KEPUTUSAN MAHKAMAH MESIR MEMBUNUH KEADILAN DAN DEMOKRASI

Kenyataan Media MAPIM
25hb Mac 2014

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengutuk sekeras-kerasnya Mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi kelmarin.

Keputusan ini merupakan hukuman mati kolektif yang terbesar dalam sejarah moden Mesir . Ia bukan sahaja menghukum mati kumpulan yang didakwa bersalah akan tetapi merupakan hukuman mati keatas demokrasi dan keadilan.

Pendakwaan sepatutnya dikenakan keatas pegawai tentera yang bertindak mengarah pembunuhan ke atas rakyat awam yang berdemonstrasi menentang kudeta.

Kami yakin hukuman  yang dijatuhkan  ke atas mereka adalah atas arahan tentera dan ia merupakan suatu konspirasi menyeluruh untuk menghapuskan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir sekaligus membunuh demokrasi yang dituntut oleh rakyat Mesir.

Setakat ini Ikhwan Muslimin adalah satu-satunya gerakan yang boleh menggugat kuasa tentera . Gerakan itu berjaya memimpin rakyat menentang kudeta tentera merampas kuasa yang menggulingkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya yang bebas pada 2012.

Sudah dijangka Ikhwanul Muslimin yang diharamkan oleh regim tentera menjadi sasaran. Dalam usaha tentera mengekang kebangkitan rakyat , rakyat tetap tidak berganjak. Sejak Julai tahun lalu  sehingga kini rakyat terus melancarkan penentangan terhadap  kezaliman regim yang merampas kuasa rakyat.

Rakyat Mesir berhak untuk bangkit menentang regim tentera yang bertindak zalim menahan ribuan orang awam dan membunuh ratusan lagi.

Jelas perbicaraan itu adalah bertujuan hanya sebagai proses formaliti untuk mengabsahkan tindakan tentera padahal peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka. Para hakim tidak membenarkan hujah balas dan peguam defenden tidak pun dipanggil untuk berhujah bagi pihak mereka yang dituduh.

Perbicaraan itu dilaksanakan di mahkamah yang tidak bebas malah dibawah telunjuk tentera untuk memastikan penentang regim tentera itu dihapuskan. Mahkamah Mesir telah diperalat oleh pemerintah tentera untuk bertindak ke atas anggota Ikhwan dan semua penentang regim tentera itu.

Kesan keputusan mahkamah ini dan bakal diteruskan ke atas ratusan lagi dalam senarai tentera , akan pasti mencetuskan  kebangkitan rakyat bukan sahaja di Mesir malah diseluruh negara-negara Asia Barat. Ia membawa implikasi besar kepada revolusi dan kebangkitan rakyat Arab yang tercetus sejak awal 2011.

Gerakan Ikhwan Muslimin dikambinghitamkan oleh regim yang mengambil alih kuasa bagi memastikan kelompok Islam tidak berpeluang menampilkan alternatif kepada regim sebelumnya yang ditumbangkan oleh Arab Spring.

Dalam analisis global , pihak Barat sememangnya tidak mahu kebangkitan rakyat Arab berakhir dengan kuasa beralih ketangan kelompok Islam. Lantaran itu tidak mengejut segala tindakan menindas kelompok Islam terutama gerakan Ikhwan Muslimin tidak didokong oleh kuasa Barat walaupun atas nama hak demokrasi rakyat Mesir. Sebab itu tindakan regim tentera tidak dikecam oleh kuasa Barat walaupun jelas ia melanggar hak asasi manusia , undang-undang antarabangsa serta hak demokrasi rakyat Mesir.

Hukuman yang tidak pernah berlaku seumpama ini pasti akan merangsang regim yang lain yang maseh berkuasa seperti di Arab Saudi , Kuwait dan UEA akan turut mengambil langkah yang sama untuk bertindak  menghapuskan sebarang anasir Ikhwan Muslimin yang bergerak di negara-negara tersebut.

Masyarakat antarabangsa  tidak boleh bersikap hipokrit dengan membisu ke atas keputusan mahkamah tersebut. Keputusan menjatuhkan hukuman mati  ke atas mereka adalah keputusan politik semata-mata bukan keputusan keadilan .

Kami menuntut agar keputusan mahkamah itu dibatalkan dan kedudukan  Presiden Republik  diserah kembali kepada Dr Mohammad Morsi yang pilih rakyat dengan sah.

Kami mengesa seluruh gerakan Islam didunia mengutuk keputusan mahkaman tersebut dan menuntut supaya mereka yang didakwa diberi peluang membela diri dengan adil atau dibebaskan.

Keputusan ini hendaklah disanggah dipringkat antarabangsa seperti yang dilakukan ke atas Perdana Menteri Bangladesh Syekh Hasina yang mengguna mahkamah tribunal yang tidak diterima oleh antarabangsa untuk menghukum mati pemimpin Jamaat Islami .

Kami juga mengesa suatu persidangan gerakan Islam sedunia diadakan segera untuk menentukan tindakan ke atas kerajaan tentera yang tidak sah di Mesir itu dan menuntut ia menghentikan kezaliman , penindasan dan pelanggaran hak asasi manusia yang dihidupkan kembali selepas revolusi 2011.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Mac 2014
M T W T F S S
« Feb    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: