TERAS membantah penganjuran persidangan FBI di Kuala Lumpur

TERAS amat terkejut bahawa sebuah persidangan agensi perisik Amerika akan diadakan di Garden and Residences , Mid Valley , Kuala Lumpur pada 18-23hb Julai 2010 ini.

Pengumuman ini kami perolehi dari lamansawang FBI National Academy Associatites untuk Asia Pasifik yang diketuai oleh Presidennya SAC I DATO’ SHAHBUDIN BIN ABDUL WAHAB.

Dinyatakan bahawa perhuubungan FBI National Academy Associates dengan PDRM bermula 1964 bila SAC Kassim Ali menghadhiri sessi FBI NAA itu buat kali ke 74 .

Sejak itu katanya 58 pegawai polis kanan dari PDRM telah menghadhiri kursus yang dianggap sangat istimewa . Antara yang turut hadhir ialah Tun Haniff Omar, bekas KPN . Kecuali 16 orang , yang lain dikatakan sudah bersara.

SAC Dato’ Shabudin mengatakan dalam kata-kata aluannya .persidangan itu disebut sebagai symbol kuasa dan hubungan rapat yang dapat dijalinkan dengan PDRM melalui FBI NAA Asia Pasifik.

Difahamkan persidangan ini ditaja oleh pihak-pihak berikut :

• Resorts World Genting

• Labuan Financial Services Authority

• Yasmin Teknologi Sdn Bhd

• i2 Group

• TAIT Radio Communications

• Visual Analysis

• Financial Park Labuan Sdn Bhd

• Public Bank Berhad

• Permodalan Nasional Berhad

• Tourism Malaysia

TERAS membantah dengan keras persidangan ini diadakan di Malaysia yang melibatkan sebuah agensi risikan Amerika yang jelas mempunyai rekod menjadi dalang dalam pelbagai konspirasi untuk menjatuh pemimpin-pemimpin negara yang tidak sebulu dengan Amerika.

Sebagai sebuah agensi perisikan Amerika yang utama selain CIA , pelbagai rekod operasi melibatkan penyeludupan agen-agen perisik di seluruh dunia dilaksanakan untuk kepentingan Amerika.

Dua agensi paling berkuasa di Amerika iaitu FBI dan CIA terkenal di Amerika sendiri sebagai agensi yang merosakkan hak individu , hak kebebasan bersuara dan hak memilih pemimpin yang semuanya dilakukan atas nama keselamatan nasional.

Oleh itu sejarah Amerika sarat dengan skandal yang dikaitkan dengan dua agensi ini termasuk insiden asasinasi Kennedy , kegagalan membunuh Fidel Castro; bom Oklahoma City ; pembunuhan beramai Waco Texas dan 9/11.

TERAS amat kesal dengan maklumat rupanya Malaysia telah menjalinkan hubungan kepolisian dengan FBI yang membuktikan betapa perhubungan seperti ini dilakukan tanpa pengetahuan dan perbahasan dikalangan rakyat mahupun di Parlimen.

TERAS mendesak agar pihak kerajaan menjelaskan apakah rasional perhubungan PDRM dengan FBI selama ini , sejauhmana maklumat keselamatan negara diserah kepada FBI dan berapa perbelanjaan yang terlibat dalam latihan pegawai PDRM di FBI.

TERAS membantah dengan keras persidangan ini dan menuntut agar pihak kerajaan menghentikan perhubungan dengan FBI

Tidak ada gunanya kerajaan menyatakan Malaysia mempunyai kedaulatan sendiri tetapi secara rahsia menjalinkan hubungan dengan kuasa perisik Amerika yang mempuyai agenda untuk mengawal pengurusan keselamatan negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
1 comments on “TERAS membantah penganjuran persidangan FBI di Kuala Lumpur
  1. Shuhaili Salleh berkata:

    Mengapa di Malaysia? Apa gahnya FBI tersebut? Apakah rakyat Malaysia tiada yang berkebolehan melatih anggota PDRM sehingga bertaraf dunia? Apa yang pemimpin Malaysia lihat? Hilangkah kepercayaan pemimpin kepada PDRM?

    Banyak lagi persoalan yang timbul… termasuk agenda POLITIK?

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,099 hits
Kalendar
Julai 2010
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031