HIJRAH BANGSA

– DARI JIWA HAMBA KEPADA JIWA MERDEKA

 

Kita sedang melalui suatu zaman fitnah luar biasa. Dari satu sudut persoalan jatidiri bangsa terhakis secara sangat pentas , kita juga menyaksikan kemerosotan yang sangat mengerikan krisis kepimpinan bangsa yang bakal mencukupkan syaraat untuk kita hancur seluruhnya.

 

Sangat aneh dikala pempin-pemimpin yang memegang kuasa cuba member gambaran bahawa semuanya dalam keadaan stabil namun reality dari apa yang dipaparkan dalam media , menunjukkan percakaran untuk merebut jawatan sudah memuncuk kepada amalan yang menjijikkan.

 

Setelah 11 tahun usia TERAS cuba mengushakan perubahan bangsa , nampaknya keadaan tidak semakin membaik malah terus meruncing. Kami mencari punca kepada situasi yang parah ini.

 

Yang jelas dapat diketengahkan ialah antara lain rupa-rupanya bangsa ini maseh belum cukup beranjak dari sindrom  jiwa hamba . Sebagai sebuah bangsa yang telah melalui proses transformasi total bila memdapat sentuhan Islam sejak abad 14 lagi rupa-ruupa pengelaman dijajah selama 446 tahun dan merdeka selama 51 tahun maseh tidak menampaknya sindrom jiwa hamba dilepasi. Maka sebagai kaibat terbelengulah manusia Melayu dalam pemikiran dan jiwa hamba yang membeku. Hal ini TERAS melihat sebagai punca besar. Sementara ada yang boleh menafikan ujudnya sindrom ini namun relaiti kehidupan merupakan manifestasi yang tidak dapat diselindung sebagai kenyataan yang member wajah harian bangsa ini.

 

Feneomeno jiwa hamba amat mengesankan sehingga ia memabawa kesan berjenegarsi . ia juga merentas segala aspek perjawatan termasuk juga dalam hal kemasyarakatan. Jiwa hamba bukan sekadar sebuah nilai abstark tetapi adalah belenggu yang mengongkong dan memenajar setiap insane Melayu yang tidak dapat keluar dari kepompong penjajah.

 

Dengan sebab itu kami mengenengahkan….

 

 

 

 

 

 

 

 

Persoalan bangsa memerlukanm perbincangan bukan lagi yang bersifat akademik. Akan tetapui perbahasan yang menjurus kepada tindakan yang dapat merungkai kemelut dan kekusutan secara tuntas

Untuk yang demikian TERAS ingin berganjak dari sekadar membicara persoalan abstrak yang belum jelas penyelesaian dan kepentingannya. Akan tetapi kami berpandangan yang lebih segera dan lebih mendesak ialah menangani persoalan-persoalan secara zahir yang sedang berlaku dan sedang mengikis jatidiri bangsa sekaligus melesukan sendi kekuatan bangsa. Sememangnya juga kami tidak menafikan bahawa punca asal dari kekusutan bangsa yang berlaku kini bermula awal dari persoalan rosak pemikiran dan ini pula bercambah dari dasar dan konsep ilmu yang salah. Sememangnya juga menghurai dari dasar masalah bersifat konsep itu leebih mampu mencernakan penyelesaian yang lebih mapan lantaran dari konsep ilmu yang salah itu jualah yang membenihkan kerosakan yang berentetan . Namun begitu sementara persoalan alam pemikiran yang dikaitkan dengan epistemology     serta pandangan alam bangsa perlu disejahterakan semula, kami berpandangan masalah perlakuan dan tabiat seharian bangsa perlu segera dirubah. Kami berpandangan bahawa sudah terlalu berlarutan kita dikusutkan dengan isu-isu yang jelas belum diselesai dengan muktamad bahawa ada isu yang tidak memerlukan perbahasan yang berpanjangan. Bahawa jika bangsa ini dapat digembleng dan dikerah untuk dimerdekakan dari segala kebejatan, bebanan bangsa yang menyebabkan daya maju dan daya membangunkan akan segera dapat diringankan dan seterusnya memperkasakan bangsa akan menjadi lebih berjaya. Pendekatannya jelas, perangi yang fasad dan mungkar  dalam kehidupan bangsa dan suburkan yang membina dan yang soleh dalam seluruh amalan kehidupan.

Lantaran itu, kami merasa amat janggal membicara yang abstrak sedang umat Melayu terus melata sebagai yang contohnya paling tinggi terlibat dengan gejala dadah di Negara ini. Kita menjuarai hamper semua gejala social yang kini menjadi seolah – olah watak bangsa yang hamper serasi. Ketika mana kita sedang bergelut dan bersimpang siur membahas masalah symbol ketuanan, bangsa ini jualah ramai berada di bawah paras kemiskinan dan dihimpit dalam miskin tegar.

Di saat media ghairah memperkatakan soal kontrak social dipolemikkan, bangsa ini jugalah yang tidak berdaya memastikan kehidupan di kawasan desa dapat dipertahankan dari tanah milik bangsa ini tidak lenyap ditelan pembangunan.

Justeru, bangsa Melayu masih terus berada dipinggir walaupun sebuah kebijaksanaan bernama DEB dijadikan pendekatan untuk menyelamatkan status bangsa dalam proses kemajuan pasca merdeka. Malangnya, atas nama DEB inilahgolongan elit menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk membolot kekayaan. Sementarabangsa Melayu terbanyak masih berada dipinggir arus pembangunan.

Kami menjadi semakin yakin bahawa kerja penting yang perlu digerakkan untuk mengembalikan bangsa Melayu kepada martabat yang mulia dan dihormati adalah member focus kepada soal membenteras segala unsur yang fasadyang dibebani bangsa ini.

Sudah tiba bangsa kesedaran kita merentap dari semua sempadan politik dalam soal merawat penyakit yang menjangkit jiwa dan perilaku bangsa Melayu. TERAS munkin benar dengan pengemblengan bersungguh semua kelompok masyarakat serta agensi dan institusi bangsa Melayu. Kita berpotensi untuk keluar dari kekusutan dan kemelut bangsa yang sudah sekian lama berlanjutan.

Secara realistikk gerakan kita perlu menangani hal-hal yang jelas tidak perlu berpolemik panjang.

Kita kerah habis-habisan tenaga seluruh masyarakat kita untuk menghapuskan gajala dadah hingga ke akar umbinya. Sudah jutaan wang dihabiskanuntuk mengatasi sindiket dadah yang membunuh ini. Seluruh masyarakat perlu digemblengkan sebagai laskar memerangi penyalahgunaan dadah “once and for all”

Demikianlah juga ketika kita masih melihat adanya kecenderungan segelintir bangsa Melayu berjinak-jinak dengan arak. Industri syaitan yang dibenarkan berada di tengah-tengah masyarakat ini tidak harus dikompromi. Apakah susah benar untuk kita mengatasi isu arak ini walaupun ia nyata sebuah industry yang beroperasi dengan lessen yang dilulus oleh pihak kerajaan sendiri.

Sementara isu arak dianggap terkecuali dari isu orang  bukan Islam. Akan tetapi sebenarnya kita tidak berusaha secara agresif untuk memastikan air syaitan ini dibasmi dari bumi Malaysia seperti yang dapat dilakukan di Brunei Darussalam.

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031