SALIMAH

SKIMA GERAKERJA

PERGERAKAN PERSAUDARAAN MUSLIMAH

(SALIMAH-TERAS)


PANDUAN OPERASI PERLAKSANAAN

TERAS Pengupayaan Melayu

“Mengembalikan semangat pengorbanan Khadijah , membangkitkan kesabaran dan kegigihan Aishah”

Apakah latarbelakang sejarah kaum Wanita Melayu Muslim negara ini?

Ketika pra Islam kedudukan wanita berada dibawah sistem feudal raja-raja yang berasaskan pengaruh kepercayaan Hindu. Wanita dianggap hamba dan pelayan kepada lelaki . Kepercayaan kuno yang meletakkan wanita dibawah darjat lelaki dan wanita tidak ada tempat dalam urusan apapun dalam kehidupan masyarakat melainkan hanya untuk mengembangkan zuriat menjadikan wanita hanya sebagai dewi-dewi golongan raja dan hamba dikalangan rakyat jelata.

Kedatangan Islam telah mengangkat martabat wanita ke darjat sebagai insan yang mempunyai hak dan peranan yang mulia. Islam telah membawa wanita ke martabat yang dii’tiraf oleh Islam sebagai pasangan lelaki yang sama mulia dan sama penting dalam masyarakat.

Dengan yang demikian kesedaran untuk turut berperanan dalam urusan masayarakat dan Negara berkembang . Dalam babak sejarah tanah air wanita Melayu Islam turut sebaris dalam perjuangan kemerdekaan , membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah dalam tahun 40 hingga 50 an .Antara organisasi wanita perjuangan kemerdekaan yang paling menonjol ialah AWAS (Angkatan Wanita Sedar). AWAS terlibat aktif dalam perbahasan dan tuntutan kemerdekaan .

Nama-nama besar seperti Zainab , Khadijah Ali , Aishah Ghani , Shamsiah Fakeh , Aishah Hj. Hussain ,, Mariah Ahmad , Sakinah Junid terpahat dalam sejarah yang tersenarai sebagai pejuang kemerdekaan.

Pasca merdeka , kaum Wanita Melayu Muslim menjalani perubahan yang ketara dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan , ekonomi dan politik.Penyertaan wanita sedikit-demi sedikit semakin menonjol sehingga pelbagai organisasi mula menampilkan sayap wanita dalam pergerakkannya.

Dalam sektor awam dan swasta wanita mula diberi tempat untuk aktif menyumbang kepada proses pembangunan Negara yang dipacu selepas Negara mencapai kemerdekaan. Semakin ramai yang menyertai sektor perkhidmatan awam bukan sahaja sebagai kakitangan bawahan tetapi telah diberi kepercayaan menjawatn posisi penting dalam pentadbiran dan pengurusan Negara. Ketika itu kaum wanita sudah berganding bahu dengan kaum lelaki dalam memacu pembangunan Negara.

Apakah realiti kaum Wanita Melayu-Muslim masakini?

Di zaman penjajahan British malah selepas merdeka budaya kehidupan wanita telah dipengaruhi kuat oleh arus kemodenan dan pemBaratan.Rasa kagum dan inferior kepada apa sahaja yang datang dari Barat mendedahkan kaum wanita Melayu banyak tercorok pemikiran dan gaya hidup mereka..Faham sekular dari pendidikan yang diterima dari sistem penjajah telah merubah persepsi dan pandangan hidup mereka terhadap agama.

Pemikiran bahawa soal agama adalah soal peribadi dan masalah ritual semata-mata sangat berleluasa terutama dikalangan wanita Melayu kelas menengah dan elit.Akibatnya kehidupan yang semakin terpisah dengan agama mulai menguasai kehidupan kaum wanita Melayu.

Sementara itu akibat dari kebangkitan gerakan Islam pada tahun 70 an , kaum wanita Melayu terutama di kalangan pelajar-pelajar di IPT tempatan telah turut menerima bahang pengaruhnya. Di saat itulah muncul suatu kesedaran baru terhadap faham Islam yang lebih menyeluruh dan melengkapi.Natijahnya terlihat kepada pakaian dan tertib kehidupan bermula dari segelintir wanita muda di kampus dan akhirnya merebak kepada masyarakat umum.

Akan tetapi bahang Islamisasi kehidupan wanita Melayu turut juga berhadapan dengan arus kemodenan Barat yang maseh mendominasi.Secara umumnya perubahan fizikal dari segi pakaian dan penyertaan kaum wanita dalam majlis-majlis agama berkembang dan pada akhir 70 an dan pertengahan 80 an kelihatan suatu arus Islam yang sangat ketara berkembang dikalangan wanita Melayu.

Namun perkembangan ini tidak muncul sebahgian besarnya sebagai suatu penghayatan akan tetapi menjadi suatu tren semasa yang tidak bertapak kukuh pada kekuatan kefahaman dan kesedaran Islam yang sungguh-sungguh. Lantaran itu dari aspek agama berlaku suatu ironi dimana pakaian bertudung menjadi sangat dominan namun kerosakan akhlaq juga semakin menjadi-jadi dikalangan wanita Melayu terutama dikalangan generasi muda.

Disamping itu maseh sangat ketara status wanita Melayu dalam hal sosio-ekonomi maseh terbelakang berbanding dengan wanita kaum lain. Dalam pergerakan masyarakat kepimpinan wanita Melayu belum terserlah terutama yang berciri Islam. Kini yang ada ialah golongan wanita yang cenderung sekular dan liberal semakin menguasai gerakan NGO dan yang tercebur dalam dunia intelektual dan korporat.

Budaya dan gaya hidup elit yang keBaratan sangat dominan dikalangan mereka yang berada dikalangan kelas menengah. Budaya konsumerisme Barat cukup menguasai kelompok ini dan ini dapat dilihat secara zahir pelbagai pengaruh Barat yang diterima dengan ghairah oleh golongan ini dalam bermacam-macam dunia hiburan yang didalangi oleh media yang menonjolkan acara yang bernuansa Barat walaupun di selit sedikit unsur agama .

Manakala golongan wanita Melayu bawahan umumnya terus tidak terbela nasib mereka. Kelompok wanita pekerja kilang , wanita diperkampungan nelayan , pekebun kecil, tanah rancangan , kawasan sawah padi , kawasan setinggan , pengusaha kecil maseh banyak yang tertinggal dan tidak mendapat perhatian secukupnya.

Kini kaum wanita Melayu terdedah kepada pelbagai isu sosio-ekonomi yang menjejaskan kedudukan wanita. Isu kemiskinan , eskpolitasi ditempat kerja , barangan pengguna yang menjejaskan kesihatan , wanita menjadi objek seksual , eskploitasi dalam iklan dan media massa , penderaan rumah tangga , keruntuhan keluarga , wanita dan pengaruh budaya Barat , kerosakan akhlaq , penghakisan hak , khidmat agensi yang tidak sempurna terhadap wanita , diskriminasi ditempat kerja , pengaruh budaya pengguna semasa , …. Adalah antara isu yang sedang melengkari kehidupan wanita Melayu masakini.

Apa yang diperlukan untuk membawa transformasi kepada masyarakat wanita Melayu?

Dari realti di atas kita bertanggungjawab untuk mengembalikan wanita Melayu kepada kehidupan Islam yang menyeluruh. Pengaruh kemodenan yang keBaratan telah banyak merenggangkan watak wanita Melayu Muslim dari Islam itu sendiri.Disamping peranan dan penglibatan wanita telah berganjak dari posisi tradisionalnya kepada pelbagai sektor moden , pelbagai isu mula timbul yang mengikis penghayatan wanita Melayu terhadap Islam.

Terdapat faham sekular-liberal yang sedang menguasai pemikiran sehingga ada yang menganut faham gerakan feminis Barat terutama dikalangan mereka yang terdedah dengan pendidikan tinggi..Sementara itu juga fenomena kehidupan moden telah menyebabkan wanita Melayu menghadapi pelbagai proses kelunturan budaya dan gaya hidup Islam.Pengaruh budaya konsumerisme moden telah mengheret wanita Melayu kepada dunia global yang mengasingkan mereka dari syariat.

Wanita Melayu turut terheret dengan kehidupan yang dibentuk oleh kuasa pasaran dan dunia iklan. Akibatnya kelunturan akhlaq Muslimah semakin menjadi-menjadi. Untuk itu TERAS perlu memulakan sebuah gerakan wanita Melayu yang dapat memulihkan keadaan ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap insan Melayu yang insaf dan sedar supaya sebuah gerakan pemerdekaan diri dari penjajahan baru dibina oleh sekelompok wanita penggerak yang siap menjadi katalis perubahan masyarakat..

Mereka perlu menjadi golongan TERAS yang boleh memulakan sebuah gerakan yang mencetuskan riak dan gelombang Islam di setiap pelosok bumi Negara ini.

Dengan demikian semangat dari tokoh unggul Muslimah yang dapat digarap dari sahsiah mulia Siti Khadijah rodhiallahu.anha dan A’isyah rodhiaallahu.anha seharusnya menjadi titik mula untuk TERAS merangkul semua wanita Melayu Islam yang sedar terhadap kepincangan yang ada kini supaya dilaksanakan sebuah proses transformasi besar-besaran dikalangan wanita Melayu ke arah kehidupan yang Islamik secara total.


SKIMA TERAS

Skima 1.

Melahirkan individu wanita yang dibentuk keperibadiannya sebagai Muslimah teladan

Skima 2.

Membangunkan sebuah kesedaran ditingkat kelompok.

Skima 3.

Mengembang dan mengandakan kesedaran ditingkat massa.

Skima 4.

Mencetuskan gelombang transformasi masyarakat.

Skima 5.

Mengekal dan meneruskan perubahan berkelanjutan.


BERMULA DARI ….

Pertama :

Memahami realiti setepatnya

1. Apakah status kehidupan ekonomi wanita Melayu?

2. Apakah kedudukan budaya hidup wanita Melayu?

3. Apakah realiti wanita Melayu dalam hal penghayatan Islam?

4. Sejauhmana status intelektual wanita Melayu?

5. Bagaimana kedudukan wanita Melayu dalam sektor-sektor

: perkilangan

pertanian

perniagaan kecil

pekebun kecil

Kedua:

Menganalisa realiti sedalamnya

1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan maslah-masalah dari realiti itu timbul?

2. Bagaimanakah proses kelunturan akhlaq wanita Melayu berlaku?

3. Apakah peranan agensi yang sedia berkesan.?

4. Kenapa perubahan ke arah penghayatan Islam yang sebenar sukar dilaksanakan?

Ketiga :

Merubah realiti selengkapnya

1. Apakah persiapan keilmuan , keperibadian dan ketrampilan yang diperlukan untuk memulakan sebuah proses perubahan?

2. Bagaimana mengenalpasti elemen-elemen dari kalangan anggota masyarakat yang sudah bersedia menjadi jaringan bersama TERAS sebagai agen penggerak wanita?

3. Golongan sasaran yang mana yang seharusnya kita mulai?

4. Isu “entry-point” yang bagaimana yang perlu kita pilieh?

5. Bahan pendidikan apa yang perlu kita guna?

6. Kaedah perkaderan bagaimana yang seharusnya kita aplikasikan?


GERAKERJA

1. Latihan Berkelompok Pembinaan Kader Wanita TERAS

2. Pengemblengan masyarakat wanita mengikut isu semasa

3. Gerakerja Pendidikan Kesedaran Wanita dalam pelbagai aspek Kesihatan

4. Turun ke Lapangan untuk mendekati masyarakat wanita di komuniti akar umbi

5. Program Pembangunan Komuniti Wanita Desa

6. Gerakerja Ekonomi Wanita Mandiri.

7. Pembinaan Kelompok Wanita Muda.

8. Khidmat Kebajikan Wanita

9. Program Pendidikan Wanita dan Kekeluargaan

10. Pendidkan Wanita dan Penghayatan Islam

11. Pendidikan Wanita dan Budaya Hidup Pengguna Semasa

12. Program Pembangunan Daya Intelektual Wanita.

13. Program Pendidikan Wanita dan Undang-undang.


STRUKTUR OPERASI

Ketua Korodinator SALIMAH

Koordinator Latihan Penggerak

Koordinator Program-program Pendidikan

Korodinator Pembangunan Ekonomi Wanita

Koordinator Penggemblengan , Kempen dan Advokasi

Koordinator Pusat Khidmat Wanita TERAS

Koodinator Wanita Muda

3 comments on “SALIMAH
  1. Atriza berkata:

    assalamualaikum..
    salam juang untuk semua pejuang..

  2. saiful berkata:

    i m salut 4 ur srikandi2 yang sama2 berjuang untuk islam. ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!

  3. zila berkata:

    salam boleh x anda berikan sedikit komen mengenai status wanita Melayu dalam bidang politik dari zaman dahulu hingga kini.apakah perbezaan @perubahan yg berlaku?tlg lh utk memantapkn lg assignment sy

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031