INDUSTRI JUDI DI MALAYSIA : MENGHALALKAN YANG HARAM

KANDUNGAN

 

1. MUQADDIMAH

 

2. INDUSTRI DI MALAYSIA

 

3. REALITI PERJUDIAN DI MALAYSIA

 

4. KERAJAAN MALAYSIA DAN JUDI

 

5. MELAYU SEBAGAI TAUKE INDUSTRI DOSA

 

6. SYARIKAT JUDI DAN SEJARAH

 

7. IMPIAN HANYA TINGGAL KENANGAN

 

8. STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM : MENGABURI MATA

 

9. BENTUK AMALAN DAN AKTIVITI DI MALAYSIA

 

10. ANALISIS LAPANGAN

 

11. ISLAM MENGHARAMKAN JUDI

 

12. INDUSTRI JUDI : ANTARA MITOS DAN REALITI

 

13. MENJADI ILHAM NEGARA JIRAN

 

14. HANYA KELANTAN BEBAS JUDI

 

15. HASIL JUDI UNTUNG BERBILLION

 

16. KESAN NEGATIF GEJALA JUDI

 

17. MENANGANI GEJALA JUDI DI MALAYSIA : AGENDA BERTINDAK BERSEPADU

 

18. PIHAK BERWAJIB YANG BERKAITAN DENGAN JUDI

 

Mukhaddimah

 

Sudah sedemikian lama rasa tidak selesa memendam dalam sanubari sebilangan rakyat yang tidak dapat menerima bagaimana sebuah negara Islam boleh menghalalkan judi. Kenyataan jeliknya ialah judi sudah bertapak dan berkembang dibawah payung restu pemerintah. Walau pun had operasi terlaknat ini ada digariskan dalam undang-undang negara, namun akibat wujudnya judi halal yang dibiar berjalan telah menjadi industri yang membawa kepada pelbagai versi judi yang lain disesuaikan mengikut kemampuan mereka yang telah kecanduan judi.

 

Apakah alasan yang hendak dipertahankan oleh pihak berkuasa untuk memperbaharui lesen-lesen judi hingga kini ? tidak sesiapa yang waras mahu menafikan betapa judi adalah suatu petaka dan bencana kepada negara. Kos sosial dan kos ekonomi sektor yang membiakkan kesengsaraan manusia ini tidak dapat diselindungi oleh sesiapapun. Terkecuali mereka yang sememangnya mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak lansung ke atas industri musibah ini, judi pasti tertolak sebagai suatu punca mengingkatkan kemakmuran negara.

 

Pengalaman hidup berjudi tidak ada pernah berakhir  dengan kebahagiaan. Baik dari segi sosial mahupun ekonomi, judi adalah mukhaddimah kepada keruntuhan kerukunan budaya hidup bermasyarakat.

 

Di Malaysia, nampaknya sektor judi terus berkembang. Golongan pendokong sektor ini masih kuat mempengaruhi pemerintah sehingga 12 orang individu Melayu Muslim yang merupakan penjawat kedudukan yang penting dalam negara telah dapat diperalatkan untuk membentengi sektor ini dari dihapuskan. Mereka yang mempunyai kedudukan tersohor ketika bertugas dalam institusi pemerintah dahulu tidak segana silu menjadi pendokong syarikat judi. Apakah alasan yang mereka pegangi untuk menghalalkan tindakan mereka itu ? Mungkin semua orang tahu jawapannya.

 

Akhir kalam, kami mengharapkan buku ini menjadi pencetus idealisme masyarakat Melayu. Kami amat mengalu-alukan maklum balas dalam bentuk bertulis dari pembaca terutamanya penyertaan bertindak untuk membanteras gejala judi yang merosakkan umat ini.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

 

 

INDUSTRI JUDI DI MALAYSIA

 

BENARKAH JUDI SEBAGAI INDUSTRI YANG MERAUT KEUNTUNGAN BERBILLION RINGGIT DAN MELETAKKAN MALAYSIA SEBAGAI SYURGA BAGI PENIAGA JUDI ?

PERHATIKAN KENYATAAN BERIKUT:

 

Magnum Coorporation Berhad memperolehi RM84.4 juta sesudah cukai pada tahun 2001, manakla tahun 2002 memperolehi kenaikan 64 % sebelum cukai. Sekitar tahun 1997 hingga 2000, pendapatan daripada tujuh industri dosa ini melebihi RM1.6 bilion, manakal untung bersih menjangkau RM3.6 juta lebih. Pada tahun 1997, ketika Malaysia mencatat kemerosotan ekonominya, industri judi ini tetap menunjukkan laba yang mengagumkan sebanyak RM771 juta.

 

Tidak cukup dengan laba dosa ini, Magnum Corporation Berhad akan mencipta lagi permainan judi baru untuk mengatasi judi haram. Yang anehnya, penjudi di Malaysia termasuk tauke-taukenya terdiri daripada orang Islam. Terdapat 12 industri dosa ini (arak & judi) dan 12 orang Muslim yang menjadi timbalan pengerusi, naib pengerusi, pengarah dan sebagainya.

 

REALITI PERJUDIAN DI MALAYSIA

 

KENYATAAN 1

 

Pada tahun 1991, kerajaan Malaysia telah menutup operasi Lembaga Loteri. Penjualan tiket Loteri Kebajikan Masyarakat (LKM) ini sebenarnya sudah sekian lama bergerak. Ketika itu ramai umat Islam keliru sama ada tiket Loteri Kebajikan Masyarakat ini ditakrifkan sebagai judi atau tidak kerana ia berlabelkan ‘kebajikan untuk masyarakat’. Kerajaan tidak mahu terlibat secara lansung dengan judi. Alasan sebenar tidak diketahui tapi rakyat menyambut baik kerana LKM bersifat judi.

 

Bagaimanapun, apabila tamat tempoh operasi LKM, tidak pula memberi kesan positif kepada rakyat. Rupa-rupanya kaki judi mempunyai banyak pilihan kerana jenis-jenis judi yang tersenarai begitu banyak. Pemberhentian LKM nampaknya tidak begitu banyak hilang hasilnya kerana syarikat judi lain terus membayar cukai lantaran budaya judi semakin meningkat.

 

KENYATAAN 2

 

Pada 1988, Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Loke Yuen Yow memberitahu cukai judi tahun 1987 sebanyak RM1,071 bilion dan Magnum Corporation Berhad sahaja membayar sebanyak RM499.8 juta. Bagaimanapun, belanja untuk judi berlesen dianggarkan melebihi RM1,000 juta dalam setahun manakala sebanyak RM5,000 juta dibelanjakan untuk judi tanpa lesen.

 

KENYATAAN 3

 

Pada tahun itu juga, Big Sweep telah menawarkan hadiah RM8.5 juta. Pengerusi Kelab Lumba Kuda Perak, Tan Sri V.Jeyaratnam berkata, “Big Sweep dikendalikan oleh Kelab Lumba Kuda Perak, Pulalu Pinang, selangor dan Pan Malaysia Sweep Sdn Bhd.”

 

Sejarah ringkas judi menyaksikan pada tahun 1988 kerajaan PBS mengeluarkan loteri kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd. Diriwan pula melantik Lotteries Corporation Sdn Bhd mengendalikan cabutan dan melantik 100 ajen.

 

Ketika itu, Pengerusi Dirwan, Datuk Yahya Shafie memberitahu syarikat melabur sebanyak RM25 juta. Jenis judi yang ditawarkan ialah 3 digit, 4 digit dan loteri Toto. Cabutannya tiga kali setiap minggu.

 

Pada 23 Febuari 1989 muncul pula “Sabah Sweep Stakes” dengan hadiah pertama RM 2juta.

 

Kini industri dosa ini tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Yang jelas, judi tidak pernah memberi kemewahan kepada pemain sebaliknya memberi keuntungan kepada syarikat. Selama mana judi beroperasi, pihak kerajaan tidak pernah mengeluarkan amaran berbahaya seperti mana kerajaan mengeluarkan amaran tentang bahanya rokok. Nampaknya seperti wujud satu konspirasi perjudian yang memiliki kepentingan tertentu daripada orang tertentu dan menyumbang pula dengan cara tertentu kepada kelompok masyarakat tertentu.

 

Jadual 1 : Keuntungan bersih syarikat perjudian

 

Bil Nama Syarikat Tahun Perolehan (RM) Untung Bersih (RM) Jenis Perniagaan
1 Genting Berhad 1999

1998

1997

3,077,400,000

3,369,800,000

3,822,000,000

1,101,101,000

414,300,000

771,300,000

Kasino

Perjudian

2 Resorts World Berhad 1999

1998

1997

2,178,500,000

2,514,900,000

3,038,700,000

645,800,000

149,000,000

867,300,000

Pusat Hiburan dan Perjudian
3 Magnum Corporation Berhad 1999

1998

2,917,720,000

2,958,231,000

519,304,000

442,082,000

Nombor Empat Ekor Loteri
4 Metroplex Berhad 1999 456,789,000 88,980,000 Subic Bay Casino Perjudian
5 Leisure Management Berhad 1998

 

 

1999

794,126,000

 

2,106,039,000

1,952,683,000

64,739,000

 

17,599000

78,958,000

*Empat Nombor Ekor LumbaKuda

*Nombor Ramalan

*Empat Nombor Ekor LumbaKuda

6 Berjaya Sports Toto Berhad 2000

 

1999

2,339,894,000

 

2,195,411,000

254,474,000

 

442,127,000

Empat Nombor Ekor

Nombor Ramalan

7 Tanjong Public Limited Company 1999

 

1998

1,892,953,000

 

1,667,327,000

185,517,000

 

359,329,000

Nombor Ramalan Lumba Kuda

 

 

KERAJAAN MALAYSIA DAN JUDI ?

 

HASIL INDUSTRI TIDAK BERETIKA YANG LUMAYAN KEPADA NEGARA. APA JAWAPAN KITA JIKA DITANYA : APA SALAHNYA SEKIRANYA NEGARA MENGAUT KEUNTUNGAN DARIPADA INDUSTRI DOSA INI ?

 

1. Keuntungan bersih tujuh syarikat yang mengendalikan operasi perjudian dari tahun 1997-1999 begitu mengangumkan. Genting Berhad misalnya lebih berjaya mengaut keuntungan pada tahun 1999 dengan jumlah untung sebanyak RM1.1 bilion jika dibandingkan dengan Telekom Malaysia Berhad sebanyak 819 juta, Tenaga Nasional Berhad RM773 juta serta Maybank sebanyak RM969 juta.

 

2. Kecenderungan berjudi sebenarnya tidak pernah susut dan usaha menyedarkan betapa buruknya tabiat berjudi kurang berkesan. Sebagai bukti, walaupun negara mengalami kemerosotan ekonomi pada 1997 misalnya, syarikat-syarikat judi tetap menunjukkan laba yang mengagumkan dengan keuntungan sebanyak 771 juta.

 

Ini menunjukkan kecendderungan rakyat Malaysia menjadi kaki judi begitu tinggi walaupun mereka berada dalam kesempitan wang. Jelas sekali aktiviti judi telah menjadi satu kegiatan yang aktif di Malaysia. Namun ianya tidak menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa dan juga pemimpin masyarakat. Malahan rakyat bawahan juga tidak didedahkan dengan realiti sebenar industri judi di Malaysia kini.

 

Selain itu, judi sangat besar menyumbang kepada pendapatan negara. Merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE-RIIAM Information System) badan yang mewakili kerajaan Malaysia yang melabur samada secara langsung atau tidak langsung dicatat dalam pelbagai bentuk walaupun hakikatnya ia hanyalah berlainan bahasa. Pelaburan secara langsung ialah seperti berikut : (Lihat Jadual 2)

 

1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

2. Lembaga Tabung Angkatan Tentera

3. Menteri Kewangan Malaysia

4. Amanah Raya Berhad

5. Permodalan Nasional Berhad

6. Bank Negara Malaysia (Jadual 3)

 

Pelaburan yang dibuat oleh kerajaan dalam syarikat perjudian ini adakalanya secara langsung dan adakalanya secara tidak langsung.

 

 

 

 

Jadual 2 : Pelaburan secara langsung kerajaan dalam syarikat perjudian

 

Bil Nama Pemegang Saham Jumlah Saham (RM) Syarikat yang dilabur
1 Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja 7,894,800

5,568,000

Genting Berhad

Resorts World Berhad

2 Lembaga Tabung Angkatan Tentera 45,162,668 Resorts World Berhad
3 Amanah Raya Berhad 8,828,400 Metroplex Berhad
 

4

 

Kementerian Kewangan Malaysia

327,000

20,000

Saham Keemasan

Metroplex Berhad

Berjaya Group Berhad

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd

 

Dicatat dalam Akaun Awam Persekutuan 1999

 

4. Manakala senarai penglibatan kerajaan dalam saham-saham terlibat judi secara tidak lansung ataupun perantaraan (jadual 3)

 

5. Negara kita telah mendapat hasil daripada beberapa industri judi dan ternyata hasil-hasil ini daripada beberapa sumber, seperti cukai korporat, cukai perkhidmatan, perlesenan atau melalui syer. Ini merupakan suatu sumber yang agak besar didalam hasil negara kita. Hasil ini juga secara jelas menjadi pendapatan negara kita dan ia merupakan pendapatan yang penting (Jadual 4)

 

 

Jadual 3 : Pelaburan secara tidak lansung atau perantaraan oleh kerajaan dalam saham-saham terlibat judi

 

Bil Pemegang Saham Jumlah Saham (RM) Syarikat yang dilabur
1 Kementerian Keewangan Malaysia 3,958,205

972,492

 

8,505,280

 

7,409,222

Kamunting Corp Berhad

Malaysian Plantations Berhad

Multi-Purpose Holdings Berhad

Golden Hope Limited

2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1,453,000

 

18,579,667

Malaysian Plantations Berhad

Golden Hope Limited

3 Amanah Raya Berhad / Arab Malaysian First Fund 2,286,000 Malaysian Plantations Berhad
4 Bank Negara Malaysia 170,000,000 Golden Hope Limited
5 Permodalan Nasional Berhad 162,052,783

76,555,492

Golden Hope Limited

Hap Seng Consolidated Berhad

 

Kamunting Corp. Bhd merupakan pelabur utama Magnum Corporation Berhad.

Malaysian Plantations Berhad pelabur kedua terbesar dalam Leisure Mangement Berhad.

Multi-Purpose Holdings Berhad pelabur ketiga terbesar dalam Leisure Mangement Berhad  dan begitulah seterusnya.

 

 

Jadual 4 : Hasil yang diperoleh oleh kerajaan daripada industri judi.

 

Bil Syarikat Tahun Untung (RM juta) Cukai & hasil kepada kerajaan (RM juta)
1 Genting Berhad 1999

1998

1997

1,521,400,000

909,700

1,542,500

313,700,000

364,000,000

34,600,000

2 Guines Anchor Berhad 1999

1998

1997

182,407,000

147,193,000

126,328,000

39,272,000

41,338,000

34,097,000

3 Magnum Corporation 1999

1998

1997

563,334000

-

100,946,000

140,000

13,287,000

142,642,000

4 Metroplex Berhad 1999

1998

1997

-

139,642,000

140,458,000

6,345,000

8,093,000

15,712,000

5 Resorts World Berhad 1999

1998

1997

648,100,000

371,800,000

1,090,900,000

2,300,000

222,400,000

224,500,000

6 Berjaya Sports Toto Berhad 2000

1999

1998

384,724,000

438,206,000

453,925,000

152,833,000

1,284,000

119,525,000

7 Leisure Management Berhad 2000

1999

1998

-

119,551,000

51,779,000

36,652,000

232,000

19,820,000

8 Tanjung Public Ltd Bhd 2000

1999

1998

261,191,000

405,768,000

327,539,000

53,305,000

33,226,000

76,704,000

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MELAYU SEBAGAI TAUKE INDUSTRI DOSA ?

ADAKAH IA SESUATU YANG MEMBANGGAKAN?

 

Bil Syarikat Individu Muslim Jawatan Jawatan Dahulu
1 Genting Berhad Tan Sri Tun Hanif Omar Timbalan Pengerusi 1 Ketua Polis Negara
    Tan Sri Mohamad Amin Osman Pengarah Timbalan Ketua Polis Negara
2 Magnum Corporation Berhad Tan Sri Dato’ Khir Johari Timbalan Pengerusi 1 Menteri Kabinet
    Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Mohd Seth Pengarah Jeneral Angkatan Tentera Malaysia
3 Resorts World Berhad Tan Sri Tun Hanif Omar Timbalan Pengerusi 1 Ketua Polis Negara
    Tan Sri Alwi Jantan Pengarah Eksekutif -
    Tan Sri Wan Sidek

Hj Wan Abdul Rahman

Pengarah -
4 Carlsberg Brewery Berhad Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Mohd Seth Ahli Lembaga Pengarah Jeneral Angkatan Tentera Malaysia
    Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin Ahli Lembaga Pengarah -
    YAM Tunku Naqiyuddin ibn Tuanku Jaafar Ahli Lembaga Pengarah -
5 Berjaya Sports Toto Berhad Tan Sri Dato’ Jaafar Abdul Pengarah -
    Mohamed Salleh bin Gomu Pengarah -
6 Berjaya Group Berhad Dato’ Suleiman Mohd Noor Pengarah -
    Tan Sri Datuk Abdur Rahim bin Haji Din Pengarah -
7 Diriwan Corporation Sdn Bhd Datuk Yahya Shafie Pengerusi -

 

 

 

Kita tidak tahu mengapa perkara ini boleh berlaku? Kebiasaannya nilai hidup seseorang Muslim berkait rapat dengan cara dan bagaimana ia berusaha agar selaras dengan hukum agama? Seseorang Muslim tidak dapat mengelak daripada garis hukum dan setiap sen rezeki yang diperolehi mestilah daripada punca pendapatan yang halal.

 

Tapi, dalam industri judi ini kita dapat melihat lebih daripada lima orang individu Muslim terlibat. Apakah hukum ‘maisir’ ini boleh bertoleransi semata-mata kerana memiliki lesen yang sah dari segi undang-undang?

 

Apa pun sebenarnya, orang jarang melihat sudut ini dari segi hukum agama dan pihak-pihak tertentu jarang memperkatakannya terutama para ulama. Selalunya yang difokuskan hanyalah kepada golongan bawahan.

Jika ditinjau dari sudut hukum Islam, terlalu jelas bahawa judi adalah haram. Pelabur, pengarah, pengurus, penjual dan pembeli, semuanya dianggap bersubahat (sila rujuk hadith riwayat Ibnu Majah, Tarmizi daripada Anas bin Malik; juga Fiqh Al-Mazahib al-Arba’ah; Imam Abdul Rahman Al-Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah;Sayyid Sabid,Fiqh Assunah, Jilid 2, Kaherah)

 

SYARIKAT JUDI DAN SEJARAH

 

GENTING HAIGHLANDS BERHAD

 

Apabila memperkatakan tentang sejarah Genting,ramoai yang akan mengaitkannya dengan nama sebuah tempat peranginan yang amat terkenal iaitu Genting Highlands Resort. Sudah menjadi lumrah dikalangan masyarakat Negara ini terutama sekali golongan mewah dan berkedudukan.

 

Sehubungan dengan itu, idea untuk penubuhan Genting Highlands ini telah dipelopori oleh Tan Sri Lim Goh Tong. Pada tahun 1964 Tan Sri Lim Goh Tong telah melaksanakan projek kuasa hidro elektrik yang dinaungi oleh syarikat British. Pihak British pula melihat Genting mempunyai potensi yang cukup besar untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan. Justeru itu, pada 27 April 1965, Genting Highlands Berhad telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Pahang dan Selangor untuk memajukan kawasan tersebut.

 

Sehubungan itu, pada 31 Mac 1969, YTM Tunku Abdul Rahman telah meletakkan batu asas di Genting Highlands serta merasmikan hotel Highlands. Terdapat empat buat hotel antaranya ialah Genting, Highlands, Resort dan Theme Park. Selain itu, terdapat dua buah apartment mewah iaitu, Ria dan Kayangan. Terdapat juga sebuah padang golf yang bertaraf antarabangsa. Pada tahun 1997, Genting Skayway telah memperkenalkan kereta kabel yang terpantas di dunia dengan kelajuan 21.6km sejam serta merupakan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.

 

Selain daripada mengusahakan aktiviti pelancongan,Syariakt Genting Berhad telah berusaha mengembangkan lagi strategi perniagaannya dalam mempelbagaikan aktiviti kepada penanaman sayur-sayuran pembuatan kertas dan sebagainya. Lantaran itu Genting Berhad sekarang mengetuai penggabungan syarikat- syarikat di Malaysia. Syarikat Genting Berhad telah diiktirafkan sebagai sebuah organisasi yang mempunyai  cirri-ciri kepimpinan dan pengurusan organisasi yang baik. Selain itu Genting Berhad adalah termasuk dalam lima buah syarikat yang terbaik di dunia, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Far Eastern Economic Review.

 

SPORTS TOTO BERHAD

Sports Toto Malaysia Sdn bhd telah dikoperatkan pada tahun1969 oleh kerajaan Malaysia. Syarikat ini telah diswastakan pada 1 Ogos 1985 dan dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Sports Toto Berhad. Dewasa kini Sports Toto adalah merupakan syarikat tunggal Negara yang mempunyai 680 buah syariakt di seluruh Malaysia.

Diantara jenis permainan nombor yang ditawarkan oleh Sports Toto ialah 4D, 5D, dan 6D. Di samping iti, terdapat satu lagi permainan yang dikenali ramai iaitu Toto4/49, Toto 6/42 Jackpot, Super Toto 6/49.

Semenjak tahun 1969, Sports Toto telah memberi sumbangan dalam bentuk penajaan bagi membangunkan aktiviti sukan di peringkat nasional. Sementara itu, logo Sports Toto menunjukkan komitmen mereka untuk mempromosikan dan membangunkan aktiviti sukan di Negara ini. Warna Merah dan hitam pada logo melambangkan perpaduan dan kekuatan.

Selain itu, Sports Toto mempunyai lebih daripada 450 orang pekerja lelaki dan wanita yang bekerja di ibu pejabatnya yang terdapat di seluruh Negara. Lebih daripada 1500 staf yang bekerja dengan majikan dan agensi lain.

 

MAGNUM BERHAD

Magnum adalah hasil gabungan dalam Disember 1968 yang merupakan syarikat persendirian yang pertama diluluskan untuk mempromosikan, mengoperasikan serta menguruskan pertarungan ramalan 4 nombor digit di Malaysia.

 

Lantaran itu Magnum telah beralih kepada syarikat awam pada tahun 1970 dan kemudian tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun yang sama. Magnum pada hari ini adalah hasil perjanjian yang utama dalam perniagaan permainan yang bertindak sebagai pelapor kepada ketua pasaran.

Magnum mempunyai komited dalam menyedari potensi yang lebih besar untuk mengendalikan operasi teras untuk menerusi pembagunan yang banyak dan program yang diperluaskan di Malaysia sehingga ke luar Negara dan menguruskan sumber secara maksimum sebagai pulangan kepada pemegang saham.

 

METROPLEX BERHAD (MB)

 

Syarikat Metroplex Berhad (MB) merupakan hasil daripada gabungan dengan syarikat awam dan beralih kepada syarikat persendirian pada 13 Februari 1978. Pada Oktober 1984, syarikat MB kembali untuk menerajui syarikat awam dan menjadi perbincangan awam. Antara lain ia mempunyai projek kumpulan pembagunan termasuk Pantai Hills Estate dan Hillveiw Estate, Pantai Hills Flats, Pantai Towers, Taman Seri Bahtera,Taman Muda, Tamna Lembah Maju,Taman Kosas dan Taman Yarl. Kesemuanya berada di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Kumpulan berkenaan menunjukkan perkembangan dalam aktiiti pembagunan sehingga ke Batang Kali di bawah nama projek Lagend Farmstead.

 

Dalam tahun 1984, MB mengembangkan lagi sayap perniagaannya ke dalam perkhidmatan pengurusan dan kewangan. Dalam tahun 1990 pula, kumpulan berkenaan memperolehi pemilikan terhadap The Mall dan Wisma Equity menerusi bantuan kewangan daripada Metroplex Holdings Sdn Bhd sebagai tanda penghargaan. Dalam pada itu, pada September 1993,peruntukan   tehadap perkhidmatan penghalaman adalah tambahan kepada aktiviti-aktiviti syarikat apabila mengambil bahagian ke dalam JW dengan Beigin CATCH Communication Group Company, China kepada pengeluar telekomunikasi di China.

 

Milikan syarikat sebanyak 85% daripada Subic Bay Resort (HU) Limited [dahulu dikenali sebagai Genting International Casino Hotel dan Resort (1990) Limited ] yang mana mula beroperasi di tempat peranginan dan perniagaan permainan di Subi Bay, Philipines, pada September 1993. Hotel Lagend dan Perkhidmatan penginapan (Service Apartments) di Putra Place, Kuala Lumpur memulakan operasinya pada Februari 1994, mensasarkan limpatan besar ke hadapan dalam penyataan kumpulan dalam hotel dan industri lapangan.

 

IMPIAN HANYA TINGGAL IMPIAN

 

Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh kerajaan Malaysia yang antara tujuannya untuk membentuk sebuah masyarakat yang dinamik serta cemerlang dalam aspek sahsiah dan keperibadiaan namun sebaliknya berlaku apabila industri dosa ini masih dibiarkan secara berleluasa dan beroperasi secara bebas sebebasnya. Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah dengan cara ini akan tampil sebuah masyarakat yang diimpikan sepertimana yang disebutkan seawal tadi ? Mengapa ia dibiarkan terus berlaku dinegara yang dilabelkan sebagai Negara Islam ini? Sembilan cabaran wawasan 2020 hanya akan usang seperti debu di atas kertas semata-mata tanpa perlaksanaan secara total.

 

Hal ini boleh kita umpamakan sebagai bermimpi di siang hari. Semboyan wawasan 2020 di bunyi bertalu-talu hinggakan riuh-rendah sepelosok Negara yang kononnya penuh dengan resolusi dan optimistic terhadap masa depan Negara namun amat mendukacitakan sekalia ianya hanya merupakan mitos yang penuh dengan rekaan si pencerita dongengan semata. Kerajaan Malaysia telah menggariskan Sembilan cabaran utama yang perlu dihadapi untuk merealisasikan wawasan 2020. Daripada Sembilan cabaran yang dinyatakan terdapat tiga cabaran yang mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh kita berdasarkan realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Cabaran-cabaran tersebut merujuk kepada cabaran keempat, ketujuh dan kelapan.

 

Huraian pertama adalah tentang cabaran keempat iaitu mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika yang paling tinggi. Persoalannya sekarang, bagaimana hendak mewujudkan masyarakat yang sedemikian rupa jika premis-premis judi masih dibuka dan adakah cukup perkataan judi haram untuk orang Islam yang ditampal dapat mendidik dan menyedarkan. Pihak kerajaan seakan mempunyai agenda penjuru yang lain pula cuba mendidik masyarakat supaya menjauhi amalan berjudi. Keadaan ini menunjukkan bahawa kerajaan hanya beretorik dengan soal etika dan moral tetapi hakikatnya ianya hanya sekadar ilusi semata-mata. Adakah dengan membiarkan industri ini terus berleluasa bisa membentuk peribadi individu dalam masyarakat sedangkan implikasinya menunjukkan keruntuhan nilai yang begitu ketara. Percambahan aktiviti mungkar seolah seiring dengan yang makruf. Hal ini jelas apabila bilangan syarikat  judi di Malaysia tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

 

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada Negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling system keluarga yang kukuh. Sering kedengaran di dada-dada akhbar mengenai kes pergaduhan rumahtangga yang mana ada di antaranya berpunca daripada si suami yang terlibat dengan perjudian. Natijah daripada kekalahan berjudi mengakibatkan keluarga menjadi mangsa sedangkan suami merupakan pemimpin yang seharusnya lebih melindungi ahli keluarganya. Trauma yang dihadapi oleh keluarga akan mencipta masalah yang lebih kronik. Lantaran ini akan lahirlah masyarakat yang pincang berikutan sistem kekeluargaan yang tandus kebahagiaan. Oleh itu, adakah akan termakbul cabaran yang diwar-warkan oleh pihak berwajib bagi membentuk sistem kekeluargaan yang kukuh jika gejala judi haram ini tidak dibasmi secara konsisten dan bersepadu?

 

Cabaran kelapan pula ialah hendak memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Persoalannya sekarang, adakah wujud keadilan ekonomi dalam masyarakat? Apa yang amat kita kesali ialah apabila setiap kali belanjawan tahunan dibentangkan, cukai judi tidak dinaikkan, sebaliknya cukai-cukai perkhidmatan lain naik sehingga membebankan rakyat. Hal ini memberi kesan luka kepada rakyat. Keseimbangan dalam ekonomi amat perlu untuk membentuk keadilan kepada semua lapisan masyarakat. Neraca apa yang digunapakai oleh pihak kerajaan hingga tiada keselarasan ekonomi yang seimbang. Lain halnya pula dengan industri judi  yang memberikan pulangan yang lumayan kepada pihak kerajaan lantaran keuntungan yang diperolehi begitu banyak sekali. Secara relatifnya, pihak kerajaan yang memperolehi keuntungan akan menjadi semakin kaya manakala yang miskin dan derita seribu luka pula adalah rakyat yang tak punya upaya. Memadailah tiga cabaran yang tersenarai dalam manifesto Sembilan cabaran wawasan 2020 sebagai merumus kepincangan dalam institusi masyarakat yang terlibat dengan fenomena perjudian. Bagi orang-orang yang sering berbicara tentang apa-apa yaag mereka tidak lakukan,Allah memberi semacam amaran kepada mereka.

 

Perkara ini cukup jelas  dinyatakan dalm firman Allah yang bermaksud ;

Wahai orang-orang yang beriman , mengapa kamu tidak perbuat apa yang kamu katakan. Amat besarlah kebencian Allah bagi orang2 yang tidak perbuat apa yang dia katakan”

(ash-Shaff: 2-3)

 

STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM :HANYA MENGABURI MATA

 

Demikianlah yang berlaku pada masa kini syarikat-syarikat judi cuba untuk mengaburi pandangan orang awam dengan menyumbangkan kepada rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan menaja program-program sukan hingga ke peringkat nasional dan antarabangsa. Mereka seakan cuba untuk menunjukkan yang mereka terlibat dengan kerja ma’ruf dengan niat untuk menutup kejahatan yang dilakukan. Walhalnya kegiatan mereka hanya dipenuhi dosa dan kemungkaran yang membawa kepada penyuburan industri dosa kerana seolah-olah matlamat mereka menghalalkan segala method yang digunakan. Strategi perhubungan awam yang telah disalahgunakan untuk mengaburi orang ramai demi untuk mencapai suatu matlamat untuk memesong secara diam-diam dan tidak disedari. Dalam erti kata lain ianya hendak menutup kepalsuan yang dilakukan dengan menyerlahkan segala macam sifat yang boleh menguntungkan pihak mereka. Maka akan tersiarlah di dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai  sumbangan mereka kepada rumah-rumah kebajikan yang mana matlamat terselindungnya hanyalah semata-mata untuk mencari publisiti murahan.

 

Setelah public diberikan perspektif ‘common sense’ iaitu gambaran masuk akal bahawa syarikat judi ini adalah positif dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan berhujah atas etika amal maka lama kelamaan orang ramai akan muda menerima secara bulat-bulat. Akhirnya orang ramai hanya akan mengatakan tidak apa dan membiarkan sahaja tetapi apa yang mustahak ialah sumbangan yang diberikan begitu sukar untuk dilupakan. Oleh itu, jurucakap atau pegawai perhubungan awam syarikat-syarikat judi ini akan memperbesarkan kerja-kerja amal yang dibuat dengan tujuan untuk menafikan segala tomahan dan fitnah yang dilemparkan. Persoalannya sekarang adakah sumbangan yang diberikan itu boleh dianggap sama seperti sumbangan yang lain. Tidak ada sesiapa yang mempertikaikan sama ada ianya halal atau haram bukan?….

 

BENTUK , AMALAN DAN AKTIVITI  JUDI DI MALAYSIA

 

UNTUK PELBAGAI PERINGKAT UMUR DARIPADA SEORANG KANAK-KANAK KEPADA SEORANG TUA. DARIPADA SEORANG KAYA KEPADA SEORANG  PAPA.

 

  1. Perjudian secara siber

Ia semudah seperti bermain permainan komputer, cuma berbeza kerana terdapat pertaruhan wang dalam kalangan pemainnya.

Pemain akan membeli chips daripada juruwang, nombor chips akan dimasukkan kedalam komputer, pemain akan bermain sehingga chips habis digunakan, jika pemain menang, pemain akan dibayar oleh juruwang tetapi jika pemain gagal, dia akan membayar kepada juruwang tersebut.

Terdapat 3 jenis judi

 

  • Perjudian melalui laman web
  • Perjudian melalui perisian
  • Perjudian di antara pelanggan kafe siber di cawangan yang berbeza.

 

  1. Perjudian atas kapal

 

Terdapat 2 buah kapal kasino mewah di kawasan laut terbuka, beberapa kilometer dari Selat Melaka yang didaftarkan di Pelabuhan Kelang  atas nama kapal penumpang.

Kapal ini mempunyai 6 tingkat, 4,077 tan metric berat dan berupaya membawa 100 orang penumpang.

Kapal ini akan mengambil penumpang dari Pelabuahn Melaka bagi tujuan perjudian dan akan berlabuh 3 batu nautiak di luar pantai perlabuhan tersebut.

Pelayaran ini dibuat setiap hari denagn 12 jam satu perkhidmatan iaitu dari malam hingga 8 pagi, bermual di perairan Perlabuhan Melaka, belayar di perairan antarabangsa untuk ke Kukup dan kemudian berpatah balik ke Melaka.

Terdapat 2 jenis perjudian yang popular di atas kapal ini iaitu roulette ( berpusing) dan blackjack ( daun turap)

Pekerja di dalam kapal tersebut kebanyakannya dari Malaysia iaitu bekas pekerja kasino di Genting Highlands yang professional dalam bidang ini. Pendapatan mereka mencecah M 4,000 sebulan.

Kapal ini merupakan 2 dari 12 kapal kasino mewah di seluruh dunia.

 

  1. Kasino di pekan Danok, Bukit Kayu Hitam

 

Merupakan sebuah hotel yang diiktiraf  oleh kerajaan Thailand sebagai tempat penginapan sementara, yang sebelum ini beroperasi di dalam kebun getah yang terletak 2 kilometer dari hotel.

Aktiviti bermula dari 2 petang hingga 6 pagi keesokkan harinya dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Wang pertaruhan dalam Ringgit Malaysia dan kasino ini menerima geran rumah atau kenderaan sebagai cagaran.

Kasino ini dikatakan tempat perkumpulan perjudian dari Malaysia yang digelar juga sebagai samseng dari Malaysia. Dianggarkan seramia 3,000 rakyat Malaysia yang melanggan kasino ini dalam sebulan dan sebanyak RM 1,000-RM 100,000 diperuntukkan oleh pelanggan tersebut.

 

  1. Perjudian bergerak

 

Van-van besar diguankan untuk berjudi dan beroperasi di kawasan sibuk untuk mengelak daripada dikenal pasti oleh pihak berwajib.

 

  1. Perjudian di kedai-kedai kopi
  2. Sindiket judi

 

Terdapat pihak tertentu yang bertindak sebagai pembekal mesin judi.

Memberi perkhidmatan mengawal premis daripada gangguan pihak berkuasa.

Selalunya tidak dikenal secara  dekat oleh pengusaha premis.

Majoriti pengusaha yang tidak berlesen banyak melanggan.

 

  1. Casino de Genting

 

    1. Casino de Genting ditubuhkan pada tahun 1971 oleh usahawan Lin Goh Tong. Merupakan salah satu daripada tempat perjudian yang terkemuka di dunia. Pelanggan yang ingin masuk hendaklah memenuhi criteria seperti dewasa, bukan melayu, bukan Islam dan berpakaian formal/baju batik.
  1. Nombor ekor

 

Syarikat-syariakt berlesen :

  • Magnum Corporation Berhad- mempromosi, mengendali dan menguruskan pertaruahn nombor ramalan empat digit (4D)
  • Pan Malaysia Pools Sdn Bhd- menawarkan pertaruhan 3 digit (3D)
  • Sports Toto Malaysia Sdn Bhd – Pelbagai permainan 4D,5D,6D, permainan loteri seperti Toto 4/49, Toto 6/42 Jackpot dan Super Toto 6/49

 

  1. Lumba kuda dan perlawanan bola sepak dengan pertaruhan yang tinggi

 

Terdapat sindikit yang merancang dan menjadi orang tengah yang emngawal segala pertaruhan yang dilakukan.

Nilai pertaruhan juga biasanya dalam nilai yang tinggi.

 

  1. Mesin permainan video

 

Terdapat  permainan seperti mesin lumba kuda, mesin lumba itik dll.

Terdapat pertaruhan untuk mendapatkan pelbagai jenis hadiah seperti rokok, VCD dll

 

  1. Judi untuk kanak-kanak

 

Tikam-tikam (mendapat pulangan berbentuk wang ataupun barangan )

Mesin slot (mendapat permainan), kebiasaannya terdapat di kawasan kampung.

Pertaruhan turap, yang mempunyai gambar-gambar kartun dan juga bintang sensasi.

 

Jenis-jenis judi

 

C.T. Dobree dalam bukunya, Gambling Games of Malaya menyebut tentang pertaruhan dan permainan loteri, permainan kad (Inggeris atau Cina), permainan domino, permainan dadu dan pelbagai lagi permainan. Dibawah adalah kategori perjudian dengan contoh-contohnya.

 

1. Pertaruhan dan permainan loteri :

 

  • Chee Fah
  • Chee Tam
  • Sap Sam Tai Poh
  • Tikam Ekor

 

2. Permainan dengan kad permainan orang Inggeris :

 

  • Main Terup
  • Main Cabut atau Main Colek
  • Minta daun

 

3. Permainan dengan kad orang Cina :

 

  • Soo Sik
  • Chap Oh
  • Tien Chong
  • Kau Or Chap

 

4. Permainan domino :

 

  • Pai Kow
  • Tau Ngau
  • Tien Kow

 

5. Permainan Dadu :

 

  • Tai Sai
  • Luk Kow
  • Sepat Ta Kai

 

6. Permainan-permainan lain :

 

  • Chap Ji Kee Pangjang
  • Daun Empat atau See Kee Yah
  • Pek Bin
  • Dadi Katak Ular

 

Manakala permainan di Casino de Genting boleh dikategorikan kepada Permainan Di Meja, Mesin Slot dan Keno. Berikut adalah kategori permainan yang boleh didapati di Casino de Genting dan contoh-contohnya.

 

1. Permainan di meja

 

  • Roulette
  • Baccarat
  • Balckjack

 

2. Masin Slot

 

  • Linked Progressive Jackpot Machine
  • Stand Alone Progressive Jackpot Machine
  • Tokkenised Machines
  • Bill Validator Machines

 

3. Keno

 

  • Standard Keno Games
  • Keno 7, 8, 9 & 10 Progressive Jackpot

 

Keno adalah permainan yang ringkas dan mudah dimainkan serta mudah untuk menang.

 

Kita juga tentu biasa mendengar tentang tikam-tikam yang popular dikalangan kanak-kanak. Ia biasa dijual di tepi jalan dan kantin sekolah. Tikam-tikam ini juga satu bentuk perjudian. Penjualan tikam-tikam ini boleh menyemai tabita berjudi di kalangan kanak-kanak yang tidak boleh sewajarnya didedahkan dengan tabit buruk ini.

 

Selain jenis-jenis judi diatas, kita juga biasa dengan istilah nombor ekor samada berlesen atau haram. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan nombor-nombor permainan ini. Antaranya Magnum Corporation Berhad yang diberi lesenoleh kerajaan untuk mempromosi, mengendalikan dan menguruskan pertaruhan nombor ramalan 4 digit (4D). Pan Malaysia pula menawarkan pertaruhan tiga digit (3D), manakala Sports Toto Malaysia Sdn Bhd menawarkan pelbagai permainan daripada permainan jenis digit seperti 4D, 5D dan 6D dan permainan jenis loteri seperti Toto 4/49, Toto 6/42 Jackpot dan Super Toto 6/49.

 

Nombor-nombor permainan atau angka loteri adalah amat popular dikalangan kelas pekerja Malaysia. Pemain mendakwa mereka bukan sahaja membeli nombor, tapi juga membeli harapan (htt://www.lotteryinsider.com/lottery/magnum.htm).

 

Apa yang jelas, harapan itu tidak semestinya menjadi kenyataan. Yang pasti, duit yang dikumpul melayang begitu sahaja.

 

Kita juga sering didedahkan dengan laporan akhbar yang memaprkan kejayaan pihak berkuasa membanteras sindeket judi haram yang membabaitkan lumba kuda dan perlawanan bola sepak dengan nilai pertaruhan yang tinggi (Berita Harian, 18 dan 13 Mac 2022). Pengendali judi haram tidak serik-serik dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. Yang penting bagi mereka adalah keuntungan yang tinggi hasil kegiatan itu hingga undang-undang dipandang remeh.

 

Kini dengan perkembangan teknologi maklumat, kita dapat melayri laman web perjudian seperti Casino on Netyang telah wujud sejak 1996. laman web ini misalnya menawarkan permainan seperti blackjack, Roulette, Craps dan Pai Grow Poker.

 

Keadaan ini adalah sangat membimbangkan kerana orang ramai termasuk kanak-kanak dan remaja dengan mudah boleh terdedah dan terpengaruh kepada gejala judi yang bertentangan dengan agama. Dalam hal ini, disamping menguatkan diri sendiri, ibu bapa harus sangat memantau pergerakan anak masing-masing agar tidak melayari lama web ini dan seterusnya mencuba permainan ini.

 

Daripada apa yang dipaparkan diatas, dapat dilihat begitu banyaknya jenis judi yang dapat dimainkan di Malaysia secara sah atau tidak. Yang jelas kaki judi sanggup menghabiskan wang tanpa mengambil kira risiko.

 

Bagi yang kurang berada akan membeli nombor ekor. Manakala mereka yang kaya tentulah akan mengujungi pusat perjudian samada didalam atau luar negara.. Yang penting bagi mereka hasrat untuk mencuba nasib cepat kaya dan melampiaskan keinginan yang membuak-buak tercapai.

 

Jika dilihat nama perjuadian banyak menggunakan nama Cina, selaian nama Melayu seperti Minta Daun dan Belangkas. Selain itu, Ann Lee Wang dalam Some Gambling Games in Malaysia, menyatakan walaupun banyak pemainan adalah permainan orang Cina, tetapi ia dimainkan oleh semua kaum di Malaysia. Minta Daun misalnya, seperti dinyatakan oleh C.T. Dobree lebih digemari oleh orang Melayu dan India Selatan.

 

Gunnar Myrdal, An American Dilemma menegaskan bahawa orang Negro di Amerika mendapati perjudian satu reaksi kegemaran kerana ia menawarkan kemungkinan pulangan kewangan segera bagi mereka yang tertekan dari segi ekonomi. Selain itu perjudian adalah satu bentuk hiburan yang memerlukan sedikit peralatan dan sesuai terutama mereka yang melakukan rutin kerja yang sama dan membosankan.

 

Walau apapun alasan dan hujah yang diberikan, adalah jelas judi adalah haram hukumnya disisi Islam. Namun begitu, amatlah hairan apabila terdapat segelintir orang Islam mengamalkannya. Paling malang sekali terdapat orang Islam yang menjadi ahli lembaga syarikat perjudian. Dimana iman mereka sehingga sanggup menyara anak dan isteri dengan duit yang tidak halal. Mereka seolah-olah lupa atau buat-buat lupa ketika menerima jawatan yang berpendapatan lumayan itu. Yang penting bagi mereka apa yang akan diperoleh adalah duit yang banyak, soal halal atau haram ditolak ke tepi!

 

Realitinya, perkembangan perjudian sangat sukar itu dibanteras kerana ia diterima baik oleh masyarakat. Secara purata, penjudi di Malaysia menghabiskan diantara RM1000 sehingga RM 100,000 sebulan untuk berjudi.

 

Pada 4 Disember 2001, kerajaan telah mengharamkan satu jenis perjudian iaitu mesin slot dengan pengharaman pusat video, namun selepas tarikh tersebut, masih banyak lagi serbuan dan rampasan masin slot itu didada-dada akhbar. Setiap tahun kerajaan memperuntukan RM 1000 juta untuk mengawal premis perjudian yang berlesen dan RM 5000 juta untuk premis tanpa lesen.

 

Sama ada sedar atau tidak. Anak-anak Malaysia dipupuk budaya berjudi dengan permainan tikam-tikam, seterusnya permainan komputer dan video apabila mencecah remaja sebelum berkecimpung secara lansung didalam aktiviti perjudian seperti nombor ekor dan mengunjungi kasino pada peringkat umur dewasa. Perkembangan teknologi maklumat juga menyumbang kepada perkembangan industri perjudian ini. Kafe siber yang tiada pengkelasan khusus telah menyukarkan pihak berkuasa mengawalnya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian.

 

ANALISIS LAPANGAN

 

Realitinya gejala judi makin membarah dalam kehidupan masyarakat lantaran kerajaan bersikap acuh tak acuh terhadap implikasi judi dalam masyarakat. Memandangkan pulangan hasil judi begitu lumayan, maka gejala ini menjadi restu golongan hegemoni yang mahu melihat industri dosa ini menjadi batu loncatan untuk memantapkan ekonomi negara. Walau apapun alasan yang diberi oleh pihak berwajib, industri judi ini adalah suatu yang amat merugikan dalam kalangan masyarakat, khususnya di Malaysia.

 

Suatu pemerhatian lapangan telah dijalankan sebagai suatu analisis praktikal bagi menjelaskan lagi virus yang kian melarat ini dalam skop sosial masyarakat setempat. Pemerhati telah menghadiri suatu perlawanan lumba kuda secara dekat di Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, (Penang Turf Club) bertarikh 22 Mac 2003, harti Sabtu. Gambaran suasana begitu lumrah yang mana orang ramai yang terdiri daripada pelbagai status sosial berpusu-pusu menghadirkan diri ke pertandingan tersebut. Majoriti yang hadir adalah golongan dewasa dan akhir dewasa. Bangsa Cina adalah ras yang teramai dan ras India adalah sebilangan kecil sahaja. Namun apa yang menyedihkan kita terdapat juga kelibat umat Melayu disitu. Orang Melayu yang terlibat ini pula ada yang bekerja sebagai penjaga kuda malah ada yang menjadi ‘bookie’ dalam pertandingan tersebut. Begitu pun, terdapat juga bangsa Melayu yang bergelar VIP atau orang kenamaan turut berada disitu tetapi tempat mereka adalah berasingan dan lebih selesa berbanding tempat orang biasa yang membanjiri disitu.

 

Salah seorang pemerhati telah mendekati seorang warga Cina yang turut bertaruh pada hari tersebut. Sedikit sebanyak ia dapat membantu pemerhati untuk menambah maklumat yang dikehendaki. Warga Cina yang sempat ditemuramah itu menasihati kami supaya jangan terlibat dengan amalan berjudi, kerana permainan judi lumba kuda ini banyak bergantung kepada nasib semata-mata. Amalan judi lumba kuda ini akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi ketagihan dan terus menerus akan bermain walau sering kalah. Menurutnya lagi bermain judi ini hanya menjanjikan kesenangan yang palsu sehingga menyebabkan kesengsaraan kepada si penjudi. Maka dari sini lahirlah masyarakat yang pincang lantaran kesan judi yang begitu negatif.

 

ISLAM MENGHARAMKAN JUDI

 

Islam mengingatkan kaum Muslimin terhadap adat istiadat jahiliah. Antaranya larangan meminum khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib. Allah swt telah berfirman :

 

“..Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

“..Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan amalan itu)

(al-Maidah : 90-91)

 

Jika ditinjau lagi dari sudut hukum Islam, keterlibatan dalam industri haram adalah haram hukumnya. Yang menyedihkan lagi, kaki judi tidak pernah menang dalam jangka masa panjang kerana kemenangan itu digunakan untuk membiayai tabita judinya. Apa yang menjadikan kaki judi itu ketagih adalah kemenangannya yang tidak berpanjangan itu. Kaki judi melipatgandakn lagi wang pertaruhannya dengan harapan mendapat kembali wang yang hilang tetapi akhirnya terperangkap dengan hutang.

 

INDUSTRI JUDI :

ANTARA MITOS DAN REALITI

 

Mitos 1 :

Perjudian adalah hak peribadi individu. Penjudi tahu apa yang mereka lakukan dan mereka bebas membuat pilihan samada hendak berjudi atau tidak. Tidak ada sesiapa yang memaksa dan berhak untuk menghalang kehendak dan hak peribadi tersebut.

 

Realiti 1 :

Aktiviti perjudian bukan merupakan hak individu setiap orang. Ini kerana aktiviti perjudian melibatkan pelbagai pihak. Sebagai contoh yang mudah, jika seorang suami berjudi maka ia turut melibatkan isteri dan anak-anaknya. Malahan dalam onteks yang lebih luas ia melibatkan system sosial masyarakat secara keseluruhan, kerana aktiviti berjudi akan membawa kepada pelbagai rangkaian gejala sosial dalam sistem masyarakat.

 

Mitos 2 :

Judi di Malaysia adalah bertujuan memenuhi tuntutan orang bukan muslim di Malaysia. Malahan lebih khusus jika dinyatakan demi memenuhi tuntutan bangsa Cina di Malaysia, kerana tabiat berjudi merupakan budaya masyrakat Cina. Maka orang Islam di Malaysia perlu akur dan menghormati keperluan masyarakat bukan Muslim di Malaysia.

 

Realiti 2:

Judi bukanlah lahir daripada budaya ataupun tradisi mana-mana bangsa. Judi bukanlah tradisi masyrakat Cina seperti yang didakwa, sebaliknya judi lahir daripada sikap tamak seseorang yang inginkan kekayaan dan bergantung besar kepada tilik nasib mereka. aktiviti perjudian di Malaysia bukanlah memenuhi tuntutan masyarakat bukan Muslim, kerana yang berjudi juag termasuk sebilangan masyarakat Muslim. Malahan terdapat juga taukeh judi yang terdiri dari orang Muslim. Setiap agama dan setiap bangsa tidak senang dan mencegah aktiviti berjudi.

 

Mitos 3:

Industri judi wujud di Malaysia kerana timbulnya permintaan yang tinggi terhadap kegiatan judi daripada masyarakat Malaysia. Maka permintaan yang tinggi memerlukan kita melakukan penawaran, bagi tujuan memenuhi permintaan tersebut.

 

Realiti 3:

Sebenarnya didalam industri judi, para peniaga judi ini yang mencipta permainan. Mereka membuka kasino dan cuba menarik orang berjudi disana. Malahan mereka membuka kedai loteri disetiap kawasan, malahan dikawasan pekan kecil dan kampung supaya masyarakat disana mempunyai peluang untuk berjudi. Sekiranya kedai-kedai judi inti tidak wujud, maka ia tidak memberi kesan buruk kepada masyarakat. Malahan kalaupun wujud permintaan daripada masyarakat sekalipun, maka tuntutan itu tidak perlu dipenuhi oleh kerajaan atau sesisapapun. Tambahan industri judi tidak wujud kerana permintaan masyarakat, sebaliknya terhasil daripada sikap tamak peniaga judi dan kebodohan penjudi tersebut.

 

Mitos 4 :

Penubuhan judi berlesen sekaligus akan memusnahkan perjudian haram tidak bertanggungjawab. Dengan cara lansung kerajaan mampu mengawal kegiatan perjudian di Malaysia.

 

Realiti 4:

Persoalannya, adakah judi berlesen merupakan judi yang bertanggungjawab. Sebenarnya samada judi tersebut berlesen atauppun tidak, kedua-duanya tidak bertanggungjawab, serta membawa implikasi yang negative didalam sistem sosial masyarakat. Dengan kata lain, kita menyediakan judi alternative (judi berlesen) dengan membawa maksud menyediakan barangan dan perkhidmatan yang sama dengan kesan negatif yang sama. Lagipun dengan adanya judi berlesen, tidak berkurang juga judi tidak berlesen dari masa ke semasa. Kerajaan sewajarnya bertindak mencegah dan mendidik masyarakat untuk tidak terlibat dengan gejala judi. Walau apapun jenisnya, bagaimanapun caranya, sebesar manapun lesennya, ia tetap dipanggil judi.

 

Mitos 5 :

 

Sekiranya industri judi diharamkan, maka ini akan mengurangkan hasil kerajaan.

 

Realiti 5:

Dengan meninggalkan pelaburan dalam insudtri judi, kerajaan sebenarnya sebenarnya boleh melabur dalam pelbagai industri lain seperti industri pertanian.

Dengan mengharamkan industri judi, maka sebenarnya akan berlaku perkembangan dalam pelbagai industri yang lain, kerana wang yang digunakan untuk berjudi akan digunakan untuk permintaan barangan pengguna. Maka perkembangan pelbagai industri lain akan menyebabkan berlakunya peningkatan pembayaran cukai kepada kerajaan.

 

Mitos 6:

Memenuhi tuntutan pelancong untuk bagi menjadikan judi sebagai satu daya tarikan pelancong.

 

Realiti 6 :

Majoriti mereka yang berjudi di Malaysia adalah orang Malaysia sendiri. Pelancong hanya tertumpu kepada judi yang besar seperti casino, jadi mengapakah wujudnya judi yang kecil seperti sport toto. Malahan perlukah kita memenuhi tuntutan haram tetamu kita hingga terpaksa melibatkan dengan nilai, maruah dan harga diri.

 

Mitos 7:

Jika sekiranya industri perjudian ditutup, maka negara akan mengalami masalah pengangguran, dan ini akan menyebabkan berlaku masalah lain dalam negara terutama masalah ekonomi.

 

Realiti 7:

Di Malaysia, industri judi hanya membuka sedikit sahaja peluang kerja, tidak akan wujud masalah pengangguran sekiranya berlaku penutupan industri judi di Malaysia. Ini kerana sekiranya berlaku penutupan industri judi dan pengguna tidak berjudi, maka wang mereka akan digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang lain. Ini bermakna peningkatan dalam permintaan gunatenaga kerja dalam sektor lain akan lebih meningkatkan . Malahan peningkatannya lebih tinggi kerana industri sektor lain melibatkan pengeluaran barangan berantai (contoh pengeluaran sarung tilam melibatkan bidang membuat kain, akan melibatkan bidang membuat benang, melibatkan bahagian percetakan dll) berbanding industri judi yang tidak melibatkan sektor lain.

 

Mitos 8 :

Membiarkan industri perjudian sebenarnya satu strategi politik bagi bangsa Melayu untuk terus berkuasa kerana memenuhi tuntutan masyarakat bukan Muslim.

 

Realiti 8:

Persoalan yang timbul, adakah selama ini kita memiliki kuasa di Malaysia atas dasar kompromi dengan bangsa lain untuk membenarkan mereka melakukan aktiviti berjudi. Dalam masa yang sama timbul juga persoalan adakah masyarakat bukan Muslim meminta supaya mereka dibenarkan untuk meneruskan aktiviti berjudi secara besar-besaran, dan dengan itu meraka akan memberikan kuasa pemerintahan kepada masyarakat Muslim di Malaysia. Adakah industri judi di Malaysia merupakan tuntutan masyarakat bukan Muslim? Atau ia hanya alasan yang digunakan oleh kita untuk meneruskan dan menghalalkan Malaysia untuk tersu menerus mendokong industri dosa ini.

 

MENJADI ILHAM NEGARA JIRAN

 

Lihatlah betapa gahnya persada industri dosa ini, sehinggakan negara Indonesia menjadikan Malaysia sebagai ilham untuk negara mereka membuka lokasi perjudian di negara mereka walaupun secara haram. Mereka begitu mengagumi kerajaan Malaysia yang berupaya mengadakan suatu larangan dengan tidak membenarkan orang Islam berjudi di kasino, lumba kuda atau dimana-mana sahaja dan begitu meluluskan pihak-pihak tertentu untuk membuka premis perjudian secara umum. Sekatan-sekatan demikian kononnya mengkhuatirkan untuk berbuat demikian kerana bimbang wabak judi ini akan merebak dan menghuru-harakan umat Islam. Walaupun diiktiraf sebagai negara Islam, namun tiada tindakan undang-undangdiambil kepada orang Islam yang terlibat dalam agenda perjudian.

 

Cuba kita fikirkan dan selami bagaimana Indonesia yang tidak berani membuka dan mewartakan sesuatu tempat menjadi lokasi perjudian tetapi berbeza sekali dengan Malaysia yang lebih terkehadapan dengan meletakkan taraf Genting Hingland sebagai lokasi perjudian yang terunggul di Asia Tenggara. Dengan itu, Indonesia menjadikan Malaysia sebagai idola dalam arena industri dosa ini dengan mengambil contoh Genting Hingland sebagai role model.

 

Sepetimana diwar-warkan bahawa Malaysia sebagai negara Islam kononya dan Indonesia pula merupakan negara yang begitu lemah perlaksanaan hukum Islamnya walaupun majoriti rakyatnya adalah beragama Islam. Itulah hakikatnya, walaupun Islam dianggap sebagai agama rasmi negara, tetapi kita mempunyai sarang perjudian semenjak tahun 1971 lagi. Bahkan kasino yang dimiliki oleh Lim Goh Tong diiktiraf sebagai perusahaan yang paling berjaya di Malaysia kerana mencatatkan keuntungan satu million dollar Amerika Syarikat per tahun. Natijahnya, masyarakat Muslim berkemungkinan besarnya diselimuti dengan hasil perjudian yang jelas haramnya. Memandangkan industri dosa ini berpusat di Genting Hingland, maka ianya telah menggamit kedatangan pengunjung-pengunjung daripada seluruh pelosok dunia. Pengunjung daripada Indonesia sahaja mencatatkan sebanyak 60 peratus penjudi yang memperjudikan nasib mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

NEGERI PREMIS JUDI
Kuala Lumpur 266
Selangor 265
Perak 215
Johor 191
Sarawak 179
Pulau Pinang 128
Sabah 83
Melaka 78
Negeri Sembilan 77
Pahang 68
Kedah 44
Terengganu 9
Perlis 7
Wilayah Persekutuan Labuan 6

 

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia 2003

 

HANYA KELANTAN BEBAS JUDI

 

Kelantan satu-satunya negeri di Malaysia yang terkeluar daripada senarai premis perjudian yang dikeluarkan oleh Menteri Keewangan, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat premis tertinggi iaitu sebanyak 266 buah.

 

Kesan daripada pemerintahan yang berteraskan al-QUran dan Sunnah, Kelantan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Pemerintahan yang berteraskan Islam amat optimis dalam menyelamatkan umatnya serta aktif dalam membasmi gejala-gejala kemungkaran seperti ini daripada terus berleluasa di bumi Malaysia. Persoalannya sekarang ialah di negeri-negeri lain yang pemimpinnya juga adalah beragama Islam tetapi apa yang menjadi tanda ialah premis judi dibiar beroperasi secara leluas tanpa adanya sebarang sekatan dan kawalan secara serius. Jelas kepada kita bahawa industri dosa ini menjadi begitu subur dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

 

Secara realitinya, belum ada usaha untuk mengurangkan premis perjudian daripada pihak kerajaan sebaliknya mereka seolah-olah hendak menggalakkan lagi. Oleh sebab itu perlunya kita secara bersama untuk mengkaji perkara apa dan kepentingan siapa yang lebih diutamakan begitu juga sebaliknya. Golongan hegemoni yang memimpin hanya memikirkan periuk nasi mereka tanpa melihat kesan yang dirasakan umat Islam hasil daripada penyuburan industri dosa ini. Justeru itu, masyarakat seharusnya menyemai pemikiran yang kritis, dan terbuka dalam mendepani situasi pemikiran seumpama ini. Jangan beranggapan bahawa ianya tidak ada kena mengena dengan diri kita tetapi fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada pembinaan tamadun bangsa sekiranya industri laknat ini dibiarkan bermaharajalela.

 

Perlu disedari bahawa kita bukanlah Pak Turut, tetapi kita adalah insan yang bergelar manusia yang mana Allah jadikan untuk berfikir dan mentadbir alam semsta ini dengan sebaiknya. Oleh itu tanggungjawab membanteras gejala judi ini terletak diatas bahu semua orang, tanpa mengira tua ataupun muda, miskin apatahlagi yang kaya-raya. Sampai masanya untuk kita bertindak mengatasi masalah ini secara lebih drastic tanpa membiarkannya terus kritikal dan sukar untuk membendungnya. Oleh itu, umat Melayu perlulah bangun daripada tidur yang nyenyak dengan melakukan tranformasi pemikiran dan tindakan yang bersepadu.

 

 

Hal ini kerana tamatlah sikap kita yang berpeluk tubuh dan saat dan ketikanya telah hampir sangat untuk kita turun ke lapangan masyarakat untuk menyedarkan mereka tentang kesan kronik industri dosa ini terhadap sistem sosial yang sedia ada.

 

HASIL JUDI UNTUNG BERBILION…?

 

Aliran wang rakyat kepada kegiatan judi haram (teka nombor ekor) lebih RM14.5 billion setahun. Kegiatan ini mendapat sambutan dari rakyat berikutan kerajaan yang dikatakan memberi perlindungan kepada para penguasa kegiatan ini. Dalam seminggu pengaliran wang bagi kegiatan judi haram bagi sesebuah daerah mencecah RM 2.1 hingga 3.6 juta, manakala jumlah kutipan wang haram sebulan bagi seluruh negara ialah RM 8.4  hingga RM 14.4 juta.

 

Apa yang menghairankan kita ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak mengenakan cukai pendapatan tahunan kepada beberapa pengusaha judi haram ini dan akibatnya mereka berterusan mendapat keuntungan berlipat ganda. Hakikatnya kegiatan judi haram ini turut dilindungi beberapa pemimpin politik malahan pemimpin ini ditaja untuk menjadi calon dalam piliharaya bagai kawasan tertentu. Selain itu, pengusaha judi haram ini menggunakan modus operandi perjudian teka nombor ekor dengan menemui pelanggan dari rumah ke rumah dan dikedai-kedai minuman kecil yang diusahakan oleh kaum Cina.

 

Amat malang kerana kerajaan memberi lesen kepada syarikat perjudian besar seperti Magnum ENE dan Sports Toto bagi menjalankan kegiatan mereka. Bukan itu sahaja malah kita juga amat kecewa dengan sikap akhbar rasmi kerajaan yang menjadi wadah kepada pengesahan pemenang teka nombor ekor tersebut dengan ruangan tetap paparan keputusan setiap hari.

 

KESAN NEGATIF GEJALA JUDI

NEGARA

Negara yang membenarkan serta merestui berlakunya gejala perjudian serta menerima hasil pendapatan dari industri judi adalah sesuatu yang merbahaya. Ini kerana duit hasil judi tidak dapat dipastikan untuk keperluan apa. Adakah ia digunakan untuk membangunkan institusi pendidikan atau digunakan untuk membina institusi agama, atau digunakan untuk bantuan fakir miskin. Maka bukan sahaja masyarakat akan rosak, malahan institusi penting di dalam sesebuah negara seperti masjid dan lain-lain akan gagal berfungsi kerana dibangunkan atas hasil perjudian yang diperolehi oleh kerajaan. Seterusnya yakinlah kita jika maksiat dibenarkan berleluasa maka nantikanlah bala Allah.

 

KANAK-KANAK

Permainan judi sebenarnya merosakkan nilai dan gaya murni hidup kanak-kanak. Ia juga mendidik kanak-kanak untuk menjadi seorang pencuri demi memenuhi keperluan mereka untuk berjudi. Walaupun nilai pertaruhan mereka kecil, dan bentuk perjudian yang berlaku dalam bentuk yang terselindung, seperti tikam-tikam yang menawarkan hadiah permainan dan duit, mesin slot yang menawarkan permainan dan daun terup. Namun ianya jelas telah merosakkan budaya dan nilai hidup seorang anak kecil. Sekiranya ia dibiarkan berterusan maka akan meruntuhkan institusi negara tersebut.

 

INSTITUSI KELUARGA

Ahli keluarga yang terlibat dengan kegiatan berjudi terutamanya ketua keluarga itu sendiri, pasti akan membawa kesan parah kepada sesebuah institusi keluarga tersebut. Ketua keluarga yang berjudi akan menyebabkan pendidikan anak-anak terabai, keperluan asas keluarga tidak terpenuhi dan budaya berhutang dalam keluarga. Hasil pendapatan dari judi juga akan menyebabkan keberkatan rezeki tertolak lalu institusi keluarga itu akan runtuh dengan segala masalah seperti anak-anak yang tidak berakhlak, isteri yang curang dan lain-lain. Paling penting judi diharamkan dalam agama Islam. Janganlah menyuapkan mulut anak dan isteri dengan hasil judi yang telah jelas keharamannya.

 

Ingatlah maksud hadis bahawa : Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih utama baginya.

 

Sekalipun jika anda tidak takut neraka, tapi sanggupkah anda melihat anak isteri terjerumus ke lembah kebinasaan dan seksaan api neraka dengan wang judi yang dimenangi ? Ingatlah bahwa judi tidak pernah membawa kesenangan kepada pengamalnya malah membinasakan lagi kebahagian hidup dunia dan akhirat.

 

TERHERET DENGAN BUDAYA HUTANG

Judi juga menyebabkan pertambahan hutang peribadi yang besar. Kaki judi yang kalah akan meminjam wang dari ceti haram atau along untuk meneruskan tabiat buruk mereka. walaupun pada mulanya kaki judi hanya meminjam dalam jumlah yang sedikit, tetapi apabila sering meminjam untuk berjudi, hutang akan meningkat sehingga tidak mampu bayar lagi. Judi juga boleh merosakkan hubungan dengan kawan dan keluarga. Hubungan kaki judi dengan kawan dan keluarga mungkin renggang kerana banyak masa mereka hanya dihabiskan dengan berjudi tanpa mengambil kira keadaan sekeliling. Hubungan juga akan menjadi tegang jika penjudi tidak dapat meminjam daripada kawan dan keluarga untuk meneruskan tabiat mereka ataupun melangsaikan hutang. Selain itu kes bunuh diri akan bertambah. Apabila kaki judi tidak dapat menyelesaikan hutang yang dipanjam dari ceti haram dan along, nyawa mereka dalam bahaya, dan jalan singkat diambil dengan membunuh diri sendiri seperti seorang lelaki yang kalah judi telah membakar dairinya dalam bilik tidur sehingga mengakibatkan rumah terbakar dan ibunya juga turut menjadi mangsa kebakaran (Utusan Melayu 27 Febuari 2002)

 

MENINGKAT PELBAGAI MASALAH SOSIAL

Judi sebenarnya mempunyai kesan negatif kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan agama. Dalam agama Islam, ia adalah salah satu daripada dosa besar. Walaupun ia tidak mendatangkan manfaat, malah membebankan mereka yang terlibat dengannya, kaki judi tetap tidak dapat menghindarkan diri daripada gejala ini. Terdapat pelbagai kesan negatif gejala judi ini. Antaranya judi berkait dengan penagihan dadah. Penagih dadah misalnya akan berjudi untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

 

Judi juga menyebabkan kes penceraian bertambah iaitu lima kali ganda daripada masyarakat biasa. Kaki judi tidak dapat menjadi suami dan bapa yang baik kepada isteri dan anak-anak. Suami dan bapa yang kaki judi tidak dapat menyediakan keperluan harian yang mencukupi kepada isteri dan anak-anak kerana gaji yang diperolehi dihabiskan dimeja judi. Apabila gaji sudah habis, tidak mustahil untuk kaki judi mengadai barang kemas isteri bagi mendapatkan wang untuk berjudi. Keadaan ini akan mencetuskan perbalahan antara suami dan isteri yang akhirnya menyebabkan penceraian.

 

Perlakuan jenayah mungkin meningkat akibat judi. Kaki judi yang terdesak tentu tidak teragak-agak untuk melakukan jenayah seperti merompak dan menyamun bagi mendapatkan wang untuk berjudi ataupun membayar wang yang dipinjam daripada ceti haram atau along.

 

Judi juga adalah punca rasuah. Adalah tidak mustahil bagi kaki judi untuk menyalahgunakan kuasa dengan mengamalkan rasuah untuk meneruskan tabiat mereka.

 

Dengan berjudi, banyak masa terbuang. Sedangkan banyak lagi benda yang berfaedah boleh dilakukan. Gejala judi juga menyebabkan kaki judi mengabaikan kerja. Apabila waktu malam dihabiskan dengan berjudi sehingga pagi, kaki judi akan datang lewat ke tempat kerja dan prestasi kerja merosot kerana kurang tidor.

 

MASYARAKAT

Berlakunya gejala judi didalam masyarakat menyebabkan wujudnya masyrakat yang tidak harmoni, bersikap mementingkan diri, tindas menindas, prasangka dan meningkatnya masalah sosial dalam masyarakat. Kualiti hidup masyarakat secara keseluruhan akan merosot. Pembangunan diri manusia dalam sistem masyarakat yang menjadikan judi  sebagai cara hidup dan industri besar yang menjadi nadi ekonomi sesebuah negara akan menemui kegagalan. Sistem hidup masyarakat akan kembali menjadi kehidupan yang tidak bertamadun, yang mementingkan hawa nafsu semata-mata.

 

MENANGANI GEJALA JUDI DI MALAYSIA : AGENDA BERTINDAK BERSEPADU

 

Masyarakat :

  • Mewujudkan badan bertindak disetiap kawasan untuk membanteras dan memerangi usaha untuk menubuhkan pusat perjudian, samada yang haram mahupun yang berlesen ditempat kawasan anda.
  • Menghantar surat dan memorandum bersama, mengikut masyarakat setempat anda, kepada kerajaan, parti politik dan NGO bagi membantah usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang membenarkan industri judi.
  • Mendesak pihak kerajaan dengan menulis surat kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat meminta agar aktiviti perjudian samada berlesen atau tidak, perlu dihentikan secara total.
  • Melaporkan sebarang maklumat yang diperolehi tentang kegiatan perjudian dikawasan anda kepada pihak berkuasa.
  • Mengadakan kempen mencegah dan mendidik masyarakat tentang gejala buruk berjudi.
  • Tidak bersikap mementingkan diri sendiri, sebaliknya peka terhadap kegiatan remaja disekitar anda, sekiranya mereka melakukan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
  • Melengkapkan diri dengan maklumat tentang JUDI dan mengikut sama ada perkembangan isu mahupun perkembangan aktiviti pembasmian
  • Membantah setiap bentuk penajaan, promosi dan pengiklanan daripada sebarang syarikat judi ditempat anda ataupun di dalam media massa.

 

Pihak Kerajaan

  • Memberhentikan segala aktiviti judi berlesen seperti Casino de Genting, Sports Toto, 4  Digit dan lain-lain.
  • Mengharamkan untuk individu Muslim untuk memegang apa-apa jawatan dan saham dalam aktiviti yang haram disisi agama Islam.
  • Menarik pelaburan yang dibuat oleh kerajaan yang melibatkan syarikat perjudian, samada pelaburan secara lansung ataupun pelaburan secara tidak lansung.
  • Mengharamkan segala bentuk promosi, penajaan ataupun pengiklanan kepada syarikat yang mengendalikan perjudian.
  • Meningkatkan pertumbuhan pelbagai industri di Malaysia yang bebas dan tidak melibatkan perniagaan yang tidak beretika dan haram di Malaysia.

 

Pihak Berkuasa

  • Membuat perancangan sepanjang tahun aktiviti serbuan dan pemeriksaan secara besar-besaran di seluruh negara
  • Menangani isu rasuah dalam usaha pembanterasan judi.
  • Membina jaringan dengan badan bukan kerajaan, isntitusi-institusi kampung/sekolah/masjid untuk bekerjasama dalam sebarang usaha pembasmian judi
  • Lebih aktif memikirkan strategi-stategi baru dalam usaha untuk menumpaskan sebarang aktiviti perjudian

 

Sekolah

  • Melaporkan sebarang kes perjudian yang didapati berlaku di sekolah
  • Bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menyambut baik sebarang usaha membasmi kegiatan JUDI
  • Menganjurkan lebih banyak aktiviti kokurikulum/persatuan yang menerangkan mengenai mudarat judi
  • Tegas dalam perlaksanaan tindakan disiplin kepada para pelajar yang terlibat dalam perjudian samada secara lansung mahupun tidak.
  • Mendidik dan menganjurkan program / kempen membasmi judi secara berterusan
  • Membina rangkaian sekolah untuk bekerjasama menganjurkan aktiviti pembasmian/kempen antijudi

 

Ibu Bapa

  • Mengikuti sebarang program keibubapaan dalam usaha untuk membasmi JUDI
  • Memberi pendidikan dan mengadakan perbincangan dengan anak-anak mengenai gejala buruk judi.
  • Peka terhadap perkembangan anak-anak dan juga pengaruh sekeliling yang memungkinkan mereka terjebak dengan gejala berunsur perjudian tanpa disedari
  • Membantah dan membanteras sebarang permainan yang berunsur judi (seperti tikam-tikam, mesin slot) dikedai-kedai kawasan perumahan mereka.

 

Parti politik

  • Menjadikan agenda membanteras judi sebagai satu agenda yang utama dalam setiap parti politik.
  • Mengadakan program kesedaran masyarakat bagi tujuan kesedaran negative judi kepada masyarakat.
  • Membangkitkan isu judi di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi mencari punca dan cara mengatasi gejala dan industri judi di Malaysia.
  • Memastikan setiap ahli parti politik bebas daripada aktiviti judi, samada sebagai penjudi mahupun terlibat dalam perniagaan berunsur judi.

 

Badan Bukan Kerajaan

  • Melaksanakan gerakerja advokasi, meminta pihak kerajaan dan pihak berwajib supaya menghentikan aktiviti perjudian secara total
  • Mengadakan kempen pendidikan kepada masyarakat pelbagai peringkat umur, pelbagai latar belakang dan gender dalam mendidik mereka untuk mengetahui status industri judi di Malaysia dan membina prespektif untuk membenci aktiviti judi serta menggerakkan aktiviti menangani perjudian dikawasan mereka.
  • Terlibat dalam aktiviti pencegahan aktiviti perjudian samada yang berlesen ataupun yang tidak berlesen
  • Menghasilkan bahan-bahan penerbitan berkenaan aktiviti judi (samada buku, risalah, brosur dan lain-lain) serta maklumat terkini serta tindakan yang boleh diambil pelbagai pihak menangani isu dan gejala ini.

 

Mahasiswa

  • Mendesak pihak kerajaan untuk menghentikan industri perjudian di Malaysia
  • Menganjurkan perbincangan (seminar, dialog, forum, bengkel dan lain-lain) bagi tujuan mengatasi gejala perjudian di Malaysia
  • Menganjurkan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kesan negatif perjudian kepada masyarakat
  • Menubuhkan Jaringan Mahasiswa Menentang Perjudian serta merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menangani gejala perjudian diperingkat advokasi dan akar umbi.

 

PIHAK BERWAJIB YANG BERKAITAN DENGAN JUDI

 

  • Kerajaan Malaysia
  • Kerajaan Negeri
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat
  • Jawatankuasa Kabinet Mengenai Masalah Sosial
  • Polis di Raja Malaysia – Ketua Pegawai Turus Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap
  • Kementerian Kewangan
  • Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia
  • Badan Bertindak Basmi Dadah, Arak dan Judi – Teras Pengupayaan Melayu (BASMI-TERAS)

 

Kalau orang yang telah bertaruh, pertama hilanglah tempohnya, karena pertaruhan itu amat mengasyikkan. Sehingga ada orang yang asyik berjudi berhari-hari bermalam-malam; yang menang mendapat harta yang tidak berkat dan yang kalah pulang dengan kerugian ; dengan sendirinya akhlak jatuh.”

-ABUYA HAMKA-

 

 

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) adalah sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti penyelidikan, pendidikan, latihan, penerbitan dan mobilasi masyarakat.

 

TERAS bermatlamat untuk membawa tranformasi masyarakat Melayu khususnya dab masyarakat komuniti lain amnya bagi membina nilai dan budaya hidup berasaskan mesej Islam sebagai panduan dalam peklbagai bidang kehidupan.

 

Siri penerbitan buku TERAS ini bertujuan membawa gagasan mencetuskan ransangan yang cukup tinggi hingga mampu membina inisiatif masyarakat untuk bertindak bagi mengatasi sebarang bentuk aktiviti kemungkaran yang melingkari kehidupan masyarakat.

 

 

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

F 1014 A, Kampung Pondok, Batu Hampar, 08400, Merbok, Kedah Darul Aman

Email : azmi58@yahoo.com

 

 

 

 

BORANG AKTIVIS ANTI AKTIVITI PERJUDIAN

 

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

 

Adalah saya dengan ini menyokong usaha yang digerakkan oleh TERAS, untuk mencetuskan ransangan yang cukup tinggi hingga mampu membina inisiatif masyarakat untuk bertindak bagi mengatasi sebarang bentuk aktiviti kemungkaran yang melingkari kehiudpan masyarakat.

 

Saya dengan ini menyatakan komitmen untuk terlibat secara bersama dalam usaha menggerakkan kesedaran diperingkat masyarakat bawahan mengenai keburukan serta semakin parahnya gejala aktiviti perjudian yang sedang berlaku kini, dan mendesak perubahan polisi di peringkat pemimpin untuk mengubah dasar dan polisi mengenai aktiviti perjudian di Malaysia.

 

Nama :

Organisasi :

Alamat :

 

No tel :

Email :

 

Tandatangan :

Tarikh :

 

Dokongan tuan/puan boleh dihantar ke alamat :

 

TERAS

F 1014 A, Kampung Pondok, Batu Hampar, 08400, Merbok, Kedah

 

 

 

7 comments on “INDUSTRI JUDI DI MALAYSIA : MENGHALALKAN YANG HARAM
  1. Hidayah Mohammad berkata:

    Saya dari Berita Harian sedang membuat kajian dan mengeluarkan artikel mengenai “lelaki kaki judi, memandangkan maklumat dilihat dan diperlukan terdapat dalam laman web ini, saya meminta kebenaran untuk mengambil sedikit maklumat yang diperlukan sebagai bahan kajian.
    Jika ada kemusykilan hubungi saya di hidayah@bharian,com.my

  2. mohamad faris berkata:

    salam… saya mahu bertanya satu soalan… apabila kerajaan dapat hasil dari premis judi atau arak tersebut, bagaimana cukai tersebut dijalankan?? maksud saya. kemana arah tuju hasil wang ringgit tersebut?? contohnya seperti, bina sebuah masjid dari hasil tersebut atau diberi pada anak-anak yatim atau sebagainya… harap tuan dapat huraikan sacara terperinci dengan persoalan saya.. terima kasih…

  3. muhammad sobri berkata:

    Terima kasih di atas maklumat ini…
    Teruskan usaha..

  4. james baboon berkata:

    ketagih judi sama dengan ketagih dadah..bila dah terjerat sangatlah susah untuk di tinggalkan..hanya iman dalam dada satu-satunya senjata untuk mencegah gejala judi ni..sudahlah kalau menang duit tak berkat panas..apalagi kalau kalah sekampit beras pun tak terbeli untuk keluarga..

  5. sssssssssss berkata:

    x tahu lah…
    islam kah yang banyak peraturan dan pasal
    atau kah memang umat muslim yang x taat

  6. Hey there! I know this is kinda off topic but I was wondering if
    you knew where I could locate a captcha plugin for my comment form?
    I’m using the same blog platform as yours and I’m having difficulty finding one?
    Thanks a lot!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 205,569 hits
Kalendar
April 2014
I S R K J S A
« Mac    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers

%d bloggers like this: