TEMAN

Mahasiswa perlu dominan

Institusi pengajian tinggi di Malaysia semakin bertambah daripada universiti yang ternama seperti UM, UKM, UIAM, USM, UPM dan UUM sehinggakan kepada kolej-kolej swasta diwujudkan bagi menyambut seruan kerajaan untuk membina tamadun pendidikan yang jitu dan maju.

Ia juga bertepatan di bawah pendekatan Islam Hadhari iaitu pembangunan modal insan.

Walaupun ramai graduan lulus dengan cemerlang dalam bidang akademik tetapi amat kurang sekali yang memahami isu serta realiti masalah masyarakat seperti isu kemiskinan, sosial pelajar sekolah yang semakin teruk dan meruncing, isu hiburan yang melampaui batas, isu halal haram produk makanan serta isu-isu kepenggunaan.

Kita tidak sedar bahawa di lapangan, masyarakat amat memerlukan mahasiswa IPT untuk membantu membina kesedaran masyarakat dalam membina sebuah negara yang utuh dan mampu membantu kerajaan.

Ini jelas dapat dilihat dalam masalah banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini apabila hanya segelintir mahasiswa yang sanggup turun padang mencari sumbangan daripada pelbagai pihak bagi meringankan bebanan mangsa bencana itu.

Begitu juga dengan isu kepenggunaan yang mana masyarakat telah didedahkan sekian lama terhadap isu dan masalah kepenggunaan yang amat kritikal tetapi ia kurang diberi perhatian oleh mahasiswa walaupun mereka telah mengetahui isu-isu ini secara terperinci dalam sistem pelajaran di peringkat IPT.

Persoalannya, kenapa mahasiswa tidak terlibat dalam isu dan masalah dalam realiti masyarakat.

Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak universiti telah membuka ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa untuk beraksi dalam masyarakat bagi membantu masyarakat dalam meleraikan sesuatu isu dan masalah dari kaca mata mahasiswa.

Persatuan dan kelab di IPT bukan hanya perlu tertumpu di dalam kampus tetapi perlu meluaskan skop ke peringkat nasional malahan jika mampu dibawa ke peringkat global seperti isu FTA dan Palestin.

Persatuan dan kelab yang ada di IPT bukan hanya duduk di bangku dan membaca buku serta program di sekitar kampus sahaja tetapi boleh memainkan peranan yang telah diberikan semaksimum mungkin.

Sebagai contoh, menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti Operasi Khidmat Masyarakat yang membolehkan mahasiswa mengetahui isu dan masalah masyarakat dari akar umbi.

Kemudian mereka boleh menilai dari kaca mahasiswa supaya isu dan masalah itu ditangani dan diambil perhatian serta tindakan dengan jayanya.

Datuk Dr. Abdul Hamid Othman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Muktamar Kebangsaan Amal Islami yang lalu di Kuala Lumpur, menyatakan bahawa sistem demokrasi yang dibawa oleh negara kita bukan hanya terhadap politik tetapi juga sistem pendidikan.

Dan, sewajarnya mahasiswa memahami bahawa demokrasi pendidikan ini adalah mampu untuk membentuk sebuah negara Islam yang maju dan syumul.

Dapat kita lihat bahawa ruang dan peluang telah diberikan oleh kerajaan kepada mahasiswa untuk membantu masyarakat semampu mungkin dan ini juga mampu meningkatkan kualiti dan idealisme mahasiswa semaksimum mungkin.

Kita selaku mahasiswa yang mempunyai pemikiran yang kritikal perlu memandang tinggi serta penting terhadap isu dan masalah masyarakat. Ini kerana mahasiswa juga merupakan sebahagian komponen masyarakat dan perlu menyumbang sesuatu kepada masyarakat bersandarkan apa yang dipelajari di IPT.

Masalah dan isu masyarakat adalah isu bersama, bukan hanya isu kerajaan dan NGO tetapi juga isu mahasiswa.

– ZULZAIDI MAHMOD,

Jaringan Nasional Belia Mapan.

10 comments on “TEMAN
  1. Atriza berkata:

    assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    salam perjuangan tegakkan yang hak, Amal Maaruf Nahi Mungkar.

    Salam jihad Fi sabilillah.

    “Simpati, Empati memperjuangkan Hak Asasi”

    boleh kita gunakan motto ini untuk gerakkan… salam jihad, salam perjuangan

  2. Taib Hashim berkata:

    muslim brothers: Kami BERHARAP SEMUA negeri2 yg BA menang ..sila siarkan messege UTAMA => Islam Hadhari tak relevant bagi Negeri2 yang BA menangi..Sekian Wassalam

  3. abujihadfisabilillah berkata:

    Masalah sosial(remaja).

    Wahai remaja harapan bangsa,
    Remaja pewaris Negara,
    Remaja tunggak wawasan kita,
    Remaja mencorak dunia,
    Remaja adalah segala-galanya.

    Namun, dek kerakusan nafsu semata-mata,
    Kejahilan diri yang memaksa,
    Keseronokan dan hiburan diutama,
    Mata dan hati menjadi buta,
    Yahudi menjajah minda.

    Apakah remaja yang dinanti…
    Bertangan kanankan Coca Cola dan pepsi, berkirikan ayam Mc D dan KFC?
    Bert-shirtkan Black Metal, Trash dan artis-artis seksi?
    Berseluar gengsi?
    Bercukur keningnya?

    Berambut dai perang, bercontact lenskan biru laut,
    Berzikirkan West life, Madonna, KRU, Awie dan Erra Fazira?
    Hollywood kiblatnya,
    Hip-hop, punk, rap, metal, trash, liberalisme syariatnya?
    Britney spears idolanya?

    Disko, panggung wayang, shoping complex dan Gem masjidnya?
    Seks bebas amalan hidupnya?
    Pergaulan bebas ikutannya?
    Alkohol zam-zamnya?
    Superstar-superstar para anbiyanya?
    Selebriti-selebriti para rasulnya?
    FHM, URTV, mangga, ujang dan majalah-majalah hiburan Qurannya?

    Mana mungkain ini remaja kita,
    Mana mungkin ini harapan bangsa,
    Mana mungkin ini pewaris Negara,
    Mana mungkin ini tunggak wawasan kita,dan
    Mana juga mungkin ini pencorak dunia.

    Yang pastinya…kita kerja dan terus kerja,
    Sehingga remaja kita kembali menjadi milik kita…
    Janji Allah pasti benar,Janji Rasul juga benar,
    Al-Quran, Al-Sunnah juga benar,
    Allahukhbar 3X.
    Nukilan;FUAD(abu),kamar KTP,UPM. 15.02.08

  4. UMMU SIDDIQI berkata:

    Kepada semua pejuang kebenaran,Apabila kalian sudah memilih jalan ini (JIHAD), bersiaplah untuk memulakan satu pengorbanan kerana jalan ini menuntut pengorbanan masa, tenaga hatta wang ringgit dan perasaan.Jangan berpaling lagi….Teruskan memperjuang hak…..Kuburkan kebatilan…..Hanya ada 2 pilihan…sama ada gugur syahid atau terus hidup dengan tertegak Panji Islam.SELAMAT BERJUANG.Nukilan: Ummu Siddiqi. SP.Kedah.

  5. Ummu Siddiqi berkata:

    MUSLIMAH PERLU BANGUN

    Saya amat bersetuju dengan pendangan salah seorang intelektual Islam terkemuka zaman ini iaitu tidak lain ialah Dr.Yusuf Al-Qaradhawi berkaitan pandangan beliau terhadap wanita.Mungkin pandangan beliau ini dapat kita kongsi dalam konteks menyemarakkah lagi perjuangan muslimah dalam arus globalisasi amnya dan khususnya menangani isu-isu kemasyarakatan yang menuntut para muslimah sama-sama menggembleng tenaga untuk martabat ummah.

    Menurut Al-Qaradhawi wanita memikul beban syariat yang sama seperti lelaki kecuali ada dalil yang mengkhususkan kepada wanita sahaja. Justeru Allah SWT berfirman “Wahai Manusia atau Wahai orang-orang beriman”.

    Peranan Muslimah dalam bidang amal Islami dapat dicontohi daripada Sayyidatina Khadijah sebagai orang pertama membenarkan ajaran yang dibawa Rasulullah SAW dan Sumayyah, syuhada pertama dalam Islam.Sehingga ke medan tempur, muslimah terus memberi komitmen seperti dalam beberapa siri peperangan antaranya Perang Uhud dan Hunain. Sirah jelas menunjukkan begitu hebat komitmen wanita dalam menyemarakkan ajaran Islam.

    Justeru..wahai kaum wanita, kembali berperanan seperti mana asalnya dalam menyumbang kepada perkembangan Islam pada zaman ini.Kita tidak harus melihat sahaja kaum lelaki melaksanakan amal Islami. Bukankah Allah SWT telah berfitman dalam surah Ali Imran : 195. “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):”Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang2 yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain;maka orang2 yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agama-Ku, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang sabil)-Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah, dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.

    Al Qaradhawi mencadangkan 3 usul untukperhatian muslimah dalam membantu amal Islami.
    1. Saling bekerjasama sesama wanita untuk memberi kesedaran dalam membantu memahami kesyumulan ajaran Islam dan mengingatkan tanggungjawab berdakwah agar kembali kepada Allah dengan nasihat menasihati tentang kebenaran dan kesabaran.(“Saling tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa (al Maidah:2)”).

    2. Muslimah berperanan dalam institusi kekeluargaan.Peranan besar perlu dimainkan dalam mendidik anak-anak dan suami untuk mentaati perintah Allah SWT.Sila lah merujuk sirah perjuangan isteri-isteri salafus soleh.

    3. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan.Bergeraklah mengikut kapasiti masing-masing sama ada muslimah itu dai’e atau pendidik, sasterawan dan sebagainya. Masukkan elemen Islam dalam pekerjaan masing-masing. Cubalah mempromosi ISLAM melalui perlakuan,tuturkata,tindakan dan sebagainya.

    Akhir kata , sangat syahdu menyaksikan kebanyakan muslimah kini lebih disibukkan dengan peranan untuk maju ke hadapan sehingga prioti berlebihan diberi kepada kosmetik luaran dan kehendak duniawi sehingga sanggup dieksploitasi atas tiket kemodenan. Apa nasib dan masa depan ummah yang kini remajanya sudah jauh daripada “Tarbiyyah Rabbani”………..

    -UMMU SIDDIQI-
    Sungai Petani,Kedah

  6. Umara berkata:

    Mahasiswa apabila dalam kampus bercakap dengan penuh semangat

    Mahasiwa apbila dalam kampus bercakap dengan penuh idealisma.
    Mahasiwa apbila dalam kampus bercakap cukup bagus.

    Tetapi apabila sudah keluar kampus dan bergaji besar rakyat pergi mampus.

    Mahasiswa apabila dalam kampus bercakap soal simpati dan empati.
    Tapi apabila sudah bekerja dalam bilik berhawa dingin
    Semangat sudah dingin
    Takut kehilangan sepinggan nasi dan sebuku roti

    Nama simpati dan empatimu orang yang dahulunya bernama mahasiswa.

  7. ala' berkata:

    as,mualaikum…macam mana saya nak join dengan jabatan belia di teras bg program2 prigkat ipt?

  8. rieyza berkata:

    Assalamualaikum,
    Saya ingin mendapatkan nombor telefon Encik Mohd Azmi Abdul Hamid bagi menjemput beliau menjadi tetamu jemputan dalam salah satu program forum di syarikat kami. Bolehkah saya mendapatkan maklumat tersebut? Terima kasih.

  9. ahmad berkata:

    Bersama membangunkan ummah.

  10. ahmad berkata:

    Bersama membangunkan ummah

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031