STATISTIK

Daripada sejumlah 4.1273 juta tenaga kerja bumiputera, hanya 2.3% dalam kumpulan pentadbiran dan pengurusan dan 12.4% dalam kumpulan perofesional dan teknikal. Yang besarnya ialah dalam kumpulan pekerja pengeluaran (29.1%), pekerja pertanian (23.9%), perkerja perkhidmatan (12.4%) dan perkeranian (12.2%). Ini diperkuatkan lagi oleh perangkaan golongan profesional bumiputera yang berdaftar (akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, doktor haiwan, jurutera, juruukur dan peguam) yang masih kecil (lihat Jadual 6) iaitu sekitar 33% berbanding 67% bangsa-bangsa lain (yang mana Cina 52.4%).

Agihan Kekayaan

Menggunakan “ownership of share capital at par value of limited companies” sebagai pengukur, kekayaan negara milik bumiputera masih kecil, hanya sebanyak 19% (lihat jadual 7) milik individu dan institusi bumiputera dan 2% lagi milik agensi amanah. Milik bukan bumiputera ialah 43%. Ini memperlihatkan jurang masih besar dalam agihan kekayaan antara kaum.

Walaupun tidak ada perangkaan, adalah dirasakan jurang perbezaan kekayaan intra-bumiputera adalah lebar kerana dari segi pelaksanaan jelas dapat dilihat bahawa ada tendensi ke arah mewujudkan segolongan “kecil orang kaya bumiputera.”

Ketidakstabilan Ekonomi

Di kemuncak segala ini ialah tanda ketidakstabilan ekonomi. Dengan perubahan struktur ekonomi dari dominan pertanian kepada dominan perindustrian dan dengan mempelbagaikan barangan eksport, diharapkan keterdedahan ekonomi kepada turun-naik harga dan permintaan antarabangsa akan dapat diminimumkan. Ini adalah kerana harga barang industri dikatakan lebih stabil berbanding harga barangan pertanian.

Namun, ini tidak berlaku. Dahulu, ketika ekonomi dikuasai sektor pertanian, ekonomi negara amat terdedah kepada turun-naik harga pertanian yang begitu ganas sehingga Malaysia mendapati sukar untuk mengemudi dan mengurus ekonominya sendiri. Kini, setelah ekonomi dikuasai sektor perindustrian, keadaan masih tetap tidak berubah ekonomi negara masih terdedah kepada keganasan turun-naik harga dan permintaan antarabangsa.

Misalnya, berlaku ketidakseimbangan dalam akaun luar negara dengan defisit perkhidmatan yang kronik. Krisis matawang dan pasaran saham yang melanda yang mana telah menjerumuskan ekonomi ke kancah kegwatan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara adalah bukti yang menunjukkan asas ekonomi kita masih rapuh.

Adalah dijangkakan prestasi dasar agihan mungkin terjejas oleh kegawatan ekonomi. Lagipun, memandangkan usaha hari ini dan dalam tempoh 2-3 tahun yang akan datang akan ditumpukan kepada pemulihan ekonomi, tanda-tanda sudah kelihatan bahawa polisi agihan akan dikesampingkan

Jadual 3: Purata Pendapatan Kasar Bulanan Isirumah Mengikut Etnik, 1995

RM RM
Purata (Nasional 2,008
Melebihi Purata Nasional

*Cina

*India

2,890

2,140

Dibawah Purata Nasional

*Bumiputera

*Lain-lain

1,604

1,284

Purata Bandar 2,593
Melebihi Purata Bandar Di bawah Purata Bandar
*Cina 3,147 *India

*Bumiputera

*Lain-lain etnik

2,429

2,159

1,615

Purata Luar Bandar 1,307
Melebihi Purata Luar Bandar

*Cina

*India

2,018

1,488

Dibawah Purata Luar Bandar

*Bumiputera

*Lain-lain

1,189

1,066

Jadual 4: Purata Pendapatan Kasar Bulanan Mengikut Negeri-negeri, 1995

Negeri Melebihi Purata Nasional RM Purata Nasional (RM) Negeri Di bawah Purata Nasional RM
W.P/ Kuala Lumpur

Selangor

Pulau Pinang

Johor

3.371

3,162

2,225

2,138

2020 Sarawak

Melaka

Negeri Sembilan

Sabah

Pahang

Perak

Kedah

Perlis

Terengganu

Kelantan

1,886

1,843

1,767

1,647

1,436

1,436

1,295

1,158

1,117

1,091

Jadual 5: Gunatenaga Mengikut Sektor dan Kumpulan Etnik, 1995

Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
(%)
Pertanian 60.1 11.7 6.0 22.2 100
Perlombongan dan Kuari 57.5 22.0 10.5 10.0 100
Perkilangan 49.8 30.4 11.2 8.6 100
Pembinaan 33.4 41.1 4.7 16.8 100
Pembinaan 33.4 41.1 4.7 16.8 100
Elektrik, Gas, Air 72.1 10.4 11.1 6.4 100
Pengangkutan, Penstoran dan Komunikasi 53.2 29.4 11.7 5.7 100
Borong, Runcit, Hotel dan Restoran 36.5 50.0 6.1 7.4 100
Kewangan, Insurasns, H/tanah & Perkh. P’gaan 45.1 42.3 9.3 3.3 100
Lain-lain Perkhidmatan 64.4 21.4 6.8 7.4 100

Jadual 6: Profesional Berdaftar Mengikut Kumpulan Etnik, 1995

Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah
(%)
Akauntan

Arkitek

Doktor

Doktor Gigi

Pakar Bedah Veterina

Jurutera

Juruukur

16.1

27.1

33.4

30.9

40.2

38.1

48.3

83.9

72.9

66.6

69.1

59.8

61.9

51.7

100

100

100

100

100

100

100

Jumlah 33.1 66.9 100

Jadual 7: Milikan Modal Saham dan Syarikat Berhad, 1995

RM Bil %
Bumiputera

-Individual dan Institusi

-Agensi Amanah

Bukan Bumiputera

Milik Asing

Syarikat Nomini

37.0

33.4

3.6

78.0

48.8

15.0

20.6

18.6

2.0

43.4

27.7

8.3

Jumlah 179.8 100
3 comments on “STATISTIK
  1. jeyasunter berkata:

    sir its a very good and usefull website.sir if can try to add the details for state by state.for an example negeri sarawak ,there are many ethnics.you can give their monthly income,their pfofession according to their ethnics and so on .if u give us more details we really feel so happy.thank you sir.

  2. mk_um berkata:

    boleh tak saye tahu sumber maklumat yang ade kat atas .. jadual diatas.. atas tujuan kajian… kalau ade statistik penglibatan bumiputera dalam sektor swasta .. leh tak kongsi atas dasar sharing information…

  3. limaumaniss berkata:

    jumlah melayu di malaysia pada tahun 2012?saya amat perlukan jawapan ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,879 hits
Kalendar
Mei 2017
I S R K J S A
« Mac    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: