayati dalam amalan hidup setiap han.

Dalam hal ini pembangunan semula insan Melayu hendaklah diperkukuhkan dengan segala ilmu Islam yang wajib clipe1jari dan diamalkan. Gerakan sosialisasi segala aspek syariat Islam dalam kehidupan bangsa Melayu samada diperingkat individu mahupun diperingkat masyarakat hendaklah digiatkan.

TERAS Pengupayaan Melayu menyarankan agar semua penggerak Melayu melancarkan gerakan penggemblengan masyarakat Melayu ke arah pembentukan kualiti keperibadian yang kukuh. Program membina karakter Muslim pada bangsa Melayu harus benar-benar aktif dan berkesan disemua kawasan. Segala sifat Muslim yang mulia seperti berdisiplin, b’erkasih sayang, berakhlak unggul, berkeyakinan, beriltizam, sedia berkorban, bekerjasama, bersatu-padu, kuat berusaha, bersungguh dalam menuntut ilmu, sedia berjihad dengan harta dan jiwaraga, berjamaah setiap masa adalah antara pembinaan yang tidak boleh dicuaikan sama sekali. ini bermakna program pembentukan sahsiah adalah program TERAS yang terpenting untuk membina semula bangsa ini.

Bina Keupayaan Ekonoini Bangsa

Bersama dengan usaha di atas TERAS menyarankan agar setiap penempatan masyarakat Melayu dibangun dengan projek-projek contoh yang mampu mengangkat kualiti hidup orang Melayu.

Kegiatan perekonomian yang berkesan perlu dilaksanakan sehingga bangsa Melayu mampu berdikari dengan kekuatan ekonoini yang ampuh. Segala aset ekonoini orang Melayu seperti tanah, kebun dan sawah, bangunan, rumah perlu diurus dengan sebaik mungkin sehingga ia tetap kekal ditangan orang Melayu. Masyarakat Melayu perlu diprogramkan dengan segala bentuk kemahiran ekonoini yang perlu agar sumber bangsa tidak banyak mengalir ke tangan orang lain. Ertinya sikap berbelanja mesti dikawal, tabiat berhutang dielakkan, hidup bermewahan dikikis dan mengeluarkan wang yang banyak untuk segala bentuk perayaan dan pelbagai jenis kenduri dibendung.

Di samping itu masyarakat Melayu perlu kembali mengusahakan tanah dengan produktif. Tanah terbiar inilik orang Melayu mesti diusahakan. Usaha menghidupkan tanah perlu dijadikan agenda bertlndak yang penting untuk memastikan aset tanah Melayu seluruhnya menj adi produktif.

II(APAM RIPTIINIThI( I(F?. TFRA 1/

P.HIMPUNAN PEN4AK MLAYU KANOSAAN K 6

Sementara itu mengwujudkan pemiagaan dalam pelbagai aspek keperluan harlan orang Melayu hendaklah dilancarkan. Dan sektor pemakanan, pakaian, bekalan alatan rumah, binaan, perkhidmatan sehinggalah kepada perusahan Melayu mesti diperbanyakkan untuk meliputi semua aspek.

Semarakkan Budaya Membaca clan Pengukuhan Ilmu.

Penggerak Melayu juga perlu menyuburkan budaya membaca serta berusaha untuk mencemerlangkan bangsa Melayu dalam bidang pendidikan. Usaha menanam budaya cinta ilmu yang tinggi, bersungguh dalam menguasai sesuatu bidang ilmu, memperbanyakkan bilik atau pusat membaca disetiap penempatan orang Melayu perlu dipergiat.

Daya keintelektualan Melayu hanis dibangunkan dengan bersungguh melalui program wacana ilmu dan berkarya, penerbitan buku, majalah dan risalah yang membina daya berfikir bangsa perlu diperluaskan. Kegiatan pendidikan dewasa secara formal dan non-formal mesti diperbanyakan diselurub negara untuk memungkinkan orang Melayu terus meningkat kemahiran dan i lmunya. lnstitusi-institusi pendidikan Melayu yang ada hendaklah diaktifkan untuk melahirkan anak dan graduan Melayu yang berkualiti. ini bermakna kérja kuat dikalangan para guru dan pensyarah Melayu harus diserlahkan untuk membantu pelajar-pelajar Melayu mencapai kecemerlangan.

Mencerdaskan Institusi Masjid

Institusi masjid semesti juga menjadi tapak niembina semula bangsa Melayu yang berkesan. Sebagai tapak yang penting dalam pembinaan sebuah masyarakat bertamadun tinggi, mendekat dan mengakrabkan umat Melayu dengan masjid adalah pendekatan yang amat tepat diusahakan. Kesatuan rohani meialui masjid yang menjadi asas ikatan yang sejatiadalah ikatan paling berksan untuk menyatukan umat Melayu.Ini akan hanya dapat direalisasi dengan memanfaatkan institusi masjid dengan segala gerak aktivitinya. Untuk yang deinikian program penggerak Melayu yang perlu diberi keutamaan ialah menyemarakkan penyertaan umat dalam kegiatan di institusi ini.

Menggerakkan Dayausaha Desa.

Kami ingin menyeru juga serpua penggerak TERAS agar mencetuskan sebuah usaha yang kami gelar sebagai Gerakan Pengupayaan Desa (GPD). Pengamatan kami ialah terdapat suatu sindrom yang sudah lama membelenggui masyarakat desa.Iaitu masyarakat desa ditanggapi sebagai masyarakat yang tidak berupaya, orang kampung yang tiada berkemampuan dan clesa yang hanya dikekalkan sekadar untuk tujuan sentimental.Pada hal desa dalam konteks pembanguian mapan jauh lebih selesa dan mampu menyumbang kepada mempertahankan hak orang Melayu dan seterusnya membina semula tamadun Melayu yang tinggi. TERAS bercadang untuk memecah sindrom lesu dan pasrah bangsa Melayu di kawasan desa untuk merubah keadaan desa menjadi penempatan bangsa Melayu yang dinamik, berdikari, cergas, maju dan berpotensi besar membangun sumber manusia Melayu. Kami dengan itu mencadangkan agar beberapa hambatan desa diatasi melalui proses pengupayaan bangsa Melayu untuk menentukan nasib sendiri. Antara hambatan yang perlu diatasi ialah prsoalan budaya feudal yang membelit orang kampung. Ininda dan jiwa feudal

 

ini perlu diatasi dengan segera ágar bangsa Melayu ini tidak terus diperbudak dan diperalat oleh pihak wewenang yang terus ingin memastikan bangsa ini tunduk kepada kehendak mereka. Sistem kawdan politik kampung yang mencengkam gerakan masyarakat, yang mendiskriminasi kelompok bukan penyokong keraj aan, yang menyeleweng peruntukan pembangunan, yang saling melabelkan antara parti politik secara tidak sihat akan dipecahkan melalui program pengupayaan masyarakat desa. Kami ingin berganding bahu dengan NGO lain dalam usaha ini seperti IMPAK yang akan membolehkan gerakan GPD mencapai kesan yandiharapkan.

PENUTUI

Deinikian kami melontarkan kepri hatinan sekal igus program berti ndak untuk “,ne,nbe,ztuk inaizusia ik1ayu baj,’i ,ne,nulih keiiw!ut bangsa”. 1-lasrat kami hanyalah untuk sekali lagi menyemarakkan daya usaha yang berterusan bagi memastikan semua penggerak dan penyokong TERAS Pengupayaan Melayu memperkukuhkan keiltizaman dan mempertingkatkan daya bertindak. Apa yang didambakan ialah penyelesaian praktis bukan terhenti kepada perbicaraan iliniah semata.Kami memohon sokogan dan penglibatan yang aktif dan semua demi memastikan bangsa ini kembali geinilang sebagai bangsa yang berjaya menterjemahkan Islam dalam setiap sendi kehidupannya.

Wabil lahi Taufiq wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatul lahi Wabarakatuh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,704 hits
Kalendar
Julai 2017
I S R K J S A
« Mac    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: