SAMBUT SOKONGAN TERHADAP HUDUD DENGAN TINDAKAN KONKRIT DARI KERAJAAN BN

MAPIM mengambil perhatian terhadap isu pelaksanaan hudud yang  kembali timbul di Parlimen apabila MP Ketereh, Datuk Seri Annuar Musa menggesa Kelantan menyegerakan pelaksanaan undang-undang itu.

Kenyataan seperti ini tidak diduga datang dari seorang MP dari pihak kerajaan kerana selama ini cadangan perlaksanaan hudud sering ditentang oleh pucuk kepimpinan Barisan Nasional . Paling jelas ketika Tun Mahathir ditahta kuasa sebagai PM , beliau sering mendakwa hudud yang mahu dilaksanakan adalah tidak adil kerana ia adalah hudud PAS , bukan hudud Islam.

Ditambah lagi  parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan sering membantah secara terang-terangan cadangan yang diusul oleh PAS. Malah pernah MCA mengugut akan keluar dari BN jika hudud UMNO membenarkan ia dilaksana.

Lain dari apa yang ditanggapi oleh ramai pihak ,  Anuar menyatakan , PM tidak akan menghalangnya kerana katanya PM tiada kuasa berbuat demikian.

Malah Anuar menggesa semua pihak bukan sahaja menyokong malah membantu usaha kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah.

Media melaporkan bahawa Anuar berhujah di Dewan Rakyat bahawa tiada sebab untuk menolak hudud kerana tugas melaksanakan syariat Allah adalah wajib bagi umat dan pemimpin Islam.

Dalam pernyataan beliau , perbahasan mengenai perlaksanaan hudud sudah melepasi tiga peringkat utama eksekutif, legislatif dan judiciary dan perkembangan yang diterima sangat membanggakan.

Katanya tidak harus ada usaha menghalang untuk dilaksanakan hudud di Kelantan.

Jika benar pernyataan Anuar adalah jujur dan datang dari komitmennya yang serius untuk hudud dihalang untuk dilaksanakan oleh negeri Kelantan maka ia harus disambut dengan bersungguh oleh pihak Peguam Negara dan kepimpinan kerajaan BN.

Kami menegaskan bahawa kesangsian terhadap keadilan hudud tidak harus dibangkitkan  oleh mana-mana pihak kerana ia adalah hukum yang jelas diwahyukan oleh Allah S.W.T dan setiap orang Islam harus yakin bahawa ia adalah sebaik hukum dan meliputi keadilan untuk semua .

Kami mengesa pihak Jabatan Peguam negara segera melihat mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang perlu dipinda bagi memungkinkan perlaksanaan hudud dilaksanakan.

Kami menegaskan  harus ada kesepakatan yang padu antara kerajaan pusat dan negeri dalam hal ini untuk merealisasikan perlaksanaan hudud . Perlaksanaan hudud tidak harus dilihat sebagai isu politik kerana ia merupakan persoalan menunaikan tanggungjawab pemerintah Islam. Sepertimana mengujudkan undang-undang Islam dalam urusan muamalat demikian ia adalah kewajipan untuk dilaksanakan dalam urusan jenayat.

Kami mengesa pihak Jabatan Peguam Negara melihat saranan yang sudah sedemikian lama disuarakan oleh pelbagai pihak bila undang-undang negeri Kelantan dan Trengganu menggubalkan perlaksanaan undang-undang syariat termasuk hudud .

Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan adalah antara elemen perundangan yang harus dipinda sesuai dengan hak umat Islam dan hak kerajaan negeri dalam hal agama  serta hak memilih hukuman sivil atau hukum agama masing-masing penganut.

Kami mendapati perdebatan hudud walaupun sudah sedemikian lama diketengahkan oleh pelbagai pihak nampaknya sengaja dipolimikkan oleh pihak yang bersikap prejudis malah yang mengambil pendirian menolak samasekali perlaksanaan hudud.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mac 2014
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31