Deraf Resolusi Mengenai Bangladesh

Kezaliman, penindasan, penjajahan dan pencerobohan terhadap hak manusia dan bangsa-bangsa semakin terserlah kini. Kejahatan setara dengan peperangan dunia pertama, dan kedua terus dilakukan oleh manusia , bahkan dilakukan oleh negara yang dipanggil sebagai negara maju yang menghormati hak asasi manusia, seperti Amerika , Britain dan beberapa buah negara Eropah bersama negara penjajah Israel.

Bukan sedikit piagam hak asasi, Bill of Right perisytiharan hak asasi manusia yang telah disepakati dan diluluskan oleh P.B.B. dan Badan Badan Antarabangsa yang lain, namun kezaliman , penyiksaan terhadap manusia , penyiksaan tahanan di Guantanamo, Baghram, di Abu Gharib dan berbagai tempat rahsia lain tetap berlaku dengan dahsyatnya atas nama memerangi keganasan.

Kejahatan menyiksa OKT sangat berleluasa , khasnya di negara-negara dunia ketiga di Asia dan Afrika. OKT berkenaan kadang-kadang merupaka lawan dan seteru politik, ahli NGO’s , warga asing dan lain-lain.

Perkembangan mutakhir di Bangladesh menonjolkan amalan memangsakan seteru politik dan NGO Islam sangat menyolok mata. Gerakan Jamaat Islami yang merupakan aliran Islam yang utama di Bangladesh digerogoti dan ditindas dengan peruntukan undang-undang yang zalim, bercanggah dengan perlembagaan negara itu sendiri malah bercanggah dengan Statut Rome, Perakuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), di samping bertentangan dengan nilai dan norma agama dan akhlak.

Dalam konteks Islam Allah telah mengharamkan penyiksaan terhadap manusia tanpa keabsahan nas dan dalil syara’.
Allah berfirman dalam Surah al Ahzab ayat 58:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَاناً وَإِثْماً مُبِيناً [الأحزاب:58].

Orang-orang yang menyiksa mukmin lelaki dan perempuan tanpa kesalahan serta kejahatan yang mereka lakukan maka golongan itu memikul beban pendustaan dan dosa yang nyata.

Malah dalam Surah Ali Imran ayat 21 Allah menegaskan:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

”Orang orang yang kufur dengan ayat-ayat Allah , membunuh para Nabi tanpa asas yang benar malah membunuh golongan penyeru manusia kepada keadilan maka sampaikan berita gemberi untuk mereka baha mereka akan berhadapan dengan siksa yang sangat pedih..

Rasulullah bersabda:
إن الله يعذب الذين يعذبون الناس في الدنيا. رواه مسلم.
Allah akan menyiksa orang yang menyiksa orang lain ketika hidup di dunia.”

: كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه. رواه مسلم.
Setiap orang Islam haram menceroboh nyawa, harta dan nama baik orang Islam yang lain

Rasulullah bersabda lagi :
: صنفان من أهل النار لم أرهما قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس….. رواه مسلم.
Dua kategoro ahli neraka yang tidak pernah aku lihat seperti mereka. Antaranya ialah orang yang mempunyai camti macam ekor lembu dan sebok memukul orang dengan camti itu.

Sebenarnya kerja menyiksa manusia muslim atau kafir menjatuhkan maruah kemanusiaan. Perbuatan tersebut merupakan penghinaan kepada makhluk Allah.

Pada hal Allah telah memuliakan dan menghurmati anak Adam dan manusia seluruhnya. Allah berfirman dalam Surah al Isra’ayat 70:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً

Para ulama ramai berpendapat bahwa haram perbuatan yang demikian.
Mereka bersandarkan kepada dalil hadith :

لا يعذب بالنار إلا رب النار
“Tidak boleh menyiksa orang dengan api kecuali Tuhan pencipta api.”

Juga hadith Jabir Bin Zaid :

Maksudnya:
”Allah melaknat orang yang menyiksa mengganggu orang muslim lain :dalam perjalanan mereka. Allah mengutuk orang yang berhubung seks dengan binatang.”

Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan kejam dan zalim serta membolot harta ghanimah atau fai’ \ harta awam. ( Musnad Imam Rabi’)

Allah melaknat orang yang menjadikan makhluk bernyawa sasaran memanah, (menimbak dan penyiksaan)

Oleh kerana Islam menghargai manusia dan statusnya sebagai manusia Islam menjaga lima kepentingan asasi mereka seperti hak untuk, hidup, bebas beragama , hak memiliki harta, hak kehurmatan dan seterusnya . Untuk menjaga hak-hak ini Islam menggariskan beberapa peruntukan khusus.

Umpamanya Islam mengganggap kewajiban menjaga , melindungi dan mempertahankan hak adalah suatu pendekatan diri kepada Allah. Malah dari perspektif Islam hak memang wajib dilindungi . Adalah suatu amalan lohor dan suci berjuang membela hak.

Perlindungan hak ini dapat dicerakinkan sebagai berikut:

a)Perlindungan Allah
Perlindungan ini dapat dirasakan oleh manusia yang beriman kepada Allah, justeru keimanannya yang kental menjadi penggerak segala kelakuannya. Ia akan merasakan keagongan Allah dan kelangsungan keperihatinannya kepada Allah serta pengawasan Allah yang berketerusan akan menghalang seseorang itu daripada menceroboh hak orang lain dan sentiasa menjaga hak diri sendiri.

b) Perlindungan Dhamir, hati nurani atau intuisi umat
Perlindungan ini lahir dari keinsafan batin yang tinggi dan kepekaannya terhadap kelohoran hak Allah dan kesuciannya . Dengan itu orang yang mempunyai hati nurani yang hidup akan terus menjaga dan melindungi hak diri sendiri dan juga hak orang lain dan orang ramai..

c) Perlindungan masyarakat : perlindungan ini ujud dari amalan dan kesedaran umum hasil dari semangat integrasi dan perasaan solidariti , saling bantu membantu dari sudut ekonomi dan politik yang menjadi amalan umat Islam. Rasulullah bersabda: Sikap dan amalan hidup orang orang yang briman ini dari sudut kemesraan, kasih sayang dan simpati ibarat sebatang tubuh atau jasad. Kalau mana-mana anggota mengalami kesakitan maka anggota yang lain ikut menanggong merasa tidak selesa sehingga tak boleh tidur dan ikut demam.

d) Perlindungan negara: Perlindungan negara tercerna dalam bentuk perlaksanaan hudud, qisas dan hukum ta’zir berdasarkan kriteria tertentu. Negara boleh melindungi dan mempertahankan hak-hak tersebut meskipun merentas benua melalui cara atau kaedah tertentu dan saluran pertubuhan antara bangsa.

Dalam kontek hari ini terdapat banyak perjanjian antara bangsa yang mengharamkan perbuatan menyiksa manusia atau OKT tanpa asas. Negara umat Islam seperti Bangladesh dan lain-lain wajar menjadi benteng melindungi hak-hak asasi umat Islam di negara mereka.Adalah tidak wajar pemerintahnya menjadi algojo yang menyiksa dan menghukum rakyat.

Umumnya sebab meratanya amalan menyiksa OKT dan rakyat adalah kerana kurang kesedaran beragama , dan kepekaan terhadap undang-undang. Ini diburukkan lagi oleh amalan undemocratic kalangan para penguasa,, kurangnya sikap terbuka dan faham pluralisme yang sihat,di samping ketidakbebasan pengadilan dan pehak Jaksa Pendakwa, Berleluasanya keganasan dan amalan menyeksa OKT adalah juga kerana pehak keselamatan telah diperkuda dan menjadi perkakas atau alat pehak atau parti yang memerintah. Perkara ini berlaku kerana motif permusuhan politik kepartaian dan kebencian personel hasil daripada permusuhan yang lama.

Selaras dengan itu pehak MAPPIM dan SHURA menyeru para penguasa Bangladesh agar tunduk kepada tuntutan keadilan dan kebenaran. Agar mereka kembali menghurmati perlembagaan negara asal yang menobatkan Islam sebagai penentu dan pencorak negara Bangladesh sepertimana yang telah dilakarkan oleh para leluhur pemimpin politik silam yang berjuang untuk tujuan yang murni tersebut. Tindakan mereka merubah dan menghapuskan peruntukan tersebut merupakan tindakan mundur ke belakang dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar yang menuntut Islam dilembagakan secara ”Kaffah dan Syumul”.

Ulama dan gerakan ulama di Bangladesh malah seluruh warga negara Bangladesh yang prihatin hendak bahu membahu mengangkat martabat Islam sebagai penentu identiti Bangladesh baik rakyat mahupun pemerintah. Peristiwa besar , berupa malapetaka alam dan janji Allah untuk menghancurkan golongan yang zalim seperti yang termaktub dalam al Quran permu diingati dan disediakan persediaannya.

Allah berfirman dalam Surah al A’raf ayat 69:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ}[الأعراف:96

” Seandainya penduduk sesuatu lokaliti itu beriman dan bertakwa nescaya Kami bukakan pintu keberkahan langit dan bumi, tapi mereka mendustakan agama lalu Kami renggut nyawa mereka lantara perbuatan mereka.”

Dengan itu kami menyeru agar kerajaan Bangladesh segera membebaskan semua pimpinan Jama’at Islam Bangladesh dan mengambalikan semula hak-hak mereka dari segi kepebebasan peribadi, hak untuk berpolitik dan sebagainya.

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031