MAPIM di Geneva Sidang UNHRC

Berita terkini 13 hb Mac 2013

Presiden MAPIM , Cikgu Azmi , telah dapat menyampaikan pandangan MAPIM mengenai isu Rohingya pada 11 hb Mac 2013 di sidang Majlis Hak Asasi Manusia PBB kali ke 22 di Geneva , Switzerland.

Sebelum itu beliau dan Ketua Srategik MAPIM Sdr Sany Araby telah menjadi Panelis dalam Forum Rohingya ” People Without Land ” bersama Maarif Foundation , Sudan yang diadakan di bangunan UN di Geneva yang menjelaskan pendirian dan pengelaman MAPIM menanggani isu Rohingya.

602254_4649571278697_1155498627_n

Dalam penyampaian Cikgu Azmi , di sidang UN itu , isu Rohingya perlu ditangani dengan tegas oleh seluruh negara anggota UN. Dunia tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan penindasan ke atas etnik Rohinya tambah beliau.

Menangguhkan resolusi dan rekomendasi kepada tindakan konkrit akan memerangkap UN dan negara anggota dengan strategi Myanmar yang berputa-pura untuk melakukan transisi politik dari pemerintah tentera kepada demokrasi tegas beliau.

Beliau juga telah mengesa agar pihak UN mengambil berat keadaan di Arakan yang maseh sangat tidak stabil kerana serangan ke atas perkampungan etnik Rohingya maseh berterusan . Malah insiden pembakaran sebuah madrasah di Yangon membuktikan keadaan di Myanmar telah menunjukkan keganasan maseh tidak dikawal.

Beliau mengingatkan dunia tidak boleh mengenepikan isu Rohingya yang telah berpanjangan sejak 3 dekad.

Lantaran itu beliau menegaskan UN perlu menghantar tentera pengaman jika keadaan  tidak menjamin melindungi nyawa etnik Rohingya.

Beliau juga telah mengingatkan insiden membakar perkampungan , pembunuhan , penangkapan dan perampasan harta benda yang disengsarai etnik Rohingya sejak Jun 2013 tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Melindungi nyawa penduduk Rohingya adalah keutamaan .

Kini tanggungjawab melindungi nyawa pendudukan Rohingya terletak kepada komuniti antarabangsa.

Cikgu Azmi juga membangkitkan isu pihak Myanmar yang tidak membenarkan dan menyulitkan akses kepada agensi kemanusiaan dan agensi media untuk masuk ke Arakan. Ini telah menyebabkan mangsa pelarian Rohingya yang berada di pelbagai lokasi tidak dapat menerima bantuan kemanusiaan.

Beliau juga menegaskan hanya dengan kenyataan media dan resolusi atas kertas oleh UN tidak akan menyelamatkan etnik Rohingya dari menghadapi penindasan dan ethnic cleansing dan genosid di Arakan.

Penyelesaian politik mesti digerakkan sekaligus dengan bantuan kemanusiaan. Beliau menyatakan bahawa kerana kerajaan Myanmar telah mengeluarkan kenyataan untuk mengumpulkan etnik Rohingya di suatu kawasan untuk diuruskan oleh UNHCR , maka nasib Rohingya akan terus terancam tanpa pembelaan yang adil.

Isu utama yang diabngkitkan oleh Cikgu Azmi ialah persoalan mengembalikan kerakyatan penuh kepada etnik Rohingya.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan komen

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 447,045 hits
Kalendar
Mac 2013
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031