KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN

Forum

21 hb November 2004

Mendapat berita seorang kanak-kanak di bunuh kejam sudah cukup menghibakan disamping menimbulkan rasa marah yang teramat sangat. Namun mendengar seorang

kanak-kanak membunuh diri kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan dalam sebuah sistem pendidikan yang kita cuba banggakan di Negara ini lebih melukakan

kita.

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psaikologi , sememangnya sakit jiwa dan mental di Negara ini bagaikan bom jangka.

Kes bunuh diri seorang kanak-kanak beberapa hari yang lalu sepatutnya membangkitkan rasa insaf dan menyedari betapa seriusnya keperluan untuk kita menilai semula sistem penilaian kecemerlangan dalam pendidikan kita yang ada.

Mungkin tidak dapat diterima ini disebabkan kelemahan keseluruhan sistem pendidikan kita yang ada , akan tetapi kita tidak dapat mengelakkan dari menerima hakikat bahawa ada aspek yang asas yang perlu dilihat secara kritikal . Iaitu bagaimana sistem pembelajaran dan pengajaran boleh memberi kesan psaikologi yang mendalam kepada perasaaan seorang kanak-kanak.

Tidak dapat dinafikan kanak-kanak sekarang berada dalam sebuah sistem dan kondisi pembelajaran yang jauh lebih berat dari zaman pra-merdeka. Jika sebelumnya , belajar bukan suatu bebanan tetapi kini ia semacam sama berat dengan tangungjawab yang dihadapi oleh guru dan ibubapa.

Kepelbagaian mata pelajaran , sistem penilaian dan peperiksaan , persaingan dan tekanan masa belajar telah menyumbangkan kepada bebanan yang sangat berat

kepada pendidikan , bukan sahaja kepada kanak-kanak , namun juga kepada guru dan ibubapa..

Ditambah dengan nilai dan budaya hidup yang dilingkungi dengan kedaan yang serba bersaing dan harapan ibubapa dan guru yang sangat tinggi untuk berjaya dalam kehidupan , menyebabkan emosi dan minda kanak-kanak sentiasa terbeban dengan tekanan yang tidak mudah dikendali.

Menteri Pelajaran , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein On dalam kenyataannya menyebut bahawa pihak kementerian tidak boleh berbuat apa-apa ababila

ibubapa dan kanak-kanak masih memberi keutamaan kepada prestasi akademik. Akan tetapi kami memeprsoalkan bukankah hal yang sama juga ada pada penilaian sesebuah sekolah dan guru-guru. Penilaian yang sering ditonjolkan ialah prestasi akademik sebagai imej yang paling utama diukur.

Kecemerlangan akademik setelah didedahkan dalam pengumuman sesebuah keputusan peperiksaan awam seperti UPSR , PMR dan SPM sering memberi gambaran betapa kecemerlangan akademik itulah yang terus disanjung. Sekolah , guru , ibubapa dan pelajar yang ditonjolkan dalam media tidak dapat mengelakkan kesan bukan

sahaja dalam bentuk ransangan kepada pelajar yang kurang berjaya akan tetpai juga kekecewaan yang mendalam bagi mereka yang gagal memenuhi harapan

ibubapa..

Lantaran itu nlai dan pertimbangan terhadap akeademik mahu tidak mahu mahu menimbulkan tekanan yang berakhir dengan tragedi seperti berita yang menyahat hati ini.

Kami berpandangan selagi dasar kita dalam memberi pendidikan yang benar-benar bersifat sepadu dan seimbang yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan

Negara , selagi itulah kesan negatif akan timbul. Belajar bukan kerana mencintai ilmu dan membentuk sahasiah serta menjadi insan berguna tetapi belajar kerana dikat dengan pepemeriksaan.

Kita perlu berusaha menyelesaikan isu tekanan psaikolagi ini dalam dunia pendidikan Negara. Kami menyarankan beberapa syor untuk diertimbangkan:

1. Sistem pengajaran berasaskan realiti perlu digubal iaitu setiap matapelajaran diajar mengikut realiti yang dapat dikaitkan dengan matapelajaran. Dengan yang demikian pelajar tidak akan merasa bosan dengan hanya belajar utnuk peperiksaan.

2. Aktiviti ko-kurikulum perlu diperkukuhkan supaya ia benar-benar dapat membantu pelajar dengan mata pelajaran yang dipelajari.

3. Pelajar harus diberi ruang untuk memilih dari awal matapelajaran yang benar-benar diminati disamping matapelajaran wajib yang perlu dipelajari.

4. Sistem peperiksaan diubahsuai supaya maksud peperiksaan bukan sebuah tekanan yang memerangkap pelajar dengan soalan-soalan yang mendera tetapi adalah menguji kemahiran pelajar untuk mencari jawapan yang terbaik dalam keupayaan berfikir dan membuat rujukan.

5. Sistem pengredan atau pemarkahan tidak harus hanya diberi kepada jawapan yang betul tetapi kepada keupayaan pelajar berusaha untuk merumuskan cara mendapat jawapan.yang betul.

6. Semua pelajaran perlu diajar dengan kaedah yang paling menyeronokan dan merangsang pelajar untuk mencari maklumat sebanyak mungkin.

7. Kaedah pengajaran yang terlalu terikat dengan kurikulum perlu dilongarkan supaya guru dapat mengajar mengikut keupayaan dan minat pelajar.

8. Sistem kaunseling untuk pelajar yang menghadapi masalah untuk mengikuti pelajaran perlu menumpu kepada menyuburkan rasa minat belajar dan mencari lmu dimana sahaja yang tidak semestinya hanya daalam bilik darjah.

9. Setiap guru perlu menghayati erti Falsafah Pendidikan Negara sepenuhnya agar dapat mengajar dengan jiwa yang lebih murni dan tenang demi memberi keutamaan kepada pembentukan sahsiah pelajar yang seimbang dan menyeluruh.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Prseiden TERAS

Merbok ,Kedah

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Kempen, KENYATAAN MEDIA
4 comments on “KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN
  1. Azfar Abdullah berkata:

    Assalamualaikum.

    tolong Mintak maklum balas dari pihak cikgu Azmi tentang artikel untuk majalah pelajar malaysia di Syria.

    Terima Kasih atas segala bantuan 🙂
    -Azfar Abdullah

  2. Lt kol Dr Mohd Kenali Basiron berkata:

    TQ kerana perihatin terhadap hubungan teori dan Konsep pendidikan dengan erti/definisi kehidupan yang lebih luas dan seimbang kearah kesejahteraan.

    Mengenai pendekatan mengurus permasalahan bunuh diri dan cubaan bunuh diri mungkin perlu difikirkan suatu organisasi dan sistem khusus. Tugas dan tjawab organisasi ini bukan menunggu tapi mencari (mendekati) individu/murid yang rawan kepada keputusasaan dan bunuh diri.

  3. Pak Erwin berkata:

    Semalam,30 MAC 2011 seorang pelajar UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK telah membunuh diri dengan mengisi begnya penuh dengan batu lalu terjun ke dalam tasik unimas.Nauzubillah.Semoga rohnya dicucuri rahmat..Semoga Allah merahmati kita semua..amin..

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,043 hits
Kalendar
November 2007
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930