MENYOROT 50 TAHUN KEMERDEKAAN

MENEMPA  KECEMERLANGAN BANGSA UNTUK 50 TAHUN MENDATANG

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Ucapan Bertindak

Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan Kali ke 9

Teras Pengupayaan Melayu

1 Muhaaram 1428 H/ 20 hb Januari 2007-01-01 Masjid Auliya , Tembok , Ipoh , Perak.D.Ridhuan.

 

Buat kesekian kalinya kami mengalu-alukan kehadhiran tetamu dan dhef terhormat , para peserta dan pendokong TERAS ke Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan kali ke 9 ini. Seperti sejarah PPMK yang lalu kami akan terus berusaha menyegarkan nurani setiap pendokong dan simpatisan  TERAS terhadap signifikan perhimpunan ini pada tarikh paling istimewa iaitu 1 Muharram sebagai tanda kesedaran kami terhadap semangat dan ruh Hijraturosul yang sangat mengesankan itu.

 

Semangat Hijrah yang sangat krusial dalam sejarah perjuangan ”da’watur rosul” inilah dipileh menjadi tarikh lahirnya TERAS Pengupayaan Melayu dipersada tanah air . Lantaran istimewanya tarikh tersebut , kami ingin menjadikanya suatu peristiwa sejarah besar  yang menyebabkan  tercetusnya sebuah wadah perjuangan umat Melayu. Iaitu umat yang telah dibebankan dengan amanah besar memikul tanggungjawab menjulang ”kalimatu ulya” yang sangat penting itu. Semangat Hijrah itu jualah yang merangsang TERAS untuk melangkah usianya dari tahun ke tahun bagi menempa sejarah mengembalikan umat Melayu ke mercu kemuliaan sebagai umat terbaik ”khairo ummah”

 

Sesungguhnya memang PPMK menjadi acara yang rutin untuk kami hadhirkan pelbagai lapisan masyarakat agar turut menyertai perhimpunan ini setiap 1 Muharram tanpa kecuali. Lantaran begitu berat sekali  tanggungjawab TERAS untuk mencetus proses perubahan yang diperlukan oleh umat Melayu. Namun demi mengangkat darjat bangsa untuk mendaulatkan Islam sepenuhnya sebagai sebuah sistem hidup yang sempurna maka kami bersiap untuk memberi tenaga semaksimanya bagi tujuan ini. Kami bersiap untuk mengorbankan apa kami terdaya , menyumbang apa yang kami ada , mengembleng apa yang kami punya , menyerah apa yang kami sayangi  atas nama Islam untuk bangsa , atas nama kedaulatan perintah Allah untuk nusa , atas nama Risalah Ilahi untuk ummah. Kami hanya mahu mengumkap kata-kata ” Sesungguhnya tiada ganjaran yang kami pinta melainkan  hanya dari Allah ” berintikan sumpah ” Sesunnguhnya solatku , ibadatku hidupku dan matiku hanya untuk Allah Rabul ’Alamin.”  .

 

Kita sedang mendekati jangka usia 50 tahun kemerdekaan tanah air dari sebuah pengelaman dijajah oleh beberapa bangsa ….Portugis , Jepun , Komunis , British . Sementara kita rasa gembira dan sangat bangga dengan kemenangan melepaskan diri dari cengkaman penjajah pada tarikh keramat itu  , kita tidak dapat memejamkan mata serta menumpulkan benak kita dari mengakui betapa abad ke 21 ini bangsa Melayu juga sedang mendepani zaman yang tidak kurang rumit. Proses pembangunan negara yang telah dirintis oleh penjajah dan diperkokohkan oleh sebuah sistem urustadbir , undang-undang dan pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah telah menyebabkan kemerdekaan kita tidak semuanya telah memenuhi erti kemerdekaan yang sebenar.

 

Realitinya kita berhadapan dengan dengan paradoks (saling berlawanan) . Ketika kita megah dengan laungan kemerdekaan namun sebahagian golongan elit pemerintah maseh berfikiran sekular Barat dan berjiwa liberal Barat. Betapa kita sering memeriahkan acara sambutan dengan  perarakan dan ucapan , namun penyiaran  media kita sarat dengan kandungan bahan tayangan hiburan dan  filem Barat atas nama zaman langit terbuka. Betapa kita bermegah dengan warisan dan khazanah bangsa , akan tetapi ramai kelompok yang berpendidikan moden dan berjiwa modenis tidak merasa apa-apa apabila satu demi satu khazanah  dan budaya kita dihakis untuk memberi laluan kepada semua yang bergelar maju dan progresif atas nama persaingan global , atas nama mahu menjadi kompetitif.

 

Hakikatnya kita telah mencapai banyak , namun sekaligus kita juga telah menggadai yang lebih banyak . Kita membuka ruang kepada anak bangsa untuk mencecah kaki ke pengajian tinggi , tetapi kita jugalah yang telah menyekat anak-anak kuliah kita untuk memasukki program pengajian krusial atas nama dasar meritokrasi. Kita telah memperundangkan bahasa Melayu dalam perlembangaan kita , namun kita jugalah yang telah membunuh tulisan jawi dan menyisihkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan dan bahasa pentadbiran  serta bahasa undang-undang yang dominan. Kita telah mengujudkan Tanah Rizab Melayu , akan tetapi kita jugalah yang telah menghakiskan pemilikkan tanah dikalangan orang Melayu atas nama pembangunan . Kita telah mengujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan , namun kita jugalah yang telah membenarkan segala siaran dan program Barat yang menguasai media massa kita dan melulus pelbagai acara konsert dan karnival yang mengugat adab dan tradisi bangsa kita sendiri. Kita telah memperbesarkan konstitusi pilihanraya kita demi menambah keberkesanan perkhidmatan  wakil rakyat , namun kita jugalah yang telah mengecilkan wilayah representasi politik kita untuk dikompromi kepada tuntutan orang lain. Kita mengujudkan pelbagai projek pembangunan untuk kemudahan rakyat akan tetapi kita jugalah yang telah menggadai perkampungan dan penempatan bangsa kita untuk memberi laluan kepada pembangunan.

 

Demikianlah realiti kita iaitu realiti ” menang secupak kalah segantang , menang sorak kampung tergadai”

 

Sesungguhnya perjuangan kemerdekaan adalah perjuangan yang didorong bukan hanya sebagai sebuah hak bangsa tetapi semestinya atas suatu tanggungjawab agama . Tidak mungkin ia menjadi perjuangan yang murni hanya kerana kita mengambil sikap melepaskan bangsa dari perhambaan penjajah, akan tetapi ia diperjuangkan kerana kita terbeban dengan perintah agama untuk mendaulatkan hukum Allah di bumi ini. Dengan yang demikian laungan kita  ketika  kemerdekaan dicapai seharusnya disemangati dengan laungan Al-Quran Perlembagaan Kita , Jihad Jalan Hidup Kita , Islam Teras Pembangunan Kita.

 

 

Perjalanan 50 tahun bukan sebuah tempoh yang singkat. Ketika kita meniti arus perkembangan dan perubahan dunia kita juga mengharungi pahit getir untuk memastikan kemerdekaan terisi dengan sebaiknya. Sepanjang 50 tahun itu berlalu ,  pelbagai babak sejarah bangsa dilalui dengan berbagai peristiwa. Ada yang manis , ada yang pahit.  Penjajah telah pergi secara politik namun sistem pemerintahannya telah ditinggalkan untuk diterus oleh bekas anak jajahan yang telah dididik oleh mereka. Secara strategik penjajah berhasrat agar sistem mereka berterusan agar dipastikan kepentingan jangka panjang mereka dapat dijamin. Oleh kerana itu ekonomi pasaran bebas diperkenalkan , pendidikan berorientasi Barat digunapakai, undang-undang berasas Common Law ditegakkan , pentadbiran ikut sistem Westminster dipraktikkan , sistem pertahanan yang bergantung  kepada cara orientasi pentadbiran dan peralatan perang mereka diserapkan , sistem kesihatan yang berpaksi kepada  pengurusan dan perawatan cara mereka dilaksanakan , pembangunan sains dan teknologi yang berfalsafahkan faham sekular mereka dibangunkan , pengurusan sumber alam yang menguntungkan  kehendak mereka diaplikasikan , budaya konsumerisme yang  berorintasikan budaya mereka dihidupkan , pengurusan tanah ikut sistem Torrens yang mereka tinggal diimplimentasikan, nama dan orientasi puluhan sekolah missionari yang didirikan terus berlanjutan mengikut agenda mereka dikekalkan..  …semua ini adalah perpanjangan penjajah untuk tidak membolehkan kita meni’mati kemerdekaan dalam erti kata sebenar.

 

Ketika kita sering dimegahkan sebagai negara contoh dan kita bermegah untuk menjadi pusat kepada segala-galanya atas nama bersaing dipersada global , kita tidak mengendahkan sisa-sisa sampah yang terpaksa bangsa kita tanggung kerana kita mahu mengejar dan berlumba.

 

Sehingga usia negara mencecah 50 tahun kita belum membuat penilaian yang terprinci bagaimanakah kedudukan bangsa kita yang sebenar. Sememangnya bila kita menyebut dan mengungkit persoalan kedudukan bangsa . kita tidak buta sejarah bahawa kita telahpun menerima realiti yang telah ditinggalkan oleh penjajah . Keragaman bangsa dan budaya yang telah kita sepakati untuk membangun negara ini bersama tidak akan kita nafikan. Generasi mereka yang telah datang dari dua tanah besar itu telah kita terima dengan perjanjian hidup dan membangun bersama. Kita telah pun  sanggup meleburkan tanah milik kita , mencairkan budaya hidup kita , membenarkan khazanah ekonomi dikongsi bersama , mengiktiraf budaya dan agama mereka . Apakah kita tidak cukup mengorbankan apa yang ada pada kita untuk meraikan kehadhiran mereka. Yang jelas bila kita mengatakan 50 tahun usia negara disambut maka adalah awajar muhasabah bangsa harus kita adakan. Setelah kita dihadapkan dengan berbagai krisis sosio-budaya-ekonomi-politik dalaman apakah kita tidak perlu melihat secara kritis bagaimana kedudukana kita sekarang ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 345,566 hits
Kalendar
November 2017
I S R K J S A
« Mac    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: