SALIMAH JOHOR

SEMINAR SELAMATKAN ZURIAT KITA

SEMPENA

PELANCARAN PERGERAKAN PERSAUDARAAN MUSLIMAH (SALIMAH)

NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

RASIONAL

Persoalan masyarakat yang sedang dilanda krisis sosial sangat memerlukan keprihatinan. Bukan sahaja gejala sosial sedang membarah , malah masyarakat nampaknya buntu untuk mencari jalan keluar untuk merawat krisis yang semakin parah. Muslimah dalam hal ini maseh tidak dilihat sebagai golongan yang mampu bertindak untuk menyelamatkan generasi yang sedang menghadapi kepincangan. SALIMAH berpendirian jika kaum Muslimah mampu berfungsi dengan berkesan , persoalan yang berlaku kini akan dapat dilerai.

Pun begitu ,dalam dunia yang kini berhadapan dengan pelbagai isu sosio-ekonomi dan kepimpinan yang penuh dengan krisis, suara kaum Muslimah belum dapat diketengahkan. Golongan lain dikalangan komuniti wanita bukan Islam serta kaum Muslimah yang berfikiran sekular-moden kini diberi tempat lebih menonjol dalam pelbagai perbahasan isu-isu nasional , serantau dan antarabangsa. Ini menyebabkan kaum wanita Islam tidak dapat menyumbang kepada penyelesaian krisis dunia mengikut petunjuk Islam disebabkan suara Muslimah dipinggirkan dan juga oleh kerana kaumMuslimah tidak menampilakn kehadhiran mereka secara berkesan dalam masyarakat.

Kini sudah sampai masanya untuk kaum Muslimah ditampilkan dalam medan masyarakat untuk  menangani pelbagai persoalan ummah. Golongan yang terpesong dari landasan Islam kerana terpengaruh dengan faham feminisme dan gerakan  emansipasi wanita  Barat , tidak boleh dibiarkan menguasai pandangan awam. Muslimah perlu bergabung tenaga bukan sahaja untuk mengenengahkan suara Islam dengan lebih lantang , malah membangunkan contoh dan teladan yang berkesan untuk membina semula tamadun Islam yang telah dirosakkan.

 

Seminar ini member focus kepada persoalan penyakit sosial yang kini melanda masyarakat islam di Malaysia. ia bukan sekadar menonjolkan reality yang semakin parah malah untuk merumuskan agenda bertinda bagaimana kaum Muslimah harus berperanan untuk membina daya dan gelombang yang berkesan untuk memulihkan keadaan.Diharapkan dengan kesedaran yang tinggi dikalangan kaum Muslimah , SALIMAH sebagai sebuah wadah masyarakat boleh bekerjasama dengan pelabagi pihak bagi memulihkan penyakit yang semakin parah.

 

 

OBJEKTIF SEMINAR DAN MAJLIS PELANCARAN SALIMAH.

i.                     Mendedahkan realiti kepincangan sosial yang semakin parah dan dengan itu mencetuskan rasa keperihatinan untuk bertindak dikalangan kaum Muslimah.

ii.                   Mendedahkan kaum Muslimah kepada  keperluan untuk menggaris jalan keluar yang tuntas kepada pelbagai krisis sosial demi menyelamatkan masyarakat dari keruntuhan yang lebih parah.

iii.                  Mengujudkan suatu daya bergerak yang baru atas nama SALIMAH bagi menangani kepincangan sosial yang berlaku.

iv.                   Melancarkan sebuah wadah kaum Muslimah bernama SALIMAH untuk memulakan gerakerja yang berkesan bagi membangunkan semula tamadun ummah yang utuh dan mapan.

 

SIAPA YANG BOLEH HADIR?

Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat dikalangan :

1.      Ahli pertubuhan-pertubuhan wanita Islam

2.      Pendidik

3.      Kepimpinan institusi masjid

4.      Ahli agama

5.      Mahasiswa

6.      Pelajar sekolah Menengah atas.

7.      Ahli professional

8.      Surirumah

9.      Kakitangan kerajaan

10.  Pekerja sektor swasta

11.  Kaum wanita desa – petani , nelayan , pekebun

BILA SEMINAR DAN MAJLIS PELANCARAN BERLANSUNG?

Seminar dan Majlis Pelancaran akan diadakan pada Sabtu 18hb Disember 2010 dari 8.00 pagi hingga 1.30 petang .

 

ACARA MAJLIS SEMINAR DAN PELANCARAN SALIMAH

8.00 pagi       Pendaftaran dan sarapan

8.45 pagi       Kata sambutan oleh penganjur

9.00 pagi       Sessi 1 : “ Menginsafi realiti Zuriat Kita masakini

Oleh  Pn Masadah Sajadi , AJK SALIMAH Kebangsaan

10.00 pagi     Sessi 3 : “ Mereka Menyerang Zuriat Kita dari pelbagai penjuru

Oleh Hj Mohd azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS PengupAyaan Melayu

11.00 pagi     Sessi 2 :  “Peranan Muslimah Mengembalikan Izzah Ummah

Oleh Ustazah Rubiyah Haron , Timbalan Pengerusi SALIMAH Kebangsaan

12.00 tgh      Majlis Peresmian Pelancaran Pergerakan Muslimah (SALIMAH) Negeri Johor

–          Tayangan Slide “ Kemuncak Gejala Sosial Kita” dan “ SALIMAH –

–          Ucapan Pengerusi SALIMAH

–          Ucapan Presiden TERAS

–          Ucapan Peresmian

1.30 ptg        Jamuan Makan dan bersurai

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031