Isu Utama ETP – Analisis TERAS

1. SUMBER KEWANGAN DAN KRITERIA PROJEK

Dari mana kerajaan membuat jangkaan akan memprolehi RM1.4 trilion pelaburan dari sektor swasta? Apa criteria kerajaan untuk menentukan projek-projek dalam ETP? Pecahan bahawa 60% pelaburan dari swasta , 32% dari GLC dan 8 % dari kerajaan berdasarkan faktor apa ? Apa jaminan persekitaran ekonomi global akan berterusan dalam tempoh 10 tahun untuk kerajaan mengunjurkan bahawa pelaburan swasta dan GLC akan mencapai angka RM 1.376 trilion?

2. PENDAPATAN PER KAPITA DAN KEBERGANTUNGAN KEPADA ESKPORT

ETP mengunjurkan untuk meningkatkan pendapatan per kapita sebanyak 2 kali ganda pada 2020. Bagaimanapun ekonomi negara sangat bergantung kepada eskport kerana ekonomi Malaysia sangat berasaskan esport. Dengan pelaburan yang dijangka bernilai RM1.4 trilion itu , sejauhmana pasaran dunia dijamin akan tumbuh dan mengikut sektor dan negara mana Malaysia bergantung kepada eskportnya.?

3. BAJET DEFISIT MASEH BESAR DAN FDI MASEH RENDAH

Pada tahun 2009 kerajaan membentangkan bajet defisit yang paling besar dalam tempoh 20 tahun yang lalu iaitu 10% berbanding GDP. Separuh dari pelaburan keseluruhannya adalah dari kerajaan. Namun Menteri yang membentang ETP tersebut tetap mengatakan unjuran yang dibuat adalah kredibel. Padahal sumber kewangan maseh banyak bergantung kepada modal domestik kerana FDI yang masuk ke Malaysia maseh kecil. Soalnya apakah unjuran ETP ini realistik? Syarikat kerajaan seperti CIMB itupun nampaknya melabur keluar negara kerana insentif dan potensi di negara lain lebih tinggi.

4. PIHAK SWASTA MAHU LIBERALISASI TOTAL

Pihak swasta mendapati kerajaan terlalu mengawal kepentingan GLC dan ini menganggu persaingan bebas . Industri swasta sering melihat kerajaan sebagai penggangu . Sejauhmana kerajaan akan menjaga kepentingan dana awam dalam syariakt GLC dan dalam masa yang sama melaksanakan dasar liberalisasi sepenuhnya seperti yang dituntut oleh syarikat konglomerat besar?. Apakah kerajaan akan kembali kepada pendekatan bahawa swasta lebih efisien dari kerajaan , dan dengan itu pengswastaan total akan diamalkan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi lebih tinggi seperti yang didakwa oleh pihak industri?.

5. ETP FOKUS KEPADA UNTUNG RUGI , BUKAN SOAL KEBAJIKAN DAN KEADILAN SOSIAL

ETP mengikut Idris Jala adalah “Private sector driven” , ertinya ETP adalah fokus kepada swasta bukan berteraskan kepentingan awam. Pertimbangan utama adalah kurangkan kos , maksimakan keuntungan. Soalnya dimana kepentingan rakyat diutamakan jika bertembung antara untung-rugi syarikat dengan kebajikan rakyat? Kenapa ETP tidak menyentuh persoalan ini?

6. ISU KONSITENSI DALAM DASAR KERAJAAN.

Pihak swasta merasa kerajaan tidak konsisten dalam dasar dan proses perlaksanaan dasar. Dengan itu keyakinan terhadap kerajaan dipersoal. Pihak industri swasta menganggap dasar hak bumiputera dianggap kabur dan menyekat pelaburan dalam sektor yang melibatkan kuota ekuiti bumiputera. Malah pihak industri mempersoalkan maksud syarikat bumiputera yang berkemampuan mengikut takrif kerajaan. Bermakna yang dipersoal ialah ketelusan dalam menentukan persaingan antara syarikat bumiputera dan bukan bumiputera . Sejauhmanakah kerajaan akan tunduk kepada kehendak syarikat swasta untuk mengenepi kepentingan bumiputera berdasarkan persaingan bebas dalam ETP?

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031