HARI WANITA DESA SEDUNIA

MESEJ KHAS

Pergerakan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH )
sempena
MENYAMBUT HARI WANITA DESA SEDUNIA 15 OKTOBER 2010
15hb Oktober 2010


Wanita Desa kini menjadi perhatian dunia apabila timbul kesedaran betapa wanita desa berperanan besar dalam pelbagai aspek kehidupan . Mereka diiktiraf sebagai penyumbang kepada penerusan sosio-ekonomi dunia yang sedia ada , akan tetapi sumbangan mereka maseh tidak dinilai dengan wajar.Tanpa disedari wanita desa bukan sahaja terpinggir malah sedang menjalani kehidupan yang sangat tersepit akibat sistem ekonomi-politik dunia yang pincang.
Hakikatnya populasi wanita desa meliputi seperempat penduduk dunia , sedangkan seramai 500 juta dari kalangan mereka hidup dibawah garis kemiskinan di kawasan desa.
Ini sangat tidak mengambarkan dunia yang adil kerana di sub-Sahara Afrika dan Caribbean sahaja , wanita menghasilkan 60-80% makanan asas .
Sementara mereka menjadi penghasil makanan untuk dunia mereka pula berada dalam keadaan misikin yang ketara.
Begitu juga di benua Asia wanita desa adalah 50% dari tenaga buruh yang terlibat secara intensif dalam penanaman padi . Sedangkan pendapatan mereka juga tidak mampu untuk menampung kehidupan seharian akibat dari sistem pertanian kapitalis yang dipaksa keatas mereka. Kos input pertanian yang tinggi akibat dominasi input pertanian ditangan syarikat multinasional serta sistem pasaran yang tidak adil telah mengakibatkan wanita desa yang terlibat dalam kerja pertanian tertindas.
Manakala wanita desa juga melaksanakan 30 % dari kerja pertanian di negara-negara industri . Mereka yang membanting tulang sudah semestinya menampung keperluan makanan untuk penduduk di kawasan Bandar. Akan tetapi mereka justeru maseh berada dalam keadaan miskin akibat sistem pasaran yang tidak adil.
Fakta juga mendedahkan bahawa wanita adalah 60% dari ketua rumah di sebahagian kawasan di Afrika. Mereka juga mengguna 90% keperluan air dan tenaga domestik di Afrika. Yang lebih signifikan lagi ialah wanita memproses 100% makanan asas untuk isi rumah di Afrika.
SALIMAH menyedari betapa peringatan Hari Wanita Desa seDunia pada setiap 15hb Oktober yang diperkenal dalam persidangan kali ke 4 Persidangan Wanita seDunia pada 1995 di Beijing adalah penting dan perlu diberi perhatian. Semenjak 1997 kempen sedunia ini diadakan untuk memperkasa dan mendidik wanita desa dan telah disambut di lebih 100 negara.
Ia adalah usaha bagi menampilkan kepentingan peranan dan mendedahkan kondisi wanita desa .Akibat dari sistem sosio-ekonomi dunia yang lebih menguntungkan syarikat multinasional , wanita desa menjadi mangsa kepada kemiskinan yang merupakan natijah dari sistem monopoli dan manipulasi pasaran yang diujudkan oleh perdagangan dunia.
Pada hal wanita desa menyumbang kepada sekuriti bekalan makanan dan kestabilan sosio-ekonomi desa . Di negara-negara membangun wanita desa yang menjaga benih pertanian, mengawal sumber air serta sumber hutan. Malah dengan keakraban wanita dengan sumber alam , merekalah yang lebih memahami betapa eskploitasi yang ganas oleh syarikat multinasional terhadap sumber alam telah menjejaskan sekurit makanan diseluruh dunia.
Ditangan wanita desa terlindung benih tanaman yang sangat penting untuk menjaga keseimbangan ekologi alam.Mereka faham betapa amalan mono-kultur yang diamal oleh sistem pertanian sekarang boleh menjejaskan sekuriti makanan.
Mlanagnya dalam keadaan semada diberi perhatian dan adakalanya mereka tidak diberi sebarang status samasekali , mereka kerap tidak mendapat hak kepada tanah , akses kepada perkhidmatan kredit , kemudahan untuk mendapat input pertanian , akses kepada perkhidmatan latihan dan pendidikan yang diperlukan.
Sehingga kini kebanyakan sumbangan mereka tidak dapat dilihat dengan nyata . Lantaran itu kerja mereka tidak diberi nilai ekonomi yang sewajar.
SALIMAH berpandangan Sambutan Hari Wanita Desa seDunia ini diharap akan menonjolkan kehadhiran dan kepentingan mereka serta nasib mereka yang perlu di bela.
Di Malaysia walaupun mobiliti (tahap penglibatan dalam kerjaya formal) wanita desa semakin tinggi akibat peluang kerjaya serta pendidikan yang semakin luas , akan tetapi sebahgian besar mereka yang menjadi penduduk desa maseh memerlukan pembelaan.
Maseh ramai wanita desa yang terlibat dengan pertanian , industri makanan , penoreh getah , petani sayuran , penjual buah-buahan bermusim , menjual hasil laut dan menghasil kerjatangan yang tidak mendapat perhatian secukupnya untuk mengeluar mereka dari putaran kemisikinan.
Di kawasan pendesaan komuniti nelayan , kerja mereka memasar dan memperoses tangkapan laut sangat besar ertinya dalam membekal sumber protein negara. Akan tetapi taraf pendapatan mereka maseh rendah.
Wanita desa di kawasan tanaman padi juga tidak menunjukkan sumbangan mereka diiktiraf dengan sewajarnya. Walaupun pekerjaan di sawah maseh didominasi oleh kaum lelaki namun kaum wanita tidak kecil sumbangan mereka dalam sektor tersebut. Di luar kawasan pengairan wanita maseh terlibat dalam membantu kerja seperti menyemai , menanam , merumput dan menuai.
Dalam kawasan perladangan pula maseh ramai wanita terlibat dalam kerja-kerja buruh seperti penoreh , mengumpul susu dan sekrap getah , pengumpul buah kelapa sawit . Malah di perkampungan pekebun kecil dan di tanah rancangan kaum wanita desa terlibat membantu meningkatkan sosio-ekonomi rumahtangga.
Akan tetapi isu-isu yang melibatkan kebajikan dan status wanita desa maseh belum cukup difahami . Isu yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan , bebanan wanita dalam kerja rumah dan mengasuh anak , ekploitasi tenaga wanita desa dalam sektor industri , tahap perkhidmatan kebajikan kepada wanita yang memerlukan, penglibatan wanita desa dalam partisipasi kepimpinan diperingkat desa , migrasi wanita desa ke Bandar adalah antara beberapa isu yang tidak diberi perhatian.
Dalam keghairahan negara memacu pembangunan inilah SALIMAH berpandangan status wanita desa perlu diberi perhatian. Lantaran mereka adalah golongan yang paling terdedah dan mudah terpinggir , polisi untuk memastikan status mereka diperkirakan hendaklah dimasukkan dalam kerangka pembangunan nasional.
Kami dengan ini mengusulkan perkara berikut:

1. Status wanita desa dalam semua sektor pekerjaan di desa hendaklah diambilkira secara khusus dalam penilaian dan peruntukan pembangunan negara.
2. Sebuah Majlis khas yang memantau mengenai status sosio-ekonomi wanita desa hendaklah diujudkan untuk menentukan segala polisi pembangunan desa yang dilaksanakan hendaklah menurutsertakan suara , hak dan kepentingan wanita desa.
3. Wanita desa sangat terdedah kepada pelbagai produk pengguna yang sering dilambakkan ke pasaran desa. Pihak agensi kerajaan yang berkaitan dengan hal ehwal kepenggunaan perlu memberi perhatian khas kepada pendidikan kepenggunaan dikalangan wanita desa.
4. Tahap perkhidmatan kesihatan untuk wanita desa hendaklah dipertingkatkan ketahap yang paling efektif dan efisien. Kos kesihatan di kawasan desa hendaklah dikawal agar perkhidmatan kesihatan yang diberi oleh klinik-klinik swasta dikawasan desa tidak mengeskploitasi mereka.
5. Wanita desa adalah pelindung kepada kualiti alam sekitar desa. Mereka harus diperkasa melalui proses penyertaan yang aktif dalam mebuat keputusan penggunaan sumber alam setempat. Penyertaan mereka dalam semua istitusi dan organsisasi masyarakat desa hendaklah di pertingkatkan.
6. Akses wanita desa kepada tanah , input pertanian , skim kredit keushawanan hendaklah diperluaskan. Skim latihan bagi meningkat daya kemahiran dan pengetahuan keushawan wanita desa perlu diperbanyakkan liputannya.
7. Institusi latihan dan pendidikan perlu memberi ruang yang lebih luas untuk melibatkan wanita desa dalam proses pemerkasaan desa. Latihan kepimpinan dan kemahiran pengurusan dan keorganisasian hendaklah didedahkan kepada wanita desa.
8. Aliran migrasi wanita desa ke Bandar perlu dipantau supaya kesan sosio-budaya dan ekonomi kepada wanita desa tidak terjejas. Sistem gayahidup Bandar yang sering mempengaruhi hidup wanita yang tidak mesra alam dan sering tercemar budaya memerlukan perhatian serius.
9. Taraf hidup wanita desa yang terpaksa menjadi ketua isirumah perlu diberi perhatian agar mereka tidak terperangkap dalam putaran kemiskinan . Statitistik terkini mengenai kedudukan wanita desa ketogeri ini dari segi kebajikan , status ekonomi dan kesihatan perlu dikemaskini untuk menyalurkan perkhidmatan yang sewajarnya.
10. Wanita desa yang maseh mempunyai kemahiran dalam perubatan tradisional seperti bidan kampong dan tukang urut hendaklah diberi pengiktirafan sewajarnya sebagai perawatan pelengkap kepada sistem kesihatan primer (primary health care) yang sedia ada.
11. Setiap desa perlu diujudkan pusat kegiatan sosio-ekonomi wanita desa untuk mempertingkatkan keupayaan mereka menyusun kegiatan dengan lebih teratur dan berkesan bagi menyumbangkan kepada kesejahteraan desa.

 

 

Rubiyah Harun

Pengerusi Pergerakan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH)

Negeri Kedah

F10114A , Kg.Pondok , 08400 Merbok , Kedah.

Tel : 0195283131 ,

 

 

Masadah Sajadi

Timbalan Pengerusi SALIMAH Kedah

Tel : 0124753245

2 comments on “HARI WANITA DESA SEDUNIA
  1. khalijah bt haji moha rejab berkata:

    Assalamualaikum saya biasa dengar dan membaca sedikit sebanyak perkembangan SALIMAH. Dengan ini saya ingin menjadi ahli atau dapat maklumat bagaimana boleh saya mengikuti aktiviti2 yang dijalankan olih SALIMAH. Kersama dan bantuan puan amat dihargai, terima kasih

    • ibnuazmi99 berkata:

      waalaikumussalam… hrp Puab hubungi Puan Masadah, Setiausaha SALIMAH Kedah : 0124753245. Tk.

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031