GERAKAN MASYARAKAT QARIAH

VISI

Melahirkan masyarakat yang Islamik dalam semua aspek kehidupan bercirikan keutuhan pegangan masyarakat kepada Islam , berfikiran kritikal terhadap segala persoalan , berdikari dan memenuhi segala sifat-sifat komuniti yang memenuhi ciri sebagai khairo ummah.

MISI

Mencetak penggerak qariah yang menjadi anasir perubah dan pengembleng masyarakat ke arah memenuhi Visi di atas.

OBJEKTIF:

1.       Menanam kefahaman dan penterjemahan Islam dalam semua aspek kehidupan masyarakat qariah.

2.       Mengujudkan penggerakkan masyarakat dalam setiap qariah.

3.       Melaksanakan proses perubahan masyarakat qariah melalui penggerak yang dilatih.

4.       Mengujudkan gerakan pelayanan dan peningkatan taraf sosio-ekonomi masyarakat qariah.

5.        Melahirkan ciri masyarakat mandiri yang dinamik , kreatif dan produktif.

6.       Memulakan proses perubahan lokal untuk menjadi bibit-bibit melahirkan perubahan nasional bagi menjayakan transformasi negara yang menyeluruh dan Islamik.

 

GERAKERJA STRATEGIK

Tahap 1: Mengenalpasti individu qariah berpotensi untuk dilatih.

Tahap 2; Melaksanakan latihan

Tahap 3: Pemantauan gerakerja aktivis di qariah.

Tahap 4: Membina skima kepimpinan dan struktur organsisasi lokal untuk aktivis qariah

Tahap 5: Memulakan gerakerja  perubahan dengan pelbagai aktiviti setempat (lokal)

Tahap 6: Memasukkan aktivis qariah dalam  skima Rangkaian Penggerak Qariah Nasional

PERINGKAT PERUBAHAN:

1.Mengenalpasti (memprofail) komunity qariah

  • Profail demografi penduduk dan institusi setempat
  • Profail status sosio-ekonomi komuniti qariah
  • Profail isu-isu / masalah qariah

2.Melibatkan masyarakat dalam proses membina keprihatinan terhadap isu-isu qariah

3.Aktivis qariah memulakan gerakerja contoh untuk memperbaikki taraf hidup komuniti qariah.

4.Masyarakat qariah digembleng untuk terlibat secara aktif dalam semua gerakerja yang dilaksanakan.

5.Masyarakat menilai bersama aktivis , perubahan yang dicapai dan pengukuhan perubahan untuk transformasi menyeluruh yang ingin dilakukan oleh masyarakat sendiri.

INDIKATOR PERUBAHAN:

Pembasmian/Pengurangan aspek negatif:

  • Kadar /tahap pengurangan segala bentuk gejala sosial (dadah, judi , arak , bahan lucah , rempit , lepak , bahan lucah , poteng sekolah , gangsterism , zina , anak luar nikah….)
  • Kadar/tahap jenayah
  • Kadar/tahap pembaziran yang dilakukan oleh masyarakat dalam pelbagai acara sosial (perayaan , perkahwinan , ….)
  • Kadar/tahap pengangguran
  • Kadar/tahap buang masa/sembang kosong
  • Kadar/tahap tabiat merokok
  • Kadar/tahap penceraian
  • Kadar/tahap tanah terbiar
  • Kadar/tahap penyakit yang dihidapi anggota masyarakat
  • Tahap kemiskinan

Pengukuhan/pengkayaan yang positif:

  • Tahap mengimaran masjid dan surau
  • Tahap solat cukup waktu
  • Kehadhiran majlis ilmu
  • Tahap membaca
  • Tahap penglibatan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan
  • Tahap kesedaran dan celik belanjauan
  • Kadar/tahap prestasi prestasi pelajar-pelajar sekolah
  • Tahap berjimat dalam pelbagai majlis sosial

AKTIVITI QARIAH:

Aktiviti membentaras yang negatif:

  • Kempen basmi gejala sosial (dadah, judi , arak , bahan lucah , rempit , lepak , bahan lucah , poteng sekolah , gangsterism , zina , anak luar nikah….)
  • Kempen Basmi Merokok
  • Kempen bendung pelbagai pemakanan yang tidak sihat
  • Program mengatasi konflik dalam masyarakat
  • Khidmat kaunseling remaja bermasalah
  • Kempen Pengaruh TV
  • Kempen bentaras jenayah

Aktiviti pengkayaan yang positif;

  • Pusat membaca dan Kempen  cinta ilmu
  • Kempen Penghayatan Islam Secara Kaffah
  • Kempen solat dan imarah masjid dan surau
  • Khidmat untuk warga emas , OKU
  • Pelayanan anak yatim
  • Program dialog dengan pelbai agensi kerajaan
  • Program JIRAN (Program memperkukuh kejiranan dan kehidupan bertetangga yang sihat)
  • Gotong royong membersih kampong/taman
  • Kempen menanam pokok
  • Kempen berbasikal
  • Kempen pengurangan dan kitar semula  sampah
  • Kempen pemeliharaan alam lingkungan
  • Kem Remaja Penuh Harapan
  • Pendidikan Keibubapaan
  • Kempen majlis perkahwinan sderhana dan berkelompok.
  • Khidmat hantar warga qariah untuk latihan kemahiran untuk hidup berdikari

Usha tanam sayuran

Bengkel kenderaan

Ternak Haiwan

Ternak Lebah

Ternak Ikan

Usha pemakanan

Usha tanaman buah-buahan

  • Diskusi qariah berasaskan tema

GERAKERJA QARIAH SETAKAT INI:

  1. Bilangan qariah yang ada penggerak yang dilatih : 370 ( 8 negeri)
  2. Bilangan yang sudah dilatih : 1300 orang
  3. Bilangan aktivis qariah yang aktif : 150 orang
  4. Qariah yang berfungsi aktif  : 30
  5. Aktiviti Latihan satu kumpulan (10 qariah) setiap 2 bulan sekali
  6. Mesyuarat aktivis:
  • Peringkat Qariah
  • Peringkat Mukim
  • Peringkat Negeri
  • Peringkat Nasional

SASARAN QARIAH:

Bilangan Qariah : 6400

Sasaran 2010-2011 : 1000 qariah

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031