JAWATANKUASA PUSAT PERLU CARI PUNCA MURTAD

Kenyataan Media TERAS
27hb Januari 2012

TERAS menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pusat Mengenai Murtad  seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM , Datuk Jamil Khir.

Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku dikalangan umat Islam perlu segera dibendung.

Jawatankuasa yang ditubuhkan itu perlu memberi perhatian serius kepada  punca murtad berlaku. Murtad tidak boleh hanya dilihat dari sudut undang-undang semata-mata tetapi juga harus ditangani dari pelbagai faktor lain iaitu sosio-budaya , pendidikan dan ekonomi masyarakat. Continue reading

Kerajaan hanya memperolokkan undang-undang – CAP

PULAU PINANG, 26 Jan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menarik semula pengharaman yang dikenakan ke atas mercun kerana ia seolah-olah memperolokkan undang-undang jika tiada penguatkuasaan.

Permainan mercun telah diharamkan sejak 1978; namun dentuman mercun yang bertalu-talu jelas kedengaran di seluruh Pulau Pinang pada malam Tahun Baharu Cina.

Bunga api dan mercun telah meragut banyak nyawa dan kemusnahan harta benda.

“Jika penguatkuasanya tidak dilaksanakan dengan tegas, kita seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada musibah ini,” kata S.M. Mohamed Idris, Presiden CAP. Continue reading

Laporan Utusan tidak benar dan tersasar – Teras

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar.

Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, “Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali.”

Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk ‘Bersih 3 berniat kelirukan rakyat’.

“Laporan itu yang  kononnya memetik kenyataan saya adalah  tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.

“Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali,” kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. Continue reading

CABARAN DAN TANTANGAN MEMARTABATKAN SYARIAH DI MALAYSIA

  – GAGASAN GERAKAN SOKONG SYARIAH  MAPIM-

oleh

Mohd Azmi Abdul Hamid ,Setiausaha Agong MAPIM

Ucaputama Persidangan MAPIM ke 3 , 1433H

5 Rabiulawal 1433H / 29hb Januari 1202 ,Pusat Latihan JPS Malaysia Cawangan Ampang KL ,

 Keputusan (Hukum ) itu hanyalah kepunyaan Allah. dia Telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” Surah Yusof : 40

Kami alu-alukan kehadhiran saudara di Persidangan MAPIM buat kali ke 3 dengan ucapan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum , moga pertemuan kita akan diberkahi Allah dengan niat kita setulusnya untuk menegakkan kalam Allah dalam seluruh dimensi kehidupan umat.

Setelah lebih 54 tahun merdeka belum ada penilaian yang dilakukan untuk mengukur kedudukan Islam dan umat Islam di negara ini secara terperinci sektor per sektor.

Walaupun terjadi beberapa episod dan ledakan sepanjang era pasca kemerdekaan yang membangkitkan soal kedudukan Islam   dalam pentadbiran negara , yang jelas maju atau tidak Islam di negara ini ,  belum ada yang menganalisanya dengan ilmiah. Continue reading

TERAS BANTAH PENYENARAIAN ASET FELDA DALAM PASARAN SAHAM

Kenyataan Media TERAS

7hb Januari 2012

TERAS membantah keputusan kerajaan memindahkan aset  Koperasi Pelaburan Felda (KPF) kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) untuk  kemudian menyenaraikannya di Bursa Malaysia sebagai tindakan yang didakwa  akan memberi kebaikan untuk peneroka.

Walaupun PM mendakwa ini adalah untuk kebaikan peneroka namun keputusan itu dibuat dengan mendedahkan 200,000 peneroka kepada risiko yang besar dalam pasaran Bursa yang tidak menentu. Continue reading

DEKLARASI BANGKIT 2012

Menginsafi firman Allah s.w.t, “Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya.
(Surah al-Anfal, ayat 25).
Tugas menentang kezaliman dan kefasadan adalah tugas rakyat. Dengan ini, kami melancarkan revolusi minda untuk mengangkat kuasa rakyat menentang kezaliman demi menegakkan kebenaran. Arus revolusi ini mesti disambut. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia melancarkan kebangkitan. Continue reading

MENGHADHIRKAN PEMIMPIN YANG SIDDIQ DAN PENEGAK UGAMA

Siri Transformasi Bangsa dan Umat – TERAS Pengupayaan Melayu

 oleh : Mohd Azmi Abdul Hamid

Amat mengesankan . Itulah ungkapan pendek yang dapat saya ungkapkan bila membaca riwayat mengenai Rasulullah s.a.w. Ia menyentuh persoalan kepimpinan . Sebab itu saya bermenung panjang melihat gelagat para aktor politik di bumi ini yang pernah suatu ketika dahulu bergelar Tanah Melayu .

Ghairah menjadi kandidat PRU adalah selera semasa.

Kami menampilkan rencana ini memandangkan kini musim panas politik memperaga diri untuk layak dan menonjolkan rasa layak diri untuk disaring menjadi calon wakil rkayat dalam PRU 13 sudah bermula.

Apalagi bila PRU kali ini sudah disensasikan dengan gelaran “the mother of all elections”. Ertinya ada pihak yang memutuskan butang jentera pilhanraya yang mengoperasikan kaedah Micheaveli iaitu “matlamat menghalalkan cara” sudahpun ditekan. Continue reading

YOUTUBE SEMBANG RAKYAT SIAR VIDEO HINA HUKUM HUDUD – MENGGUGAT AQIDAH UMAT ISLAM

Kenyataan Media Bersama

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ,TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)

23hb Disember 2011

Penyiaran video dalam YouTube dengan mengguna nama Sembang Rakyat oleh seorang yang menggelarnya dirinya kawasaki9722 secara jelas telah mempermain-mainkan hukum hudud dengan cara yang sangat biadap.

Melalui cara lakonan bersifat kononnya sembang biasa di warong kedai kopi antara beberapa orang pelakon upahan terdiri dari beberapa kaum utama dinegara ini iaitu Melayu , Cina , India dan Sikh skrip yang merendah-rendahkan hukum hudud jelas dipaparkan secara paling angkuh dan jijik.

Dengan memuatkan sketsa berjudul seperti “Musim Hudud” dan “Lagi Hudud Pas” , lakonon dan skrip dengan terang-terangan memomokkan hukum hudud dengan berselindung disebalik mencerca pemimpin Pakatan Rakyat.

Walaupun mereka mungkin merasa hak mereka untuk bebas mencerca pemimpin dan ulama,  namun nampaknya skrip dan pelakon serta pengarah sketsa tersebut jelas memasukkan hujah yang melewati batas-batas keimanan seseorang Islam terhadap hukum Allah S.W.T. Continue reading

PERTAHANKAN AQIDAH , TEGAKKAN SYARIAH

Mohd Azmi Abdul Hamid

Ucapan Bertindak

PERHIMPUNAN PENGGERAK MELAYU KEBANGSAAN Kali ke 14

TERAS Pengupyaan Melayu

1 Muharram 1433H

 

TERAS mengalu-alukan kehadhiran semua dalam pertemuan miladnya buat kali ke 14.

Moga semangat Hijrah kembali disegarkan dengan semangat jihad dan pengorbanan tinggi untuk mengukuhkan azam menegakkan risalah Tauhid dan menyebarkan da’wah Islamiyyah.

Ya, TERAS sedang melalui usia remaja 14 tahun . Namun agenda yang telah , sedang dan akan terus digerakkan sudah menjangkau usia dewasa. Barangkali ini adalah situasi diluar kawalan kita. Proses mempercepatkan kedewasaan dan pematangan TERAS terpaksa diterima walaupun tak terjangkau oleh kemampuan dan tak terdaya oleh kesiapsagaan. Namun atas semangat dan keazaman yang utuh kita harungi bersama mencipta sejarah baru untuk umat.

Tahun ini kami mengenengahkan maudhu’  aqidah dan syariah untuk dihayati secara serius. Bukan sahaja persoalan ini menjadi sangat asasi akan tetapi nampaknya tercetus isu yang telah membawa mesej bernuansa sosial politik diakhir-akhir ini . Continue reading

Mubaligh Kristian berjubah solat Zuhur

(Himpunan Sejuta Umat)
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@bharian.com.my
2011/12/18

ORANG ramai yang menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, semalam bersatu hati mempertahankan Islam.

(ORANG ramai yang menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, semalam bersatu hati mempertahankan Islam)

Hassan Ali dedahkan gerakan murtad cuba pengaruhi Muslim lemah iman, kaki hutang

KUALA KANGSAR: Usaha untuk memurtadkan umat Islam di negara ini semakin licik apabila ada kalangan mubaligh Kristian yang turut memakai jubah dan menunaikan solat Zuhur berjemaah dengan penduduk Islam bagi mendekati mereka yang dipercayai berpotensi untuk digugat akidahnya.

EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, ketika mendedahkan perkara itu berkata sasaran utama mubaligh itu ialah orang Islam yang miskin, kurang pengetahuan agama, akidah lemah, orang yang berhutang, mereka yang rumahtangganya kucar-kacir, mereka yang menghadapi masalah selepas bercerai, golongan berfikiran liberal dan terbuka serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat. – Hassan Ali, EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor. Continue reading