Buku Terbaru TERAS

COVER BUKU BARU

Kepada sesiapa berminat untuk memilik buku ini, sila hubungi Sdr Salman 019-4013782.

Dikirim dalam Minda Presiden

GANTUNG HUBUNGAN DENGAN MESIR

Kenyataan Media MAPIM
27hb Mac 2014

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa Malaysia mengantung hubungan dengan Mesir sehingga keadaan di Mesir kembali stabil setelah mahkamah negara itu menjatuhkan hukuman mati kepada 529 orang awam secara paling luar biasa dan tidak mengikut proses undang-undang yang wajar.

Kami berpendirian adalah menjadi suatu tindakan yang manasabah untuk Malaysia mengambil sikap yang jelas apabila sebuah negara melaksanakan sistem politik diktator yang menzalimi rakyatnya sendiri. Hukuman mati massa ini adalah prisiden pertama seumpamanya dalam sejarah moden Mesir hatta dunia seluruhnya.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden

KEPUTUSAN MAHKAMAH MESIR MEMBUNUH KEADILAN DAN DEMOKRASI

Kenyataan Media MAPIM
25hb Mac 2014

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengutuk sekeras-kerasnya Mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi kelmarin.

Keputusan ini merupakan hukuman mati kolektif yang terbesar dalam sejarah moden Mesir . Ia bukan sahaja menghukum mati kumpulan yang didakwa bersalah akan tetapi merupakan hukuman mati keatas demokrasi dan keadilan.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden

KERAJAAN TIDAK CERMAT DALAM PERBELANJAAN NEGARA

Kenyataan Media TERAS
24 hb Mac 2014

TERAS kesal sekali lagi Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2013) bagi memohon belanjawan tambahan. Kali ini ia  berjumlah RM2.39 bilion bagi tahun ini.

Walaupun ia bukan menjadi suatu amalan yang pelik kerajaan  membuat permohonan perbekalan tambahan untuk kelulusan di Parlimen dalam setiap beanjawan , akan tetapi apakah ini menandakan bahawa pengurusan kewangan negara tidak cekap dan inikah cara kerajaan mengurus perbelanjaan secara tidak cermat.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden

SAMBUT SOKONGAN TERHADAP HUDUD DENGAN TINDAKAN KONKRIT DARI KERAJAAN BN

MAPIM mengambil perhatian terhadap isu pelaksanaan hudud yang  kembali timbul di Parlimen apabila MP Ketereh, Datuk Seri Annuar Musa menggesa Kelantan menyegerakan pelaksanaan undang-undang itu.

Kenyataan seperti ini tidak diduga datang dari seorang MP dari pihak kerajaan kerana selama ini cadangan perlaksanaan hudud sering ditentang oleh pucuk kepimpinan Barisan Nasional . Paling jelas ketika Tun Mahathir ditahta kuasa sebagai PM , beliau sering mendakwa hudud yang mahu dilaksanakan adalah tidak adil kerana ia adalah hudud PAS , bukan hudud Islam.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden

SEGERA UJUDKAN JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN ISU MH 370

Kenyataan Media MAPIM
15hb Mac 2014

MAPIM mengesa supaya sebuah Jawatankuasa Parlimen khas terhadap isu kehilangan MH370 ditubuhkan.

Pendedahan terbaru yang menunjukkan adanya kebarangkalian pesawat itu sengaja dipandu ke arah lain dari tujuan asal menyebabkan pelbagai tafsiran kini dibuat keatas kisteri kehilangan MH 370.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden

KERAJAAN TIDAK SENSITIF DENGAN BANTAHAN AWAM TERHADAP ACARA HIBURAN LIAR

Kenyataan Media MAPIM
16 hb Mac 2014

MAPIM memandang serius insiden 5  anak muda meninggal dunia manakala empat lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah dan arak berlebihan semasa menghadiri satu konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi 15 hb Mac 2014.

Tiga yang lain mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Semuanya adalah rakyat Malaysia yang berumur antara 21 dan 28 tahun.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden

DUNIA TIDAK HARUS BERDIAM BILA ISRAEL RANCANG MENCEROBAH GAZA SEKALI LAGI

Kenyataan Media MAPIM

16hb Mac 2014

MAPIM mengutuk sekerasnya serangan Zionist pada 11 Mac 2014 ke atas Gaza yang telah menyebabkan 6 orang pejuang syahid dan 11 orang cedera. Israel telah melancarkan serangan jet pejuang ke atas 29 sasaran di Gaza.

Pada 12 Mac 2014 Brigade Al-Qassam telah melancarkan 90 buah roket untuk serangan balas ke atas tentera Zionist.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden

SATU LAGI KONSERT MUZIK BAKAL DIADAKAN – KERAJAAN TIDAK SEREK

Kenyataan Media MAPIM
18hb Mac 2014

MAPIM mendesak pihak berkuasa bertindak terhadap satu lagi acara hiburan liar yang bakal dilaksanakan atas nama “Life in Color” di Go Kart Sepang International Circuit .pada 19 hb April 2014.

Berdasarkan promo yang ditunjukkan dalam sesewang khususnya , ia adalah acara hiburan anak muda seperti acara yang sebelumnya.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden

ISU KEHILANGAN MH 370 – KRITIKAN PERLU MEMBINA , KERAJAAN PERLU TERBUKA

Kenyataan Media MAPIM
13 hb Mac 2014

Kami berpendapat isu pencarian MH 370 harus ditangani dengan penuh bertanggungjawab.

Sementara mendedah kelemahan dan melontarkan cadangan membina sangat diperlukan ketika operasi pencarian maseh diteruskan , menerima dan terbuka dengan teguran juga adalah keperluan yang tidak boleh diketepikan.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden

MAPIM BERSAMA SEMUA AHLI KELUARGA PESAWAT MH 370 BERDOA AGAR SEMUANYA SELAMAT

Kenyataan Media MAPIM
9hb Mac 2014

MAPIM turut mendoakan keselamatan  kepada semua penumpang , serta anak kapal dan ahli keluarga didalam penerbangan MAS yang dilaporkan hilang .

Kami mengharapkan mereka berada dalam keadaan selamat dan semua warga Malaysia seharusnya menzahirkan rasa simpati dan terus berdoa agar kapal terbang MAS yang dilapor hilang ditemuai dalam keadaan selamat.

Read more ›

Dikirim dalam Minda Presiden
Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 446,885 hits
Kalendar
April 2024
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930