MENGUKUH BUDAYA BERTINDAK

 

MEREASLISASI MISI TRANSFORMASI UMAT

Saudara Pengerusi,

Dif-dfi Jemputan,

Ahli-ahli Lembaga Amanah TERAS,

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian.

 

Buat kali ke 2 setelah TERAS mendewasa ke tahun 1421 Hijrah, Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan kembali ditampilkan. Alhamdulillah tanpa gagal, TERAS kekal menjadikan 1 Muharram sebagai tarikh bersejarahnya untuk mengimpunkan aktivis Melayu diseluruh negara. Tujuan asasnya tidak lain dari utnuk menilai gerakerja yang lalu dan mengukur pencapaian terdahulu dan sekaligus merangsang perjuangan seterusnya untuk masa mendatang tanpa diganggu oleh sebarang tarikan yang lain selain dari memenuhi tuntutan jihad dan Hijrah.

 

Kami meneliti didikan Qurani dalam hal berjihad dan cinta kepada Allah dan kaitannya dengan nilai dan misi yang tidak boleh dikompromi dengan dunia dan segala isinya serta semangat perjuangan yang dicontohi oleh Rasulullah s.a.w dan generasi pejuang terdahulu sehingga kini,

 

“Katakanlah : Jika bapa-bapa, anak-anak kamu, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu ushakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan jihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq”

(At-Taubah ; 24)

 

Demikian semangat dan roh jihad dan Hijrah yang menjadi perangsang kepada TERAS untuk mengorak langkah, menjejaki semangat juang dan pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan kalimah Tauhid dengan segala kandungan risalahnya dan implikasi yang dibawanya.

 

Kami ulangi komitmen kami bahawa TERAS dilahirkan untuk mencetuskan perubahan besar buat bangsa umat Melayu ke arah penghayatan Islam sebagai landasan hidup seluruh dan selengkepnya. Oleh kerana itu amat wajar baginya untuk menjadikan Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan sebagai agenda tahunannya untuk membuat muhasabah secara kritikal terhadap setiap langkah yang diambilnya dan menimbang setiap tindakan lanjutan yang akan diterokainya.

 

Dalam sepanjang kehadiran TERAS dipersada tanah air, kami meneliti perkembangan semasa dengan penuh keprihatinan yang serius. Negraa kian bergolak dengan suasana politik dlaman yang tegang dan cabaran luaran dari pemaksaan fenomena globalisasi yang amat tidak menentu. Sementara suasana ekonomi mendung semakin reda dan dikatakan langit nampak cerah dan memberangsangkan, perkembangan kepimpinan negara pula ters berhadapan dengan pergolakan yang membawwa kepada ketidakpastian.

 

Semenjak pilihanraya umum ke 10, tahun 1999 yang lalau umat Meayu telah memperlihatkan pola pemikiran dan pendirian yang mengejutkan parti yang memerintah sejak lebih 40 tahun dahulu tetapi kini telah menyingkap lembaran baru politik umat Melayu di alaf ke 21 ini. Malah senario perubahan politik yang mendadak jelas dapat terasa sejak dari peristiwa pergolakan politik negara meletus pada tarikh yang menggemparkan iaitu 2 hb September 1998. sementara perjalanan perbicaraan dan hukuman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenuhi dengan kepelikan-kepelikan yang tersendiri, rakyat terutama umat Melayu telah menunjukkan reaksi marah dan tidak pushati pada skala yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Sebagai konsekwen dari episod penuh menggemparkan dan mendebarkan itu, bahang dan getarannya masih terasa hingga sekarang dan tidak mungkin dapat diredakan untuk masa yang dijangka amat panjang.

 

Umat Melayu khusunya dilanda malang yang tidak terperi dikala rakyat menyangka negara berjalan dengan pembangunan yang rancak dan lancar, rupa-rupanya ia dipenuhi disebaliknya dengan pelbgai kepincangan, pengkhianatan amanah, penyalahgunaan harta rakyat, penyelewengan khazanah negara dan mengkayakan segelintir individu di atas sengsara rakyat jelata. Satu demi satu perbuatan khianat terdedah dan terbongkar walaupun cuba diselindungi oleh pemimpin utama negara dengan menggunakan kuasa melalui skima konspirasi sesama mereka akibat nafsu buas selama ini biasa dibuai dengan kehebatan dan kemegahan kedurjanaan mereka yang bergelut dengan cara yang cukup bernafsu untuk mengekalkan kuas adengan makar (rencana) dan budaya “pembunuhan politik” yang amat jijik dan hina.

 

TERAS turut prihatin terhadap keadaan yang amat tidak sihat sedang menyelubungi politik negara. Adalah tida dapat diterima sama sekali langkah-langkah yang kelihatan amat gelojoh dan bernafsu sekali diambil oleh pihak pemerintah untuk mmebendung angin kemarahan rakyat yang jelas dimanifestasikan baik dalam bentuk perbahsana terbuka secara tiak formal mahupun diterjemahkan didalam pilihanraya umum yang lalu.

 

Mana mungkin sebuah pengusas dapat diterima sebagai penguasa yang adil, yang mendakwa dirinya mengamalkan demokrasi tiba-tiba mempamerkan sikap dangkal, sempit dan “desperate” dengan menggunakan perundangan secara angkuh bagi menyekat dan mengekang kemaraan angin perubahan rakyat.

 

Dari penggunaan apparatus awam secara wewengan, memanipulasi media awam dan swasta dengan amat ketara, aplikasi undang-undang menindas yang cukup tidak demokratik, mengenakan tekanan ke atas rakyat yang tidak cenderung menyokong kerajaan sama ada di sektor awam maupun swasta, menyalahgunakan kuasa untuk mengekang suara dan pandangan rakyat sehinggalah kepada megekploitasi institusi judisiari dan eksekutif … sesungguhnya perjalanan negara ini memerlukan penelitian dan pengauditan yang amat serius.

 

Kami menyeru semua pihak yang cintakan kebenaran dan keadilan, semua penggerak dan pejuang umat yang komited dengan prinsip akauntabiliti kepada rakyat dan kepada Allah SWT serta semua aktivis dan kader pembela golongan mustadhafiin dan pencetus gerakan transformasi umat, agar menyemarakkan kembali semangat perjuangan bagi membetulkan semula landasan perjalanan pemerintahan negara berasaskan ketaqwaan kepada Allah dan kebaktian kepada rakyat. Membiakan negara dan kepimpinannya bergelumang dengan penyelewengan, korupsi dan pengkhianatan ke atas amanah rakyat akan mengheret bukan sahaja generasi sezaman ke arah kehancuran malah melenyapkan masa depan generasi mendatang.

 

TERAS memberi perhatian yang serius kepada gaya dan pendekatan yang akhir-akhir ini diguan oleh pemerintah dalam menangani keresahan rakyat. Kerajaan yang tidak menunjukkan sikap terbuka dan lapang dada serta objektif dan profesional akan mengundang rasa curiga dan kemarahan rakyat terhadapnya.

 

Benar bahawa kita harus mengawal dan memastikan kestabilan serta keamanan dipelihara, akan tetapi jika alasan keamanan dan keselamatan disalahguna untuk menyekat penyuaraan keresahan rakyat, mengesahkan dan melindung penyelewengan, rnenafikan hak bersuara dan kebebasan rakyat untuk memilih dan berfikir secara terbuka dalam menentukan jenis pemerintahan yang mereka mahu, menggunakan perundangan untuk mengekalkan kuasa secara tidak bermoral dan memanipulasi perlembagaan negara dan institusi-institusi awam, sudah barangpasti kesan tidak percaya dan tidak yakin serta rasa jengkel rakyat terhadap pemerintah akan bertambah. Justeru akhir-akhir ini pengumuman beberapa langkah kerajaan yang tidak bijak kebelakangan ini menarik perhatian TERAS. Antaranya :

 

Menetapkan semua projek pembangunan disesuatu kawasan hanya diluluskan setelah mendapat pengesahan Ketua Bahagian UMNO. – diumum oleh MB Kedah, Datuk Syed Razak Syed Zain

 

Semua projek pembangunan luar bandar perlu melalui JKKK yang dilantik oleh kerajaan.

– diumum oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Azmi Khalid.

 

Memutuskan bahwa semua AJK Qariah masjid-masjid diseluruh negara dilantik oleh kerajaan. diumumkan oleh TPM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Membatalkan dan menyenarai hitam semua panel doktor , peguam,dan kontraktor yang didakwa menyokong pembangkang diumum oleb KM Melaka, Datuk Wira Ali Rustam

 

Mengeluarkan wang simpanan agensi kerajaan di bank-bank yang didakwa mempunyai kakitangan yang menyokong pembangkang. -diumum oleh KM Melaka

Menyingkir dan menukarkan kakitangan awam yang dituduh tidak menyokong kerajaan

– diumum oleh KM Melaka

 

Meluluskan Biasiswa Yayasan Pahang hanya dengan pengesahan wakil rakyat BN sahaja — diumum oleh Timb.MB Pahang Datuk Tan Aminuddin Ishak

Rancangan untuk mengambilalih semua Sekolah Agama Rakyat atas alasan bahawa ia adalah sarang pembangkang. – diumum oleh bekas Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Razak

 

Merancang untuk mewujudkan suatu peruntukan undang-undang bagi memisahkan agama dan politik. – diumum oleh Menteri JPM , Datuk Dr.Rais Yatim

 

Menyekat penerbitan akhbar pembangkang kepada 2 kali sebulan sahaja

– diumum oleh TPM

 

Membelakangi DBP dalam menetapkan pemansuhan penggunaan bahasa baku dalam penyiaran dan pendidikan. – diumum oleh Datuk Dr. Rais Yatim

 

Demikian beberapa ketetapan dan rancangan kerajaan yang amat merunsingkan dan segi implikasinya kepada pelbagai perjalanan hidup rakyat di negara ini. Kekecewaan TERAS ialah segala keputusan tersebut tidak dapat tidak dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa dalam negara masakini. Apa yang lebih merunsingkan ialah umat Melayu menjadi sasaran percaturan politik yang tidak sama sekali menguntungkan. Sementara ketetapan-ketetapan tersebut menggambarkan kesempitan sikap dipihak kerajaan , TE.RAS amat bimbang dengan kecenderungan pemerintah rnenggunakan pendekatan autokratik yang menekan rakyat secara keras.

 

Apakah umat Melayu khususnya, perlu dilayan sedemikian rupa? Kenapakah budaya feudal dan pendekatan politik sempit perlu digunakan untuk mengekalkan kuasa? Apa yang jelas ialah semua tindakan yang tercetus dan pergelutan kuasa ini akan akhirnya menyebabkan umat Melayu semakin dilanda krisis yang berpanjangan. Andainya semua ini berterusan, budaya politik kembiri , politik percaturan kuasa , politik ampu dan bodek

politik feudal dan politik cantas akan terus menjadi karakter politik umat Melayu yang akan berpanjangan dan amat memalu dan melemahkan.

 

TERAS juga prihatin inengenai perbahasan isu perpecahan umat Melayu yang kini sedang memuncak ke tahap mengheret segala apparatus negara untuk menanganinya. Sudah barangpasti perpaduan umat adalah tonggak kekuatan yang tidak dapat dikompromi. Namun jika pemerintah terus melancarkan tindakan agresif dengan menuding pihak lawan sebagai punca perpecahan dan dalam masa yang sama melancarkan tindakan-tindakan diskriminasi yang amat ketara , ía tidak mungkin menyelesaikan masalah malah melihat kepada keadaan yang berlaku kini konfrantasi antara umat Melayu akan menjadi semakin runcing dan tegang.

 

TERAS berpendapat yang lebih utama seharusnya melihat dimana dan pada dasar apa keretakan umat Melayu itu berlaku. Sesudah itu hendaklah kembali merujuk kepada satu-satunya sumber yang boleh mencantumkan semula belah yang terjadi yakni kepada asas

yang paling utama dalam pedoman Al-Quran dan As Sumiah.Berpegang kepada tali Allah seluruhnya dan dengan itu umat diharamkan berpecah adalah prinsip yang jelas diisyaratkan dalam firmanNya.

 

‘Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai” (Ali Imran :103)

 

Namun begitu pra-syarat untuk kembali kepada sumber rujukan Al-Quran dan As-Sunnah sudah tentu menuntut kepada sikap mental yang cukup bersih dari sebarang kepentingan diri maupun fanatik kelompok. Jika ini terpenuhi maka yang dikatakan perpecahan umat Melayu itu dapat di atasi dengan tuntas.Sebaliknya andaikata kita masih angkuh dengan kesombongan,nescaya kita pasti gagal seperti yang dijamin natijahnya oleh Allah,

 

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada dibumi ,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal: 63)

 

Berikut dengan ini pula pihak media massa hendaklah memberhentikan agenda mcmperlaga dan mengadu-domba umat Melayu terutama dikalangan pemimpin-pemimpin. Harga perpaduan tidak harus diperjudikan hanyà kerana mahu menwujudkan berita panas dan sensasi buat memenuhi selera pasaran dan kehendak pihak yang berkepentingan semata.

 

Dengan keprihatinan yang sama jugalah TERAS tidak dapat menerima ura-ura kerajaan mahu mewujudkan suatu peruntukan undang-undang untuk memisahkah agama dan politik seperti yang diumumkan oleh seorang Menteri mantan pimpinan sebuah parti politik yang telah menjadi arwah beberapa minggu yang lalu.Tindakan ini tidak sama sekali dapat diterima kerana ia bercanggah langsung dengan sifat dan karakter Islam itu sendiri. Langkah ala Turki yang nampak jelas mengukuhkan lagi sekularisasi undang-undang negara tidak menunjukkan golongan nasionalis-sekular mahu memberi laluan kepada Islam tertegak scpenuhnya di tanah air ini.Pendokong ideologi sekulanisme ini nampaknya akan terus menjadi penghambat yang berterusan kepada proses islamisasi yang diharapkan oleh umat.

 

TERAS berpandangan hanya dengan menyedar dan membangkitkan keprihatinan rakyat jelata, rakyat marhain , rakyat massa akan mampu menyelamatkan arahtuju kepimpinan negara ini.

 

Dalam hal ini apa yang perlu dibina ialah memugar kembali suatu bentuk dan tahap kesedaran Islam yang murni dan tulin dikalangan rakyat untuk mampu menyaring dan menapis kepimpinan negara. Dalam perkataan lain kita perlu pembinaan suatu “kesedaran sosial” dan “minda” ( social conscience and psyche ) Islamiah yang boleh menggerakkan rakyat untuk bertindak mengawasi pemimpin-pemimpin mereka. Sekaligus kita perlu membangunkan suatu tahap keberanian rakyat untuk membuat perubahan jika jelas perubahan diperlukan. Untuk semua ini apa yang amat mendesak dilakukan ialah pengukuhan dan transformasi umat ke arah Islam yang konkrit dan nyata.Meminjam istilah Profesor Madya Muhammad Abu Bakar, hanya pendekatan keISLAMan yang diperkembangkan dalam suatu kategori tersendiri sebagai agama wahyu berdasarkan komitmen ketauhidan dan kekhalifahan akan membolehkan suatu rumusan “Manhaj Melayu” yang ampuh dan jitu dibina untuk mencemerlangkan umat Melayu.

 

Saudara-saudari,

 

Saya ingin mengimbas kembali apa yang terungkap dalam ucapan pelancaran TERAS pada I Muharam 1419 Hijrah bersamaan 28 April 1998 kira-kira dua tahun yang lalu. Saya mengatakan …

 

“TER4S dihadirkan sebagai  suatu usaha untuk membawa  perubahan. Perubahan yang

ingin dicetuskan ialah perubahan  yang merentas pelbagai bidang  dikalangan pelbagai

lapisan orang-orang Melayu…”

 

“Sesungguhnya kelangsungan perjuangan bangsa Melayu perlu suatu anjakan baru. Dari perbincangan retorik kepada tindakan nyata. Dari harapan kepada kesungguhan bertindak.”

 

Kami ungkapkan hal ini ada!ah dan kesedaran mendalam.Iaitu keinsafan dan kesedaran bahawa betapa besar dan menggunung sekalipun hasrat dan impian yang disuarakan untuk merubah nasib sesuatu bangsa,ia tidak membawa sebarang makna, jika kita gagal rnenterjemahkan segala pernyataan kepada tindakan dan merealisasikan segala rencana kepada aksi nyata.

 

Jelas sudah, kami telah bicarakan dengan panjang lebar (sepanjang 2 tahun usia TERAS mendewasa) dipelbagai forum dan pelbagai arena mengenai segala kepincangan yang melingkari nasib bangsa Melayu. Bukan sekadar suatu keluhan dan sungutan, tetapi di atas kesedaran untuk memulakan suatu titik keazaman bertindak .Ia tercetus dari rasa prihatin yang cukup menunjang dalam sanubari untuk membangkitkan suatu kesedaran dan keupayaan dikalangan umat Melayu untuk berdaya dan berupaya bertindak merubah kemelut dan kepincangan yang berlaku.

 

Dengan usianya yang baru ditahap tunas , TERAS sedar bahawa kehadirannya mengundang pelbagai pertanyaan dari kalangan masyarakat. Apa sebenarnya matlamat TERAS?Siapa sebenarnya disebalik kelahiran TERAS?. Di bawah siapa mereka bergerak? Apa beda TERAS dengan pelbagai wadah Melayu yang sedia ada?

 

Jika ini yang menjadi tanda tanya, kami sambut dengan lapang dada. Tiada apa yang hendak diselindungi.TERAS bermatlamat merubah masyarakat Melayu agar menjadi suatu bangsa yang mencerminkan segala keunggulan sebuah masyarakat Islam, zahir dan batin, akhlak dan pemikiran , segala aspek sistem dan nilai serta pegangan hidup. TERAS digerakkan oleh sekumpulan anggota dalam sebuah lembaga yang terdiri dan individu-individu yang prihatin terhadap nasib umat dan ía wujud sebagai entiti badan amanah yang sah dari segi undang-undang dan bebas dan sebarang naungan sesiapa, semada dibawah mana-mana individu maupun kumpulan, mana-mana badan politik maupun korporat.

Bertitik tolak dari itu, TERAS mengorak langkah.Bermula dengan meneliti realiti bangsa dan umat, TERAS mengupayakan kelahiran sebuah gerakan kesedaran massa Melayu Islam dalam pelbagai aspek ; pengukuhan aqidah , kesatuan umat , sosiobudaya , politik , ekonomi , pendidikan , pengurusan keorganisasian , kekeluargaan , bahasa , tanah , pembangunan bandar dan desa , pembangunan wanita dan kanak-kanak,kebajikan, kesihatan dan kemiskinan .Pendeknya apa sahaja yang memberi impak kepada kualiti hidup orang-orang Melayu, ia akan menjadi hal yang diprihatinkan oleh TERAS.

 

Justeru itu, TERAS bermatlamatkan untuk mengujudkan sebuah masyarakat Melayu yang berbeza dari keadaan yang ada kini. Oleh yang demikian TERAS bergerak ke arah penterjemahan dan penghayatan Islam sepenuhnya dalam semua bidang kehidupan orang Melayu. Ruang transformasi Islamiah yang ingin di bawa amat menyeluruh dan mencakup, seluas cakupan doktrin Islam itu sendiri.

 

 

Dengan penuh kesedaran betapa banyak perubahan yang perlu menumpu kepada transformasi manusiawi (human transformation ) , maka kami memberi fokus yang utama kepada pembentukan watak insan dan masyarakat Melayu yang perlu dicorak semula. Pembentukan watak islamiah yang bukan sahaja menyentuh aspek nilai dan pegangan hidup yang berasaskan ketaqwaan kepada Allah, tetapi ia harus menjalar kepada seluruh-aspek kehidupan sebagai suatu masyarakat dan suatu bangsa yang diwarnai oleh peradaban hidup Islam selengkapnya.Yang ingin kita bina ialah insan Muslim berbangsa Melayu dan bukan sekadar bangsa Melayu yang beragama islam.Inilah hasrat kami. Tiada tujuan yang lain yang dapat menggambarkan cita-cita dan matlamat TERAS melainkan dengan mengungkap firman Allah:

 

“Sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan lain lalu kamu bercerai berai dari jalanNya,demikianlah diwasiatkan kepada kamu semoga kamu bertaqwa” (Al- An ‘am: 153)

 

Kenapa agenda transformasi menjadi tumpuan TERAS?Jawapannya kerana fenomena yang sedang berlarutan di kalangan umat Melayu jika dianalisa dari sejak merdeka sehingga sekarang amat merungsingkan kami.Umat Melayu dilanda penyakit keruntuhan sosio budaya, dan politik ekonomi yang sungguh merisaukan.

 

Dengan tidak menafikan berlaku perubahan positif di beberapa tahap tertentu, namun umumnya umat Melayu dilingkari pelbagai masalah yang melemas dan melesukan. Kami telah menyentuh hal mi dalani ucapan kami ketika TERAS dilancarkan di atas tema “Menterjemahkan Hijrah Umat Melayu” dan dilanjutkan penghuraiannya pada ucapan di Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan Kali Pertama dengan tema’’Menentukan Nasib Umat Melayu,Merubah Realiti Kini,Menempa Sejarah Masa Depan”

 

Kami tidak merasa jemu untuk memperingatkan semua penggerak dan aktivis Melayu bahawa apa yang diketengahkan mengenai persoalan dan isu-isu umat Melayu adalah real, zahir dan amat nyata.TERAS ingin melihat realiti umat Melayu bukan melalui kacarnata konseptual tetapi meneliti persoalan-persoalan konkrit yang sedang melingkari kehidupan umat Melayu. Sebab itu medan gerakerja TERAS adalah Iangsung di lapangan hidup nyata masyarakat Melayu khususnya.Bukan sekadar analisis di atas kertas, di bilik kuliah atau di dewan seminar dan kongres semata-mata,tetapi berurusan langsung dengan realiti yang konkrit dan dekat dengan kehidupan harian orang Melayu.Hanya dengan itu TERAS dapat menghasilkan skima transformasi yang lebih berkesan.

 

Dengan yang demikianlah TERAS ingin supaya aktivis dan penggerak Melayu memahami sungguh-sungguh lingkaran masalah yang sedang mencengkam orang-orang Melayu. Perhatikan realiti berikut;

 

Bahawa lebih dan 80% masalah sosial di negara ini melibatkan anak-anak Melayu, meliputi masalah dadah, lepak salah laku di sekolah, mengedar dan memiliki bahan lucah, pergaulan bebas, zina, merokok, buang bayi. judi, arak, pelacuran, bohsia, bohjan. Bahawa peratusan kelulusan dan kecemerlangan anak-anak Melayu di sekolah masih rendah secara bandingan dengan kaum lain.Bahawa pencapaian pelajar-pelajar Melayu di IPT masih rendah dan ketinggalan( lulusan dengan kelas pertama pelajar-pelajar Melayu di universiti-universiti masih amat kurang berbanding dengan pelajar Cina dan India). Bahawa minat dan kesungguhan belajar di kalangan pelajar Melayu di desa umumnya belum cukup memuaskan. Bahawa kesedaran ibubapa Melayu umumnya untuk mendidik anak-anak dengan disiplin belajar dan pengurusan hidup yang rapi masih terus bermasalah.

 

Bahawa budaya hidup berhutang di kalangan orang-orang Melayu masih tinggi.Bahawa budaya berbelanja dengan terancang dan berhemat belum menjadi amalan  orang-orang Melayu terutama dalam pelbagai perayaan maupun acara kemasyarakatan seperti kenduri perkahwinan dan kematian. Sementara itu pula budaya menyimpan dan mengelak diri dari berbelanja hal-hal yang membazir seperti merokok belum diberi perhatian oleh orang-orang Melayu.Bahawa disiplin berorganisasi dan mengurus amanah awam di kalangan orang Melayu masih lemah.Bahawa hidup bergantung kepada subsidi dan bantuan sama ada dalam bentuk biasiswa, input pertanian, buku dan peralatan sekolab,bantuan makanan tambahan di sekolah, bantuan PPRT, kesihatan, perumahan, tender, kemudahan asas, lesen dan permit, tempat di IPT dan sebagainya, amat tinggi. Bahawa masih ramai orang-orang Melayu yang menjual tanah dan tidak mengusahakan tanah, menjadikan tanah milik orang Melayu terbiar dan akhirnya beralih tangan.Bahawa ramai kumpulan 0KB Melayu tidak benar-benar merupakan pengusaha tulen tetapi hanya menggunakan hubungan politik untuk mendapat peluang kepada projek-projek kerajaan dan hanya menjadi usahawan kelas menengah ‘sewaan’ yang survival mereka amat bergantung kepada “politik naungan” (political patronage). Bahawa perlakuan menerima rasuah di kalangan orang Melayu masih tinggi dan semakin meningkat.

 

Bahawa lebih dari 80 buah agensi-agensi kerajaan yang diwujudkan untuk membantu orang Melayu seperti UDA, MARA, LUTH, ITM, KEDA, PERDA, KEJORA, FELDA, RISDA, FELCRA, Bank Bumiputra, Bank Pertanian, Bank Rakyat masih gagal memberi kesan yang berpadan dengan peruntukan berbillion ringgit yang telah dibelanjakan. Bahawa hampir 2 juta hektar Tanah Rizab Melayu telah “hilang” dan masih banyak yang belum diganti.Bahawa masih ramai golongan rakyat termiskin terdiri dari kalangan orang-orang Melayu sama ada di bandar maupun di desa. Bahawa masih ramai setinggan di kalangan orang-orang Melayu di negara ini. Bahawa taraf pendapatan per kapita orang-orang Melayu masih ketinggalan di belakang kaum lain. Bahawa golongan profesional keseluruhannya baik dan segi kualiti maupun kuantiti di kalangan orang-orang Melayu masih kurang.

 

Bahawa bahan-bahan bacaan murahan berbahasa Melayu dalam bentuk majalah, komik, novel, akhbar tabloid yang memaparkan unsur-unsur porno dan separa porno, hiburan, budaya hidup hedonistik, gelagat dan gossip golongan artis-artis, gaya hidup golongan elit Melayu, cerita-cerita mistik dan tahyul berleluasa di pasaran tanpa sebarang sekatan KDN.Bahawa bahan tontonan program-program TV, filem-filem di pawagam maupun drama serta teater berbahasa Melayu masih banyak memaparkan unsur-unsur barat.Bahawa tahap dan kualiti membaca di kalangan orang-orang Melayu masih rendah. Bahawa faham dan cara kehidupan sekular,liberal dan kebaratan semakin menular di kalangan golongan elit orang-orang Melayu. Bahawa tahap dan kefahaman serta amalan hidup yang sihat tidak menjadi budaya di kalangan orang Melayu amalan merokok, mengambil gula dalam makanan dan minuman yang banyak, terpengaruh dengan pelbagai makanan segera dan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan merbahaya kepada kesihatan terus bertambah di kalangan masyarakat Melayu.

 

Semua realiti ini tidak kami bekalkan dengan angka dan data. Tetapi secara rambang tiada siapapun di kalangan kita yang dapat menafikan bahawa masalah-masalah itu wujud dan meluas. TERAS tidak terlalu terbatas kerjanya dengan angka dan data kerana kami tahu selagi masalah itu umumnya diterima sebagai masalah yang jelas wujud dan berleluasa, TERAS akan menjadikannya agenda tindakan yang penting untuk membawa transformasi dan perubahan segera.

 

Menelaah isu-isu umat Melayu, tidak kira apakah persoalannya berkait aqidah atau nilai, akhlaq atau sikap, budaya maupun pemikiran, kerjaya atau pendidikan, perumahan atau tanah, bahasa atau identiti, kesihatan atau gaya hidup, kepimpinan maupun keroganisasian, kekeluargaan atau kemasyarakatan, politik atau ekonomi, kemiskinan atau pembangunan …. semuanya harus menginsafkan seluruh pencinta bangsa dan pendokong umat bahawa sesungguhnya masih terlalu banyak yang perlu dilakukan dalam bentuk tindakan dan program nyata untuk menangani kemelut umat Melayu yang sedang dihadapi sekarang.

 

Kami tidak menafikan bahawa sudah terlaksana pelbagai forum, pelbagai kongres, bermacam seminar yang membicarakan isu-isu orang Melayu. Tidak boleh diperkecilkan juga, usaha-usaha perubahan telah digerakkan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan status hidup orang-orang Melayu.

 

Namun di atas segala usaha itu, tiada siapapun juga dapat menidakkan bahawa umat Melayu terbanyak, umat Melayu majoriti, umat Melayu massa, sedang mengalami kemelut dan kekecamukan yang bukan kepalang seriusnya. Budaya feudal yang menekan dan mencengkam, sikap dan sindrom kebergantungan yang melesukan, fenomena budaya hidup elistis, sekular dan liberal yang sedang mencemarkan nilai hidup bangsa Melayu, kebejatan moral dan pengkhianatan amanah yang semakin berleluasa, pembaziran dan kehidupan hedonisme yang semakin menular dan meliar , budaya ghairah kepada status simbol dan hidup individualistik dan kebendaan yang semakin berkembang, fenomena penafian hak dan memgesahkan penyalahgunaan kuasa dan mengembangkan amalan zalim dan mungkar yang terus menyubur, sindrom ghairah dengan budaya barat, bahasa barat, pakaian barat dan stail hidup dan fesyen pembangunan barat yang semakin menguasai …. semua hal ini tidak mungkin dinafikan juga merupakan isu-isu yang sebenarnya cukup mengancam hidup umat Melayu dan yang sedang terus menyelubungi bangsa Melayu. Malah kami berpendapat isu-isu ini amat nyata, zahir dan cukup “real” sifatnya, sehingga ia jelas dapat dilihat berlaku dan dirasai kesannya di hadapan mata kasar kita.

 

Tidakkah orang-orang Melayu terbanyak masih rnenghadapi masalah dihimpit, disisih, di pinggir dan disingkir atas nama pembangunan?Bukankah umat Melayu sudah dicemari dengan budaya hidup mengampu, membodek dan memuja pemimpin tanpa batas? Bolehkah dinafikan berbillion ringgit dibelanjakan untuk mengkayakan segelintir orang Melayu atas nama mahu melahirkan kelas menengah dan 0KB Melayu, namun umat Melavu majoriti terus melukut di tepi gantang ?Adakah tidak nyata kelihatan orang-orang Melayu masih menagih simpati pemerintah untuk mendapat peruntukkan dan habuan pembangunan di bandar maupun di desa? Tidakkah umat nyata sekarang ini nilai dan pegangan hidup umat Melayu sudah digoncangkan o1eh niIai dan pengaruh barat atas nama agenda liberalisasi dan globalisasi?

 

Hal-hal ini seharusnya mencetuskan suatu keinsafan yang sangat mendalam kepada penggerak TERAS sebagai sebuah wadah untuk melaksanakan tindakan transformasi yang besar ke atas umat Melayu. Kita amat sedar bahawa untuk hanya sekadar mengungkap masalah-masalah dan keresahan yang sedang berlaku adalah jauh dan memadai. Sudah terlalu banyak perbicaraan mengenai isu umat Melayu diketengahkan. Sudah berpanjang lebar perbahasan dan debat dikumandangkan untuk menghurai masalah-masalah umat Melayu. Namun apa yang sangat mengkhuatir dan mengecewakan ialah segala ungkapan, segala slogan dan pemyataan tidak menghasilkan tindak nyata dan transformasi insan Melayu yang benar-benar diperlukan.

 

TERAS ingin mengajak semua aktivis dan penggerak umat Melayu supaya meneliti pencapaian dan kelemahan segala usaha yang telah dimulakan oleh pelbagai pihak. Dengan menganalisa segala realiti yang sedang melingkari kehidupan umat Melayu, kami berpegang kepada pendekatan bahawa segala analisa dan penemuan yang diperolehi dan pemikiran-pemikiran yang bernas dan kajian-kajian yang ilmiah perlu disusuli dengan tindakan yang nyata dan praktikal dipertingkat lapangan hidup umat Melayu itu sendri. Tanpa pendekatan ini scgala gagasan dan wawasan hanya tinggal kata-kata dan ungkapan-ungkapan akademik yang hebat dan mengagumkan tetapi tidak membawa apa-apa erti kepada kehidupan nyata umat Melayu.

 

Pendekatan TERAS jelas , iaitu untuk mengangkat kesedaran umat Melayu ke tahap yang cukup kritikal sehingga kesedaran itu dapat mencetuskan suatu daya tindak yang diterjemah dalam bentuk aksi dan kerjabuat yang dampak . Sementara itu budaya bertindak harus berbekalkan kesedaran dan keilmuan yang mantap untuk Iebih memberi kesan dan makna yang mantap dalam menyelamatkan nasib umat Melayu sama ada dimasa sekarang maupun mendatang.

 

Sememangnya inilah yang diperlukan untuk digarap oleh seluruh aktivis penggerak Melayu. Budaya bertindak dan melakukan sesuatu yang nyata dan praktikal untuk merubah hidup orang-orang Melayu adalah suatu proses yang amat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa hanya dapat diukur berdasarkan keupayaannya menterjemahkan idea kepada tindakan, memanifestasikan hasrat kepada aksi serta menterjemahkan semangat kepada amalan. Jelasnya apa yang hendak dibangkitkan oleh TERAS adalah bagi mewujudkan suatu fenomena di kalangan orang-orang Melayu dimana sifat dan budaya berbuat dan bertindak untuk menyelesaikan atau mengatasi sesuatu masalah menjadi budaya yang mendarah daging dalam kehidupan individu maupun masyarakat umat Melayu.

 

Saudara-saudara yang meluangkan masa untuk hadir dalam perhimpunan ini sudah tentu faham lagi sedar bahawa umat Melayu perlu keluar dari sindrom hanya berkata-kata. Andainya kemelut yang sering dibahas dan diungkapkan mengenai bangsa Melayu hanya berlegar di sekitar seminar dan di atas pentas-pentas pidato, andainya bangsa Meiayu terus-terusan dikejutkan hanya dengan slogan-slogan dan retorik kosong, maka harapan untuk menjadikan umat Melayu sebagal umat yang maju dan bermaruah tidak akan membawa sebarang makna.

 

Kami menyeru semua hadirin dan hadirat agar menyatu bersama TERAS, menjadikan agenda transformasi umat sebagai visi dan aspirasi bersama dalam perjuangan. Kami yakin saudara-saudara juga prihatin dan cemas dengan apa yang sedang kita saksikan menimpa umat Melayu. Kami percaya jiwa saudara tersentuh apabila mendapat tahu bangsa kita kini kehilangan arah dan punca untuk keluar dari lingkaran pelbagai masalah yang semakin rumit. Penyelesaian-penyelesaian yang sering ditampilkan hanya menonjolkan kehebatan rupa lebih dan inti dan menonjolkan kemegahan kulit lebih dan isi.Ini telah menjadikan umat Melayu semakin tenggelam dalam kemelut dan krisis yang berpanjangan.

 

Kami yakin saudara juga rimas dan cemas dengan krisis umat Melayu yang berlaku di masa kini. Soalnya, cukupkah sekadar mengeluh dan bersungut? Memadaikah sekadar menganalisa dan berdebat? Berpadankah dengan perbahasan ilmiah semata-mata?

Percayalah keadaan tidak akan berubah dan tidak mungkin berganjak. Malah kami pcrcaya kedudukan urnat Melayu akan semakin rumit dan parah jika kita berhenti di takuk berbicara dan hanya terus berbicara.

 

Kita tclah mcnyaksikan ratusan resolusi, puiuhan deklarasi, timbunan dokumen dan kertas-kertas kerja mengenai isu-isu dan kemelut umat Melayu. Kita tidak nafikan bahawa kerahan pemikiran untuk menghasilkan rumusan-rumusan itu adalah penting bagi mencari idea dan gagasan.Tetapi yang kita kecewa ialah semua rumusan dan gagasan tersebut selalunya hanya tertera di dalam dokumen-dokumen yang disalut indah dengan kulit yang nampak canggih dan hebat namun tindak susul sering menjadi amat lesu malah berakhir dengan kata-kata yang kosong dan layu semata. Apa yang kedengaran ialah alasan demi alasan untuk tidak melaksanakan tindakan dan resolusi yang terkumpul. Apa yang kerap digemburkan ialah ketidakupayaan dengan seribu macam sebab. Yang pastinya, ratusan ribu wang dibelanjakan untuk mempertemukan segala cendekiawan dan ahli-ahli pemikir umat Melayu namun ia tidak menganjakkan sedikitpun status dan kemelut yang sedang dihadapi oleh umat Melayu.

 

Seruan TERAS ialah kita harus menggunakan pendekatan membangkitkan kesedaran, merangsang keprihatinan dan mendisiplinkan tindakan umat Melayu. Saudara-saudara sebagai pejuang dan penggerak umat Melayu perlu bingkas melancarkan tindakan-tindakan transformasi di pelbagai tingkat dengan keupayaan dan komitmen bertindak yang tinggi.

 

Ditingkat individu maupun di tahap keluarga atau diperingkat kerabat dan rakan tetangga, kita perlu menggerakkan transformasi pemikiran , sikap dan perilaku. ‘Kerjabuat’ kita hendaklah terserlah bagi memberi kesan dan menyemarakkan kesedaran, melonjakkan minat dan keyakinan serta mengangkat keberanian dan keupayaan kepada setiap peringkat umat Melayu. Sama ada di kamar-kamar jabatan, disetiap desa, disetiap surau dan masjid, disemua kelompok masyarakat imam dan penghulu, ketua kampung dan pemimpin-pemimpin kelompok sama ada petani atau pekebun kecil, nelayan maupun peneroka, peniaga kecil ataupun pekerja, kanak-kanak ataupun wanita, belia maupun golongan dewasa … pendeknya budaya dan rangsangan untuk bertindak, beraksi dan berbuat bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan tingkat penghayatan Islam hendaklah dibudayakan di kalangan semua lapisan umat Melayu.

 

Budaya sekadar bersembang-sembang semata-mata di kedai kopi, dimasjid atau surau, berbual-bual di majlis rasmi tidak sepatutnya dibiarkan berterusan. Kita perlu mendidik dan membimbing masyarakat Melayu supaya sentiasa mengisi masa dan ruang untuk membuat sesuatu yang bermanfaat dengan cara tindakan-tindakan yang berkesan bagi mengatasi sesuatu masalah atau memperbaiki sesuatu kedudukan.

 

Mesej TERAS adalah jelas. Sementara kita cuba meneliti dan memahami semua isu-isu umat Melayu diperingkat lokal dan nasional, kita ingin mendidik dan memberi inspirasi kepada umat. Bahawa perubahan perlu diusahakan, islah perlu dilancarkan dan transformasi perlu di gerakkan. Bukan hanya dengan kata-kata tetapi diperkukuhkan dengan amal perbuatan. Kerana sesungguhnya inilah kriteria iman yang ditakrif oleh Rasulullah saw sebagai pengesahan yang mutlak terhadap wujudnya iman dalam diri seseorang mukmin;“ Bukanlah iman itu hanya angan-angan(khayalan) bukan juga hanya perhiasan , tetapi iman itu ialah keyakinan yang kukuh dalam qalbu dan dibuktikan (dibenarkan) dengan amal perbuatan” -Mutafaq ‘alaih iaitu keimanan yang bukan sekadar bersandar kepada khayalan dan hiasan atau sebut-sebutan dan gelar-gelaran maupun laungan dan pengisytiharan tetapi ia harus lahir melalui lafaz yang cukup komited sekaligus dibuktikan dengan gerakerja amalan yang cukup berdisiplin dan bersungguh.

 

TERAS memberi tumpuan kepada karakter bertindak dan berbuat ini kerana dengan sifat demikian umat Melayu boleh memberi bekas kepada kehidupan mereka.Betapa rumit dan berserabut sekalipun kelemahan dan kekurangan orang-orang Melayu, ia akan bertambah parah jika umat Melayu lemah dan hal bertindak. Organisasi semewah manapun, kajiselidik setebal manapun, perbincangan sedalam manapun tidak boleh membawa sebarang rnakna jika kita tidak punya keupayaan untuk bertindak. Benar kata-kata ahli peneliti perilaku manusia “ a thousand tons of words will not be equal to one ounce of action” ( beribu perkataan seberat satu ton sekalipun tidak sama dengan satu auns tindakan).

Justeru itu banyak aksi yang cuba dilaksanakan oleh TERAS dalam upayanya untuk menangani persoalan umat. Dan sejak kelahirannya TERAS mengorak Iangkah mengujudkan bahan risalah pendidikan umat untuk ditatap oleh masyarakat sebagai pencelik minda dan pencetus kesedaran. Tidak berhenti ditahap itu TERAS melancarkan beberapa kempen kemasyarakatan mengenai isu gejala sosial , hidup kebergantungan dan aktivisme dikalangan wanita Melayu. TERAS juga beraksi menangani persoalan semasa dengan menampilkan beberapa sekretariat bertindak dalam pelbagai isu Majlis Bertindak Isu Pengambilalihan Sekolah Agama Rakyat, Sekretariat BENTERAS (Badan Bertindak Rakyat Menentang Rasuah), Badan Bertindak Masjid Milik Anak Qariah (JAMAAH), dan Sekretariat Muzakarah Ulama.TERAS mengupayakan aktivisnya diseluruh negara untuk menangani masalah-masalah masyarakat secara langsung dilapangan yang meliputi pelbagai persoalan seperti isu tanah, kemiskinan,pencemaran alam, pendidikan, kesihatan,pekerja, keciciran pelajar, murtad, keberkesanan dan fungsi agensi awam.

 

Kami masih berasa apa yang telah diupayakan adalah terlalu sedikit dan tidak memadai. Namun daya bertindak yang digerakkan ini dalam tempoh yang amat muda sungguh memberangsangkan. Dengan yang demikian kami percaya potensi TERAS untuk menjadi penyumbang kepada transformasi umat Melayu khususnya dan rakyat dinegara ini umumnya adalah besar. Apa yang kami harapkan ialah sokongan dan semua lapisan masyarakat bukan hanya ditahap mengkagumi atau menyanjungi tetapi yang lebih kami dambakan ialah penglibatan aktif melalui sokongan dan dokongan berbentuk pengorbanan tenaga,sumbangan harta dan ide serta kepakaran dalam apa sahaja bidang. Lantaran itu kami bersedia mendatangi dan didatangi oleh sesiapa sahaja ; pemikir, ahli akademik, pendidik, teknokrat, birokrat, buruh, nelayan, petani, ulama, seniman, budayawan atau jurnalis. Semua pihak, semua lapisan akan menjadi aset penting dalam gerakan TERAS. Asalkan kita punyai arahtuju dan niat yang sama, kami mengalu-alukan penglibatan sesiapapun.

 

Saudara-saudara,

Sesungguhnya perjuangan kita amat panjang dan rumit. Misi kita adalah “misi ketamadunan”. Bukan sahaja persiapan diri kita sebagai penggerak tamadun perlu cukup ampuh dan mantap, kita juga perlu melengkapkan diri dengan kesediaan untuk menjalani transformasi diri kita sendiri. Sebagai penggerak Melayu kami rnenyeru agar saudara-saudara turut bermuhasabah diri dari semua aspek kehidupan. Disiplin diri dalam bertugas, sifat amanah kepada janji , daya pengorbanan yang tinggi, tidak mengutamakan pangkat dan keselesaan serta habuan, kehidupan yang cukup sederhana, akhlaq dan ciri-ciri ketaqwaan yang jelas, ketekunan dalam ibadah, mengutamakan ilmu, memberi perhatian berat kepada perkembangan dan pembangunan pemikiran dan pengukuhan rohani, kesediaan untuk berkhidmat dan menyempurna tanggungjawab dalam apa keadaan sekalipun, ketika susah atau senang, selesa atau sempit.

 

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan berasa ringàn ataupun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah” ( Al Taubah : 41)

 

Untuk itu kami mengingatkan kepada semua aktivis dan penggerak umat bahawa syarat dan kriteria mendapat pengukuhan dan kekuatan kedudukan di dunia ini sebagai umat yang mampu memimpin dan membentuk tamadun adalah jelas seperti yang di firmankan oleh Allah s.w.t,

 

“(iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma ‘ruf dan mencegah dari berbuat mungkar dan kepada Allahlah kembali segala urusan”

(alHaj: 41)

 

Moga-moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk melanjut dan mengembangkan perjuangan ini diseluruh persada tanah air maupun disegenap sudut dunia.

 

Allahu Akbar, walillahil hamd.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,737 hits
Kalendar
Januari 2017
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: