Akta baru kawal peniaga

Akta baru kawal peniaga

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

pengarang@utusan.com.my

TERAS menyambut baik cadangan pihak KPDNKK untuk mengujudkan- Akta Antipengambilan Keuntungan Berlebihan bertujuan  untuk menyekat peniaga yang sengaja mengambil keuntungan berlebihan.

 

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin  ada rasionalnya dari sudut  untuk mengurangkan beban pengguna.

 

Bagaimanapun cadangan ini perlu dilihat dari sudut penguatkuasaannya secara praktikal. TERAS melihat bahawa memantau dan menguatkuasakan undang-undang yang berada dalam kerangka ekonomi pasaran bebas yang ada sekarang bukanlah mudah.

 

TERAS melihat bahawa yang lebih penting ialah pihak kerajaan memastikan bahawa unsur-unsur monopoli dan amalan menyorok barang benar-benar diatasi .

Peniaga yang menaikkan barang diperingkat jualan runcit sering menggunakan alasan bekalan dari pengedar dan pengeluar.

Oleh kerana itu yang penting ialah mengujudkan dasar yang menjurus kepada melindungi pengguna dari dieskploitasi oleh pihak pembekal.

 

 

Beliau berkata, tindakan sedemikian dapat mengelak pengguna daripada menjadi mangsa peniaga yang tamak dan mementingkan keuntungan semata-mata.

 

”Sudah sampai masa bagi pengguna mengambil langkah bijak dengan tidak membeli barang yang dijual dengan harga keterlaluan.

 

”Buatlah perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli kerana terdapat banyak pilihan bagi setiap barangan yang hendak kita beli.

 

”Sebagai pengguna, kita mesti menggunakan kuasa kita untuk memastikan harga barangan yang kita beli bukan ditentukan oleh peniaga semata-mata,” ujarnya.

 

Katanya, pengguna juga tidak boleh bergantung kepada kerajaan untuk melindungi kepentingan mereka tetapi harus memainkan peranan bersama.

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,065 hits
Kalendar
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031